Anda di halaman 1dari 14

Perkembangan teknologi di dalam bidang berikut di Malaysia.

a) Pertanian

Automasi dalam sektor perladangan, yang sering dikaitkan dengan Pertanian Pintar (smart
farming), adalah teknologi yang menjadikan pengurusan ladang lebih efisien dan
membolehkan kitaran pengeluaran tanaman atau ternakan dapat diurus secara automasi.

Industri pertanian kini dalam usaha mengimplementasi teknologi automasi untuk


merealisasikan konsep Pertanian Pintar melalui aplikasi dron, traktor autonomi, penuai robot,
system penyiraman automatik, robot penyemaian dan sebagainya.

Teknologi automasi dalam pengurusan ladang mampu menangani isu-isu seperti peningkatan
populasi global, penjagaan kualiti tanaman, kawalan dari masalah serangga perosak,
kekurangan tenaga kerja ladang, dan perubahan pilihan pengguna. Usaha untuk
mengautomasikan proses pertanian adalah keutamaan dalam menangani masalah yang
disebut tadi.
(MADA drone application YouTube video)

Teklonogi dron sudah mula dipakai oleh petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (MADA) bagi melakukan kerja sawah. Berdasarkan laporan oleh Berita Harian, kerja
membaja dan menyembur racun yang mengambil masa hampir sebulan menggunakan tenaga
manusia, kini dapat dikurangkan hampir 50 peratus.

Penggunaan aplikasi data raya dalam proses penternakan


Sumber gambar: www.wbcsd.org

Perkembangan teknologi sejak 8-10 tahun lepas telah memberi impak yang positif melalui
aplikasi data raya, yang menjadikan proses pengurusan ternakan lebih efisen berdasarkan
data.

Penggunaan Analisis Data Raya boleh diperkembangkan melalui aplikasi teknologi sensor.
Sebagai contoh, setiap haiwan ternakan boleh dipasang dengan sebuah sensor yang dapat
merekod data-data penting seperti status kesihatan dan amalan makanan harian. Ada jenis
sensor yang ditanam ke dalam tanah untuk merekod kelembapan tanah, ada yang dpasang
dalam kanvas Rumah Hijau untuk mengukur keadaan kelembapan perseitaran, dan pelbagai
lagi.

Selain sensor, terdapat juga beberapa jenis aplikasi yang boleh diakses menggunakan telefon
pintar yang digunakan untuk direkod oleh petani dan penternak. Data yang direkod ini
kemudiannya akan digunakan untuk dianalisa untuk tujuan tindakan selanjutnya.
Jumlah data yang dapat dihasilkan melalui aplikasi teknologi-teknologi tersebut adalah besar
dan dengan adanya teknologi Analisis Data Raya semua data yang ditangkap akan berubah
menjadi informasi yang bermakna melalui BDA, di mana ia mampu mengefisenkan proses
membuat keputusan (decision making).

Pembangunan fasiliti berasaskan awan

Sumber gambar: dzone.com


Perkembangan teknologi berasaskan awan (cloud-based technologies) telah membolehkan
pengusaha ladang memantau dan mengubah keadaan ladang dari jarak jauh, pada bila-bila
masa. Teknologi Wi-Fi boleh digunakan untuk mengawal makanan dan iklim ladang secara
automatik. Para penguasaha ladang juga boleh diberi isyarat melalui SMS jika terdapat sesatu
masalah yang perlu pengetahuan pengusaha ladang.

Kebolehan untuk memantau dan mengubah keadaan ladang secara on-demand mampu
mengingkatkan produktiviti dan mampu menjamin pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi.

Integrasi teknologi-teknologi yang disebut dalam artikel ini mampu membina ekosistem
pertanian berasaskan teknologi digital – Pertanian Pintar. Pengadoptasian teknologi Industri
4.0 telah membolehkan pengusaha ladang untuk memantau dan mengawal elemen-elemen
penting seperti tahap kelembapan, keadaan tanah dan suhu yang boleh menjamin pengeluaran
hasil berkualiti tinggi secara konsisten.

Penggunaan teknologi
Kaedah Pertanian Tepat ini menggunakan gabungan teknologi untuk mengukur dengan tepat
bagi setiap proses pertanian bagi memastikan setiap sumber digunakan dengan optimum. Ini
bermakna sumber-sumber yang digunakan adalah dalam keadaan berkadar boleh ubah dan
bukannya berkadaran tetap. Teknologi yang digunakan termasuklah GPS, sensor, dron,
kecerdasan buatan (AI) dan robotik. Sebagai contoh dron digunakan untuk mengambil
gambar imej tanaman dan imej ini boleh dianalisis untuk mengesan penyakit pada pokok,
kadar klorofil, kadar kelembapan tanah dan kewujudan serangga perosak. Dengan
mengetahui kadar kelembapan tanah, petani dapat mengetahui kadar air yang diperlukan oleh
tanaman mereka. Begitu juga dengan kadar klorofil dan penyakit pokok. Baja dan racun
dapat digunakan dengan sewajarnya di kawasan yang memerlukan. Contoh penggunaan
sensor pula boleh mengukur tahap keasidan dan kealkalian tanah.
Teknologi ini dapat melakukan kerja manual dengan lebih cepat dan tepat. Projek perintis
teknologi Pertanian Tepat oleh Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia
(MARDI) di kawasan sawah padi di Kedah dan Perak menunjukkan penjimatan penggunaan
baja sehingga 25 peratus sehektar dan kos operasi buruh dapat dikurangkan sehingga 50
peratus. Ia juga telah mengoptimumkan pengeluaran hasil padi.
Pertanian Tepat ini dapat membantu masalah global yang dihadapi oleh para petani. Ini
termasuk kekurangan sumber air, variasi cuaca yang tidak menentu, kos tenaga yang semakin
meningkat dan kekurangan sumber tanah. Terdapat juga desakan daripada masyarakat yang
inginkan proses penghasilan produk pertanian menjadi lebih telus. Dengan kaedah Pertanian
Tepat, semua data-data yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan ini dapat dijana
secara automatik. Penggunaan air yang berlebihan dapat dikurangkan dan hasil dapat
ditingkatkan walaupun menggunakan keluasan kawasan yang sama. Kecanggihan teknologi
membolehkan serangga yang menyerang tanaman dapat dikesan dari jarak ketinggian 200
kaki dan hanya kawasan yang terjejas sahaja yang perlu disembur dengan racun serangga
perosak. Data-data tersedia ini dapat dihidangkan kepada pengguna pada masa nyata bagi
menunjukkan hasil pertanian memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Teknologi Pertanian Tepat ini hadir kerana wujudnya gabungan teknologi yang menyokong
antara satu sama lain. Kecerdasan buatan dapat menganalisa imej-imej yang diambil oleh
dron bagi membantu sistem membuat keputusan. Imej-imej ini pula disokong dengan data-
data daripada sensor yang dipasang di ladang pertanian atau ternakan. Dron dan jentera
pembajak pula dapat bergerak dengan cekap menggunakan teknologi GPS. Kesemuanya ini
pula dihubungkan melalui Internet dan membolehkan pemilik ladang membuat kawalan di
telefon bimbit. Gabungan teknologi ini membolehkan satu sistem automasi dilakukan
daripada fasa pertama penggemburan tanah sehingga ke fasa akhir di mana tuaian dilakukan.
Menerokai Pertanian Tepat
Di Malaysia, pertanian tepat masih belum diterokai sepenuhnya. Kebanyakan usaha masih
pada peringkat penyelidikan atau projek perintis yang dijalankan agensi kerajaan seperti
MARDI, MIMOS Berhad dan universiti tempatan. Terdapat juga agensi swasta yang
menawarkan kepakaran mereka untuk tujuan implementasi teknologi pertanian tepat. Buat
masa ini untuk melihat dron-dron berterbangan memantau tanaman atau menabur baja di
ladang-ladang di negara kita belum lagi menjadi norma yang biasa. Antara faktor penghalang
ialah kos permulaan yang besar dan kita juga masih kekurangan pakar dalam bidang ini.
Teknologi yang ada di luar negara pula selain mahal ia juga perlu disesuaikan terlebih dahulu
dengan tanaman di Malaysia seperti kelapa sawit, getah, padi dan nanas. Kita perlu
mengutamakan pembangunan kepakaran dalam negara daripada mengadaptasi teknologi luar
kerana terdapat pelbagai pemboleh ubah yang berbeza dalam praktis pertanian kita yang
mungkin hanya boleh difahami dengan lebih baik oleh warga tempatan.

b) Pengesanan dalam mobility kawalan pergerakan semasa PKP

Meletusnya pandemik COVID-19 di Malaysia pada awal Februari 2020 bukan sahaja merubah
gaya hidup masyarakat namun membawa perubahan ketara kepada corak kehidupan yang
mengoptimumkan penggunaan teknologi.

Jika sebelumnya kita lebih selesa dengan proses sosial dan kebudayaan tempatan, secara sekelip
mata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 bermula 18 Mac 2020 adalah titik
tolak menjadikan konsep kehidupan rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja secara sepenuh
masa atau tidak meneruskan urusan kerja harian secara maya.

Norma baharu yang bebeza daripada kebiasaan yang ada telah berubah dan perkara ini tidak
pernah terlintas di fikiran masyarakat. Bekerja dari rumah secara tidak langsung sebenarnya telah
memungkinkan perkara di luar kebiasaaan berlaku.

Bereksperimen dengan teknologi

Jika teknologi pengajaran yang sebelum ini digunakan secara tidak sepenuhnya, kini konsep
capaian internet, keupayaan mengakses, kepelbagaian media, ketertarikan bahan dan keupayaan
pelajar menerima maklumat pengajaran melalui teknologi telah menjadi kerisauan dalam
kalangan akademik amnya.

Oleh yang demikian, aspek teknologi pengajaran telah digunakan secara sepenuhnya seperti
medium Online Learning. Bukan setakat itu sahaja, perkara berkaitan komunikasi secara maya
lebih bersifat urusan kerja telah dioptimakan penggunaannya.
Kakitangan akademik perlu mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dalam mengejar dan
melengkapkan kemahiran penggunaan teknologi yang sedia ada atau yang masih baharu seperti
penggunaan Zoom, Webex, Google Classroom dan pelbagai platfom media terkini yang boleh
diaplikasikan.

Melalui teknologi ini secara amnya, proses mereka bentuk dokumen pengajaran, proses
merekaletak audio/visual menjadi lebih berkesan dan proses penilaian kursus juga di bawah
kendalian kakitangan akademik.

Tiada lagi alasan “saya tidak pandai menggunakan teknologi dalam pengajaran” atau “saya selesa
dengan pengajaran bersemuka” kerana perubahan sikap perlu berlaku bagi memungkinkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sepanjang tempoh pengkuliahan.

Perubahan sikap seterusnya jelas apabila perubahan proses sosial dalam proses bekerja dari rumah
seperti pengurusan mesyuarat di semua peringkat telah dijalankan secara ringkas dan padat.

Jika dahulunya, mesyuarat secara bersemuka menjadi platform utama digunakan terutama yang
melibatkan mesyuarat peringkat jabatan atau pusat pengajian, namun PKP memungkinkan
segalanya.

Faktor masa dan kandungan mesyuarat menjadi lebih terarah dan bersasar selepas peralihan dari
medium secara bersemuka kepada penggunaan teknologi komunikasi.

Ini menunjukkan perkembangan kaedah mesyuarat secara atas talian lebih berkualiti, tersusun
dalam tertib dan terarah. Bercakap hanya yang perlu dalam talian adalah perkara asas yang
dipertimbangkan oleh ahli mesyuarat memandangkan kualiti masa dan kualiti kandungan
perbincangan.

Urusan bekerja dari rumah sebenarnya melihat impak yang besar dalam proses sosial masyarakat.
Aplikasi teknologi kunci komunikasi

Komunikasi adalah asas kepada perhubungan dan perkongsian makna. Komunikasi secara atas
talian seperti WhatsApp, Instagram, Facebook, Telegram dan sebagainya akhirnya membuktikan
signifikan kewujudan mereka dalam mengurangkan tekanan.

Kita masih boleh berinteraksi, bertanya khabar, bercerita, berkongsi pendapat dan pelbagai
interaksi melalui dalam talian. Tidak dapat dibayangkan jika PKP ini dilaksanakan dengan tiada
sebarang perhubungan maya yang memungkinkan kita berinteraksi.

Secara tidak langsung, perubahan sikap kepada aspek sosial tidaklah menjadi tekanan utama. Jika
sebelum ini ada yang memilih untuk keluar dari group WhatsApp tertentu kerana dianggap
sebagai gangguan privasi, namun PKP mengajar erti kesunyian dan memerlukan mesej interaksi
sosial sebagai mengisi kekosongan berkenaan.

Penerangan menggunakan infografik adalah medium menarik yang dilihat telah digunakan
sepanjang PKP berlangsung.

Infografik secara dasarnya adalah bertujuan menarik perhatian audiens berbanding teks
penerangan yang panjang. Penerangan ringkas berserta grafik sebenarnya telah membantu dan
memungkinkan pemahaman penerima secara lebih cepat dan tepat. Namun, perhatian kepada
infografik ini perlu dilihat dari aspek tindakan individu jika ia melibatkan arahan dan bukan
sekadar makluman.

Secara ringkas, walau apa pun perkembangan terkini dan bebanan tugas yang ada apabila
perlaksanaan PKP, tindakan segera masyarakat yang bekerja dari rumah dilihat positif dalam
membantu usaha pihak pengurusan mencapai matlamat organisasi.

Patuh arahan dan tingkatkan kepekaan supaya kita sama-sama menang membendung wabak ini.

