Anda di halaman 1dari 5

Aplikasi Multimedia sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Norhafizah Binti Mohd Rosli Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia norhafizah.mohdrosli@yahoo.com

ABSTRAK
Pengajaran guru adalah amat penting kepada kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran harian. Pendekatan dan kaedah yang sesuai dan tepat merupakan aspek yang paling penting dalam memastikan suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah satu teknik yang mampu menambah baik kualiti pengajaran seseorang guru. Perkembangan teknologi maklumat yang pesat hari ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua pendidik sebagai satu medium alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih `versatile`. Kajian ini bertujuan mengukur sejauhmana kesesuaian multimedia sebagai ABBM, sejauhmana multimedia yang digunakan sebagai ABBM dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : pengajaran, ABBM, multimedia.

LATARBELAKANG KAJIAN Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai. Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey,1994). Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima komponen. Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian. Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi pengajaran. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
1

Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi Internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

KAJIAN LITERATUR Menurut Kamus Dewan (2005), perkataan multimedia adalah berasal daripada dua perkataan iaitu multi dan medium. Multi bermaksud banyak atau pelbagai manakala medium pula bermaksud alat atau perantara komunikasi. Sebenarnya,multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan cuma istilah multimedia tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Phelps (1995), multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dananimasi dalam sebuah perisian komputer yang interaktif. Pendapat beliau disokong lagioleh pendapat Schurman dan Hofstetter. Schurman (1995), mendefinasikan multimediasebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video dan bunyi dalam satu perisian yangdirekabentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna dan komputer. Manakala,Hofstetter (1995), pula mentakrifkan multimedia sebagai penggunaan komputer untuk memaparkan dan menggabungkan teks, grafik, audio dan video dengan hubungan danalatan yang membenarkan pengguna belayar, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.Daripada pernyataan ketiga-tiga pendapat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur dalam multimedia terdiri daripada video, audio, grafik, teks dan animasi untuk tujuan mewujudkan suasana yang interaktif. Walaupun pendapat-pendapat yang diberi banyak mengaitkan multimediadengan definisi mempelbagaikan penggunaan media dalam penggunaan komputer,terdapat juga pendapat lain yang sedikit berbeza tetapi masih dalam pengertian yangsama sebagai contoh menurut Gayeski, D.M. (1992), multimedia ialah satu sistem hubungan komunikasi interaktif melalui komputer yang mampu mencipta, menyimpan,memindahkan dan mencapai kembali data dan maklumat dalam bentuk teks, grafik,animasi dan sistem radio manakala Jeffcoate (1995), mendefinasikan Sistem Maklumatmultimedia sebagai suatu sistem yang menggunakan pelbagai kaedah berkomunikasi(atau media). Kedua-dua pendapat ini lebih mengaitkan multimedia kepada komunikasi.Komunikasi di sini boleh dikatkan dengan komunikasi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu melibatkan interaksi antara guru dan pelajar.Pendapat lain berkenaan multimedia ialah, menurut Collin, S. (1995),multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yangmenggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemain cakera video, pemacu CD-ROM, dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ianya disebut sebagai multimedia, tetapi apabila program itumembolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihanyang berbeza-beza, maka ianya desebut sebagai multimedia interaktif.

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawamultimedia ialah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direkabentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.

PERBINCANGAN Artikel ini dapat membincangkan mengenai bagaimana multimedia dapat digunakan sebagai ABBM dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan perkembangan bidang teknologi kini, ABBM berasakan multimedia contohnya penghasilan CD interaktif semakin banyak dihasilkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Hasil analisis kajian-kajian lepas, didapati multimedia dikatakan mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dari segi kesesuaiannya
3

sebagai ABBM. Selain itu, ia dapat memudahkan atau membantu proses pembelajaran, dan dapat menarik minat pelajar terhadap isi pelajarn yang ingin di sampaikan. Penggunaan multimedia dapat mengatasi kelemahan yang ada pada proses pengajaran yang dilaksanakan secara tradisi. Antara kelebihan penggunaan multimedia sebagai ABBM terhadap proses pengajaran dan pembelajaran; (i) komunikasi maklumat yang efektif (ii) format yang interaktif dan meransang (iii) pengekalan informasi yang berkesan (iv) memudahkan dan mempercapatkan proses pengajaran dan pembelajaran (v) membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri dan (vi) meningkatkan minat dan motivasi pelajar. (Ahmad, N.A., 2004)

KESIMPULAN Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Teknologi ini sering digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasa bahang dari teknologi tersebut. Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

RUJUKAN Jamalludin Harun @ Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications : Bentong. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teachers Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13 Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20 Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field. Washington D.C: Association for Educational Communication and Technology. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia
4

Anda mungkin juga menyukai