Anda di halaman 1dari 19

(INTERNET OF THING) IOT

DALAM PERTANIAN
APAKAH SISTEM IOT?
 menurut kajian Wikipedia, Internet of things (IoT) menerangkan peranti dengan
penderia, keupayaan pemprosesan, perisian dan teknologi lain yang
menyambung dan bertukar data dengan peranti dan sistem lain melalui Internet
atau rangkaian komunikasi lain. Ringkasnya, Internet of things merangkumi
elektronik, komunikasi dan kejuruteraan sains komputer

 Dalam istilah bahasa inggeris, The Internet of things (IoT) describes devices with
sensors, processing ability, software and other technologies that connect and
exchange data with other devices and systems over the Internet or other
communications networks. Briefly, The Internet of things encompasses
electronics, communication and computer science engineering.
IOT dalam pertanian

 produk pertanian pintar IoT direka untuk membantu


memantau ladang tanaman menggunakan penderia
(sensors) dan dengan mengautomasikan sistem
pengairan. Hasilnya, petani dan peranti yang
berkaitan dengan mudah boleh memantau keadaan
ladang dari mana-mana sahaja tanpa sebarang
kerumitan.
 Kesan Internet of Think (IoT) dan peranti yang disambungkan dalam dunia
moden ini tidak dapat dinafikan. Hari ini ia telah mencapai hampir di mana-
mana, dari rumah, ke sektor kesihatan, bandar pintar, kecergasan, ke
sektor perindustrian. Kehadirannya dapat dilihat dalam kebanyakan
industri, dan domain pertanian tidak berbeza. Malah, IoT dan peranti yang
disambungkan boleh memberi impak yang luar biasa terhadap amalan
pertanian, jadi petani tidak perlu lagi bergantung pada kuda dan bajak.
Kini kita sudah mengendali kereta pandu sendiri, dan mengabungkan
teknologi maya, Jadi apa gunanya kalau kita masih bergantung pada
kaedah lama? Oleh itu, konsep IoT amat dialu-alukan dalam Pertanian.
Contohnya, yang paling canggih dan Ketika ini sahaja semakin
ramai yang menggunakan kamera drones dapat membantu
petani dalam mengawal selia keadaan pertanian bagi
memudahkan aktiviti pertanian berjalan lancar melalui jarak yang
sukar dicapai dari mata kasar.
2.0 KEGUNAAN SISTEM IOT
 Pada masa yang lalu, beberapa kemajuan teknologi telah berlaku dalam pertanian, dan
oleh itu hari ini ia adalah jauh lebih maju semakin banyak perindustrian pertanian yang
menggunakan teknologi canggih mengadaptasi IOT dalam bidang pertanian.
Berbanding dekad sebelumnya. Hari ini, kita dapat melihat petani berjaya
menggunakan alat pertanian pintar, yang membolehkan mereka mempunyai kawalan
yang lebih baik ke atas prosedur penanaman tanaman dan penternakan ini. Contohnya
Terdapat sistem pengesanan lembu, robotik pertanian, rumah hijau pintar dan
pengurusan perosak pintar. Ini menjadikannya lebih cekap dan boleh diramal.
 Antara alat pertanian pintar atau system IOT terkenal yang popular
digunakan ialah stesen cuaca. ianya boleh ditemui di seluruh ladang untuk
mengumpul beberapa data ramalan cuaca di persekitaran pertanian dan
mendapat isyarat dari kaji cuaca. Dengan bantuan data kajian cuaca
yang disediakan, keadaan iklim boleh diramalkan, secara tidak langsung
petani dapat membina strategi memilih tanaman yang sesuai.Secara tidak
langsung, lnisiatif tersebut dapat meningkatkan produktiviti pertanian
sesebuah industri pertanian..
3.0 KELEBIHAN SISTEM IOT
1. MEMAKSIMUM PENGELUARAN PRODUKTIVITI PERTANIAN KE
TAHAP MAKSIMUM
untuk memenuhi permintaan penduduk negara dan seantero yang ramai. Ini
meliputi bagi mengatasi cabaran bidang pertanian seperti keadaan cuaca
yang melampau, kesan alam sekitar dan peningkatan perubahan iklim akibat
daripada amalan pertanian yang intensif yang kadang kala sukar diramal
oleh jabatan meteorlogi. Melalui teknologi ini secara tidak langsung
membantu petani memantau dan mengawal penanaman daripada sebarang
serangan penyakit yang mungkin menjejaskan hasil tanaman
2. SISTEM KAWALAN AUTOMASI
 sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan
manusia yang minima atau tanpa manusia secara tidak langsung dapat
memberi impak dalam pertanian iaitu dapat meningkatkan kuantiti
keluaran, memperbaiki kualiti keluaran dan mengawal kos perbelanjaan
yang tinggi.
3. MEMPERCEPATKAN ARAHAN JENTERA DENGAN PEMANTAUAN JARAK JAUH &
MASA NYATA(real-time monitoring)
 Memandangkan sistem dikawal oleh sistem IOT maka ia membolehkan sesuatu alat peranti
dikawal sendiri oleh petani yang melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah menggunakan dengan
mengklik sesuatu peranti menggunakan kuasa hujung jari. Dengan cara ini, petani akan dapat
memantau keadaan ladang dari mana-mana sahaja tanpa mengira lokasi semasa mereka
4. PETANI DAPAT MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN LEBIH CEKAP
 Dengan penyelenggaraan yang teliti dalam sesuatu industri pertanian
dan alam sekitar ramalan yang tidak menentu, maka dengannya adanya
Teknologi Pertanian Pintar atau IOT membolehkan petani mempunyai
kawalan yang lebih baik ke atas proses penanaman tanaman dan
penternakan. Dengan cara ini ia membawa kecekapan dalam skala besar
justeru mengurangkan kos serta membantu dalam menjimatkan sumber
yang terhad, seperti air. Petani juga dapat mengurangkan sisa produk
pertanian yang berlebihan bagi mengelakkan pembaziran dan
meningkatkan produktiviti contohnya dalam penggunaan kuantiti baja
yang optimum. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang
peningkatan hasil produktiviti pertanian.
5. PETANI DAPAT MELUASKAN SKOP INDUSTRI PERTANIAN YANG
MELUAS (PERTANIAN INTEGRASI)
 Apabila kemajuan ini dilaksanakan dalam sektor pertanian, ia pasti akan
meningkatkan hasil dan juga akan membolehkan petani mengurus lebih
banyak keluasan sektor pertanian dan menarik minat pelabur melabur
dalam indusrtri pertanian yang dijalankan.
4.0 KELEMAHAN/ CABARAN SISTEM IOT
1. KEKURANGAN INFRASTRUKTUR:
 Walaupun petani menggunakan teknologi IoT, mereka tidak akan dapat memanfaatkan teknologi
ini kerana infrastruktur komunikasi yang lemah. Apatah lagi rata-rata terdapat Ladang yang
terletak di kawasan terpencil dan jauh dari akses internet menyukarkan petani perlu mengakses
data tanaman dengan pasti. Dan ini menghalang petani mendapatkan data maklumat pada bila-
bila masa dari mana-mana lokasi, jadi isu capaian internet contonya akan menyebabkan sistem
pemantauan lanjutan menjadi tidak berguna atau tidak berhasil.
 2. KOS TINGGI
 Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan IoT dalam pertanian
adalah mahal. Walau bagaimanapun, sensors(penderia) adalah
komponen yang paling murah, namun melengkapkan semua ladang
petani untuk bersama mereka akan menelan belanja lebih daripada
ribuan ringgit. Kos jentera automatik lebih tinggi daripada jentera yang
dikendalikan secara manual kerana ia termasuk kos untuk perisian
pengurusan ladang dan cloud access(storage simpanan memory) untuk
merekodkan data. Untuk memperoleh keuntungan yang lebih tinggi,
adalah penting bagi petani untuk melabur dalam teknologi ini namun
sukar bagi mereka untuk membuat pelaburan awal untuk menyediakan
teknologi IoT di ladang mereka khususnya petani kecil.
 3. KEKURANGAN KESELAMATAN
 Memandangkan peranti IoT berinteraksi dengan peralatan lama mereka
mempunyai akses kepada sambungan internet, tiada jaminan bahawa
mereka akan dapat mengakses data pemetaan dron atau bacaan
sensor dengan memanfaatkan sambungan awam. Sejumlah besar data
dikumpulkan oleh sistem pertanian IoT yang sukar untuk dilindungi.
Seseorang boleh mempunyai akses tanpa kebenaran pangkalan data
penyedia IoT dan boleh mencuri dan memanipulasi data.
 4.0 KESIMPULAN
 Apabila penyelesaian IoT berjaya disepadukan, dimana jika cabaran
system IOT dapat diatasi ia membolehkan pengembangan pertanian
pintar global ke kawasan terpencil dapat diluaskan dan ia menawarkan
banyak faedah lain yang boleh dicapai menggunakan teknologi terkini.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai