Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN INDIVIDU (BACELOR)

SESI SEMESTER SEMESTER 8 2020/2021


KOD KURSUS B B M 3 4 1 3

NAMA KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU

PENSYARAH PROF MADYA DR. ZURAINI BTE JUSOH

TUGASAN KE 1/2/3/4/5

TAJUK TUGASAN MENGINTERPRETASIKAN DATA KUALITATIF DAN KUANTITATIF

NAMA PELAJAR LAWRENCE RAMAMURITHY

Sila pastikan nama &


no.matrik adalah BETUL
NO.MATRIK J 4 5 8 3 0

PUSAT MELAKA
PEMBELAJARAN

Pengakuan pelajar : saya mengaku bahawa,

1. Nama,No.matrik & Kod kursus adalah BETUL


2. Sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya sendiri

Sila potong di sini setelah disemak dan dicop (Salinan penerimaan pelajar)
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….............................................................

TUGASAN INDIVIDU (BACELOR)

KOD KURSUS BBM 3413

TUGASAN KE 1 / 2 /3/4/5

NAMA PELAJAR LAWRENCE RAMAMURITHY

Sila pastikan nama &


no.matrik adalah BETUL
NO.MATRIK J 4 5 8 3 0

Pengakuan pelajar : saya mengaku bahawa,

1. Nama,No.matrik & Kod kursus adalah BETUL


2. Sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya sendiri
3.

COP PUSAT PEMBELAJARAN : COP UPMET :


SOALAN 1

Jadual 1 di atas memaparkan sumber kemahiran komputer dalam kalangan


pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Y. Berdasarkan Jadual 1, sumber kemahiran
komputer diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan dalam kalangan pelajar IPT
Y yang melibatkan sampel kajian sebanyak 30 orang. Penguasaan kemahiran
komputer merupakan salah satu kemahiran asas dan penting pada masa era globalisasi
dan kecanggihan teknologi yang angat membantu pelajar untuk mengikuti pengajian
di sesuatu Institusi Pengajian Tinggi. Dalam pada itu, pengkaji telah menggunakan
kaedah soal selidik bagi mendapatkan data secara kuantitatif . Terdapat 10 skala yang
dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk kuantitatif bagi
setiap sumber kemahiran komputer yang dikecapi oleh para pelajar IPT yang dikaji.
Berdasarkan jadual di atas ini didapati, frekuensi yang tertinggi iaitu sebanyak 14
orang pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran komputer secara belajar sendiri
iaitu bersamaan 46.7%. Manakala, 6 skala pula masing-masing memaparkan frekuensi
terendah iaitu 1 bersamaan 3.3% bagi sumber kemahiran computer secara kursus
sahaja, kombinasi sendiri/kursus, kombinasi sendiri/media, kombinasi kawan/sendiri,
kombinasi kawan/sendiri/kursus dan kombinasi kawan/sendiri/media. Selain itu,
terdapat dua jenis skala yang menunjukkan peratusan sederhana rendah iaitu sebanyak
6.7% bagi skala kawan sahaja dan skala kombinasi kawan/media yang masing-masing
melibatkan 2 orang pelajar. Disamping itu, skala kombinasi kawan/sendiri/media
mempunyai frekuensi sebanyak 6 orang pelajar pada tahap sederhana tinggi sebanyak
20% . Hasil daripada senario ini, maka kita dapat membuat justifikasi bahawa pelajar-
pelajar pada masa kini lebih celik dalam bidang komunikasi dan multimedia yang
maju pesat seperti cendawan tumbuh seperti hujan. Hal ini kerana, mereka lebih suka
belajar secara sendiri untuk memantapkan penguasaan
kemahiran komputer untuk kepentingan sendiri dari masa ke semasa. Sementelahan
pula, kombinasi skala kawan/sendiri/ media yang menunjukkan data kedua paling
tinggi juga didapati bahawa sumbangan kawan dan media juga memainkan peranan
dalam memperoleh kemahiran komputer pada masa kini. Perkongsian ilmu tentang IT
dari semasa ke semasa antara rakan dan maklumat yang diperolehi daripada media
sosial seperti “Whatsapp”, “Facebook”, “Telegram dan sebagainya juga
diimplementasikan oleh para pelajar untuk mencapai ilmu komputer. Secara
tuntasnya, penemuan baharu yang kerap kali berlaku dalam bidang teknologi dan
multi media boleh memberi kesan kepada dapatan yang terdapat dalam jadual ini
kerana faktor dan sumber kemahiran komputer boleh berubah-ubah dari semasa ke
semasa.
SOALAN 2

Gambar di atas memaparkan target pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan
awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Iskandar Shah. Hasil daripada pemerhatian dalam gambar tersebut didapati bahawa pelajar
perempuan lebih daripada pelajar lelaki dalam menetapkan target mereka yang tinggi dalam
peperiksaan SPM 2017. Sampel kajian yang melibatkan seramai 14 orang pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 telah dipilih sebagai kayu ukuran dalam kajian ini.
Daripada 14 orang tersebut hanya seorang pelajar lelaki sahaja yang dipilih sebagai pelajar
target dalam SPM manakala bakinya 13 orang ialah pelajar perempuan. Secara umumnya,
target mereka adalah antara dari 8 A hingga 11 A+ mengikut kemampuan dan iltizam para
pelajar masing-masing. Antara perencah berlakunya jurang antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam menjadi pelajar target adalah kerana pelajar perempuan lebih minat dan
peka ketika belajar. Hal ini sedemikian kerana, mereka lebih suka menumpukan perhatian
sepenuhnya ketika guru mengajar di dalam kelas. Disamping itu, mereka juga suka bertanya
kepada guru mata pelajaran sekiranya tidak memahami tentang sesuatu topik atau subjek
yang dipelajari berbanding dengan pelajar lelaki. Kebanyakan pelajar lelaki suka bercakap-
cakap semasa guru mengajar dan ada yang suka duduk di bahagian belakang sekali dalam
aturan bilik darjah. Tambahan pula, pelajar lelaki juga tidak suka mengulangkaji pelajaran
sebagai persediaan awal menjelang peperiksaan manakalan pelajar perempuan bersikap
sediakan payung sebelum hujan dimana mula mengulangkaji pelajaran sejak awal tahun lagi
untuk menduduki peperiksaan SPM ini. Ini menyebabkan pelajar lelaki mengalami kesukaran
untuk menjawab soalan dalam peperiksaan manakala pelajar perempuan dapat menjawab
peperiksaan dengan baik dan akhirnya mencapai target yang ditetapkannya. Daripada lensa
mata saya berkenaan isu ini, saya tidak merasakan bahawa perbezaan jantina akan
mempengaruhi keputusan pencapaian seseorang pelajar baik pelajar lelaki mahupun
perempuan.Walaupun pelajar perempuan mempunyai sikap yang sangat terbuka dan sentiasa
peka di dalam kelas apabila mengikuti pelajaran namun jika dilihat kepada keputusan
peperiksaan sebenar,keputusan kedua-dua pelajar ini lebih kurang sama sahaja. Senario ini
boleh tercetus apabila beberapa tamsilan yang mengesahkan bahawa pelajar lelaki lebih ramai
yang berjaya dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Jurang yang ketara ini akan
mencapai keseimbangan apabila pelajar lelaki bersikap aktivitis dan berhempas pulas untuk
mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran walaupun menjadikan suasana belajar yang
berbeza perbanding pelajar perempuan. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang
signifikan antara keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik.
Keterlibatan murid merupakan perantara bagi faktor sumbangan sokongan pembelajaran dan
pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan. Hasil kajian ini dapat mengukuhkan teori
peranan sokongan pembelajaran terhadap pencapaian murid, perbezaan gender dalam
keterlibatan agar program intervensi dapat ditambahbaik bagi meningkatkan keberhasilan
keterlibatan murid lelaki mahupun perempuan dalam mencapai keputusan secara holistik.
Justeru, ibu bapa perlu dibekalkan dengan senarai semak kandungan perbincangan dengan
anak-anak tentang mata pelajaran yang anak kurang berminat, aspirasi dan keputusan yang
dipersetujui bersama anak tentang tindakan yang akan diambil. Ibu bapa perlu berbincang
bersama anak tentang tahap kemajuan dari masa ke semasa, memantau anak-anak
menyiapkan tugasan sekolah di rumah di samping menyediakan keperluan pembelajaran
dalam lingkungan kemampuan keluarga.Tidak dapat dinafikan bahawa rakan sebaya
merupakan agen sosialisasi penting murid terutama di peringkat remaja. Sokongan rakan
sebaya adalah peramal kuat prestasi akademik murid. Hubungan yang baik dengan rakan
sebaya dapat menggalakkan murid untuk bersama mencapai keputusan yang baik dalam
peperiksaan. Pembelajaran secara koperatif yang memerlukan murid untuk berbincang dan
bekerjasama dalam kumpulan akan mengeratkan hubungan murid dengan rakan sebaya. Hal
ini akan menggalakkan lagi keterlibatan murid dalam sekolah dan seterusnya meningkatkan
pencapaian murid di sekolah. Kumpulan rakan sebaya akan terlibat dengan aktiviti
perbincangan berkumpulan, menyiapkan tugasan sekolah secara berkumpulan serta
melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikut minat mereka dengan bimbingan dan
pemantauan guru dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai