Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM

98000 MIRI

SARAWAK

___________________________________________________________________________

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

AMBILAN JUN 2020

PENDIDIKAN ISLAM (SK) PDPIKR1

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

TUTORIAL 1

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

EDUP2072 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

NAMA AHLI KUMPULAN 1. AHMAD NAZIRUL BIN AZMI SOLAH


: 2. HA HILMI BIN YUSOF
3. HAMIDA BINTI OSMAN
4. MUHAMMAD NUR HAMZAH BIN
MAZLAN
NAMA PENSYARAH : MADAM TRACY ANAK MENSAN
TARIKH HANTAR : 28.09.2020
Soalan :

Analisis jurnal 1 2011 Muhammad UTM kemantapan penghayatan guru terhadap FPK
asas.

1.0 Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu panduan dalam bidang


pendidikan terutamanya. Fokus utama FPK ialah “ Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Selain itu juga, berdasarkan FPK ini di mana ia telah digubal dengan merujuk
seperti Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan
JK Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan serta
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tambahan pula, penulis menjelaskan tujuan FPK ini
dalam pendidikan iaitu untuk melahirkan insan yang Syumul atau lengkap yang
melibatkan intelek, emosi, dan fizikal murid atau pelajar.
Dalam jurnal ini juga penulis menerangkan faktor-faktor seseorang kurang
memahami FPK ini dengan menyenaraikan dua perkara iaitu pertama ialah pemilihan
kerjaya dan tanggungjawab. Seterusnya, penulis membincangkan kesan kepada
kefahaman FPK kepada golongan pendidik di mana menyenaraikan tiga kesan jika
pendidik memahami FPK ini iaitu, kepuasan kerja, hasil pembelajaran yang diperoleh
murid atau pelajar dan sikap yang ditunjukkan murid serta kesan daripada pengajaran dan
pembelajaran guru yang memahami FPK ini. Di samping itu juga, penulis mencadangkan
cara untuk meningkatkan kefahaman terhadap FPK ini dengan mengadakan kursus
tentang penghayatan dan kepentingan FPK dan melakukan penyeliaan berkala dari pihak
yang ditugaskan terhadap pendidik.
2.0 Kelebihan
Berdasarkan jurnal, diantara kelebihan yang dapat disimpulkan di sini ialah penulis telah
memberi penjelasan tentang sejarah kepada penghasilan FPK dan tujuannya. Seterusnya,
penulis juga menbentangkan faktor-faktor kurang kefahaman dan kesan kefahaman FPK
ini dalam pendidikan dengan memberikan data dan hasil kajian yang dilakukan oleh
pengkaji lain. Cadangan yang diberikan penulisan dapat dijadikan rujukan kepada pihak

2
yang berwajib dalam menambahbaik dalam memberi kefahaman kepada golongan
pendidik di masa hadapan.
3.0 Kekurangan
Melalui jurnal, kita dapat lihat di mana penulis menggunakan kajian literatur dan kajian
kualitatif yang melibatkan kajian buku-buku, jurnal, artikel, serta hasil kajian pengkaji lain.
Kekurangan yang dapat dilihat di sini di mana penulis tidak menjalankan kajian secara
kuantitatif yang melibatkan soal selidik atau temu bual terhadap respondan yang ingin di
kaji iaitu misalnya golongan pendidik.

Soalan:

Berdasarkan analisis tersebut, huraikan bagaimana penghayatan akan konsep


Falsafah Pendidikan dapat membantu dalam pembentukan guru yang cemerlang.

1.0 Pendahuluan

Guru merupakan aset negara yang amat bernilai. Profesion keguruan merupakan salah satu
profesion yang mencabar dan amat diperlukan pada masa kini. Guru merupakan komponen
teras yang menetukan kejayaan dalam memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakaran
serta lebih mengenali muridnya. Seorang guru bukan sahaja mengajar malahan juga
merupakan pengganti ibu dan ayah kepada murid semasa di sekolah. Menurut Abu Ajip
(1994), pendidik mestilah kreatif, cekap dan bermotivasi tinggi dan berhemah mulia diperlukan
oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana yang di matlamatkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan yang demikian, ianya dapat meningkatkan prestasi
seorang guru seterusnya dapat menjadikan guru itu cemerlang pada pandangan pelajar, guru-
guru, sekolah dan lebih-lebih lagi pada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Kaedah yang perlu ada dalam diri seorang guru untuk menjadikan dirinya cemerlang

 Seorang guru mestilah mempunyai budi pekerti yang mulia.

Sebagai definisinya, guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid,
ibu bapa, masyarakat) melebihi diri sendiri. Sebagai seorang guru, bermaksud meletakkan
kepentingan orang lain ialah memberikan usaha yang terbaik demi kepentingan anak didik
dalam pembelajaran mereka agar tidak tercicir, sanggup berkorban masa bersama ibu bapa
dalam usaha mencapai tahap kemajuan sekolah yang tinggi dan mampu bersama-sama
masyarakat dalam membina satu jalinan yang rapat agar proses pembelajaran itu tidak hanya
berjalan di sekolah sahaja, malahan di luar sekolah. Guru juga mestilah menerapkan nilai-nilai
murni ke dalam diri pelajar agar mereka menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi

3
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan.
Sebagaimana falsafah pendidikan islam menyatakan tentang kepercayaan kepada Allah
menjadi tunjang kepada kehidupan kita. Oleh itu guru yang cemerlang adalah yang
mempunyai matlamat tertinggi pendidikan iaitu penyembahan atau ubudiah kepada Allah s.w.t
(Alavi,2008).
 Guru mestilah mengelak daripada sifat tidak meyakini diri sendiri.
Menurut Aminah dan Athur, (1994) berpendapat bahawa seseorang guru tidak seharusnya
mempunyai sifat tidak meyakini diri sendiri. Sebagai contoh, tidak mempunyai keyakinan untuk
meneroka kerjaya yang lebih kompleks. Hal ini kerana sesuatu kerjaya atau pekerjaan yang
dilakukan adalah bukan daripada kemahuan diri sendiri atau tekanan ibu bapa atau ahli
sekuarga, atau juga disebabkan sistem atau ganjaran gaji semata-mata. Hal ini telah
dinyatakan dalam islam bahawa sesiapa melakukan sesuatu tanpa ikhlas atau bukan kerana
Allah adalah pekerjaannya akan sukar, oleh itu guru perlu mengelak daripada sifat tidak yakin
diri dan membuat sesuatu tungasan kerana keduniaan, hal ini sukar untuk mendapat
keredhaan Allah Taala. Al-Ghazali menyatakan bahawa ilmu ialah penyingkapan yang
meyakinkan sekali gus tiada kemungkinan untuk melakukan kesilapan atau kesesatan (Mohd
Nasir Omar, 2005).
 Guru mestilah mempunyai sikap sahsiah diri yang cemerlang.
Berdasarkan kepada FPK, usaha memperkembangkan potensi seseorang individu adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupaya mencapai
kesejahteraan diri adalah melalui sikap seseorang dalam memperbaiki sahsiah diri, jika usaha
untuk mencapai kesejahteraan diri sukar dicapai, maka mereka ini dianggap gagal dalam
penampilan terhadap diri dan orang lain. Apabila diri gagal dipimpin, maka jauh sekali
kepimpinan serta sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan Negara dapat
disumbangkan, sekali gus menjadikan diri sukar untuk cemerlang dalam pendidikan. Para guru
juga perlu tabah dalam menghadapi cabaran ini kerana istilah melebihi diri sendiri itu
membawa maksud yang mendalam dan dalam masa yang sama pengorbanan terhadap masa
dan tenaga serta wang ringgit demi menjamin kecemerlangan murid atau pelajar tidak kira
dalam apa bidang sekali pun. Jika guru dapat menghadapi cabaran yang pertama ini, banyak
aktiviti yang dapat dilaksanakan dan pencapaian juga akan meningkat disamping kesatuan
yang erat bersama ibu, bapa dan masyarakat. Secara tidak langsung, amalan ini dapat
meningkatkan pembangunan negara dari segi jumlah tenaga kerja mahir dan tahap
kompentensi generasi yang akan datang.
3.0 Kesimpulan
Sebagai seorang guru, Falsafah Pendidikan Guru amatlah penting dan sepatutnya dijadikan
amalan pada setiap masa. Jika para guru menjalankan tugas yang diamanahkan dengan
baik dan boleh menjadi role model kepada para pelajar, sudah pastinya generasi yang

4
dibentuk mempunyai keperibadian yang tinggi, mampu berdaya saing, bersatu padu, kreatif
dan inovatif, bersikap proaktif dan progresif serta menjaga adat resam dan kebudayaan
dengan baik. Dari sinilah maka negara dapat mencapai sasaran yang diinginkan iaitu
mewujudkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani serta dapat
membangunkan negara dengan lebih jayanya di masa hadapan. Guru yang cemerlang
adalah yang cemerlang bukan sahaja dalam diri sendiri bahkan dia juga cemerlang dalam
semua tingkah lakunya.

Soalan:
Jurnal 2 2012 Asmawati Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam

1.0 Pendahuluan
Islam menyediakan falsafah yang jelas dan komprehensif dalam kehidupan termasuklah
dalam bidang pendidikan. Gagasan pemikiran falsafah dalam Islam sekaligus membentuk
World view seterusnya memberi panduan membina visi dan misi pendidikan masyarakat
Islam. Keutuhan dan keunikan pemikiran falsafah Islam ini semestinya kerana sumber rujukan
yang menjadi asas pegangan dan panduan iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Persoalan utama falsafah Islam iaitu Tuhan, insan dan alam dibincangkan dan dijelaskan
dengan lebih terperinci dan lengkap agar kehidupan muslim tidak terpisah-pisah bagi
mencapai kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

2.0 Pemikiran falsafah dalam Pendidikan Islam

Falsafah yang merupakan salah satu disiplin ilmu dianggap sebagai disiplin yang tinggi.
Falsafah dianggap sedemikian kerana sesuai dengan makna falsafah itu sendiri iaitu cinta
kepada hikmah (Akinpelu, 1981; Dunn, 2005; Mohd Sulaiman, 1982). Hikmah atau
kebijaksanaan adalah aspek penting dalam falsafah (Ali, 1994) dan ia merujuk kepada
kematangan pandangan dan pengamatan yang teliti (Seyyed Hossein Nasr, 1982; al-
Syaibany, 1991). Hikmah ialah satu pemikiran aras tinggi yang bertujuan untuk menggali
kebenaran atau hakikat. Dalam Islam, kebenaran yang dimaksudkan tentu sahaja kebenaran
Islam. Malahan, hikmah dinyatakan di dalam al-Quran menerusi surah Al-Luqman. Luqman
digambarkan sebagai ahli hikmah atau bijak pandai kerana kebijaksanaan pandangan
futuristik beliau menjangkau ke alam akhirat.

Di samping itu juga, Pendidikan Islam sebagai satu sistem atau mata pelajaran ialah
pendidikan yang berakar umbi daripada gagasan pemikiran falsafah. Gagasan pemikiran
falsafah tersebut hakikatnya adalah pandangan hidup atau World view yang telah digariskan

5
dalam Islam. Tanpa World view tersebut, kehidupan tidak terarah, pendidikan tiada hala tuju
dan apa juga aktiviti tiada nilainya di sisi Allah s.w.t. Walaupun terdapat usaha untuk
melakukan transformasi terhadap Pendidikan Islam sesuai dengan keperluan semasa, ia tidak
wajar meminggirkan realiti keperluan untuk kembali kepada world view tersebut atau secara
khususnya transformasi tersebut perlu berpijak kepada pemikiran falsafah. Tanpa pemikiran
falsafah, apa juga bentuk kemajuan dan pemikiran futuristik dalam pendidikan tidak akan
tercapai sejajar dengan kehendak falsafah. Oleh hal yang demikian, hala tuju Pendidikan Islam
dulu, kini dan akan datang perlu kembali berlandaskan kepada pemikiran falsafah. Segala
cabaran dan halangan untuk merealisasikannya perlu ditangani dengan bijak dan penuh
hikmah.

3.0 Fokus utama Falsafah Pendidikan Islam

Membina falsafah Pendidikan Islam menurut as-Syaibani sebagaimana yang dijelaskan oleh
Ahmad Mohd. Salleh (2004) ianya terikat kepada beberapa unsur dan syarat tertentu iaitu,

 Hendaklah sesuai dengan roh Islam aqidah dan syariat Islam.


 Hendaklah berkaitan dengan realiti masyarakat dalam hubungannya dengan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
 Haruslah didasarkan kepada aspek kehidupan manusia yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan cabangnya serta pengalaman kemanusiaan.
 Hendaklah bersifat universal yang didasarkan kepada faktor sosial, budaya, spiritual,
ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya.
 Hendaklah bersifat memilih supaya ianya sesuai dengan roh Islam.
 Seharusnya bersifat dinamik, berkembang, sesuai dengan perkembangan
penyelidikan dan kajian dalam bidang yang pelbagai.
4.0 Kesimpulan
Pendidikan Islam ialah salah satu perkara yang sangat berhubung rapat dengan persoalan
falsafah hidup insan menurut Islam. Apabila falsafah hidup insan yang hakiki difahami dengan
jelas dan baik, maka tujuan dan matlamat Pendidikan Islam tidak akan timbul dan tidak perlu
dipersoalkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai