Anda di halaman 1dari 12

KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA

PADA HARI INI MERUPAKAN CERMINAN


KEPADA KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK
MELAKA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA. SEJAUH
MANAKAH PERNYATAAN INI BENAR.
PENDAHULUAN

• Sebelum terbentuknya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang gah


dengan aktiviti perdagangan entrepot pada abad ke-15, Melaka
hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh majoriti
masyarakat Melayu.

• Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan menyebabkan


masyarakat tempatan di Melaka terdedah kepada dua kegiatan
ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial atau lebih
tepatnya aktiviti perdagangan. Aktiviti-aktiviti ekonomi inilah yang
akhirnya menjadi aktiviti ekonomi di negara ini yang kemudian
mengalami perubahan ekoran perkembangan teknologi.
1. Bercucuk tanam

• Salah satu aktiviti ekonomi utama penduduk Melaka adalah bercucuk


tanam khususnya tanaman padi. Kewujudan aktiviti penanaman padi
dibuktikkan dengan terdapatnya perkara berkaitan dalam Fasal 120
Hukum Kanun Melaka yang menyatakan wujudnya tanah perhumaan,
bendang, sawah dan ladang. Kedatangan orang dari Minangkabau
menyebabkan penanaman padi kian meluas di negeri tersebut.
Meskipun begitu, memandangkan pengeluaran beras tidak mencukupi
bagi menampung keperluan penduduknya, Melaka telah mengimport
dari Siam, Palembang dan Jawa.

• Di samping menjalankan aktiviti bersawah, penduduk Melaka juga


menjalankan aktiviti berdusun. Hal ini diperjelaskan oleh Tome Pires
dalam catatanya yang mengatakan Sultan Iskandar serta 1000 orang
pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan
membuat dusun. Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang,
• Kini kegiatan bercucuk tanam masih lagi dijalankan. Penanaman padi
dan tanaman-tanaman lain mengalami perubahan sama ada dari segi
kaedah penanaman, pengeluaran dan pemasaran berikutan
perkembangan sains dan teknologi. Sekiranya dahulu kegiatan
diusahakan dengan kudrat manusia dan binatang, kini aktiviti
berkenaan dipermudahkan dengan penggunaan jentera-jentera
moden.
2. Penangkapan ikan

• Merupakan aktiviti yang sinomin dengan kehidupan masyarakat


tradisional di Melaka. Hal ini disebabkan kedudukan Melaka yang
berhampiran dengan Selat Melaka dan Kawasan perairan Laut China
Selatan menyebabkan masyarakat tempatan turun ke laut atau sungai
untuk mencari rezeki. Malah Raja Iskandar Syah serta pengikutnya
pernah dikatakan menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi
menampung keperluan seharian.

• Kegiatan penangkapan ikan menggunakan peralatan tradisional seperti


kail, pukat, dan bubu. Sebagaimana aktiviti bercucuk tanam, kegiatan
ini dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan sara diri. Pada musim
tengkujuh, mereka akan terlibat dengan aktiviti lain seperti kraf tangan
bagi yang berkemahiran.
• Pada masa kini, ekonomi perikanan yang dijalankan turut mengalami
perubahan atau inovasi. Nelayan-nelayan kini mendapat khidmat
nasihat daripada agensi kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup
masyarakat nelayan. Kerajaan turut menyediakan subsidi bot dan
menggalakkan aktiviti laut dalam sekali gus dapat meningkatkan
pengeluaran dan pendapatan para nelayan.
3. Berburu

• Penduduk Melaka menjalankan kegiatan berburu untuk menampung


kehidupan seharian. Kegiatan berburu merupakan aktiviti yang
diwarisi dan merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka. Kegiatan
berburu juga dijalankan oleh rakyat biasa, sekiranya mereka tidak
terlibat dengan aktiviti perdagangan, mereka akan menumpukan
perhatian terhadap sara diri termasuk aktiviti berburu. Selain itu,
aktiviti ini juga dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk
menambah pendapatan dan aktiviti alternatif bagi golongan nelayan
seandainya tidak dapat turun ke laut.

• Aktiviti lain di hutan yang dijalankan oleh penduduk Melaka adalah


memungut hasil hutan seperti rotan, damar dan getah jelutong.
Kegiatan memungut hasil hutan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan masyarakat di Melaka ketika itu kerana mereka
banyak bergantung hidup dengan persekitaran.
• Kini walaupun aktiviti tersebut masih berlaku namun berada di bawah
kawalan Jabatan Perhilitan bagi melindungi binatang-binatang yang
hampir pupus. Kegiatan memungut hasil hutan yang kini
dikomersialkan bersumberkan rotan untuk menghasilkan pelbagai
bentuk kraf tangan. Begitu juga aktiviti memungut sarang burung yang
mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia.
4. Perdagangan

• Kegiatan perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan


aktiviti ekonomi masyarakat peribumi yang dijalankan sejak zaman
awal kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya. Kegiatan
perdagangan masyarakat Melaka dijalankan secara kecil-kecilan dan
besar-besaran. Aktiviti secara kecil-kecilan melibatkan rakyat biasa
yang berjaja di pasar atau menggunakan perahu kecil.

• Bagi golongan pembesar, kegiatan perdagangan diwakilkan kepada


kiwi untuk berurus niaga bagi pihaknya. Aktiviti perdagangan besar-
besaran melibatkan urusniaga dengan perdagangan luar. Pada abad
ke-15 Masihi, Parameswara mengubah landskap Melaka daripada
sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan yang
berorientasikan perdagangan. Kemuncak kepada kegemilangan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa ialah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
• Kini aktiviti perdagangan seperti perniagaan diutamakan dengan
menarik kemasukan pelabur-pelabur asing bagi menanam modal serta
mewujudkan kerjasama termasuk pemindahan kepakaran atau
teknologi. Kedatangan pelabur asing dan tenaga kerja asing dalam
aktiviti ekonomi perniagaan mencerminkan apa yang berlaku hari ini
telah berlaku sejak abad ke-15 Masihi.
PENUTUP

Sememangnya kegiatan ekonomi yang terdapat di negara kita pada


hari ini merupakan cerminan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Perbezaanya ialah kegiatan ekonomi hari ini melibatkan skala
pengeluaran secara besar-besaran dan menggunakan sains dan
teknologi berbanding pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan
ekonomi bermatlamat sara diri dan menggunakan kaedah tradisional.
Aktiviti ekonomi pula dikuasai oleh kelas bangsawan.
THE END

Anda mungkin juga menyukai