Anda di halaman 1dari 12

HGM 3043 – GEOGRAFI PENDUDUK

Tema : Pembangunan Lestari

Nama :

No. matrik

Program :

Semester :

Nama pensyarah : Profesor Madya Dr. Yazid bin Saleh


PENGENALAN

Negara Malaysia mengalami perubahan yang amat ketara dalam bidang ekonomi, sosial
termasuk alam sekitar sejak lima abad kebelakangan ini dan proses ini berlangsung sehingga
tahun 2020. Pembangunan lestari ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi
keperluan masa kini tanpa mengkompromikan keupayaan generasi yang akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka, Di samping itu, pembangunan lestari menggabungkan
kelestaraian ekonomi, masyarakat dan alam sekitar dengan pembasmian kemiskinan dan
kesaksamaan agihan pendapatan sebagai salah satu tujuan atau matlamat utama yang penting.

Menurut Suruhanjaya Brundland berkaitan dengan pembangunan mampan adalah


sebagai “keupayaan untuk membuat pembangunan mampan untuk memastikan bahawa ia
memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka sendiri” (Roberts W. Kates, Thomas M. Paris dan Anthony A.
Leiserowitz, 2015). Terdapat tiga elemen yang paling utama dalam pembangunan lesatri iaitu
ekonomi, sosial dana lam sekitar. Menurut laporan Brundtland dan definisi umum
pembangunan mampan, aspek ekonomi, ekologi dan sosial sepatutnya diberikan keutamaan
yang sama (Andi Widok, 2009).

Disamping itu, pembangunan lestari dapat diistilahkan sebagai pembangunan yang


dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakkan minimum ke
atas alam semulajadi. Menurut UNECSO (2002), “balancing the fulliment of human needs
with the protection of the natural environment so that these needs can be not only in the
present, but in the indefinite future”. Selain itu, menurut White & Whitnet, 1992 berkata
pembangunan bandar yang mampan mesti dijalankan dengan mengambil kira keupayaan
menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan kira keupayaan menampungnya,
pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke
atas bandar dan kawasan sekelilingnya.
PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI

Bertepatan tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi,


Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Beberapa usaha untuk mencerminkan penekakan
kerajaan terhadap sains dan Teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak
dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, terdapat
mini MOSTI untuk merujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan
dalam pelbagai bidang sains dan teknologi dengan membawa maksud menjana pengetahuan
kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini
dipandukan dengan misinya untuk meningkatkan tahap persaingan Malaysia dalam pelbagai
bidang terutama bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi komuniti bangsa
yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan berterusan komited terhadap perngurusan
alam sekitar untuk tempoh jangka panjang dan berterusan.

Pembanguan lestari mempunyai beberapa prinsip yang kukuh dan usaha perlaksanaan
secrara berterusan kepada komitmen dan ianya merupakan asas paling penting bagi mencapai
tahap kelestarian. Sehubungan dengan itu, berlakunya Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai Alam Sekitar dan Pembangungan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992
mengumumkan beberapa prinsip alam sekitar dan pembangunan lestari. Prinsip yang pertama
merujuk kepada manusia menjadi fokus pembangunan lestari dan mereka berhak menikmati
kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi. Prinsip yang
kedua, selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip undang-undang
antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-
sumbernya untuk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunanngya sendiri,
seterusnya bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktivit di bawah bidang kuasa dan
kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui
bidang kuasa negaranya.

Manakala prinsip ketiga iaitu hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi
keperluan pembangunan dana lam sekitar yang saksama untu generasi kini dan akan datang.
Selain itu, prinsip keempat adalah unutk mencapai pembanguan lestari, perlindungan alam
sekitar hendaklah mengandungi prses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh
dipertimbankan secara berasingan. Prinsip kelima merujuk kepada semua negara dan rakyat
hendaklah bekerjsama membasmi kemiskinan sebagai suatu keperluan wajib dalam
pembangungan lestari dan usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi
keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip keenam menyatakan keadaan dan keperluan-keperluan khas negara


membangun terutama negara jurang membangun dan terlalu terdedah keoada bahaya alam
sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang
alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambil kepentingan semua negara.
Seterusnya, prinsip ketujuh setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat
perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriti
ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnaha alam sekitar
sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. negara maju mesti
memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenaik
pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberikan oleh rakyat mereka ke atas
dalam sekitar serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.

Seterusnya prinsip kelapan adalah untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti
hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendakklah mengurang dan
memberhentkan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan
polisi-polisi demografi yang sesuai. Manakal prinsip kesembilan menyatakan beberapa buah
negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk
pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dengan
mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi
baru dan inovatif.

