Anda di halaman 1dari 24

pembagun pagi gosok gigi cuci muka dan mandi..

PEMBANGUNAN LESTARI

Disediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia

Pembangunan Lestari /Mampan

Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaanalam


sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-
sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang
telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula
meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber
semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan
lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan
dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan
keupayaan generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari

Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang


kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu
pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang
diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos
hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada
wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set
prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam
melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara
masing-masing.

Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang


dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan
minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi
UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “… balancing balancing the fulfillment of human
needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met
not only in the present, but in the indefinite future.”

Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk


memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di
planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup
secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan
lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan
manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan
perkhidmatan tanpa degradasi.

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian


Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan
penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian
ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah
dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing
untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana
pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan
lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan
Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa
yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap
pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan
penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam
sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang
berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini
termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan
Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan
Pelan Tindakan Teknologi (TAP).

Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah
dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli
akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan
menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang
bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang
menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam
perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini,
RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk
mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat
tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan
kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak
sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan
yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan.
RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk
mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri :


Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan
keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai
program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian
telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan
dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2
dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk
pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor
swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk
mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi
memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang
penyelidikan dan teknologi.

Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi


tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah
Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna,
dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan
komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi
pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia
mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber
asli dan alam sekitar.

Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk
mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar
dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan
prinsip-prinsip berikut:

Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati


kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.

Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-


undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk
memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar
dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-
aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam
sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan


pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.

Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar


hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh
dipertimbangkan secara berasingan.

Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi


kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam
usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti
penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama


negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar
haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang
alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua
negara.

Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian


sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri
ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan
alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi
berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi
berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam
susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan
yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan
sumber kewangan yang mereka kuasai.

Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik
untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola
pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi
demografi yang sesuai.

Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan


masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan
kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan,
penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua


rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan,
setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai
alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat
tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan
peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara
hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan
menyebar maklumat secara meluas.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi
suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia.
Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun
antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah
melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro
(1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009
di Copenhagen.

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)

Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi
menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu
alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai
sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang
ini berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh
Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi)
pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan
oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya
mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara,
dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan
tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat
Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan
pembangunan yang berkaitan.

Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21:

Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan


mampan;
Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “
menandakan abad ke-21;
Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan
pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara


yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah
bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu
ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula
sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan


kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan
lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-
mata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi

PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah


merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah
ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen
rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan
selaras dengan Deklarasi Langkawi.

Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi


negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar
dalam bidang alam sekitar.

Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan,


penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran
dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;

b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah


perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan

c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang


ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.

Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.

Apa itu Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara


yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber


semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua
jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung
kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara
bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam
Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang
diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal
tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa
Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia
untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang


bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk
mencipta masa depan yang berterusan.

Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang


dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang
tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan
merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi
perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam


semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan,
membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan
tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa
kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan
pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan


pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti
kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau
perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.

Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan


kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia.
Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

Penyertaan politik

Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini


termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam
menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5
tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik
yang bertanding.

Ekonomi

Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di
dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan,
ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang
meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang
berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat
diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan
ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta
pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan
perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini
termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak
membebankan rakyat.

Budaya

Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian
organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan
tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari
Pengguna Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya
hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin
kesejateraan dan slogan "Amalkan Penggunaan Lestari".

Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai

dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang
serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7
peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini
dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan
awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam,


bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari
segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana
bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar
mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai
contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau
santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar
tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih
terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal
sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja
tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah
dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air
buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum
dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah
perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti
ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti
harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu
disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti
mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan
diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang
aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya
yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.

-pencemaran udara (seksyen 20)

-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)

-pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)

-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984

- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976

- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan


asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980

- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan


Pembangunan Lestari Di Malaysia
Apakah itu Pembangunan Lestari?

Dari sudut bahasanya, Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah.


Mampan pula bermaksud sesuatu yang mampu mengekalkan pencapaian
atau prestasi yang baik. Maka Pembangunan Lestari atau Mampan adalah
sesebuah pembangunan yang kekal pencapaiannya mengikut apa yang
telah dirancangkan. Pencapaian atau prestasi yang dimaksudkan adalah
dari segi prestasi pembangunan itu sendiri dan juga prestasi pengguna
pembangunan tersebut.

Dari segi praktisnya pula, pembangunan lestari ditakrifkan sebagai


sebuah pembangunan yang dijalankan secara terancang supaya tidak
menjejaskan keadaan semulajadi, menambah keselesaan sosial dan
meningkatkan taraf ekonomi di situ bukan sahaja untuk generasi semasa
malah untuk generasi akan datang. Iaitu Pembangunan yang kekal. Maka,
oleh kerana ini, nama Pembangunan Lestari itu telah dipilih untuk
digunakan.

Definasi Oleh Brundtland Report, 1987


Pembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi
keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi
keperluan pada masa hadapan.

Definasi Oleh The World Commission Environment and


Development, WCED, 1987
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan
generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang
untuk memenuhi keperluan mereka.

Pembangunan mampan / lestari “...mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar...”

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar


menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh
seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik
dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang
telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi
Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di
Copenhagen.

Deklarasi Langkawi

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan.


Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara
Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan
pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah
menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan
mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan
dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka
– England

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)

Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil
bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam
memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat
disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air dan udara.
Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah
melalui Agenda 21 dan Protokol Kyoto.

Apa itu Agenda 21?

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh


Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (United Nations Conference on Environment and Development,
UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang
Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara
yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang
menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus
(tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Lestari (CSD). Laporan tersebut
antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat
Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam
sekitar dan pembangunan yang berkaitan.

Latar belakang Agenda 21 :


(1). Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang
seimbang dan lestari;
(2). Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan
angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
(3). Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia;dan
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan
pembangunan lestari; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ”Usaha Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Apa Itu Protokol Kyoto?

Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar PBB: Protokol Kyoto


merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa
mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka secara
kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990.
Enam gas rumah hijau itu ialah :
1). karbon dioksida
2). metana
3). nitrus oksida
4). sulfur heksafluorida
5). kloroflurokarbon(CFC)
6). perfluorokarbon(PFC).

Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah hijau mengikut zon


adalah:
1). 8% untuk Eropah,
2). 7% untuk Amerika Syarikat,
3). 6% untuk Jepun,
4). 0% untuk Rusia,

Dan penambahan yang diizinkan adalah :


1). 8% untuk Australia
2). 10% untuk Britain

Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB


tentang Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on
Climate Change, UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak
Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Hanya pihak yang bersekutu
dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol
Kyoto.

Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu


dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan oleh UNFCCC
(kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan gas-gas
rumah kaca).

Kesan Rumah Hijau (Green House Effect)

Komitmen Kerajaan Malaysia

Strategi ke arah mencapai komitmen yang telah diberikan. Antaranya


ialah:

(1). Rancangan Malaysia - Semenjak Rancangan Malaysia ke-8 lagi, isu


kelestarian telah di kenalpasti dan di ambilkira di dalam perancangan
pembangunan Negara.

(2). Persidangan Kemuncak Dunia - Selain dari itu, pihak kerajaan juga
sentiasa peka dan mengambil perhatian mengenai kelestarian dan
sentiasa mengambil Bahagian di dalam persidangan peringkat dunia yang
melibatkan persetujuan dan komitmen Negara-negara yang terlibat.
Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan komitmen Malaysia
dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada Disember 2009 (COP 15) di Copenhagen, bahawa negara akan
mengurangkan pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 40%
daripada kadar pelepasan 2005 menjelang tahun 2020.

(3). Majlis Teknologi Hijau - Pada Julai 2009, Kerajaan telah menubuhkan
Majlis Teknologi Hijau (MTH) yang berperanan sebagai badan penyelaras
peringkat tertinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan
pihak berkepentingan utama bagi memastikan Dasar Teknologi Hijau
Negara dilaksanakan secara efektif. Ia dipengerusikan sendiri oleh Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia. Kemudian, nama majlis ini telah di tambahbaik
kepada Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI).

(4). Dasar Teknologi Hijau - Dasar ini berhubung rapat dengan prinsip
pembangunan lestari di mana pembangunan hendaklah “Memenuhi
keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi
akan datang”. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
akan menyelaras dan memastikan kelancaran pelaksanaan dasar ini.
Dasar ini adalah berdasarkan empat tonggak iaitu :

1). Tenaga - Mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga


dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.
2). Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam
sekitar.
3). Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi hijau.
4). Sosial - Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau negara ini
:
1). Langkah pertama - Dasar itu adalah untuk mengukuhkan rangka kerja
institusi, khususnya membabitkan peringkat menteri
2). Langkah kedua - Adalah untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif bagi pembangunan teknologi hijau.
3). Langkah ketiga - Adalah untuk menggiatkan pembangunan modal
insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan yang
termasuk menyediakan pakej kewangan serta insentif kepada pelajar
untuk mengambil subjek yang mempunyai kaitan dengan teknologi hijau.
4). Langkah keempat - Adalah bagi menggalakkan penyelidikan dan
inovasi teknologi hijau menerusi pengkomersialan
5). Langkah kelima - Adalah meneruskan usaha mempromosi dan
meningkatkan kesedaran rakyat terhadap teknologi hijau.

PEMBANGUNAN LESTARI AGENDA BERSAMA

PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio
de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan
diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau
ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi
keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan
mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa
bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia. Dua tahun berikutnya, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) mewujudkanInstitut Alam Sekitar dan Pembangunan atau
dikenali Lestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi kebangsaan dan
serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari melalui penyelidikan dan latihan.
Selepas sekian lama dibangunkan, pada 1 Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15.
Marilah kita ikuti perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan
awam. Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada penyelidikan bersifat
pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu kelestarian dalam konteks ekosistem bandar,
ekosistem persisiran, kepelbagaian biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar.

Bagaimanapun, pencapaian paling menyerlah ialah apabila Lestari bersama rakan


strategiknya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor berjaya menghasilkan dokumen
polisi dan implementasi ‘Agenda 21 Selangor’. Cadangan ini diterima pakai kerajaan Selangor untuk
melaksanakan agenda pembangunan lestari peringkat negeri, menjadikan Selangor negeri pertama
di Malaysia menyahut tuntutan global melaksanakan pembangunan secara lestari. Salah satu
komponen penting Agenda 21 Selangor ialah keperluan mewujudkan dasar perancangan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar. Pembangunan yang pesat di Selangor, diikuti permintaan untuk membangun
di kawasan berbukit dan tadahan air memerlukan dasar yang kukuh untuk mengawal pembangunan
di kawasan sensitif. Hari ini, dasar perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar bukan saja
digunakan di Selangor, malah diguna pakaiJabatan Perancangan Bandar dan Desa
Malaysia sebagai dasar pembangunan lestari kebangsaan, khususnya untuk merancang
pembangunan di kawasan bukit. Kajian oleh penyelidik Lestari mengenaiStatus Alam Sekitar dan
Keupayaan Tampungan Pulau Sipadan pula, membuka lembaran baru kepada Lestari.
Penyelidikan bagi pihak Bahagian Keselamatan Negara meletakkan Lestari berada pada
kedudukan kritikal sebagai penasihat saintifik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Sabah
untuk menentukan hala tuju pembangunan Sipadan. Sipadan penting untuk Kerajaan Pusat dalam
konteks keselamatan negara kerana isu tuntutan bersama Malaysia-Indonesia dan kedudukannya
paling selatan di Sabah. Bagi kerajaan negeri Sabah pula, Sipadan adalah permata untuk
pelancongan selam skuba yang boleh menjana ekonomi tempatan. Pada masa sama, pulau paling
sensitif daripada perspektif alam sekitar sedang menuju kemusnahan. Input akademik berjaya
membawa kesepakatan antara Kerajaan Pusat dan negeri untuk melaksanakan perancangan
pembangunan Sipadan secara lestari. Pembabitan Lestari dengan beberapa agensi Kerajaan Pusat,
khususnya beberapa jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membolehkan hasil
penyelidikan disalurkan terus kepada pembuat dan pelaksana dasar. Projek Sekolah dan Bandar
Lestari bersama Jabatan Alam Sekitar membolehkan idea kelestarian diserapkan dalam pelbagai
program dan aktiviti sekolah dan bandar terpilih secara berterusan. Projek berasaskan kepada
penyediaan garis panduan untuk anugerah sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian
ini telah menjadi pencetus inisiatif kebangsaan untuk kebanyakan sekolah dan bandar merancang
aktiviti ke arah pembangunan lestari. Kejayaan paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan
global ialah apabila Lestari bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk
membangun kepulauan Langkawi sebagai Geopark Global. Penyelidikan saintifik secara berterusan
mengenai sumber warisan geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di
Langkawi dibangunkan dengan menggunakan sumber warisan alam. Pencapaian ini membolehkan
Jaringan Geopark Global yang dipelopori Unesco mengangkat Langkawi sebagai satu-
satunya Geopark Global di Asia Tenggara. Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju pembangunan
wilayah berasaskan konsep geopark, dan kini sering dirujuk dan dijemput untuk membantu beberapa
negara di Asia, terutama China, Jepun dan Korea, membangunkan geopark mereka. Usaha
berterusan menjalin hubungan berasaskan konsep menang-menang, meletakkan Lestari sebagai
rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi kerajaan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini
Lestari sering diundang untuk menerajui atau bersama merangka dasar dan pendekatan baru,
khususnya yang berkaitan dengan inisiatif pembangunan lestari. Lestari terbabit bersama Majlis
Keselamatan Negara merangka pelan tindakan kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana
berasaskan Kerangka Tindakan Hyogo; terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
dalam memperkemas isu berkaitan tadbir urus bahan kimia berbahaya; pengurusan sumber air
secara terintegrasi (IWRM) dan menyediakan dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim.
Bersama Unit Perancangan Ekonomi, penyelidik lestari diberi penghormatan merangka Penunjuk
Pembangunan Lestari (SDI) yang bakal digunakan untuk memantau pembangunan negara masa
depan secara lestari. Lima belas tahun adalah masa singkat untuk membangun sebuah institusi
penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak pantas dan kini berada pada kedudukan
dihormati. Apakah ramuan kejayaan ini? Sebagai orang dalam, saya melihat gabungan
kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah faktor yang menentukan
kejayaannya. Bagaimanapun, strategi menyediakan sekitaran bekerja sebagai satu pasukan dan
penekanan kepada aktiviti jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu mencapai kejayaan. Alam
sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat dengan pembangunan pada
peringkat tempatan. Isu asas, bukan untuk memilih sama ada alam sekitar atau pembangunan, tetapi
ia membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan kedua-dua secara bersama daripada
perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini bukan untuk kepentingan alam sekitar atau pembangunan,
tetapi untuk memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini untuk terus hidup. Bagaimanapun,
saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani isu ‘alam sekitar dan pembangunan’.
Melihat kepada beberapa isu genting seperti pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai,
degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap kepenggunaan dan pengurusan
sampah-sarap, gejala sosial, kita masih belum jauh bergerak daripada takuk lama. Sekiranya
kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan keprihatinan mengenai
kesejahteraan komuniti meningkat – mengapa gagasan pembangunan lestari masih belum menyerap
ke dalam urat dan nadi seluruh jentera pembangunan negara? Mengapa negara yang proaktif dalam
banyak perkara, dan memegang slogan ‘Malaysia Boleh’ sukar menyerahkan jiwa dan raga untuk
melaksanakan gagasan pembangunan lestari? Inilah persoalan yang masih belum dijawab oleh
Lestari. Persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Malaysia – individu,
komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.
Catatan Editor:// Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (Lestari) UKM yang juga Pengarah Bersekutu Pengasas Lestari. Artikel ini
pernah diterbitkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 30 September 2009. Pihak editorial
mengambil inisiatif untuk memuatkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan bertulis
dari Prof Dato' Dr Ibrahim Komoo
LA 21 MALAYSIA

Sejak deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia telah mengambil
inisiatif menyokong Agenda 21, Pelan Tindakan Global ke arah pembangunan mampan untuk abad
ke-21. Program LA21, iaitu Agenda 21 di peringkat tempatan menekankan penglibatan dan peranan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat
tempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam bab ke-28 Agenda 21.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan
kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan United Nations Development Program (UNDP)
memulakan pelaksanaan Program LA21 menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000.

Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara PBT,
masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan jika dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta
melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan
ekonomi.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Di peringkat kerajaan PBT adalah agensi yang paling rapat dengan orang awam, dan ia memainkan
peranan yang penting dalam mendidik dan menggembleng orang awam serta memberikan maklum
balas kepada orang awam bagi menggalakkan pembangunan mampan. LA21 mula disebut
dalam Bab 28 Agenda 21 ;

“menyeru semua PBT di seluruh dunia untuk melaksanakan proses perundingan dengan
rakyatnya, organisasi tempatan dan sektor swasta, dan mencapai persetujuan tentang ‘satu
LA21’ untuk masyarakatnya”..

4.0 DEFINISI DAN TEORI :

4.1 Definisi Pembangunan Mampan :

Mengikut Brundtland Report 1987 :

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada


masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa
depan.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira


keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta
kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan
sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,


keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang
dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah
melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan
dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal
serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David
Drakakis-Smith, 1995)

4.1.1 Matlamat Pembangunan Mampan

Rajah 4.1 Matlamat Pembangunan

Mampan

Sumber : Blowers, 1993

1. Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan


akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang
tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.

- Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara


penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai
keselesaan dan nilai warisan.

2. Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di


mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan.

- membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan


tersebut.

- meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada


komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan
pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

3. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan


pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti
kehidupan.

- mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan


menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah
harus dititikberatkan.

4. Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya


dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial.

- mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu


dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

5. Penyertaan Politik

Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

4.1.2 Objektif-objektif Pembangunan Mampan

Ekonomi
- pertumbuhan ,kesaksamaan,Kecekapan
Pembangunan Mampan
Sosial Ekologi
- kuasa - keupayaan
- penyertaan menampung
- identiti kebudayaan - kepelbagaian
- pembangunan institusi

Sumber : David Drakakis-Smith, 1995

4.1.3 Komponen-komponen dalam Pembangunan Bandar Mampan


Rajah 4.3 Komponen-komponen dalam Pembangunan Bandar Mampan

4.2 Rekabentuk Bandar

Rekabentuk Bandar (urban design) adalah subsektor perancangan yang meneliti


perhubungan visual dan functional yang wujud di antara manusia dengan alam
persekitaran fizikalnya. Premis amalan rekabentuk bandar menyatakan bahawa
persekitaran fizikal manusia boleh direkabentuk menerusi pelbagai kaedah
rekabentuk bagi menghasilkan rupabentuk bandar yang dihasratkan dalam iklim
kekangan politik, ekonomi dan sosial ( Kriken, 1979).

Bandar yang wujud dewasa ini terbentuk melalui rekabentuk dan perancangan untuk
tujuan tertentu. Bentuknya tidak terbentuk secara rawak tetapi disengajakan. Ia
adalah hasilan daripada keputusan yang dibuat untuk tujuan tertentu dan keputusan
ini dipanggil rekabentuk bandar. Bandar tidak direka untuk satu gambaran 20 tahun
dari sekarang, tetapi ia satu proses membuat keputusan dari hari ke hari.
Mengikut Mugavin (1992) pula, rekabentuk bandar adalah sintesis bentuk fizikal
bandar untuk mencapai gol yang berkenaan dengan keperluan manusia, biasanya
rujuk kepada aktiviti dan meaning. Ini bermaksud rekabentuk bandar adalah
berkaitan dengan bentuk fizikal, bangunan, jalan, taman dan sebagainya serta
perhubungan di antaranya dalam mencapai gol dari segi fungsi, psikologi, sosial dan
alam sekitar.

