Anda di halaman 1dari 3

KESAN PERUBAHAN SOSIAL TERHADAP PEKERJA - PERUBAHAN

TEKNOLOGI

1. SEKTOR PERTANIAN

Secara amnya, sektor pertanian dilihat kurang mendapat sambutan golongan muda,

walhal sektor ini berpotensi memberikan pulangan yang lumayan. Kebanyakan belia memilih

untuk bekerja makan gaji kerana mempunyai persekitaran kerja yang kondusif. Misalnya,

bekerja di dalam ruangan penghawa dingin, bersih dan selamat. Sektor pertanian ini menjadi

pilihan terakhir sebagai sumber pekerjaan kerana dianggap “sukar, berbahaya dan kotor”

(3D) oleh para belia. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan haruslah berusaha dengan

lebih giat bagi meremajakan sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan golongan belia

dalam sektor pertanian. Hal ini dapat dilakukan dengan mengubah perspektif anak muda

bahawa menceburi bidang pertanian mampu menjana pendapatan yang lumayan sekaligus

mampu mengurangkan kadar pengangguran, mengurangkan kadar kemiskinan serta mampu

meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara sekaligus mengurangkan kadar import

bekalan makanan dari luar. Oleh itu, sektor pertanian ini dilihat banyak diusahakan oleh

golongan yang telah berusia serta pekerja asing.

Perubahan sosial yang dapat dilihat setelah penggunaan teknologi dalam sektor

pertanian adalah melahirkan pekerja yang berkebolehan. Tenaga kerja tidak mahir serta

separa mahir mampu dikurangkan dengan adanya tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Hal

ini dikatakan demikian kerana mereka mampu mengendalikan penggunaan mesin automasi

dengan baik. Walaubagaimanapun tenaga kerja separa mahir dan tidak mahir masih lagi

berpeluang menceburi bidang pertanian dengan menyertai latihan mahupun kursus bagi

meningkatkan kemahiran mereka. Hal ini secara tidak langsung mampu mengelakkan

kekurangan tenaga kerja. Tamsilnya, penggunaan teknologi moden seperti dron digunapakai

dalam sektor pertanian bagi memudahkan kegiatan membaja serta meracun sawah padi. Jika
penggunaan tenaga kerja manusia (manual) memerlukan masa 5 jam per hektar berbanding

penggunaan dron mengambil masa 1 jam per hektar. Penggunaan teknologi moden mampu

meningkatkan produktiviti kerana menggunakan satu tenaga kerja untuk mengendalikan

penggunaan dron semasa aktiviti penyemburan racun serta penaburan baja. Kaedah ini juga

lebih selamat dan pantas.

Usaha mengadakan bengkel mahupun kursus kepada pekerja separa mahir dan tidak

mahir merupakan salah satu perubahan sosial yang besar dalam sektor pertanian. Latihan

teknikal pertanian dan asas keusahawanan berkaitan teknologi moden merupakan antara

kursus jangka pendek yang ditawarkan Jabatan Pertanian kepada kumpulan sasar selain

menawarkan bantuan dari segi input, infrastruktur dan peralatan pertanian. Kemahiran para

petani dalam mengendalikan perusahaan tanaman dapat dipertingkatkan melalui pengetahuan

dan kemahiran secara teori dan latihan hands-on berkaitan teknologi moden seperti fertigasi,

hidroponik, smart farming, penggunaan dron dalam pertanian dan sebagainya.

Jelaslah inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pertanian mampu meningkatkan mutu

tenaga kerja terutamanya dalam pertanian negara. Hal ini dikatakan demikian kerana

penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan hasil pengeluaran tanaman makanan

negara. Disamping itu, tenaga kerja profesional dapat diwujudkan dan menggalakkan

penglibatan golongan muda dalam pertanian kerana kaedah penanaman lebih moden dan

pengendalian lebih efektif berbanding dahulu.

2. SEKTOR PERKILANGAN
Perkembangan revolusi industri 4.0 telah merancakkan sektor perindustrian negara.
Kepesatan pembangunan kawasan perkilangan juga telah meningkatkan kemasukan tenaga
kerja. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan kawasan industri telah membuka
peluang pekerjaan di kawasan setempat. Peluang pekerjaan tidak tertumpu kepada
pengambilan tenaga kerja lelaki tetapi juga wanita. Hal ini secara tidak langsung
mengurangkan diskriminasi terhadap wanita dalam pekerjaan kerana wanita juga mampu
bekerja. Buktinya, pada tahun tenaga buruh wanita adalah sebanyak 3,941.6 orang manakala
pada tahun 2020 sebanyak 5,827.9 orang. Jelaslah berlakunya peningkatan pengambilan
tenaga kerja wanita melalui perkembangan teknologi dalam sektor perkilangan.
Automasi merupakan penggunaan teknologi yang memanfaatkan penggunaan aplikasi
teknikal , elektronik dan penggunaan komputer untuk mengoperasi dan mengendalikan
pengeluaran dengan lebih cekap (Isa Setiasyah, 1994). Tetapi Hitomi berpandangan bahawa
automasi pada proses pengeluaran, bergerak sendiri dalam kawalan namun masih
memerlukan tenaga manusia ketika pengendalian dilaksanakan. justeru , manusia sangat
penting dalam pengendalian mesin (sistem manusia-mesin) walaupun sesebuah syarikat
menggunakan automasi untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan produktiviti pekerja.
Terdapat tiga kategori automasi industri iaitu manual, separa (semi automasi) dan tinggi
(automasi penuh).
Penggunaan automasi penuh di dalam sektor kilang yang mengendalikan bahan kimia
mampu meningkatkan keselamatan pekerja. Proses pengendalian bahan kimia perlu
dilakukan secara berhati-hati agar tidak mendatangkan kemudharatan terhadap pekerja.
Penggunaan pakaian hazmat serta perlindungan lain seperti topeng gas, helmet, sarung tangan
serta kasut bertutup. Etika pemakaian ini mampu mengelakkan sebarang kecederaan semasa
proses pengendalian bahan kimia. Risiko ini dapat dikurangkan setelah penggunaan mesin
automasi dalam proses pengendalian bahan kimia. Jelaslah teknologi moden memudahkan
perkembangan industri agar seiring dengan kegiatan revolusi perindustrian 4.0.
Akhirnya, pelbagai kesan sosial yang dapat dilihat terhadap pekerja di dalam
kedua-dua sektor ini. Perubahan dari segi peningkatan hasil pengeluaran, produktiviti kerja,
penghapusan stigma bahawa wanita tidak boleh bekerja dalam serta perkilangan mampu
dibuktikan dengan penglibatan tenaga kerja wanita serta jaminan keselamatan yang lebih baik
dalam pengendalian kerja-kerja yang berisiko tinggi.

http://eprints.utm.my/id/eprint/3755/1/WANKHAIRUZZAMANWANISMAIL75097.pdf
diakses pada 20 Januari 2023.
https://www.mohr.gov.my/ebook/istatistik_2021/bil%204%20_2021.pdf diakses pada 20
Januari 2023.
https://ipsas.upm.edu.my/artikel/meremajakan_sektor_pertanian_negara-67555 diakses pada
20 Januari 2023.

Anda mungkin juga menyukai