Anda di halaman 1dari 19

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

PEMBANGUNAN LESTARI
PENDAHULUAN
Pada era langit terbuka kini,pelbagai kemajuan telah dicapai atas usaha dan kerjasama semua
pihak sama ada sektor kerajaan mahupun sektor swasta.Peranan utama yang dimainkan oleh
Perdana Menteri,Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Razak adalah sangat penting sebagai
penggerak utama kepada pembangunan Negara Malaysia.Jika dibandingkan perkembangan
dalam bidang pendidikan tidaklah begitu baik suatu ketika dahulu kerana faktor-faktor
tertentu seperti kekurangan tenaga pengajar,kekurangan kemudahan infrastruktur dan
sebagainya.Namun,kini,bidang pendidikan telah berkembang dengan baik dan
jayanya.Hampir setiap tahun,setiap institusi pengajian tinggi berjaya menghasilkan graduangraduan yang mahir dalam pelbagai bidang dan mempunyai kepakaran masing-masing
seperti kepakaran dalam kimia dan gas,kepakaran dalam penilaian harta tanah
negara,kejuruteraan awam dan sebagainya.Kemajuan lain termasuklah kemajuan dalam
bidang pembangunan dan pembinaan,perindustrian dan perkilangan,hospitaliti dan seni
kulinari,perubatan serta pelancongan.Perkembangan bidang pembangunan dan pembinaan
dibuktikan dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala
Lumpur.Misalnya,pembinaan Menara Berkembar Petronas yang direka oleh seorang
teknokrat yang bernama Cesar Pelli,berasal dari Argentina.Kemajuan dalam sector
perindustrian pula dibuktikan dengan wujudnya banyak kilang-kilang seperti kilang
tekstil,pembuatan makanan dan minuman,pembuatan automobil dan lain-lain yang mampu
menjalinkan hubungan diplomatic yang baik antara sesebuah Negara dengan Negara yang
lain.Contonya,pembuatan kereta yang memerlukan komponen seperti tayar yang diimport
daripada Jepun.Terdapat pelbagai contoh pembangunan yang telah dicapai seiring dengan
peredaran masa dan waktu.
Walaubagaimanapun,setiap kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan etika dan peraturan
yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis,iaitu undang-undang yang telah digubal oleh
pihak-pihak perundangan.Contohnya,Kanun Tanah Negara 1965,Akta Perancangan Bandar
Dan Desa serta Akta Kerajaan Tempatan 1976.Kesemua contoh yang diberikan adalah amat
penting kepada sesebuah syarikat dan pemaju kerana ia merangkumi keseluruhan perkara dan
tindakan yang perlu dilakukan sebelum melakukan pembangunan ke atas sesuatu tanah.Oleh
yang demikian,dalam usaha mencapai Wawasan 2020, pelbagai aspek perlu dititik beratkan
dan diambilkira.Salah satunya ialah berkaitan pembangunan lestari.
1

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

DEFINISI DAN KONSEP


Persoalannya,apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan lestari? Apakah kriteriakriteria dalam mewujudkan pembangunan lestari?Siapakah pihak yang bertanggungjawab
terhadap pembangunan ini dan apakah tindakan pihak tersebut?Dalam membangunkan
pembangunan lestari,seseorang itu perlu memahami secara mendalam apakah yang
dimaksudkan dengan pembangunan lestari dan konsepnya.Pembangunan boleh ditakrifkan
sebagai suatu usaha atau rangkaian usaha pertumbuhan dan perubahan yang berencana dan
dilakukan secara sadar oleh suatu bangsa, negara dan pemerintah, menuju modenisasi dalam
rangka pembinaan bangsa (nation building) Siagian(1994).Maksud. pembangunan adalah
berbeza-beza antara satu tokoh dengan tokoh yang lain.Contonya, Ginanjar Kartasasmita
(1994) memberikan pengertian yang lebih sederhana, yaitu sebagai suatu proses perubahan
ke arah yang lebih baik melalui upaya yang dilakukan secara terencana.Manakala Alexander
menyatakan bahawa pembangunan adalah proses perubahan yang mencakup seluruh sistem
sosial, seperti politik, ekonomi, infrastruktur, pertahanan, pendidikan dan teknologi,
kelembagaan, dan budaya .Portes (1976) mendefinisikan pembangunan sebagai transformasi
ekonomi, sosial dan budaya. Pembangunan adalah proses perubahan yang direncanakan
untuk memperbaiki berbagai aspek kehidupan masyarakat.
Konsep pembangunan pula dapat dirumuskan melalui kebijakan ekonomi dalam pelbagai hal
bagi membuktikan keberkesannya. Hal ini antara lain dapat dibuktikan oleh negara-negara
seperti Singapura, Hong Kong, Australia, dan negara-negara maju lain. Kebijakan ekonomi di
negara-negara tersebut umumnya dirumuskan secara konsepsional dengan melibatkan
pertimbangan dari aspek sosial serta didorong oleh mekanisme politik yang bertanggung
jawab sehingga setiap kebijakan ekonomi dapat dilakukan i secara adil dan memenuhi
kaedah-kaedah perencanaan. Dalam aspek sosial, bukan saja inspirasi masyarakat yang akan
dipertimbangkan malah kedudukan badan-badan sosial (social capital) juga turut dipelihara
bahkan fungsinya ditingkatkan. Sementara dalam aspek lingkungan, aspek fungsi
kelestarian natural capital juga sangat dititikberatkan demi kepentingan umat manusia.
Dalam hal ini perkara yang paling penting ialah pengambilan keputusan yang perlu berjalan
dengan lancar dan adil. Demikianlah, hasil-hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh
masyarakat secara adil melintasi (menembus) batas ruang (inter-region) dan waktu (intergeneration).
2

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

Pembangunan lestari pula membawa maksud pembangunan atau kemajuan dengan


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa
maksud membaikpulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral
dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.
Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumbersumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari
dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat
untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.
Konsep pembangunan lestari muncul disebabkan kesedaran tentang kepentingan
pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah dibincangkan
secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun
1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun
1992 telah merintis kepada wujudnya Agenda 21 yang merupakan pelan tindakan yang
mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan
institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di
negara masing-masing. Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang
dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan meminimumkan kerosakan ke atas
alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) pula diertikan
sebagai balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural
environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite
future.
Pembangunan Lestari ini bertujuan memberi kemampuan dan memberi sokongan untuk
memelihara sistem kehidupan manusia sepenuhnya dan kehidupan lain di planet ini iaitu
kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan dalam
semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada
keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi
untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.Degradasi merupakan
perubahan terhadap pengurangan atau kemunduran.
(http://hutdopi08.blogspot.com/2013/04/pengertian-degradasi.htm )

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

Fokus pembangunan lestari dalam konteks ini ialah pembangunan hijau.Pembangunan hijau
merangkumi pelbagai aspek,termasuklah bangunan hijau,teknologi hijau dan rumah
hijau.Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam
semulajadi,termasuklah penjimatan dalam penggunan elektrik, air, angin serta
kos.Kebanyakan teknologi hijau ini digunakan untuk bangunan pejabat,kompleks membelibelah,sekolah,rumah kediaman dan banyak lagi.Bangunan hijau adalah struktur yang direka
bentuk, dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai
tujuan dengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar
hidup bangunan itu.Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan
elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

EMPAT OBJEKTIF UTAMA DALAM PEMBANGUNAN LESTARI


Kemajuan sosial yang mengiktiraf keperluan semua orang.
Ini menujukkan bahawa Setiap orang seharusnya menimati faedah-faedah dari kemewahan
dan persekitaran yang selamat dan bersih.Kita seharusnya mempertingkatkan perkhidmatanperkhidmatan, menanagani peminggiran sosial, mengurangkan masalah kesihatan yang
berpunca dari kemiskinan, pengangguran dan pencemaran.
Perlindungan berkesan ke atas persekitaran.
Bertindak mengawal ancaman persekitaran global seperti perubahan iklim, untuk melindungi
kesihatan manusia dan keselamatan dari bahaya seperti kualiti udara yang membahayakan
dan kimia toksik, dan melindungi hidup-hidupan liar, lanskap dan bangunan-bangunan
bersejarah.
Penggunaan sumber-sumber semula jadi secara berhemat.
Memastikan penggunaan sumber semula jadi secara bijak dan menyediakan alternatif lain
untuk menggantikannya sekiranya ia pupus.Sumber yang dikitar semula seperti air perlu
digunakan dengan cara yang tidak membahayakan sumber berkenaan atau mengakibatkan
kemusnahan atau pencemaran.
Pengekalan tahap pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang tinggi dan stabil.
Memastikan setiap orang menikmati kualiti hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang
luas.Selain itu, menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti yang diperlukan
oleh pengguna dan menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing, berpengetahuan serta
berkemahiran.

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

PRINSIP ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN LESTARI


Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk mencapai
kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan
di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut:
Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati
kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.
Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undangundang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan
sumbernya untuk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan
bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan
kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui
batasan bidang kuasa negaranya.
Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan
dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.
Prinsip 4 : Untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah
mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara
berasingan.
Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebaga
suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan
perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.
Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama negara
kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi
keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan
pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

Prinsip 7 : Setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk
memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem bumi.
Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri
mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan.Negara maju mesti memhami
tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan.Negara maju mesti memahami tanggungjawab
yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari
memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta
teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.
Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk
semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan
kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.
Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat
terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan
teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan
pemindahan teknologi baru dan inovatif.
Prinsip 10 :Isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat
terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu
haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang
diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya
dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam
proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan
penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi
suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia.Usahausaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi
Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan
Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

KOMPONEN DALAM PEMBANGUNAN LESTARI


Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk
membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang
berterusan. Antara komponen ESD adalah memastikan penerusan penawaran sumber
semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,
pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber
semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan
dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Memastikan pembangunan alam bina atau pembangunan fizikal akan berharmoni
dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan
tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada
komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang
melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti
penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti alam sekitar perlu diutamakan. Hal ini betujuan untuk mengelakkan
pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam
kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau
mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia.
Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin
serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.Selain itu,
mengurangkan pembaziran tenaga manusia.Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi
peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
Mengalakkan penyertaan politik komuniti dalam membuat keputusan.Keputusan ini
termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan.Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok
pemerintahan yang diinginkan.Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat
untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.
8

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

Melihat dari aspek ekonomi pula, terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan
di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan,
ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat,
pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah
kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta
memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut.Ketiga adalah kecekapan
dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.Kecekapan ini adalah
kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.Kecekapan ini
termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak
membebankan rakyat.

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

INISIATIF KEARAH PEMBANGUNAN LESTARI


Bangunan hijau diperkenalkan,dibangunkandan dikembangkan dalam pembangunan negara
untuk tujuan bagi penggunaan sumber seperti tenaga elektrik,bekalanair dan sumber-sumber
lain diguna secara berkesan.Contohnya,lampu digunakan untuk pencahayaan,penghawa
dingin digunakan untuk keselesaan staf-staf yang sedang bekerja pada waktu bekerja. Selain
itu, dapat melindungi penghuni daripada mengalami building sickdan meningkakan
produktiviti para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Building sick ini berlaku
apabila ruang kerja yang tertutup dan tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh
menyebabkan penghuninya mengalami masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan
untuk bernafas. Kebanyakan bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan
penghuninya memasang penyaman udara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja,
tetapi pada masa yang sama, udara ini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya
disejukkan oleh penyaman udara.
Di sini teknokrat akan memainkan peranannya dalam usaha memikirkan cara dan pembinaan
terbaik bagi memenuhi kriteria-kriteria pembangunan hijau.Contohnya,penggunaan tingkap
dan pintu kaca,tumbuh-tumbuhan,penggunaan tenaga solar,penggunaan bahan kitar
semula,penggunaan cat warna cerah,penggunaan bahan bercampur dalam konkrit.
Contonya,dalampembinaan Menara Berkembar Petronas oleh Cesar Pelli di mana Cesar Pelli
& Associates (CPA) yang berpangkalan di New Haven, Amerika dipilih mereka-bentuk fasa
pertama KLCC. Oleh itu, pasukan reka bentuk khas diwujudkan termasuk jurutera struktural,
Thornton-Tomasetti; jurutera mekanikal, Flack & Kurtz; arkitek pengeluaran, Adamson
Associates dan pereka lanskap, Balmori Associates.Dalam usaha mereka bentuk menara itu,
CPA cuba menggabungkan unsur iklim, kebudayaan Islam di Malaysia dengan unsur bentuk
dan aliran yang ada pada bangunan serta objek di negara ini. Akhirnya,konsep reka bentuk
Menara Berkembar Petronas dicipta, membabitkan dua menara 88 tingkat dengan podium
beli-belah enam tingkat, dihubungkan di antara satu sama lain menerusi jejantas udara.
Konsep 'lobi langit' pada aras 41 dan 42 menara berkenaan, dihubungkan menerusi jejantas,
adalah konsep terbaru yang meningkatkan penggunaan ruang lapang dalam sesebuah
bangunan.Reka bentuk menara berkembar itu adalah berasaskan Qutab Mina dii Arab Saudi.
Semakin tinggi sesebuah bangunan itu, maka lebih besar tekanan terhadap struktur
10

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


keseluruhan.Bagi struktur menara berkenaan yang setinggi 80 tingkat, setiap aras pada
bahagian 40 tingkat ke bawah sebenarnya menyerap beban sebanyak 80 tingkat.
Selain itu, semakin tinggi sesebuah bangunan itu maka lebih tinggi kesan angin
terhadapnya. Inilah sebabnya Menara Berkembar Petronas 'menguncup' mendadak di
puncaknya, sebagai langkah mengurangkan kesan angin.Menara ini juga diuji menerusi
kaedah wind-tunnel,untuk memastikan kekuatan strukturnya.Pembinaan dinding diafragma
yang menjadi sempadan turut dijalankan.Bagi dua menara itu, selain penanaman 104 batang
cerucuk sedalam 120 meter,proses mencampurkan asas konkrit dijalankan, dengan
memerlukan 13,200 meter padu konkrit dibancuh berterusan selama 54 jam untuk setiap
menara. Sistem telekomunikasi dan kabel dipasang secara bersepadu bagi setiap aras dengan
meletakkannya di bawah lantai, bagi meningkatkan nilai estetik dalaman.
Disamping itu, keseluruhan pembangunan di KLCC termasuk menara berkembar dilengkapi
sistem pendingin termoden menggunakan gas, yang mampu menampung 30,000 tan air
sejuk pada satu-satu masa. Menara Berkembar Petronas dan pusat beli-belah Suria KLCC
menjadi bangunan pertama di negara ini yang memenuhi piawaian Kod Amalan Kemudahan
Akses Bagi Orang Kurang Upaya. KLCC dilengkapi kemudahan 'mesra kurang upaya' seperti
kerusi roda berkuasa yang disediakan secara percuma, laluan landai dan lif. Bangunan ini
diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Ianya bersesuaian dengan konsep dan kriteria
pembangunan hijau yang menyarankan penggunaan pintu dan tingkap kaca.
Selain daripada Menara Berkembar Petronas,kita juga boleh melihat Bangunan
Suruhanjaya Tenaga yang terletak di Presint 2 dimana memiliki reka bentuk seperti berlian
dan tampil dengan ciri-ciri teknologi hijau. Ia menampilkan unsur semula jadi dengan
tanaman seperti serai wangi, keladi dan pokok jarak.Sebaik sahaja memasuki bangunan
ini,ruang bangunan ini agak sempit meleset kerana penggunaan optimum warna putih di
dinding serta lantai bangunan membuatkannya kelihatan lebih luas.Bangunan ini
menggunakan unsur kontemporari dan moden sementara hiasan potret dinding bermotifkan
gambar abstrak serta semula jadi.
Ketua Pengurusan Fasiliti dan Pentadbiran, Hamidah Abdul Rashid
menyatakan,bangunan ini menggunakan kaedah mesra alam yang unik.Sebagai contoh, di
bawah meja setiap kakitangan terdapat sebuah kotak kosong untuk membuang kertas dan
peralatan pejabat terpakai.Perabot seperti meja tulis dan kerusi boleh dikitar semula sekaligus
11