Sebuhungan dengan itu, prinsip yang kesepuluh iaitu isu alam sekitar sebaik-baiknya
ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua pringkat yang revelan. Pada
peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada
maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk
maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti di dalam komuniti mereka dan
peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah
membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat
secara meluas. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar
menjadi suatu perkara yang menjadi perkara dititikberatkan oleh umat manusia.
PEMBANGUNAN
SKONOMI

PEMBANGUNAN
LESTARI/MAMPAN

PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN
SOSIAL ALAM SEKITAR

Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar

Pembangunan lestari merupakan salah satu cabaran sejagat yang perlu ditangani dan dihadapi
bagi mampu bersaing dengan negara luar ianya merupakan suatu yang sistematik dan asas
dalam mencorakkan pengeluaran dan penggunaan ekonomi. Perubahan ke arah pembangunan
lestari dimana memerlukan perubahan dari segi industri, dan presepektif dalam suatu jangka
masa yang panjang.
PEMBANGUNAN LESTARI: EKONOMI

Beberapa orang ahli ilmu ekonomi pernah menjelaskan tentang ecomonic development iaitu
merupakan serangkaian proses untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi suatu negara.
Pembangunan ekonomi penting bagi suatu negara untuk menghindari kesenjangan sosial
penduduknya juga tidak terlepas dari pertumbuhan ekonomi.

Menurut Sadono Sukirna, 1996, pembangunan ekonomi adalah usaha untuk


meningkatkan pendapatan perkapita dengan memproses potensi kekuatan ekonomi ke dalam
ekonomi sebenar dengan melabur menggunakan teknologi, menambah pengetahuan,
meningkatkan kemahiran, meningkatkan kemahiran organisasi dan pengurusan. Antara
unsur-unsur kebajikan manusia yang perlu di penuhi oleh manusia ialah makanan, pakaian,
perumahanhan serta pendidikan. Kebajikan ini seharusnya dipenuhi oleh manusia melalui
bidang ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan yang tinggi
dalam sektor tersebut seiring menurut Prof Meier, pertumbuhan ekonomi adalah proses
kenaikan pendapatan rill perkapita dalam jangka waktu yang panjang.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira


keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi
ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan adalah dengan
melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan
kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal setra
perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting (David Drakakis-Smith,
1995).

Peningkatan taraf ekonomi boleh dilihat melalui penglibatan Orang Asli dalam
proses-proses pembangunan masyarakat iaitu ekopelancongan mengenai keunikan kehidupan
masyarakat kaum itu sendiri. Sebagai contoh, perkampungan Orang Asli Kampung Kachau
Luar Semenyih didiami suku kaum Temuan, memang sesuai diwujudkan aktiviti
pelancongan. Kawasan perkampungan ini terletak di Kaki Hutan Simpan Sungai Lalang,
Semenyih tersedia dengan tarikan ekopelancongan.

Mereka ini dilihat sebagai petugas pemandu pelancong, penyambut tetamu dan
sebagainya yang menjadikan kaum ini sebagai ikon budaya bagi semua kaum di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, dengan wujudnya peluang pekerjaan telah membuka peluang kepada
masyarakat Orang Asli untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar. Secara
ringkasnya, pembangunan mampan atau lestari menjamin kehidupan Orang Asli demi
meningkatkan kehidupan mereka.

PEMBANGUNAN LESTARI : ALAM SEKITAR

Menurut Rancangan Malaysia ke-7 terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangkalan
data dan sekitar (enviroment database) dan sistem maklumat (information systems) dan ini
menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan
indicator bagi mengukur kelestarian pembangunan bertujuan bagi menyediakan pengukur
untuk membantu memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Konsep pembangunan lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma
dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung
dengan perbezaan alam sekitar geografi yang sudah tentu mempunyai lingkungan
persekitaran yang khusus dan terancang. Terdapat beberapa prinsip sokongan kemampunan
alam sekitar yang diperolehi pelbagai sumber yang dapat membina penetahuan yang lebih
mendalam terhadap kelestarian yang dibahagaikan dalam lima kategori. Antara kategori yang
utama ialah keperluan masyarakat menghasilkan sebarang benda yang memerlukan generasi
akan datang untuk mengekalkan kewaspadaan hal ini bertujuan untuk mengekalkan warisan
bagi generasi akan datang. Setersunya, mereka bentuk dan menghasilkan produk serta
mengkaji sifat persekitaran bahan-bahan mentah dalam mencipta kelestarian alam sekitar
merupakan satu keperluan utama dalam pemilihan bahan-bahan untuk produk dan
perkhidmatan baru. Hal ini mendorong kepada pengahilan sesuatu yang baru dengan
menggabungkan bahan-bahan yang berasakan alam sekitar dan pengurangkan kesan terhadap
alam sekitar.

