Anda di halaman 1dari 3

MUIS Headlines

5 January
2001

PERUBATAN ISLAM
Solat--ibu segala ubat
APAKAH yang membezakan ilmu perubatan para nabi dengan
perubatan saintifik?

Hal ini telah dibahaskan oleh para ulama Islam, antaranya


Ibn Qayyim, yang menyatakan tib-an-nabi (perubatan para
nabi) merupakan dasar utama perubatan, sementara perubatan
saintifik pula merincikan setiap rawatan atau ubat.

Malah Ibn Qayyim, yang hidup lebih 500 tahun lalu, telah
menyatakan bahawa perubatan tidak harus sekadar bersifat
zahir tetapi juga jiwa dan rohani. Oleh itu, hujahnya
perubatan Islam hendaklah bersifat menyeluruh.

Dalam buku Al-Tibb, Ibn Qayyim menjelaskan secara panjang


lebar hubungan ini:

Di mana letaknya hubungan wahyu yang diturunkan daripada


Tuhan kepada para Rasul-Nya tentang perkara-perkara yang
berfaedah dan merugikannya?

Perhubungan ilmu perubatan mereka dengan apa yang diwahyukan


adalah seperti perhubungan ilmu sains dan pembelajaran
mereka dengan pengajaran yang dibawa oleh para nabi.

Malahan, terdapat terapi-terapi yang tidak dapat difikirkan


oleh para intelek dan doktor pakar tidak mampu
memperbaikinya dan semua ahli sains dan analogi (kiasan)
deduktif mereka tidak berupaya menandingi-nya.

Contoh terapi kerohanian dan kecekalan hati yang dapat


diperolehi daripada keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan
ialah memberi sedekah dan solat, bertaubat dan sentiasa
bermohon keampunan daripada-Nya, berbuat baik sesama
manusia, memberi pertolongan kepada yang memerlukan dan
meringankan kesengsaraan orang yang menderita.

Kaedah perubatan ini telah digunakan dengan jaya oleh


masyarakat yang mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan,
dan yakin bahawa ia mendatangkan kesan yang tidak dapat
dicapai (hanya melalui ilmu sains), semua uji kaji dan
analisis deduktif oleh para pakar perubatan.

Kami semua sudah mencubanya selalu dan mendapat


kemujarabannya tidak dapat ditandingi oleh sebarang
ubat-ubatan. Malah kaedah ini jika dibandingkan hanya
seperti ubat tukang ramal dibandingkan ubatan saintifik. Dan
semua ini adalah mengikuti hukum kebijaksanaan Tuhan
(terhasil secara semula jadi) tanpa apa-apa di luarnya.

Apakah hati manusia telah mendekati Tuhan semesta alam,


Pencipta penyakit dan penawarnya?

Jelaslah Ibn Qayyim tidak menolak hakikat ubat yang boleh


mengubati zahir tetapi beliau menegaskan perawatan yang
menyeluruh (total medication).

Seorang lagi alim, Al-Dhahabi, dalam bukunya yang bertajuk


Kitab al-Tibb, juga menjelaskan bahawa usaha tokoh perubatan
Yunani, Galen, hanya dapat dilanjutkan oleh "bapa perubatan
moden' iaitu Ibn Sina kerana Islam mengambil pendekatan
menyeluruh.

Solat mengandungi empat unsur ubat

Menurut Al-Dhahabi, solat merupakan aspek utama perubatan


Islam kerana di dalamnya terkandung empat unsur ganda roh,
psikologi (jiwa), fizikal dan moral. Katanya:

Solat dapat memulihkan sakit jantung, perut dan usus. Ada


tiga sebab dikatakan begitu. Pertama, ia adalah bentuk
ibadat yang diwahyukan. Kedua, ia mempunyai faedah
psikologi. Ini kerana solat mengalihkan fikiran daripada
kesakitan dan juga mengurangkannya dan oleh itu kuasa untuk
menentang (punca) kesakitan diperkuatkan.

Para pakar perubatan telah mencuba sedaya upaya untuk


menguatkan kuasa semula jadi ini, kadangkala dengan
memberikan ubat, kadangkala dengan membangkitkan perasaan
takut.

Solat yang khusyuk menggabungkan kebanyakan faedah ini


kerana ia dapat melahirkan rasa takwa, rendah diri, cinta
kepada Ilahi dan mengingati hari Akhirat.

Telah diceritakan bahawa salah seorang daripada anak


Saiyidina Ali memerlukan pembedahan tetapi para pakar
perubatan tidak dapat melakukannya kerana takut menyebabkan
kesakitan. Keluarganya meninggalkannya keseorangan, lalu
beliau bersolat. Apabila para doktor hendak melakukan
pembedahan tersebut beliau tidak berasa sakit sedikit pun,
takut atau gementar kerana sedang khusyuk mengingati Tuhan.

Abu Ayyub Al-Ansari sering menyuruh anak-anaknya senyap


semasa di rumah. Tetapi beliau membenarkan mereka bercakap
semasa beliau sedang bersolat kerana, katanya, ""semasa
solat saya tidak mendengar kamu semua.'' Bahkan ketika
dinding rumahnya runtuh, beliau masih tekun bersolat.

Ketiga, sewaktu solat, faktor fizikal juga terlibat iaitu


penumpuan fikiran dalam bentuk senaman, sedangkan seluruh
organ dalam keadaan tenang.

Al-Muwaffaq Abd Al-Latiff dalam bukunya, Kitab Arbaiin iaitu


buku yang mengandungi 40 hadis mengenai aspek kesihatan dan
ilmu perubatan, menulis: ""Saya melihat orang menjadi malas
disebabkan kekayaan mereka. Walau bagaimanapun mereka
mempunyai kesihatan yang baik. Apabila saya menyelidikinya
saya dapati mereka istiqamah dalam solat fardu dan juga
sering menunaikan solat tahajjud (solat dinihari).''

Daripada kajian semasanya, Al-Dhahabi menyimpulkan bahawa


solat itu mempunyai hikmah yang besar sebagai terapi utama
takwa kepada Allah, cinta kepada manusia, sejahtera tubuh
dan rohani.

Untuk umat Islam menyelesaikan banyak masalah duniawinya,


maka hendaklah ia solat tengah malam (dinihari) iaitu
tahajud.

Semasa insan tidur dan keadaan sepi, ketika itulah seluruh


tubuh dan rohnya menghadap Ilahi dan mendapati ilham serta
kekuatan untuk menghadapi cabaran hayat.

Quick Search MenuAbout MUISMUIS ServicesReligious


ServicesResource CentreIslamic InfomapWarita KitaMultimedia
ZoneAnnual Report

Anda mungkin juga menyukai