Anda di halaman 1dari 21

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar. Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. . Antara pendidikan isu ialah di yang kebaikan mana berkaitan penggunaan dapat dengan video aplikasi dalam deria video pengajaran penglihatan dalam dan dan

pembelajaran,

ianya

meransang

pendengaran. Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam

mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan pembelajaran. oleh Guru guru perlulah sebelum digunakan aktiviti dalam pengajaran semasa dan dan

mengadakan

sebelaum,

selepas tayangan. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersamasama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting.

PENUTUP Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga

membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton. Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi,

pemberitahuan dan pendidikan.

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan

untuk

membuatkan

komunikasi

di

antara

guru

dengan

pelajar

semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan. Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu-individu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka. Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Dalam bidang pendidikan tradiosional, biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu, pada hari ini sistem bermultimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat- maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada penuntut mereka. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah.

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA TEKNOLOGI MULTIMEDIA MEMBANTU P&P DALAM BILIK DARJAH

Sebagaimana media pendidikan yang lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut DLgnazio (Bairley 1996), multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembvangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali. Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu , multimedia menjadi sangat berguna keada pelajar. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran. Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran antaranya; 1. motivasi pelajar 2. keadaan sosial 3. ekonomi dan pendidikan keluarga 4. situasi pada saat pembelajaran 5. kurikulum dan guru. DeVoogd & Kritt (1997) mengatakan multimedia tidak mengajar sebab yang mengajar adalah guru sahaja. Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan berjaya menguasaibahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya, maka media tersebut bukannya mudah

untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran.Lebih jelas lagi, menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi terhadap tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan. Kini, dengan munculnya komputer multimedia, masalah teknologi pendidikan telah mula dapat diatasi. Dengan adanya kemudahan untuk menyokong bunyi dan video (full-motion). Era dimensi baru pada CAI (computer aided Intruction) terbuka luas. Secara tidak langsung akan menambahkan minat para pendidik untuk menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu teknologi multimedia akan memberikan kesan perubahan yang besar dalam bidan gpendidikan bdan komunikazsi. Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir, berfikir, belajar dan memahami akan sesuatu perkara. Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan keupayaan komputer dalanm pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. CAI menggunakan kombinasi utama teks dan grafik untuk mempersembahkan bahan pengajaran. Teknologi multimedia CAI menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dan juga menggabungkan bunyi dan video. Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih. Ini akan menjadikan susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi. Penggunaan teks sahaja dalam penyampaian akan membataskan pemahaman pelajar terhadap suatu maklumat juga menyukarkan pelajar memahami sesuatu topik tertentu. Kombinasi beberapa elemen media yang digunakan di dlam muiltimedia membolehkan pelajar mempelajari xssesuatu mata pelajaran secara spontyan mengikut mod yang dipilih. Sekiranya pelajar tersebut menghadapi maslah dalasm memahami sesuatu konsep, maklumbalas akan diperolehi dengan cepat dan bantuan akan diberikan bagi menjelaskan konsep tersebut sebelum pelajar menjadi keliru. Pelajar-pelajar pula tidak perluy mengangkt tanggan berulanagkali untuk mengemukan soalan kepada gueru. Ini kerana multimedia telah direka bentuk bagi membolerhkan pelajar berhenti den menjelajah semula sekerap yang diperlukan.

Multyimedia membolehkan seseorang pelajar mengulang semula bahagian yang sebelumnya atau ke bahagian seterusnya. Kombinasi di antara multimedia dan CAI akan menjadikan proses pembelajaran semakin menarik. Multimedia tidak akan mengambilalih tempat guru atau kaedah biasa yang digunakan dalam bilik darajah tetapi ia berttindak sebagai pelengkap atau alat bantu mengajar.Perbezaan tahap pemahmanseseorang pelajar akan bahan yang disampaikan sering kali meletakkan guru dalasm keadaan serba salah dan tambah merumitkan lagi apabila gagalnya interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Dalam hal ini, penggunaan multimedia akan dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar yang agak lemah dan memerlukan perhatian berterusan. Pelajar yang prestasinya baik boleh menjejah sehingga kepada tahap yang lebih mencabar, manakal pelajar yang agak lemah boleh menggunakanpada tahap yang lebih rendah tanpa rasa segan silu atau merendah didi kerana ko0mputer tidak akan membuat kritikan terhadap prestasi pelajar tersebut. Guru-guru juga mempunyai masa yang cukup untuk meranscang aktiviti pengajaran dan pembelajaransemasa pelajar sibuk menggunakan multimedcia sama asda secara individu atau berkumpulan. Penggunaan multimedia juga dapat membantu pelajar mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan. Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat, ia juga bertindak sebagai alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi teks,grafik, bunyi dan vedio. Yang paling jelas, ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan (encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM. Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh teknologi maklumat dalam pendidikan sekolah iaitu : a) Kurikulum Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, berkesinambungan dan reflektif. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multomedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Budaya sekolah akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini dan tercanggih. b) Pedagogi

Dari segi pedagogi, guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor, dan pembimbing kepada pelajar. Amalan pengajaran secara kelas akan diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, dan pembelajaran koperatif. c) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut ; 1. pukal disket yang lengkap, interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir. 2. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam bentuk peperiksaan, projek dan tugasan.

Kesan ICT dalam P&P Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnPenggunaan ICTya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumatmaklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai

alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan

persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi

video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. PENGENALAN Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar. PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui gerak perlahan dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas. Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran

dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini. Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting. CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan

pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu: i. Matlamat/ Objektif Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai. ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya

mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. iii. Kandungan Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar.

Kesimpulan: Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan Pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dikuasai oleh guru pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang. Aktiviti pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanak-kanak. Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan menggunakan pelbagai media. Hasil pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu difahami oleh guru. Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah penting untuk persediaan guru sebelum mengajar murid-murid di kelas prasekolah. Kefahaman tentang pendekatan-pendekatan dalam pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti kurikulum. Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai prinsip mengajar yang betul untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru harus bijak dalam menjana kreativitinya untuk mewujudkan ruang berkenaan sebagai pusat pembelajaran dengan mengambil kira aspek keselesaan , keselamatan dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat pembelajaran yang kondusif.Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang selamat dan penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu harus dapat meransang pembelajaran murid-muridnya. Guru tadika harus memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran berfikir dan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama ,bertolak ansur dan meningkatkan keyakinan diri. Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari masa ke semasa. Guru seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu pengwujudan ruang tersebut seharusnya mempunyai nilai teraputik yang mampu memberikan keselesaan kepada murid-murid. Pengurusan ruang yang baik membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara lancar dan berkesan. Ruang ruang utama seperti ruang dalam bilik darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik darjah merupaka

pusat pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak lengkaplah keperluan asas dan fizikal di kelas taska. Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat membantu guru mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan dan perancangan yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid. Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah penting untuk mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan untuk mengenalpasti perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap program yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di luar negara. Banyak yang boleh dipelajari daripada program dan model pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara tidak langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang mengikut kesesuaian kanak-kanak, masyarakat dan budaya.

1)Peranan dan kepentingan model ASSURE dan model ADDIE.

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi

membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

2)Nyatakan persamaan dan perbezaan antara model ASSURE dan model ADDIE.

PERSAMAAN

*Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. *Setiap model ada fungsi yang tersendiri.

PERBEZAAN

- Definisi: Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media manakala model ADDIE merupakan satu model rekabentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik iaitu mode.

- Peringkat: Model ASSURE mengandungi enam langkah manakala model ADDIE mengandungi lima langkah.

-Jenis Peringkat: Model ASSURE bermula dengan menganalisis ciri-ciri pelajar, menyatakan objektif P&P, pemilihan media dan bahan pengajaran-pembelajaran, penggunaan media dan bahan pengajaran- pembelajaran, penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menilai dan semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan P&P. Model ADDIE pula bermula dengan analisis, bentuk, bina, laksana dan menilai.

-Fokus: Model ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan

pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran manakala model ADDIE merupakan asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain menjadi pedoman dalam membangun peranti dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis dan mendukung prestasi pelatihan itu sendiri.

3)Impak penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Perancangan yang rapi oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.Reka bentuk ini membantu guru membuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.

- Dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan terkawal. Guru dapat membantu dalam penyediaan disiplin yang positif dalam kalangan murid.

- Pembelajaran murid akan lebih bermakna dan menyeronokkan. PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P 1. Pembelajaran Kendiri 2. Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran 3. Peluang Belajar Untuk Semua 1. Kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini. 2. Kesesuaian kaedah p&p yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini 3. Mengubah peringkat membuat keputusan 4. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran Mengubah pengalaman pembelajaran

Refleksi :

Secara keseluruhannya proses P&P berjalan dengan lancar dan tersusun dengan penggunaan teknik pengajaran yang berkesan dan mengikut keperluan dan kebolehan murid. Murid dapat melakukan semua aktiviti dengan lancar dan tepat dengan bantuan dan bimbingan guru dan ..

Anda mungkin juga menyukai