c) Pendidikan

d) 1.0 Pendahuluan Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses
yangkompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan,
danorganisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan
menguruspenyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses
pembelajaran ituadalah bermatlamat terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan
merujuk kepada prosespengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah
pencapaian pengajaran danpembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh menjadi
objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi iajuga boleh merangkumi
maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan danteknik.
Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan
duniateknologi sangat penting dalam pendidikan. Hal ini dapat menyokong kata-kata
yangdisampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi “ Tecnology can make our lives
easier.Everyday tasks are simplified”. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh
WistonChurcil, beliau menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran
dan minda” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,
pendekatanpengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di
gubahkepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke
arahmengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Hal ini bersesuaian dengan dunia
sekarangiaitu dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari.
Pelajar perlumenerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara. Tidak
ketinggalan, golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu danbantuan dalam
bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Banyaktakrifan yang
diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaran ini.Secara
umumnya, masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami
ketidakupayaanneurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk
memahami, mengingatiatau menyampaikan maklumat.
e) 3. 2.0 Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan Kemajuan dalam teknologi komputer dan
era baru pendidikan pada hakikatnyaingin memastikan revolusi maklumat akan
mempengaruhi hidup kita secara lebihmendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku
Azzman (1998), terdapat 3 sebab utamamengapa komputer diperlukan dalam
pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumatyang boleh dicapai daripada komputer
tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itusendiri. Keduanya ialah kemampuan
mengutip dan menyimpan maklumat sertapengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan
cekap oleh komputer. Manakala yang ketigaialah, maklumat dan pengetahuan menjadi
kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusiaterutama pada diri pelajar itu sendiri. Majlis
Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan teknologi dalampendidikan sebagai
suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian sistem, teknik danbantuan untuk
memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat KebangsaanPembelajaran
Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalampendidikan sebagai
penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syaratpembelajaran untuk
memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan(Cowen, 1980).
Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran, USA sebaliknyamendefinisikan teknologi
dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untukmerekabentuk, melaksana,
dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajarandari segi objektif khusus,
berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dankomunikasi dengan
menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusiauntuk membawa
kepada pengajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang
kekeliruan atau salah tafsirkerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan
jelas sesuatu konsep dankaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan
pelbagai deria pelajar, iaitudengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan
melibatkan deria lihat dan dengardan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini
akan meningkatkan daya ingatanpelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian
kepada kaedah mengajar agar dapatmembantu pelajar mendapat kesan pembelajaran
yang maksimum dengan penggunaan
f) 4. masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan
menggunakanmedia bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid
yang tidak pernahmereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah
mengalaminya. Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan
tidak bolehdigunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu
guru mengajarsesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk
pengajaran dan bukanuntuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya
mesti dirancang dalam tigaperingkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi
merancang cara bagaimanamengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya
akan dapat merancang ulasan danpenekanan aspek-aspek penting yang dapat
membantu pembelajaran dan selepaskegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan
seperti soalan-soalan, kesimpulan danpenilaian. Kepentingan penggunaan teknologi
dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi
atau sesuatu alat bantu mengajarsememangnya dapat membantu pencapaian pelajar
menguasai aspek bahasa dengan lebihbaik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990;
Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberikesan yang besar terhadap proses P&P
terutama semasa membuat pemilihan bahanteknologi. Komputer membantu pengajar
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaranyang berkesan jika digunakan dengan
sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alatbantu mengajar terkini dapat
menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidangpelajaran. Di samping itu, jika
komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesanoleh guru, ia mampu
menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Iniselaras dengan
pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapatmemperkayakan
teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesinmemproses
maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya. Heinich (1996) menyatakan
komputer berkemampuan mengawal dan mengurusbahan pengajaran yang banyak.
Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunamembolehkan pengajar-pengajar
menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
g) 5. mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas
sertaberoperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah
tepat.Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat
dankomunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Ini adalah
keranakomputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang dicari
ataudiminta oleh orang ramai. Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam
pendidikan dapat menjadikanproses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta
mewujudkan suasana pembelajaranyang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi
dalam pendidikan, guru dapatmempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran
dan bukan hanya tertumpu kepadateknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dandengan menggunakan pelbagai kemudahan
yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internetadalah sebagai alat untuk mendapatkan
maklumat-maklumat terkini mengenai duniapendidikan. Kemahiran menggunakan
internet membolehkan guru dan pelajarmendapatkan maklumat dan pengetahuan yang
terkini dengan lebih cepat serta efisientanpa perlu menunggu masa yang lama. Selain
itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalamproses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yangsama
kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidaksemua
pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar
olehguru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam
memahamiapa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan
pembelajaran akan lebihmenarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
teknologi tersebut.
h) 6. 3.0 Keburukan teknologi dalam pendidikan Teknologi dalam pendidikan bermaksud
penggunaan alat bagi menyampaikanmaklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat
seperti televisyen, projektor, komputerdan sebagainya. Dengan perkataan lain, teknologi
dalam pendidikan ialah segala sesuatutentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-
dengar. Terdapat pelbagai kelebihan jikapendidik mengaplikasikan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka disekolah. Namun tidak dapat dinafikan
bahawa di dalam keasyikan kita menggunakanteknologi khususnya dalam sistem
pendidikan, terdapat juga beberapa kelemahan dankekurangan yang tidak dapat
dielakkkan. Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yangtelah dicapai tersebut
membawa impak positif. Diantara kemajuan yang telah dicapaitersebut ternyata dapat
membawa impak negatif bagi manusia. Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam
pembelajaran sebenarnyamenghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh
guru dan pentadbir. Guru danpentadbir haruslah bersedia dari awal menerima
perubahan ini dengan fikiran yangterbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang
masalah yang bakal timbul. Di antarahalangan-halangannya ialah mungkin masa, latihan
guru, sumber dan teknologi. Untukberalih daripada kaedah tradisional kepada teknologi
sudah tentu mengambil masa yanglama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran
ICT secara berperingkat-peringkat danmendapat sokongan dari pentadbir, kementerian
serta sumber pakar-pakar dalam ICT yangmendapat kemahiran dari luar. Dengan
penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malaslebih-lebih lagi
dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka bolehmenukar hasil
kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagimenjadi
produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa
adakelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan
memberikesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran.
Sebagai contoh,kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran
mereka. Kadangkala,keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat
menjadi bosan dalamsesi pembelajaran.
i) 7. Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepadapelajar
khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapatmenonjolkan
bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidakdapat dinilai
dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapatdikembangkan
kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya,bagi kanak-
kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah,mereka akan
mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalamisebenar
pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan
rasanyamanis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar
melaluipengalaman mereka di sekeliling. Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT
memberi impak yang buruk kepadapelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah.
Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guru-guru di sekolah boleh menyebabkan
pelajar dapat mengetahui perkara yang melampauibatas umur mereka. Sebagai contoh,
bahan pronografi yang banyak tersebar di dalaminternet dan juga laman „youtube‟. Jika
ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka lamanweb yang tidak sepatutnya tiba-tiba
laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnyakerana sudah fitrah semulajadi
kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Olehsebab itulah pelajar kini dapat
mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui.Mereka akan meniru perkara-
perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakanyang lain tanpa mengetahui
bahawa perkara itu sebenarnya salah. Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang
dipaparkan di internet tidak dapatdipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti
yang kita tahu, medium teknologikomunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa
dan semua orang mempunyai hakuntuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di
internet. Maklumat ini bolehmendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat
membezakan antara maklumat yangbetul dan yang salah. Ini akan menjejaskan
matlamat pengajaran dan pembelajaranmelalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu
berupaya menilai maklumat yang diperolehidaripada pelbagai media dan sumber serta
berupaya membezakan ketepatannya supayadapat membimbing pelajar mendapatkan
maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan
j) 8. yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi
keburukankepada pelajar. Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan
teknologi dalampendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari
oleh seseorangpelajar. Pelajar sekarang suka ‟copy-paste‟ maklumat yang dicari dari
internet tanpamenyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat
tersebut. Masalahini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam
internet yang senangdiperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa
diketahui oleh pengeluarmaklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk
dan melahirkan nilai murniyang perlu ada dalam diri seorang pelajar. Sehubungan
dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjanaidea mereka
sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputertelah
menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan
hanyamenggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”, semua
kerjasudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi
membawakemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya
dimanapelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk
dihadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga
ataumasyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan
kurangberkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang
berdaya saingmereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan
berkualiti bagimemantapan dan pembangunan kejayaan mereka. Dewasa kini, teknologi
yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini jugamemupuk sikap malas dalam kalangan
pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih,kebanyakan tugas yang memerlukan
kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telahdiselesaikan oleh komputer. Pelajar
sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangankemahiran-kemahiran tertentu
dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer.Sebagai contoh, menaip dan
mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akanmenyebabkan kemahiran
menulis dan mengira pelajar merosot.
k) 9. 4.0 Bahan-bahan teknologi 4.1 Kedudukan dan posisi Setiap insan yang lahir inginkan
kesempurnaan. Namun, tiada siapa yang tahuhikmah disebalik kejadian-Nya. Bagi
mereka yang dilahirkan dalam keadaan normalberuntung kerana tidak memerlukan alat
bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupanseharian berbanding dengan mereka
yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasib baik.Golongan orang kurang upaya
dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu bermasalahpendengaran, masalah
penglihatan dan masalah pembelajaran. Dalam kategori masalahpembelajaran, terdapat
pelbagai jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal, cerebralpalsi, hiperaktif,
masalah fizikal, disleksia dan sebagainya. Ada diantara merekamemerlukan bantuan
untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka. Menurut American
National Standards Institute (INSI), orang cacat adalah yangmempunyai kesukaran yang
jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yangspesifik. Ada di antara mereka
tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk, mereka langsungtidak boleh bergerak.
Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalampenghasilan peralatan
mobility. Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yangterhad kepada lebih
luas. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidakmampu bergerak
apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda. Bagigolongan sedemikian,
alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan merekauntuk meneruskan hidup.
Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orangkurang
upaya (OKU) masalah pembelajaran. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kakipalsu,
tongkat, Rex dan sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripadaperkembangan
teknologi yang semakin rancak. Perkembangan teknologi ini jelas tidakmengetepikan
golongan yang kurang bernasib baik. Bagi mereka, peralatan ini sangatbermakna untuk
diri dan kehidupan mereka. Walaupun alatan ini banyak menggunakanteknologi, individu
yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dankemahiran dalam
penggunaannya. Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatanyang di hasilkan
mempunyai kaedah penggunaan tertentu. Memiliki kemahiran
l) 10. penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada
berlakunnyakemalangan. Individu yang mengalami masalah fizikal, serebral palsi,
lumpuh, dan sebagainyaamat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda.
Terdapat pelbagai jeniskerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan
individu-individu tersebut.Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua
golongan OKU diatas, tetapiaspek-aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang
individu terlebih dahulu dinilai untukpenggunaan kerusi roda. Teknologi telah
menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yangmasing-masing mempunyai
kelebihan tersendiri. Walaubagaimana pun, secara umumnyakerusi roda boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu ditolak sendiri atau
seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri denganhanya menekan
atau mengawal suiznya sahaja. Untuk penambahan ilmu teknologiterhadap kerusi roda
tersebut, ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untukmemudahkan pelajar
menulis, belajar, makan dan sebagainya. Selain daripada kerusi roda, Brace atau
Orthoses juga merupakan alatan teknologiyang dihasilkan untuk membantu kedudukan
atau pergerakan OKU terutamanya golonganSerebral Palsi. Brace merupakan satu alat
ortopedik yang di pakai oleh sesetengahindividu yang mengalami masalah yang
berkaitan dengan ortopedik. Brace biasanyadiperbuat daripada Plastik tetapi ada juga
yang diperbuat daripada logam, kulit ataucampuran bahan-bahan tersebut. Fngsi brace
adalah untuk menstabilkan anggota badantermasuk bahagian belakang badan,
mengurangkan ketegangan otot-otot, mengelakkanatau mengurangkan masalah system
rangka atau anggota badan yang berposisi abnormaldan meningkatkan fungsi sesuatu
badan. Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada
golonganberkeperluan khas. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan
sempurnamenggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan
mereka. Terdapatpelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti
Ankle-FootOrthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan
Hand Orthoses.Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan
masing-masing.
m) 11. Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dankerangka
gentian karbon bermotor atau diberi nama „Rex‟ telah mengubah keupayaanseseorang
individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda semata-mata
dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orangnormal.
Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggangke
bahagian bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu,
seseorangindividu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan
“kakirobot” tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex
dapatmembantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkembangan teknologi juga
telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU danbekas buangan untuk golongan
berkeperluan khas. Tidak semua golongan itu akanmemakai lampin atau pampers untuk
membuang air. Ada di antara mereka yang mampuke tandas. Namun begitu,tandas yang
biasa digunakan oleh orang normal tidakbersesuaian dengan spesifikasi orang
berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandasmesra OKU perlu dibina untuk
kemudahan OKU. Untuk memudahkan golongan inimembuang air,satu penciptaan alat
bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini.Bekas buangan yang di reka cipta
bersesuaian digunakan untuk mereka. Bentuk dan saizyang sesuai memudahkan
mereka. Disamping itu,selepas penggunaan bekas tersebut,ianya hanya perlu di basuh
dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja. Dengan adanya teknologi ini, golong
berkeperluan khas dapat menjalankankehidupan yang lebih baik. Ia juga member
peluang yang baik kepada mereka untukbelajar, mengakses maklumat dan berhubung
dengan orang lain. Dengan bantuan alatberteknologi yang direka cipta khas untuk
golongan ini dapat memberikan peluang kepadamereka untuk hidup berdikari. Selain itu,
bidang teknologi juga menampakkan kemesraanatas alat ciptaan yang dihasilkan. 4.2
Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) Bahan atau alat berteknologi juga tidak
ketinggalan dalam bantuan untukmenyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua
lapisan latar belakang pelajartermasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai
contoh alat yang diberi nama
n) 12. Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah
banyakmembantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah
bahasa dankomunikasi. Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan
komunikasi yangboleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi
dalam kebolehanberkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991).
Kajian Okolo et al.(1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati
dalam pilihanberteknologi rendah, seperti buku bergambar sehingga kepada sistem
berkomputer.Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran,
pengetahuan danpencapaian akademik murid. Menggabungjalin komunikasi pertuturan
serta bukanpertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih
berkesan jikadimulakan seawal usia kanak-kanak. Alat komunikasi augmentatif dan
alternatif berteknologi rendah meliputi gambar,foto,garisan, gestur, bahasa isyarat,
bahasa tulisan,Pictures Exchange CommunicationSystem dan alat bersuara mudah
(Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakanbahasa simbolik ketika mengajar
bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapatmembantu muridmenjalani tugas
seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum,terdapat beberapakategori
bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran,seperti berteknologi
tinggi dan bahan bercetak. Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan
peralatan yangmenghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen, Locke,
Reiche elt. 1991)yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada
yang dimiliki olehpelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga
komponen iaituteknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi
( McCormmick & Shane,1990 ). Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC
iaitu berbantukan alatandan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa
bantuan alatan tidakmemerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk
melaksanakannya. Teknik initermasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka.
Manakala teknik berbantukan
o) 13. alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik
sertamelibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem
simbol. AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanak-
kanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan
merekahanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di
skrin, dengandemikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. Hal ini
berlaku sebaliknyaapabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka,
penyampai hanya perlu taipperkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka
faham akan apa yang ingindituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat bahawa
komunikasi dua hala dapatdijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak
tersebut mengalami masalahbahasa dan komunikasi. 4.3 Bahan teknologi buku eletronik
E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yangmerujuk
kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagaimaklumat.
E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk
percuma..Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya
untukmemudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas. E-
buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan,teknologi,
agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaane-buku
akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan
datingkelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan
sumbercetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran
secara terusdi internet. E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan
kemudahan kepadapembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban
yang berat. Teks dalame-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk dengan
menggunakan hyperlink. Inimenjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk
kamus, buku rujukan dan jugasesetengah buku teks.
p) 14. Selain itu juga, penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah
merupakansatu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk
mendapatkanmaklumat. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah
membawa aliranatau kaedah baru dalan cara pembacaan. Penggunaan buku elektronik
yang mempunyaiaplikasi buku digital, kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar
yang menarikuntuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku
elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portalpembelajaran.
Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minatdan
meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat(Gandhi
2001). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakanadalah
sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalambuku
elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan systemtertingkap
yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar bukuelektronik
tersebut. 4.4 Contoh-contoh bahan teknologi: I. Kedudukan dan posisi
q) 15. II. Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
r) 16. III. Bah
s) an Teknologi Bahan Elektronik5.0
RujukanRujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran/Rujukan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1878066
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1841036
https://www.slideshare.net/MunirahSobrii/teknologi-dalam-pendidikan-15425424

Anda mungkin juga menyukai