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


dapat menjimatkan kos.Menurut Ketua Pengurusannya pula , Hamidah Abdul Rashid, hampir
100 peratus bangunan berlian ini dilengkapi dengan cermin lut sinar yang merupakan teknik
pencahayaan untuk ruang dalaman sekali gus meminimumkan penggunaan lampu
elektrik.Ciri utama lain ialah panel solar yang dipasang di aras tertinggi bangunan 18 tingkat
ini. Panel solar itu berupaya membekalkan 10 peratus daripada penggunaan tenaga
keseluruhan.Panel itu dipasang pada empat sisi bangunan iaitu utara,selatan,timur dan barat.
Ia boleh menjimatkan perbelanjaan bil elektrik kira-kira RM40,000 setahun.Beliau
menambah, penerapan teknologi hijau membolehkan bangunan ini menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik sebanyak 46 peratus manakala air 35 peratus.
Tidak hanya dengan pembangunan hijau,malah, antara usaha yang dilaksankan antar
adalah pihak kementerian iaitu Menteri Tenaga,Teknologi Hijau Dan Air dalam usaha kearah
pembangunan lestari adalah dengan mengurangkan kebergantungan rakyat pada petrol
sebagai bahan api utama kenderaan dengan mengurangkan kebergantungan rakyat kepada
petrol sebagai bahan api utama kenderaan, Kerajaan telah menggalakkan penggunaan
kenderaan hibrid dan elektrik. Di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional (National
Automotive Policy NAP), kerajaan telah memberi penekanan kepada pembangunan
kenderaan elektrik sebagai salah satu kaedah alternatif kepada kenderaan
konvensional.Penggunaan kenderaan elektrik ini berupaya memberi pelbagai kebaikan jika
dibandingkan dengan kenderaan konvensional.Walaubagaimanapun, kenderaan elektrik ini
tidak hanya tertumpu kepada kereta sahaja.Disamping itu, terdapat juga insentif semasa yang
ditawarkan bagi kenderaan hibrid dan elektrik adalah pengecualian 100% duti import dan
pengecualian 50% duti eksais bagi kenderaan CBU hibrid baru kepada pemegang francais
kenderaan hibrid.Insentif ini adalah sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan Malaysia
sebagai hub serantau untuk kenderaan hibrid.Kenderaan awam seperti bas juga boleh
menggunakan kenderaan elektrik. Selain itu, dalam masa yang sama kerajaan juga merancang
untuk membangunkan Blueprint Ekosistem Kenderaan Elektrik untuk pembangunan
kenderaan elektrik yang lebih berkesan. Blueprint itu merangkumi perkara-perkara seperti
kenderaan elektrik untuk kegunaan awam,eko sistem kenderaan elektrik, dan industri
pembuatan kenderaan elektrik.
Selain itu juga, terdapat inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan iaitu Green
Technology Financing Scheme (GTFS). GTFS ini adalah untuk menggalakkan penglibatan
syarikat tempatan dalam industri berasaskan teknologi hijau. Oleh itu, kerajaan telah
12

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) pada 26 Januari 2010 dengan
peruntukan dana berjumlah 1.5 billion ringgit. . Insentif ini merupakan galakan daripada
Kerajaan kepada syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dalam 4 sektor utama iaitu
Sektor Tenaga, Sektor Air dan Pengurusan Sisa, Sektor Pengangkutan dan juga Sektor
Bangunan.
Low Carbon Cities Framework (LCCF) sebagai satu kerangka bagi memberi panduan
kepada pihak berkuasa tempatan, pemaju dan perancang bandar dalam pembangunan bandar
rendah karbon.Ia merupakan satu sistem yang mengira tahap pengeluaran karbon berdasarkan
penilaian kriteria prestasi yang merangkumi empat elemen iaitu Persekitaran Bandar,
Infrastruktur Bandar, Pengangkutan Bandar dan Bangunan.

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI GOLONGAN TEKNOKRAT ?


Teknologi dan pembangunan merupakan satu daripada tema kehidupan manusia penting
kerana ianya dikaitkan dengan perubahan dan implikasinya yang berlaku terhadap kehidupan
politik,ekonomi,sosial dan agama khususnya pada zaman moden manusia ada hari ini.
Perubahan yang berlaku dalam sistem,struktur serta nilai yang ada pada diri manusia itu
sendiri dikatakan selari dengan kemajuan sains dan teknologi hari ini. Penggunaan yang
bagaikan suatu pergantungan terhadap teknologi dalam berbagai bidang hari ini adalah
13

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


meluas. Oleh itu,seperti apa yang dilihat semakin tinggi penggunaan atau pergantungan
sesebuah negara kepada penggunaan teknologi maka, secara langsung menyebabkan semakin
pentingnya fungsi, peranan mahupun sumbangan teknokrat kepada sesebuah negara.Maka
dengan itu, teknokrat yang dimaksudkan seharusnya memainkan peranan penting dalam
dunia hari ini.
Wilton ivie (1953) mendefinisikan teknokrat sebagai seseiapa sahaja yang menerima pakai
tekborasi sebagai satu bentuk kawalan sosial dalam bidang kepakarannya.Namun, terdapat
juga yang berpendapat teknokrat adalah sebagai mereka yang mempunyai latar belakang
latihan dalam bidang saintifik dan sosial. Ringkasnya,teknokrat ialah segolongan manusia
yang mempunyai kemahiran khusus untuk melakukan kerja secara profesional. Bagi
mencapai pembangunan lestari,setiap anggota masyarakat di sesebuah negara mestilah
berupaya dalam menawarkan pelbagai bidang serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang khusus. Situasi ini,secara langsung mahupun tidak langsung mampu menjadikan
teknokrat sebagai satu kelas masyarakat yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam
proses pembangunan. Pada hari ini, Malaysia mengalami perubahan yang pesat dalam bidang
ekonomi, sosial dan alam sekitar sejak lima abad kebelakangan dan proses tersebut bakal
berterusan menjelang tahun 2020. Kemajuan yang pesat ini secara tidak langsung akan
menjejaskan kesihatan alam sekitar lantaran penggunaan sumber alam semulajadi yang
berlebihan dan tidak terkawal. Maka adalah penting untuk mengimbangi pembangunan tanpa
menjejaskan alam sekitar di samping membantu perkembangan ekonomi.
Sementara itu, menurut Oxford Advance Learners Dictionary menyatakan definisi
teknokrat sebagai expert in science and engineering.Seorang teknokrat secara dasarnya
ialah manusia yang mempunyai kepakaran dalam sains dan teknologi. Bagi teknokrat Islam
pula,ia memainkan peranan besar dalam masyarakat sama seperti ilmuan dan tokoh agama.
Mereka juga boleh menjadi sumber rujukan masyarakat apabila wujudnya masalah dalam
masyarakat.Apabila wujudnya isu pengklonan manusia, ramai tokoh-tokoh ulama, pemikir
memberikan pendapat dan hujah.
Sejarah Islam pula dahulunya antara daripada golongan mereka yang dibanggakan
adalah dengan lahirnya teknokrat Islam seperti Ibnu Sina.Dia bukan sahaja mahir dalam
bidang agama tetapi juga merupakan bapa kedoktoran Islam pada masa itu.Buku-buku
perubatannya menjadi rujukan dinegara-negara barat. Selain itu,Imam Abu Hanifah yang
warak merupakan juga tokoh perniagaan yang handal dan jujur. Al-Khawarizmi pula
14

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


merupakan tokoh dalam bidang matematik.Namun, itu semua faktor sejarah yang lalu dan
pada masa ini amat sukar untuk mencari seorang teknokrat Islam seperti mereka.Teknokrat
ini lahir dari golongan-golongan intelektual yang sering dikaitkan dengan kesarjanaan dan
ilmuan.Mereka bukan sahaja mahir dalam teknologi tetapi dalam ilmu agamanya. Kaum
intelektual ini sebenarnya bukanlah hanya sarjana yang mendapat kelulusan tinggi tetapi
kelompok manusia yang merasa terpanggil untuk membaiki dan membimbing masyarakat,
memahami aspirasi masyarakat dan menawarkan strategi penyelesaian masalah masyarakat.
Di dalam perspektif Islam, seseorang intelektual harus menguasai ajaran Islam termasuk
bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan juga jujur kepada ilmiah.

PERANAN TEKNOKRAT DALAM MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN LESTARI


Mempertingkatkan kemudahan, keperluan,kesihatan serta keselamatan manusia dalam
merangka pembangunan atau mencipta teknologi baru. Contohnya seperti dari aspek
kesihatan,iaitu dengan ada penapis air. Selain itu,menghormati batasan-batasan
persekitaran dalam merencanakan strategi pembangunan. Contohnya dengan pengenalan
'Local Agenda 21' merupakan inisiatif pembangunan lestari yang menekankan peranan pihak
berkuasa tempatan dalam pelaksanaannya.la terhasil daripada Persidangan Earth Summit di
Rio de Janeiro pada tahun 1992 dan telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2000 dengan
melibatkan empat pihak berkuasa tempatan sebagai projek perintis. Disamping itu,dengan
memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa persekitaran dan alam semula jadi seperti
hutan, sungai, udara merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara dengan sebaik mungkin
bagi mengekalkan kualiti alam sekitar yang sihat. Teknokrat harus mempertimbangkan soal
nilai masyarakat, kos, faedah, risiko dan implikasi yang harus ditanggung sebelum
melaksanakan sebarang projek serta menasihati para pengusaha supaya mematuhi syarat15

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


syarat yang dikenakan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan.Teknokrat juga
berperanan dalam memastikan barangan dan perkhidmatan dkeluarkan bermutu tinggi serta
menerokai alternatif-alternatif baru bagi sumber-sumber semula jadi.