Seterusnya, prinsip sokongan kemampanan dalam sekitar adalah penjanaan semula


kapatisi dan mengekalkan kadar penegularan input sumber yang boleh diperbaharui dalam
penjanaan semula kapasiti semula jadi justeru pihak berkenaan yang bertanggungjawab
seharusnya mengehadkan penggunaan bahan alam sekitar supaya sumber yang tidak boleh
diperbaharui mengambil tempoh yang lama untuk habis. Sehubungan dengan itu,
mengekalkan kadar pengurangan input sumber yang tidak boleh diperbaharui di bawah kadar
di mana pengganti bahan boleh diperbaharui dibangunkan. Kategori yang seterusnya,
merupakan penggunaan semula dan kitar semula. Rekabentuk semula kebolehgunaan dan
kitar semula supaya dapat mengekalkan kemampanan pada tahap yang lebih makisumum.

Selain itu, prinsip seterusnya ialah design (atau reka bentuk semula, sebagaimana
yang sesuai) proses pembuatan dan perniagaan sebagai sistem gelung tertutup (closed-loop
systems) dengan mengurangkan perngeluaran dan memastikan di tahap sifar. Selain itu,
kategori yang ke lima merupakan kekangan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan
generasi waste dan menurut Morelli prinsip Goodland, skala subsistem ekonomi manusia
seharusnya dihadkan ke tahapnya. Sekiranya prinsip ini dilaksanakan, kemampanan alam
sekitar tidak mustahil untuk dicapai dan dapat menjamin kesejahteraan manusia sejagat.

PEMBANGUNAN MAMPAN: SOSIAL

Seterusnya, bagi aspek yang ketiga merupakan aspek sosial iaitu sistem sosial yang
mampan merupakan pengagihan yang telah mencapai ekuiti, peruntukan yang mencukupi dan
perkhidmatan sosial termasuk kesihatan dan pendidikan, kesaksamaan gender (Jonthan
Harris, 2000). Isu sistem sosial merangkumi sistem sosial negara, keluarga atau organisasi
dan lain-lain bidang yang memberikan sumbangan kepada pembangunan sosial. Menurut
Andi Widok, 2009, sosial ialah kebiasaan pengetahuan dan rangkaian organisasi yang
berkaitan misalnya kerajaan, badan kehakiman, tentera, sistem pendidikan, sistem kesihatan,
sistem perbankan, badan amal dan lain-lain yang meningkatkan potensi individu yang
berkesan dan berkemahiran dalam sesuatu bidang tersebut.

Pembangunan sosial merupakan satu skop yang luas dan besar, kompleks dan sukar
untuk difahami disebabkan oleh empat perkara. Pertama merupajan aktivit pembangunan
sisoal merangkumi skop yang lebih besar daripada perkembangan individu kerana
rangkumannya melibatkan perkembangan geopolitik dunia. Kedua, ianya mengambil kira
secara mendalam pelbagai bidang displin yang setiap satunya mempunyai perspektif sendiri.
Ketiga, inisiatif pembangunan sosial terlalu kompleks kerana ia merupakan inisiatif-inisiatif
untuk mengintergrasikan ekonomi, sosial, politik dan budaya yang merentas pelbagai tahap
pembangunan. Manakala, keempat terdapat pertimbangan nilai dalam pembangunan sosial.
Keempat-empat ciri ini sebahagiannya mennjadi penyebab kepada perkembangan teori
pembangunan (Estes, 1998; Beverly & Sherraden, 1997; Meinert & Kohn, 1987; Pandey,
1981).
Selain dari itu, pembangunan sosial lebih mengutamakan hubungan langsung antara
dasar dan program kebajikan sosial dengan pembangunan ekonomi. Selain itu, pendekatan ini
tidak hanya menyediakan cakupan ekonomi yang lebih luas tetapi lebih bergantung kepada
pembangungan aktif. Banyak cadangan yang telah dibuat bagi memenuhi keperluan matlamat
pembangunan sosial salah satunya oleh Midgley (1995) mencadangan kemajuan kea rah
pencapaian matlamat pembangunan sosial wajar ditentukan dalam bentuk yang boleh diukur
dan membawa kepada penerapan pendekatan institusi bertujuan yang pertama menggerakkan
institusi sosial seperti pasaran, komuniti dan kerajaan bagi mengalakkan kebajikan
masyarakat, manakala yang kedua untuk mengintergrasikan pembangunan sosial individu,
komuniti dan kerajaan dengan mengutamakan peranan kerajaan. Seterusnya yang ketiga,
mewujudkan keupayaan professional dan organisasi untuk melaksanakan strategi
pembangunan sosial di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Terdapat beberapa nilai sifat ketelusan, keikhlasan, keadilan dan lain-lain sifat yang
diterapkan dalam pembangunan lestari atau mampan bagi generasi akan datang melalui skop
pembangunan sosial. Selain itu, pembangunan sosial penting bagi masyarakat untuk
mencapai taraf kehidupan yang sempurna dan ideal. Sehubungan dengan itu, kemampanan
sosial ini berpunca dari tindakan sosial individu itu sendiri dan kelompok masyarakat yang
terdiri dari pembinaan keupayaan dan pembangunan kemahiran tertentu dalam sesuatu
bidang.

Di samping itu, beberapa program telah di rancang untuk meningkatkan


pembangunan sosial oleh kerajaan dengan tumpuan kepada masyarakat luar bandar tanpa
menjejaskan alam sekitar sekeliling dan dalam usaha melestarikan kawasan hijau. Salah
satunya Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenalkan pada tahun
1989 ini diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang
diseluruh negara. Sehubungan dengan itu, sebanyak 600 juta diperuntukkan bagi program ini
dengan matlamat membantu keluarga termiskin diseluruh negara berdikari dan menjayakan
diri dalam arus pembangunan negara. PPRT menlibatkan enam buah kementerian yang
dikoordinasikan oleh Jabatan Perdana Menteri (Mohd Taib, 2002). Ini dapat dilihat
pembangunan sosial sosial bukan sahaja tertumpu kepada alam kelestarian malahan
membantu golongan yang kurang bernasib baik unutk meneruskan kehidupan sama seperti
orang lain.
Sehubungan dengan itu, pendidikan pembangunan lestari tidak menetapkan mana-
mana pihak untuk memainkan peranan penting dalam memberi didikan mahupun pendidikan
lestari kepada semua masyarakat. Apa yang lebih penting ialah bermula dengan ibu bapa
yang terdekat yang boleh memberikan pengetahuan berkaitan pembangunan lestari sama ada
secara lisan ataupun melalui perbuatan yang boleh dijadikan contoh bersama. oleh sebab itu,
ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar kesedaran tersebut
untuk membina generasi seterusnya yang lebih terdedah kepada benda baru di masa akan
datang. Secara ringkasnya pendidikan terhadap pelajar berkaitkan dengan kelestarian amat
penting dalam mewujudkan pendidikan terhadap kepentingan kelestarian dan kesejahteraan
masyarakat.
KESIMPULAN

Amalan penggunaan secara berlebihan terhadap alam sekitar turut menyumbang kepada
kesan negatif dari pelbagai aspek. Oleh itu, masyarakat perlu diperkasakan melalui
pendidikan, media massa dan penguatukuasaan undang-undang. Pendidikan salah satu
strategi dalam membentuk pembangunan manusia. Ianya memberikan segenap pengetahuan
melangkaui batas dan kesedaran kepada individu untuk menjadi lebih peka terhadap
pemnbangunan lestari. Selain itu, komuniti lestari perlu dibentuk memandangkan masalah
alam sekitar semakin berleluasa terutama di kawasan bandar. Malahan terdapat banyak
program yang dianjurkan bertujuna untuk memberi penekanan kepada kemahiran bertindak
berdasarkan pengetahuan dan juga prograam yang dijalankan perlu lebih fokus kepada proses
pengginaan dan bagaimana penggunaan boleh merosotkan alam sekitar.

Negara Malaysia masih lagi banyak kekurangan utnuk setanding dengan negara maju
dan masih lagi kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan tu,
pelbagai pihak perlu lebih peka terhadap isu alam sekitar yang semakin hari semakin
dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengundang bencana kepada
semua. Dengan kerjasama semua pihak, masalah pencemaran alam sekitar dapat diatasi dan
dibaik pulih dengan tindakan yang lebih tegas dari pelbagai pihak dan sudut dalam
melestarikan semula alam sekitar sekaligus mewujudkan masyarakat yang seimbang dan
sejahtera.
RUJUKAN

Sukirno, Sadono, 1996. Pengantar Teori Makro Ekonomi . PT Raja Grafindo. Jakarta

Sukirno, Sadono. 1985. Ekonomi Pembangunan. Lembaga Penerbit Fakultas Ekonomi Universitas
Indonesia

Anda mungkin juga menyukai