Anda di halaman 1dari 19

BAB 5 TEKNOLOGI HIJAU

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud, fungsi dan strategi teknologi hijau.
2. Membincangkan strategi Teknologi Hijau.
3. Menerangkan prinsip-prinsip Teknologi Hiajau

5.0 Definisi Teknologi Hijau


3.
Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk
serta sistem yang dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar
pembebasan gas rumah hijau, jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga
Boleh Baharu serta selamat pada alam sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). TH
merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara
jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada.

5.1 Fungsi Teknologi Hijau

Rajah 5.1 Fungsi Teknologi Hijau

67| ms
5.2 Strategi Teknologi Hijau

Promosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga boleh diperbaharu


yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air

Promosi dan pelaksanaan program kecekapan tenaga yang efektif


dalam sektor tenaga dan sektor air

Mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau

Mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan teknologi hijau

Mengorientasi semula industri-industri sedia ada untuk


mempraktikkan amalan teknologi hijau

Pembangunan strategi R&D dalam teknologi hijau ke arah


pengkomersilan bagi pasaran tempatan

Peningkatan pembangunan modal insan dalam bidang teknologi


hijau

Penubuhan rangkaian strategik dengan stake holders yang utama


dan relevan

Rajah 5.2 Strategi Teknologi Hijau

68| ms
5.3 Dasar Teknologi Hijau

Pada Julai 2009, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 6, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada
aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai
empat (4) tonggak utama iaitu:

Tonggak DTHK

Tenaga Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidak bergantungan


tenaga

Alam sekitar Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar

Ekonomi Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi

Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

5.4 Prinsip-prinsip Pembangunan Mampan

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de


Janeiro dari 3 hingga 14 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut: -

Prinsip 1 -Manusia menjadi fokus pembangunan mampan. Mereka berhak menikmati


kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semula jadi.

Prinsip 2 -Selaras dengan Perakuan Bangsa-bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang


antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-
sumbernya untuk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan
bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya
tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan
bidang kuasa negaranya.

Prinsip 3 - Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan
dan alam sekitar yang saksama untuk generasi kini dan akan datang.

69| ms
Prinsip 4 - Untuk mencapai pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar hendaklah
mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara
berasingan.

Prinsip 5 - Semua negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebagai
suatu keperluan yang wajib untuk pembangunan mampan, dalam usaha mengurangkan
perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6 - Keadaan dan keperluan-keperluan khas negara membangun, terutama negara


kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi
keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan
pembangunan hendaklah juga mengambilkira kepentingan dan keperluan semua negara.

Prinsip 7 - Setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk
memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriti ekosistem bumi.
Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri
mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami
tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan
mampan memandangkan tekanan yang diberikan oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar
sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.

Prinsip 8 - Untuk mencapai pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk
semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan
kepenggunaan yang tidak mampan dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

Prinsip 9 - Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat


terpinggir untuk pembangunan mampan dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik melalui
pertukaran pengetahuan saintifik dan teknologi, dan dengan mempertingkatkan pembangunan,
penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi, termasuk teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10 - Isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat
terkesan pada peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah
mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh
pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti

70| ms
di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat
keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam
dengan menyebar maklumat secara meluas. Akses yang berkesan kepada prosiding-prosiding
perundangan dan pentadbiran, termasuk baikpulih dan pemulihan, hendaklah disediakan.

Prinsip 11 - Setiap negara hendaklah mempunyai perundangan alam sekitar yang berkesan.
Standard alam sekitar, objektif serta keutamaan pengurusan perlu menggambarkan konteks
alam sekitar dan pembangunan yang diamalkan. Standard yang digunakan oleh sesetengah
negara mungkin tidak sesuai dan tidak menjamin kos ekonomi dan sosial kepada negara lain
terutamanya negara membangun.

Prinsip 12 - Negara hendaklah bekerjasama memajukan suatu sistem ekonomi antarabangsa


yang membina dan terbuka yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
mampan di dalam semua negara, untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah degradasi
alam sekitar dengan lebih baik. Langkah-langkah polisi perdagangan untuk tujuan alam sekitar
tidak harus dibuat secara arbitarari atau mengandungi diskriminasi yang tidak wajar atau
halangan yang tersirat terhadap perdagangan antarabangsa. Tindakan-tindakan bersendirian
untuk menghadapi cabaran-cabaran alam sekitar di luar bidang kuasa negara-negara
pengimport hendaklah dielakkan. Langkah-langkah menghadapi masalah alam sekitar rentas
sempadan atau global hendaklah, sebaik mungkin, berdasarkan kepada persetujuan
antarabangsa.

Prinsip 13 - Negara hendaklah mewujudkan undang-undang kebangsaan berhubung


tanggungjawab dan pampasan untuk mangsa-mangsa pencemaran dan kerosakan alam sekitar
lain. Negara juga hendaklah bekerjasama dengan cara yang lebih cepat, cekap dan mempunyai
tekad yang tinggi untuk mewujudkan undang-undang antarabangsa berhubung tanggungjawab
dan pampasan untuk kesan-kesan kerosakan alam sekitar disebabkan aktiviti-aktiviti di dalam
bidang kuasa atau kawalan mereka terhadap kawasan-kawasan melampaui bidang kuasa
mereka.

Prinsip 14 - Negara hendaklah bekerjasama secara berkesan untuk menghalang atau


mencegah penempatan semula dan perpindahan ke negara lain akan sebarang aktiviti atau
bahan yang menyebabkan degredasi alam sekitar yang serius atau yang didapati merbahaya
kepada kesihatan manusia.

71| ms
Prinsip 15 - Pendekatan yang berhati-hati secara meluas hendaklah digunakan untuk
melindungi alam sekitar oleh setiap negara mengikut keupayaannya. Di mana terdapat
ancaman kerosakan yang serius atau tidak mampu dipulihara, ketiadaan kepastian saintifik
sepenuhnya tidak harus dijadikan sebab untuk menangguh langkah-langkah kos-efektif untuk
mencegah degradasi alam sekitar.

Prinsip 16 - Pihak berkuasa kebangsaan hendaklah berusaha menginternalisasikan kos-kos


alam sekitar, memajukan kegunaan alat-alat ekonomi dan mengambilkira pendekatan di mana
pencemar harus, pada dasarnya, menanggung kos pencemaran, demi untuk kepentingan
awam dan bebas daripada ugutan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Prinsip 17 - Penilaian impak alam sekitar, sebagai suatu alat kebangsaan, hendaklah
dijalankan bagi cadangan aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan mempunyai impak yang
bermakna terhadap alam sekitar dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa kebangsaan
yang berkelayakan.

Prinsip 18 - Negara hendaklah segera memaklumkan negara-negara lain akan sebarang


bencana tabii atau kecemasan lain yang berkemungkinan menghasilkan kesan-kesan
merbahaya kepada alam sekitar negara berkenaan. Usaha-usaha hendaklah dilakukan oleh
komuniti antarabangsa untuk membantu negara-negara yang menerima bencana.

Prinsip 19 - Negara hendaklah mengeluarkan makluman awal dan berjadual serta maklumat
yang relevan kepada negara yang berpotensi terkesan oleh aktiviti-aktiviti yang mungkin
memberi kesan alam sekitar rentas-sempadan dan hendaklah bersepakat dengan negara
berkenaan pada peringkat awal dengan jujur dan ikhlas.

Prinsip 20 - Wanita mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan
pembangunan. Oleh itu, penglibatan penuh mereka adalah perlu untuk mencapai
pembangunan mampan.

Prinsip 21 - Daya kreativiti, idea dan ketabahan belia dunia hendaklah digerakkan untuk
membentuk suatu perkongsian global dalam usaha mencapai pembangunan mampan dan
memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua.

72| ms
Prinsip 22 - Masyarakat terpinggir dan komuniti-komuniti mereka, dan komuniti-komuniti
tempatan lain mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan
disebabkan oleh pengetahuan dan amalan- amalan tradisional mereka. Negara hendaklah
mengiktiraf dan dengan cara yang sesuai menyokong identiti, budaya dan kepentingan mereka
dan membolehkan penglibatan berkesan mereka dalam mencapai pembangunan mampan.

Prinsip 23 - Alam sekitar dan sumber-sumber asli bagi rakyat yang tertindas, di bawah
penguasaan dan rampasan hendaklah dilindungi.

Prinsip 24 - Peperangan sentiasa mengganggu dan membinasakan pembangunan mampan.


Oleh itu, negara-negara hendaklah menghormati undang-undang antarabangsa yang
melindungi alam sekitar semasa konflik peperangan dan bekerjasama untuk
membangunkannya, jika perlu.

Prinsip 25 - Keamanan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah saling


berhubungkait dan tidak boleh dipisahkan.

Prinsip 26 - Negara hendaklah menyelesaikan perbalahan alam sekitar secara aman dan
dengan cara yang sesuai selaras dengan Perakuan Bangsa-bangsa Bersatu.

Prinsip 27 - Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama dengan jujur berlandaskan semangat
perkongsian dalam memenuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Deklarasi ini dan dalam
pembangunan selanjutnya undang-undang antarabangsa berhubung pembangunan mampan.

Pada masa kini, penggunaan arang batu merupakan sumber penjanaan


elektrik tertinggi di Malaysia. Sumber ini semakin berkurangan dan tidak
boleh perbaharui. Bincangkan.

73| ms
PENGURUSAN ORGANISASI
BAB 6
KELAB / PERSATUAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengetahui panduan dalam menguruskan Kelab/Persatuan.
2. Mempelajari dan mempraktikkan panduan pengurusan
Kelab/Persatuan dalam menguruskan aktiviti

6.0 Pengenalan Kelab/Persatuan

Inisiatif penubuhan kelab dan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan sepenuhnya
oleh pelajar-pelajar adalah bagi memenuhi hasrat untuk menggiatkan pelaksanaan program
aktiviti kokurikulum di seluruh Politeknik Malaysia. Ia bertujuan untuk menyemai dan memupuk
prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar yang dilihat akan memberi
impaks yang sangat besar kepada penyemarakan kegiatan aktiviti sihat sebagai sebahagian
daripada keperluan memenuhi syarat bergraduat. Usaha murni ini dilihat sebagai satu langkah
positif dalam membentuk keperibadian mulia seorang pemimpin. Setiap pelajar mempunyai
bakat dan minat serta potensi tersendiri. Dengan pengendalian proses pengajaran dan
pembelajaran formal dan tidak formal, kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran para pelajar
dapat dipertingkatkan ke tahap paling optimum. Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk
melahirkan insan yang berwibawa, berketerampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin
pelajar dan berpotensi mengembangkan bakat kepimpinan ke peringkat lebih tinggi dalam
kehidupan akan datang.

6.1 Objektif Pengurusan Kelab/Persatuan

Objektif pengurusan kelab/persatuan kepada pensyarah dan pelajar adalah dapat:

i. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan Kelab/Persatuan di Politeknik.

74| ms
ii. Memahami dan mengetahui kaedah, strategi serta prinsip pengurusan Kelab/Persatuan
yang berkesan.
iii. Mengetahui dan memahami kaedah dan ilmu kepimpinan hingga mampu memotivasikan
ahli-ahli Kelab/Persatuan di bawah pimpinan.
iv. Memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, mengelola, menyelia dan
menilai aktiviti Kelab/Persatuan.
v. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan
mempunyai tambah nilai yang positif.

6.2 Misi Khusus Pengurusan Kelab/Persatuan

Di dalam pengurusan kelab/persatuan terdapat beberapa misi yang khusus seperti berikut:

i. Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan Kelab/Persatuan di Politeknik dalam


konteks pendidikan dan kepimpinan.
ii. Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan Kelab/Persatuan.
iii. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan Kelab/Persatuan.
iv. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengendalian aktiviti
Kelab/Persatuan di Politeknik berdasarkan undang-undang sedia ada.
v. Membentang dan menjelaskankan ciri-ciri dan nilai asas kepimpinan.
vi. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan pelajar dalam penyumbang kepada
masyarakat dan negara.

6.3 Kelab/Persatuan

Definisi Kelab/Persatuan:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan


berkempimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling berkerjasama, bantu
membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta
matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

75| ms
Tujuan penubuhan Kelab / Persatuan:

Menggabungkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan


kecenderungan yang sama supaya pelajar-pelajar berpeluang dan berkesempatan:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.


2. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
3. Menentapkan matlamat dan KPI yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
4. Berkongsi sumber dan peralatan.
5. Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi
kepimpinan.
6. Mewujudkan platform yang tepat dalam membantu mengembangkan bakat pelajar dan
potensi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Pengurusan Kelab / Persatuan

1. Pelajar-pelajar membentuk jawatankuasa dengan menetapkan beberapa perkara pokok:


● Tujuan dan matlamat.
● Aktiviti dan kegiatan utama.
● Peraturan-peraturan (Perlembagaan)
● Ahli Jawatankuasa
2. Mengadakan Mesyuarat Agong.
3. Mengoperasikan kelab/persatuan.

Pengurusan Kewangan

1. Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya kepada Bendahari yang dilantik dalam
menguruskan kewangan secara sistematik.
2. Melahirkan pelajar yang celik pengurusan kewangan.
3. Melicinkan perjalanan Kelab/Persatuan dalam mengendalikan sebarang aktiviti yang
telah dirancang.
4. Tugas-tugas Bendahari dan Penolong Bendahari.
a. Menyediakan Buku Tunai
● Buku resit
● Borang Pesanan

76| ms
● Boucar Bayaran

b. Menyediakan satu fail kewangan bagi menyimpan semua dokumen berkaitan urusan
kewangan kelab/persatuan.
c. Membuat pelarasan akaun.
d. Membuat kutipan derma/yuran keahlian dan sumbangan khusus bagi menjalankan
aktiviti.
e. Menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu aktiviti/program.
f. Membentang pelaporan kewangan di dalam mesyuarat.
g. Menyediakan Penyata Kewangan Tahun Berakhir untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agong.
h. Penyalahgunaan wang Kelab/Persatuan adalah satu kesalahan yang serius dan
boleh dikenakan tindakan tatatertib.

5. Tugas Pemeriksa Kira-Kira


a. Menyemak buku tunai pada setiap hujung bulan.
b. Memberikan teguran sekiranya ada butiran yang salah.
c. Bertanggungjawab ke atas Penyata Kewangan yang telah disahkan.

6.4 Pengurusan Mesyuarat

Mesyuarat Agung

1. Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan sekurang-kurangnya


14 hari sebelum tarikh mesyuarat dan disertakan minit mesyuarat yang lalu.

2. Aturcara Majlis Mesyuarat Agung


● Ucapan Alu-aluan Pengerusi Kelab/Persatuan.
● Ucapan Penasihat Kelab.
● Ucapan Perasmian
● Mesyuarat Agung
3. Agenda Mesyuarat Agung

77| ms
● Ucapan Pengerusi Mesyuarat
● Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
● Membentang laporan tahunan.
● Membentang dan mengesahkan laporan kewangan.
● Pemilihan Ahli Jawatankuasa.
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penlong Bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa (5- 7 orang)
viii. Dua orang Juru Audit Dalaman.
● Membahaskan usul-usul yang diterima.
● Ucapan Penangguhan.

Mesyuarat Agung Luar Biasa

Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau Ahli
Jawatankuasa bagi membincangkan satu agenda sahaja. Notis hendaklah disiarkan dua
minggu sebelum ia diadakan.

Mesyuarat juga boleh diadakan kerana:

78| ms
1. Permintaan bertulis dua per tiga (2/3) ahli.
2. Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat ini diadakan untuk menggerakkan aktiviti kelab/persatuan. Mesyuarat hanya boleh
dilaksanakan sekiranya cukup korum (2/3 daripada ahli jawatankuasa). Mesyuarat ini hendaklah
dihadiri oleh Pensyarah Penyelaras Kelab/Persatuan yang dilantik. Notis panggilan mesyuarat
hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu.

Agenda Mesyuarat merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Laporan jawatankuasa.
5. Laporan kewangan.
6. Hal-hal lain.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek/Program

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Ucapan Pengerusi.
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara-perkara berbangkit.

4. Perbincangan hal projek/program


● Tarikh
● Hari
● Masa
● Tempat
5. Melantik ahli jawatankuasa projek/program.
6. Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek/program.
7. Kewangan projek/program.
8. Hal-hal lain.

79| ms
6.5 Pengurusan Fail
1. Fail Induk Persatuan
● Surat pelantikan Pensyarah Penyelaras Kelab/Persatuan.
● Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
● Perlembangan yang telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Akademik.
● Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Timbalan Pengarah Akademik.
● Perancangan aktiviti asas dan jadual aktiviti tahunan yang telah disahkan oleh
Timbalan Pengarah Akademik.
● Senarai keahlian yang disahkan oleh Pensyarah Penyelaras Kelab/Persatuan.
● Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan.
● Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada KPT dan JPPKK.
● Laporan setiap aktiviti.
● Laporan tahunan.
● Stok dan inventori.
● Sijil/Surat penghargaan.

2. Fail Pengerusi
● Maklumat ahli.
● Senarai ahli jawatankuasa dan senarai penasihat.
● Perlembagaan Kelab/Persatuan.
● Minit mesyuarat.

3. Fail Setiausaha
● Minit mesyuarat.
● Surat-surat berkaitan kelab/persatuan.
● Buku-buku panduan kelab/persatuan.
● Perlembagaan Kelab/Persatuan.
● Maklumat ahli.
● Senarai nama jawatankuasa dan pensyarah penyelaras.
● Laporan mingguan.

80| ms
4. Fail Kewangan (Bendahari)
● Penyata kira-kira kewangan Kelab/Persatuan.
● Bil-bil berkaitan.

6.6 Pengurusan Aktiviti/Projek/Program

Kegiatan Kokurikulum merangkumi aktiviti Kelab dan Persatuan adalah merupakan aktiviti luar
kelas yang juga adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di Politeknik. Keperluan
aktiviti luar kelas ini adalah sangat penting sebagai pelengkap kepada keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar.

Pada masa ini, Politeknik menawarkan dua pilihan iaitu pilihan antara Kursus Kokurikulum Unit
Badan Beruniform atau Kelab/Persatuan. Setiap pelajar diwajibkan untuk mengambil kursus
kokurikulum pada semester 1 dan semester 2 bagi melayakkan pelajar untuk bergraduan.

Pelajar akan diterapkan dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sepanjang dua semester pertama
mereka di Politeknik. Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pelajar untuk diterapkan
dengan ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan aktiviti/projek/program.

Prosedur Pengurusan Aktiviti/Projek/Program

Secara teori, pengurusan keseluruhan aktiviti merangkumi tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan
selepas aktiviti dan ia melibatkan proses kerja perancangan, pelaksanaan dan pelaporan.

Sebelum Aktiviti

1. Penyedian kertas kerja pelaksanaan aktiviti/projek/program.


a. Pastikan objektif, visi dan misi aktiviti/projek/program selari dengan CLO dan PLO
yang telah ditetapkan.
b. Pengisian dalam kertas kerja seharusnya lengkap dengan perkara-perkara di bawah:
● Nama program
● Pendahuluan/latar belakang
● Rasional
● Objektif/Misi/Visi

81| ms
● Tarikh aktiviti
● Jangka tempoh masa aktiviti
● Tempat dicadangkan
● Kumpulan sasaran dan bilangan peserta
● Tetamu jemputan (sekiranya berkenaan)
● Kewangan – Anggaran pendapatan dan pembelanjaan
● Aturcara aktiviti/projek/program
● Senarai nama jawatankuasa induk
● Senarai nama jawatankuasa kecil
● Penutup
● Lampiran – Pelan lokasi, senarai semak aktiviti dan senarai tugas
jawatankuasa.
2. Mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan:
a. Pengarah Politeknik
b. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
c. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
d. Pihak berkuasa seperti PDRM, Majlis Perbandaran, Jabatan Kerajaan.
3. Melaksanakan mesyuarat jawatankuasa induk
a. Perlantikan jawatnkuasa kecil
● JK Urusetia
● JK Sambutan dan Protokol
● JK Pentas dan Peralatan
● JK Pendaftaran
● JK Pengangkutan dan Penginapan
● JK Pertandingan
● JK Hadiah dan cenderahati
● JK Jamuan
● JK Siaraya dan Fotografi
● JK Juruacara dan Pembaca doa
● Lain-lain jawatankuasa yang difikirkan perlu

b. Penentuan anggaran pembelanjaan;


● Sumber kewangan – yuran, bantuan, Tabung Aktiviti Pelajar, Perutukan
Kewangan OS42

82| ms
● Sewa/bayaran – khemah, pengangkutan, peralatan, pembelian

c. Tapak/Tempat/Lokasi aktiviti;
● Lokasi (pelan lokasi)
● Kemudahan yang disediakan

d. Penentuan tetamu dan dif jemputan bagi acara perasmian dan penutup
e. Perbincangan isu-isu berkaitan seperti;
● Kebenaran menyertai aktiviti (ibubapa pelajar)
● Menepati masa
● Larangan membawa barang berharga
● Peraturan-peraturan dalaman
● Aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan
● Lain-lain perkara yang difikirkan perlu

4. Mengedarkan borang penyertaan pelajar sebagai rekod.


5. Mesyuarat jawatankuasa kecil seperti lantikan dalam mesyuarat induk.
6. Mesyuarat jawatan kuasa induk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya utnuk membincangkan
perkembangan semasa.
7. Raptai (sekiranya berkaitan).
8. Persediaan jawatankuasa sebelum aktiviti/projek/program.
a. Senarai nama jemputan dikemaskini.
b. Kad jemputan beserta kad jawapan disemak dan dihantar untuk tujuan percetakan
sebulan lebih awal.
c. Menghantar kad jemputan sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh
aktiviti/projek/program bagi membolehkan tetamu memberikan jawapan.
d. Buku program – disemak dan dihantar proses proof reading sebelum dicetak awal.
e. Design back drop perlu mendapatkan persetujuan pihak pengurusan tertinggi
terutamanya yang mempamerkan wajah pemimpin Negara atau orang kenamaan.
f. Urusan insurans pelajar yang menyertai aktiviti/projek/program telah diselesaikan
g. Surat pelepasan waris telah ditandatangani sebelum sebarang aktiviti berlangsung.
h. Kemudahan pengangkutan seperti bas atau lain kenderaan telah diuruskan lebih
awal.
i. Menyediakan senarai semak bagi memudahkan urusan.

83| ms
j. Selalu menyediakan pelan tambahan (backup plan) sekiranya ada perkara yang
tidak dijangka berlaku.

Semasa aktiviti

1. Memastikan semua urusan pentadbiran telah dirancang lebih awal bagi memastikan
aktiviti/projek/program berjalan lancar.
a. Urusetia
b. Pendaftaran
c. Jadual aktiviti
d. Pembahagian tugasan
e. Kawalan dan keselamatan
f. Pengurusan alatan
2. Penyediaan tempat aktiviti/projek/program – Sekiranya ada keperluan untuk mendirikan
khemah pastikan kedudukan khemah disusun mengikut keperluan dan fungsi.
3. Sekiranya ada urusan upacara/istiadat, pastikan urusan di bawah telah disediakan dengan
baik:
a. Persiapan tempat VVIP, VIP dan lain-lain
b. Baris lintas hormat
c. Nyanyian lagu, Negaraku, Politeknik Malaysia dll
d. Menaikkan bendera (sekiranya ada)
e. Penyampaian hadiah, sijil, tauliah, pingat atau lencana
f. Upacara perasmian dan perasmian penutupan mengikut protokol sedia ada yang
sedang berkuat kuasa
4. Kawalan keselamatan – memastikan lokasi aktiviti/projek/program bebas dari ancaman
bahaya dan sentiasa bersih dan mengikut kepada kod etika keselamatan yang ditetapkan.
5. Perjalanan aktiviti/projek/program dilaksanakan seperti yang dirancang dalam keadaan
terkawal dan selamat.
6. Semua Jawatankuasa melaksanakan tugasan seperti yang dirancang dan sentiasa semak
senarai semak disediakan bagi memastikan tiada butiran yang tertinggal.
7. Sejurus selesai aktiviti/projek/program;
a. Berkemas barangan peribadi
b. Membersih kawasan dan alatan yang digunakan
c. Menyusun dan menyimpan barangan dan alatan
d. Mengira bilangan peserta

84| ms
e. Membuat edaran borang penilaian kepada para peserta
f. Bersurai meninggalkan tempat aktiviti/projek/program

Selepas aktiviti

1. Mengadakan satu mesyuarat postmortem bagi melihat sebarang isu yang berlaku dan
sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dicadangkan bagi program akan
datang.
2. Membuat laporan lengkap aktiviti termasuk menyenaraikan semua isu-isu berbangkit
sekiranya ada.
3. Menyediakan penyata kewangan dengan melaporkan semua pendapatan dan
perbelanjaan aktiviti/projek/program.
4. Menyediakan surat penghargaan/terima kasih kepada pihak yang berkenaan.

Bincangkan perbezaan jenis-jenis mesyuarat.

85| ms

Anda mungkin juga menyukai