TOKOH TEKNOKRAT DALAM DAN LUAR NEGARA


Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar
dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan
pemegang saham.Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan
kewangan dan kerajaan.Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya
pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan
pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada
teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri
otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris
di Malaysia.Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan
kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam
pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan
beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
16

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


Hijjas Kasturi,merupakan nama yang terkenal dalam seni bina.Beliau mampu memberi
pengenalan satu standard kerja dalam kalangan pengamal seni bina di negara ini.Anak
kelahiran Singapura,yang berasal dari Pahang ini cukup kuat semangat Melayunya kerana
memilih pucuk rebung sebagai konsep dalam penghasilan bangunan Telekom Malaysia
Berhad dan keris sebagai paksi untuk Menara Maybank manakala projek pusat konvensyen di
Putrajaya pula menghalusi semangat pending perak,satu kelengkapan penting dalam tradisi
berpakaian masyarakat Melayu. Antara bangunan di Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan
Hijjas Kasturi: Bangunan Tabung Haji, Menara Lion, Menara Maybank, Lot 10 Kuala
Lumpur, Menara Telekom, Kelab Darul Ehsan, Menara Promet, Wisma MPPJ (Petaling
Jaya), Hotel Nikko, Bangunan Tractors Malaysia Annexem (Subang Jaya), Suruhanjaya
Sekurities, Bangunan Dato Zainal, Stadium Shah Alam (Shah Alam), Menara Apera-ULG,
Stadium Dalaman Shah Alam (Shah Alam), Menara Amoda, Stadium Sarawak (Kuching),
Pusat Sivik Kuching (Kuching), Menara Shahzan-Prudential, Dewan Bandaraya Kuching
Selatan (Kuching).

William Henry Gates III atau Bill Gates (Pengasas Microsoft Office ) dilahirkan di Seattles
Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. ialah ahli perniagaan
Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga
adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk
Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli
perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi.
Ingvar Kamprad adalah pengasa IKEA.IKEA merupakan syarikat penjual perabot yang
terkemuka dari Sweden Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di
Sweden.Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga
Kamprad. IKEA merupakan akronim dari parap nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang
di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Smland,
Sweden Selatan). Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi dalam
kediaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah
bilik air. Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya
17

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN


praktikal untuk kegunaan harian. Produk IKEA bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi
mempunyai kefungsian (functional) dan membolehkan orang ramai untuk menambah baik
kehidupan seharian mereka menerusi penyelesaian yang praktikal kepada masalah yang biasa
dihadapi sehari-hari dalam menguruskan kediaman.IKEA menekankan faktor kefungsian
dalam rekabentuk produknya di mana ianya perlu menarik, praktikal dan mudah digunakan.
Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang tidak perlu (tidak ada fungsi), memberi
penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman dan diperbuat dari bahan
yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya.

PENUTUP
Kesimpulannya, teknokrat dalam proses pembangunan sesebuah negara tidak hanya
menjadi arkitek dan jurubina sesuatu barangan atau benda semata-mata. Mereka seharusnya
bersama-sama menentukan arah haluan pembangunan negara seiring dengan matlamat negara
hari ini iaitu kearah mencapai pembangunan lestari. Profesion sebagai teknokrat hari ini
dilihat memberi implikasi yang besar terhadap kehidupan masyaraka, oleh itu amat penting
bagi mereka menentukan fungsi dan peranan yang jelas dalam masyarakat. Sehubungan ini,
mereka sebagai teknokrat yang professional hendaklah memberi keutamaan kepada
kepentingan dalam setiap proses pembangunan terutama kepada masyarakat. Tanpa
komitmen, teknokrat tidak mempunyai apa-apa kegunaan kepada kehidupan manusia.

18

TEKNOKRAT DAN PEMBANGUNAN

19

Anda mungkin juga menyukai