4.2.1 Pembandaran di Pulau Pinang

Aspek rekabentuk bandar adalah penting kepada perancangan pembandaran


Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang adalah kawasan perbandaran
yang bersejarah. Sejarah perkembangan Pulau Pinang bermula di George
Town pada tahun 1786 yang ketika itu dikenali sebagai ‘The Prince of Wales
Island’. Pulau Pinang bermula sebagai pos perdagangan British telah
mengalami perkembangan perbandaran yang begitu pesat dari hanya sebuah
bandar yang dibentuk oleh 4 batang jalan (Jalan Light, Jalan Pantai, Jalan
Kapitan Keling dan Jalan Chulia) pada tahun 1786.[1]

Kawasan perbandaran pulau berkembang secara berjajar sepanjang jalan-


jalan utama dan sehingga kawasan Jelutong, Bagan Jermal dan Jalan
Scotland pada tahun 1950. Kebakaran besar George Town pada tahun 1813
telah meninggalkan kesan yang kuat di Georgetown. Celah lima puluh kaki
setiap 200 kaki bangunan berderet disediakan dan pemakaian bumbung
genting terra cotta telah bermula pada tahun 1826.

Bandar Air Hitam merupakan bandar pasaran pertanian pada zaman penjajahan.
Apabila sistem pengangkutan dimajukan, ia telah menggalakkan pertumbuhan
bandar secara berjajar dari George Town ke bandar Air Hitam. Pada lewat 70an
hingga awal 1990an, perkembangan perbandaran berjajar dari George Town ke
bandar Air Hitam. Pada lewat 70an hingga awal 1990an, perkembangan
perbandaran berjajar telah bergerak dari George Town ke pekan-pekan sekunder
berhampiran ( Tanjong Tokong, Air Hitam, Jelutong), sehingga bandar Bayan Baru
yang dirancang sebagai bandar baru dan Pusat Wilayah pada awal 70an.

Kawasan-kawasan di barat dan barat daya kurang mendapat pengaruh


perkembangan perbandaran kerana halangan fizikal. Terdapat kawasan tanah tinggi
di tengah pulau, iaitu kawasan Paya Terubung dan Bukit Bendera. Perkembangan di
pantai utara pula berlaku secara berjajar sepanjang Jalan Bangan Jermal – Batu
Feringgi. Perkembangan secara berjajar ini juga diakibatkan oleh halangan fizikal
kawasan bukit dan perkembangan industri pelancongan di situ.
4.2.2 Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang

Rekabentuk bandar meliputi

Sejarah perkembangan bandar dan pengaruhnya ke atas bandar

Ciri fizikal bandar

Ruang dan aktiviti bandar

Elemen rekabentuk bandar

Imej bandar

Pemuliharaan

5.0 FUNGSI, BENTUK DAN KANDUNGAN KAJIAN

5.1 Fungsi-fungsi Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang

Fungsi-fungsi Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang adalah seperti berikut :

1. Merumuskan dasar, strategi dan matlamat pembangunan rekabentuk bandar


kawasan George Town

- Membekalkan satu garis panduan pembangunan rekabentuk bandar yang lebih


menyeluruh, bersepadu dan berkesan serta menuju ke arah pembangunan mampan.

2. Panduan kepada Pentadbiran Bandar

- Untuk dijadikan panduan bagi pentadbiran bandar dengan menyediakan rancangan


tahunan atau rancangan pembangunan 10 tahun di samping boleh dijadikan garis
panduan bagi mengawas Rancangan Pembangunan kawasan berkaitan di peringkat
bandar.

3. Mengenalpasti cadangan-cadangan dan keutamaan

- Mengenalpasti cadangan ekonomi mahupun sosial dan fizikal dengan program-program


perlaksanaan mengikut keutamaan cadangan.

5.2 Bentuk Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang

Kajian ini akan dijalankan secara mendalam dan akan menilai kesemua
strategi-strategi alternatif untuk pembangunan rekabentuk bandar dan
membuat saranan-saranan dalam bentuk cadangan dasar-dasar strategik,
lakaran-lakaran serta projek-projek pembangunan berkenaan selaras dengan
pembangunan rekabentuk bandar menuju ke arah pembangunan
mampan. Kajian ini akan mengambil kira polisi-polisi semasa yang
berkenaan dengan rekabentuk bandar kawasan kajian. Dasar-dasar,
program-program dan projek-projek yang dijalankan akan megandungi aspek-
aspek yang berkaitan dengan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional dan
dasar negeri.

5.3 Kandungan Kajian Rekabentuk Bandar di Pulau Pinang

Kajian ini akan mengambil kira 3 aspek penting iaitu :

1. spek ekonomi yang meliputi aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan kajian, iaitu


perniagaan dan pelancongan.

2. Aspek sosial yang meliputi sektor perumahan dan komuniti di kawasan kajian.

3. Aspek fizikal dan ekologi yang meliputi sektor pengangkutan, lanskap, bangunan
dan pemuliharaan.

Kajian ini akan mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Rumusan dasar dan strategi pembangunan tanah di kawasan kajian dan cadangan
am kegunaan tanah, terutama cara-cara untuk mempertingkatkan taraf sosio-
ekonomi, infrastruktur dan kemudahan masyarakat.

2. Mengambil kira sumber-sumber yang sedia ada untuk melaksanakan cadangan-


cadangan yang terkandung dalam kajian rekabentuk bandar selaras dengan
kehendak Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

3. Peta, pelan, rajah dan ilustrasi bagi menjelaskan cadangan-cadangan yang


terkandung di dalam kajian rekabentuk bandar.

4. Kesemua perkara yang terkandung dalam objektif kajian.

PUSAT PENYELIDIKAN LESTARI

Pusat Penyelidikan

Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK)

Pusat ini diwujudkan untuk memfokuskan kepada kajian bersepadu dan transdisiplin berkairan
dengan isu kelestarian. Sistem governans yang terdiri daripada polisi, perancangan perundangan dan
pengurusan menjadi subjek kajian untuk merealisasikan konsep pembangunan lestari berasaskan
input saintifik dan kemanusiaan terutamanya penilaian terhadap perubahan ekosistem fizikal dan
kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem untuk pengurusan alam sekitar yang lestari. Objektif
penubuhan SGK adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian transdisiplin dalam bidang Sains
Kelestarian dan Governans

2. Untuk memainkan peranan sebagai pusat kajian polisi, teori dan pengurusan untuk menyokong
pembangunan lestari.

3. Untuk menjadi pusat koordinasi untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan
keupayaan, jaringan dan pembinaan jangkauan berkaitan dengan sains dan governans kelestarian.

Maklumat lanjut:

…………………………………………………………………………………………………………………

Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES)

Pusat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2006 untuk memberikan tumpuan kepada kajian multidisiplin
berkenaan kelestarian alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan sosial. Skop kajian pusat ini
termasuklah penyelidikan bersepadu dalam integriti alam sekitar dan penggunaan sumber asli
secara lestari serta sistem industri yang menyerlahkan kesejahteraan sosial dan integriti alam sekitar
(Kelestarian ekonomi dan industri); dan pembangunan pelbagai komuniti sosial berasaskan konsep
kelestarian (kesejahteraan sosial dan komuniti) . Objektif penubuhan KASES adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian multidisiplin dalam bidang alam
sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian sosial.

2. Untuk menyokong kelestarian alam sekitar dan pembangunan sumber asli negara.

3. Untuk menjadi pusat koordinasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan


keupayaan, jaringan dan jangkauan berkaitan alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian
sosial.

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2002 sewaktu teraju kepimpinan LESTARI dijalankan oleh Prof.
Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Pusat ini bertanggungjawab untuk membangunakn sumber warisan asli
untuk membina kepupayaan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negara. Objektif
Penubuhan PPL adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pembangunan sumber asli untuk pelancongan.
dalam konteks ini, penyelidikan berkenaan penggunaan sumber asli bagi pembangunan pelancongan
untuk pembangunan ekopelancongan yang efektif diberikan keutamaan.

2. Untuk menjadi pusat penyelidikan terfokus yang menyerlahkan kajian dasar untuk menyokong
pelancongan.
……………………………………………………………………………………………………………….

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 sebagai sebuah
pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),
UKM. SEADPRI menjalankan penyelidikan yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop
wilayah yang global bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana
iklim, bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan kemampuan
tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya Asia
Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai