Anda di halaman 1dari 5

ISL MINGGU 12

Kumpul bahan berkaitan inisiatif dan tindakan negara dalam penyelesaian


isu-isu global seperti isu alam sekitar.

Dasar Alam Sekitar Negara 2002

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk :
Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan
masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan
pelbagai dengna penyertaan berkesan semua ndust masyarakat. Cara hidup, pola
penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN
untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam
sekitar iaitu:
 Pengawasan Alam Sekitar
 Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
 Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
 Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
 Membuat Keputusan Bersepadu
 Peranan Sektor Swasta
 Komitment dan Kebertanggungjawaban
 Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar
ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan,
memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan
untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah
dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti
dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan
konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Pencegahan & Kawalan Pencemaran & Kemerosotan Alam Sekitar

1. Pengawasan kualiti alam sekitar, program-program pemantauan dan sistem audit


alam sekitar akan dikembang dan dikukuhkan untuk menyokong program
penguatkuasaan, perancangan dan pengezonan, serta bagi membolehkan penilaian
keadaan alam sekitar dibuat secara menyeluruh dan berterusan.

2. Industri-industri akan digalakkan untuk menggubal dasar-dasar yang


menghasilkan kegiatan dan produk-produk yang mempunyai kesan yang sedikit ke
atas alam sekitar. Satu pendekatan yang bersepadu terhadap pencegahan dan
kawalan pencemaran akan diamalkan melalui:
i. Penerapan di mana sesuai akan penggabungan langkah-langkah memulih,
mencegah dan berwaspada.
ii. Kawalan di peringkat punca bagi semua pelepasan pencemaran utama ke
udara, tanah dan air.
iii. Penggunaan kaedah terbaik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan
pencemaran, dan mengalakkan teknologi pengeluaran lebih bersih.
iv. Penerapan Prinsip Pencemaran Membayar dan lain-lain galakan tekno-
ekonomi dan penghalang yang sesuai.

3. Industri-industri akan digalkkan untuk mencegah dan mengawal pencemaran


melalui peraturan kawal dan bantu diri terutama di kalangan syarikat yang besar yang
berupaya menggunakan teknologi bersih serta mempunyai sumber kewangan untuk
berbuat demikian. Inisiatif pihak swasta untuk mewujud dan melaksanakan sistem
pengurusan alam sekitar (EMS) akan digalakkan untuk mewujudkan skim
perkongsian dengan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) untuk membantu
memudahkan pertukaran pengalaman dalam EMS.

4. Penekanan khas akan diberi bagi menangani masalah pencemaran dari SMEs.
Pendekatan bersepadu teknologi, kewangan dan inovasi untuk menyelesaikan
masalah pencemaran industry berkenaan akan ditinjau termasuk opsyen
menggunapakai teknologi pengeluaran bersih, mengadakan kemudahan pengolahan
bersama, atau menempatkan semula ndustry tersebut ke kawasan perindustrian
yang ada kemudahan sedemikian.

5. Sektor perniagaan dan ndustry akan digalak untuk meningkatkan penyelidikan


dan pembangunan teknologi mesra alam serta EMS, melalui kerjasama dengan para
akademik dan institute-institut penyelidikan yang lain.

6. Perbelanjaan untuk pemuliharaan alam sekitar akan digakkan untuk penjimatan


kos membaikpulih.

7. Galakan dan pentadbiran yang lebih kemas akan digunakan untuk menggalakkan
ndustry, pengeluaran produk dan perkhidmatan yang mesra alam.

8. Satu pelan induk bersepadu akan diadakan untuk mencegah dan menghapuskan
pencemaran udara, air dan persekitaran laut.

9. Amalan dan teknologii pertanian yang kurang menggunakan racun perosak dan
baja bukan organic akan digalakkan. Amalan pengurusan makhluk perosak yang
bersepadu, perladangan organic, kaedah pertanian dan akuakultur yang mesra alam
akan digalakkan.

10. Pelaburan dalam sistem pengangkutan massa yang berkesan dari segi kos,
kecekapan, kurang mencemar dan lebih selamat, seperti sistem pengangkutan massa
Bandar dan pengangkutan laut bersepadu akan digalakkan. Pengangkutan tidak
bermotor juga akan digalakkan manakala satu skim pengurusan dan kawalan trafik
yang sistematik akan dibangun dan dilaksanakan.
11. Pelaburan dalam infrasturktur alam sekitar bersepadu termasuk pembentungan,
sistem saliran dan pengurusan buangan pepejal akan digalakkan. Kawasan yang telah
tercemar dan merosot akan di baikpulih.

12. Sistem pengurusan yang mesra alam bagi bahan kimia berbahaya dan buangan
tiksik akan dibangun dan dikukuhkan khusus bagi penyimpanan, pengangkutan di
darat dan di laut, pengolahan dan pelupusan bahan-bahan tersebut.

13. Tahap kesedaran awam yang lebih tinggi akan dipupuk bagi mencegah
kemalangan ndustry dan masalah alam sekitar yang berkaitan. Teknik dan prosedur
penilaian risiko yang betul, amalan operasi yang selamat, serta peningkatan
keupayaan tindak balas kecemasan dan kesediaan yang cukup di kalangan ndustry,
orang ramai dan pihak berkuasa awam, akan digalakkan.

14. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan tekonologi dan penyelidikan serta
projek pembangunan dalam bidang teknologi alam sekitar untuk mengalakkan
inovasi teknikal dan saingan peringkat kebangsaan dalam bidang-bidang penting
seperti pengurangan sisa, kitarsemula, pemerolehan kembali, pengolahan dan
pelupusan yang selamat, kaedah baru dalam menangani pencemaran dalam bidang-
bidang yang diberi keutamaan dan pembangunan langkah-langkah kawalan untuk
mencegah dan mengurangkan pencemaran.
Konvensyen
antarabangsa:

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi
suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia.
Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun
antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah
melalui Deklarasi Langkawi (1989).

Ø Deklarasi Langkawi 1989


Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah
bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu
ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula
sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan


kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan
lumayan dari pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-
mata bagi kepentingan negara mereka – England – Wikipedia
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_tropika)

Ø Agenda 21 (Persidangan Bumi) 1992


Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan
Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-
negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan
laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan
dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21)

Latar belakang Agenda 21:


* Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan
mampan;

* Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “


menandakan abad ke-21;

* Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan

* Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan


pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Ø Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)


Dari 15 “Dokumen ASEAN” tersebut diketahui bahawa ASEAN memiliki kepedulian
terhadap permasalahan lingkungan regional. Namun, ASEAN belum memberikan
perhatian khusus pada aspek pengendalian pencemaran udara lintas batas. Dokumen
ASEAN yang mengatur secara “sederhana” mengenai pengendalian pencemaran
udara lintas batas dan pemanasan global mahupun perubahan iklim adalah:

a. Agreement on the Conservation of Nature and Natural Resources (ACNNR), 1985


b. Jakarta Resolution on Sustainable Development (1987)
c. Joint Press Release, Fourth ASEAN Ministerial Meeting on the Environment
(AMME), 1990
d. Kuala Lumpur Accord on the Environment and Development (1990)
e. Singapore Resolution on Environment and Development (SRED) 1992
f. Informal ASEAN Ministerial Meeting on the Environment 1994

Perbincangan dan deklarasi yang berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan


mapan juga telah dibentuk secara khusus untuk memastikan bahwa semua negara
memelihara persekitaran meraka dan pada masa yang sama mencapai
pembangunan yang mereka ingini secara saksama dan adil.

Antara perjanjian atau dokumen penting yang mendasari prinsip pembangunan


mapan ialah: The Brundtland Commisison (1987), Agenda 21 Local Agenda 21,
Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003) dan Kyoto Protocol
(2005). Pada peringkat ASEAN juga telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan
persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan
sewajarnya.

Antara perjanjian yang telah dimeterai: Jakarta Declaration on Environment and


Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and
Development, ( 1994) Singapore Resolution on Environment and Development
(1992), The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990) dan
Persidangan Protokol Kyoto di Indonesia 2007.

Anda mungkin juga menyukai