Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2021

Program: PROGRAM DIPLOMA


PERGURUAN PASCASISWAZAH Nama Pelajar:
(PDPP)

Kod Kursus : EDUP2093 Semester / Tahun: 1


Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus: PEDAGOGI
Kumpulan: BAHASA MELAYU & SEJARAH

Tarikh Mula Tarikh Hantar


Tugasan

1. Penulisan (1600 p.p) 07.07.2021 16.08.2021


2. Persembahan - 05.08.2021 12.08.2021
Pengajaran Mikro (30 minit)

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Membincang dengan kritis konsep pedagogi, model pengajaran dan hubungan antara
pedagogi, kurikulum dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. (C5, HP2, KKG7)
2. Merangka pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep dan
model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan
aktiviti yang bersesuaian (C6, HP2, KKG5, KKG10)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna dalam pengajaran (P2, A2, HP3, HP5, KIK5)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat :


1. Menghasilkan satu penulisan akademik yang menggambarkan usaha anda dalam
merangka pelan pembelajaran bermakna dengan konsep dan model Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang sesuai melalui penggunaan pendekatan, strategi,
kaedah, aktiviti serta sumber rujukan yang relevan.

2. Membuat persembahan dalam bentuk pengajaran mikro bagi salah satu komponen
kemahiran mengajar berasaskan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dengan
menggunakan teknologi yang sesuai.

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 : Penulisan Akademik (50%) -Individu

Pendidik mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memastikan proses pembelajaran


yang relevan dengan keperluan masa kini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Potensi
sebenar pembelajaran murid dapat dicapai melalui kapasiti pedagogi pembelajaran
bermakna (KPPB) dengan pemanfaatan teknologi dan keterlibatan komuniti.

Menghasilkan satu penulisan akademik yang memaparkan usaha anda untuk merangka
pelan pembelajaran bermakna dengan konsep dan model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) yang sesuai serta penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti
yang betul berpandukan langkah-langkah berikut:

i. Menghuraikan dengan jelas berserta contoh yang relevan tentang pendekatan,


strategi dan kaedah pembelajaran bermakna serta modifikasi yang boleh dilakukan
terhadap pengajaran dan pembelajaran.(10%)
ii. Memperincikan konsep komponen pedagogi kontemporari yang dihubungkaitkan
dengan konsep pembelajaran bermakna.(10%)
iii. Merangka pelan pembangunan pembelajaran bermakna dengan melaksanakan
Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR).(30%)

Panjang penulisan sebanyak 1600 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan:

● Tugasan ini dilaksanakan secara individu dengan wajaran 50%.


● Pelajar digalakkan berbincang secara kolaboratif untuk mengumpul bahan dari
pelbagai sumber sama ada secara bercetak atau elektronik
● Pelajar dikehendaki menghasilkan penulisan yang asli dan amalan plagiat adalah
tidak dibenarkan.

Aturan Penulisan adalah seperti berikut:

1. Tajuk
● Daftar Kandungan
● Sinopsis berkaitan tajuk
● Pengenalan
● Isi Penulisan dengan memasukkan bukti-bukti dan bahan-bahan yang
menyokong hujah
● Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu mempamerkan keaslian dan disokong
dengan rujukan ilmiah yang terkini kecuali teori-teori asas
● Penggunaan bahasa perlu menunjukkan kematangan hujah, kefasihah
bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. (Penggunaan
bahasa penulisan dan elakkan daripada penulisan menggunakan bahasa
perbualan)
● Hasil Dapatan

2
● Rumusan
● Refleksi
● Rujukan
● Lampiran (jika ada)

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:-


● Font Arial
● Saiz huruf adalah 11
● Langkauan satu setengah baris
● Hasil penulisan adalah original dan amalan plagiat dari sebarang sumber
rujukan, elektronik serta hasil kerja pelajar laon adalah tidak dibenarkan
● Panjang tugasan adalah 1600 patah perkataan
● Rujukan, lampiran dan bahan-bahan lain yang disertakan tidak dikira dalam
jumlah perkataan
● Rujukan perlu diperolehi dari sumber yang tepat, sahih dan memenuhi
kehendak tugasan
● Bahan rujukan sekurang-kurangnya dari
o Tiga (3) buku
o Tiga (3) jurnal yang terkini
o Tiga (3) sumber elektronik
o Dua (2) bahan bercetak yang sesuai

3. Penulisan pelajar hendaklah mematuhi format sistem American Psychological


Association (APA) yang terkini.

Tugasan 2 : Persembahan – Pengajaran Mikro (10%) (Berkumpulan)

Pengajaran mikro membantu untuk memahirkan diri guru dalam menjalankan aktiviti
pengajaran seperti set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba
menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka.

Pelajar dikehendaki membuat persembahan pengajaran mikro berasaskan Kapasiti


Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dengan memilih salah satu komponen
kemahiran mengajar yang sesuai secara berkumpulan.

Dalam melaksanakan tugasan ini, pelajar perlu:

i. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara berkumpulan bagi salah


satu topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah.
ii. Melaksanakan salah satu kemahiran pengajaran mikro bagi setiap ahli dalam
kumpulan untuk kemahiran mengajar yang sesuai untuk tujuan rakaman video.
iii. Setiap kumpulan terdiri dari tiga orang

Tempoh rakaman video untuk persembahan atau pengajaran mikro adalah 30 minit yang
merangkumi pengajaran bagi setiap ahli kumpulan.

3
Arahan Pelaksanaan:

1. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan dengan wajaran 10%.


2. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu video pengajaran berasaskan kapasiti
pedagogi pembelajaran bermakna
3. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
bagi salah satu topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah dan
melaksanakan salah satu kemahiran mengajar yang sesuai untuk tujuan rakaman
video.
4. Muatnaik rakaman video pengajaran mikro ke dalam pelantar Google Classroom
5. Tempoh rakaman video adalah antara 30 minit
6. Amalan plagiat dari sebarang sumber rujukan, elektronik serta pelajar lain adalah
tidak dibenarkan
7. Anda dikehendaki merujuk kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.

Wajaran keseluruhan bagi kerja kursus ini ialah 60%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

FaridahDarus
(DR. HJH. FARIDAH BINTI DARUS) (BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR)
Penyelaras Kursus EDUP2093 PAKAR BIDANG (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu

Disahkan oleh:

Shariza Said
(Dr. SHARIZA BT SAID)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai