Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH

SBLM4013: LINGUISTIK MELAYU

TAJUK TUGASAN

UNSUR LEWAH DALAM PENULISAN MEDIA MASSA

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK

SITI NORSARAH BINTI HASSAN 829738

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. HISHAMUDIN BIN ISAM


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1-2

LEWAH

Lewah dalam Perkataan dalam Ayat

Lewah dalam Imbuhan

Lewah dalam Gandaan Separa

KELEWAHAN DALAM MEDIA MASSA

Lewah dalam Surat Khabar

Lewah dalam Novel

Lewah dalam Media Sosial.

KESIMPULAN

RUJUKAN
PENGENALAN

Dalam perbualan seharian, terdapat penggunaan ungkapan yang dianggap sebagai

tidak perlu dalam konteks bahasa Melayu. Bentuk yang berlebih-lebih itu dikenali sebagai

“lewah”. Sama ada dalam pertuturan atau penulisan, pengguna bahasa Melayu tidak

menyedari bahawa unsur lewah ini tidak tepat dari segi nahu bahasa Melayu.Menurut Raja

Masittah Raja Ariffin (2007) mendefinisikan lewah sebagai konsep yang merujuk kepada

penggunaan yang berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku

ulangan makna yang sia-sia. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) lewah

bermaksud terlalu banyak hingga berlimpah-limpah, atau berlebih-lebih hingga tertambah

perkara atau hal yang tidak perlu. Seterusnya dalam lingkungan nahu bahasa Melayu pula,

definisi kelewahan ialah melibatkan beberapa elemen seperti imbuhan, perkataan, frasa dan

ayat. Malah, wujud kelewahan dari sudut pengulangan idea dalam karangan.

Aspek kelewahan ini dapat dikategorikan sebagai salah satu kesalahan dalam

penggunaan nahu kerana wujudnya unsur yang tidak gramatis dalam binaan ayat.Sesuatu idea

yang telah terungkap dengan sempurna dalam sesuatu ayat misalnya, tidak sewajarnya

diulang atau diganda kerana sifat bahasa yang turut mementingkan sifat ekonominya.

Menurut R.L Trask (1993),kelewahan banyak sekali berlaku dalam kebanyakan bahasa.

Dalam bahasa Inggeris , ayat “MY teacher scolded me last week” jelas menunjukkan

fenomena kelewahan kerana penanda kata lampau (past tense) yang ditandai dengan bentuk

akhiran -ed pada kata scold diulangi dengan perkataan last week yang bermaksud “minggu

lepas”.

Sama ada dalam pertuturan atau penulisan, pengguna bahasa Melayu tidak

menyedari bahawa unsur lewah ini tidak tepat dari segi nahu bahasa Melayu.Hasil kajian
mendapati unsur lewah ni terdiri daripada lewah dalam makna ayat atau perkataan dalam

ayat, lewah dalam imbuhan,lewah dalam gandaan separa. Dalam kajian ini akan

membincangkan tiga aspek kelewahan dalam media massa. Yang pertama kelewahan dalam

surat khabar Sinar Harian dan Kelewahan dalam novel dan yang terakhir kelewahan dalam

media sosial seperti instagram dan facebook.

LEWAH DALAM PERKATAAN DAN AYAT

Sejak kebelakangan ini, penggunaan ayat unsur lewah dalam perbualan dan penulisan sama

ada dalam akhbar,novel, majalah dan media sosial semakin berleluasa.Hal ini sangat

membimbangkan kita di mana ayat yang berunsurkan lewah atau berlebih lebihan ini secara

tidak langsung boleh merosakkan nahu Bahasa Melayu kita dan ayat ini tidak gramatis. Di

sini disertakan ayat yang menunjukkan wujudnya penggunaan kata yang tidak diperlukan

dalam binaan ayat dan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat tersebut sewajarnya

menggunakan satu daripada dua perkataan yang digaris. Hal ini demikian kerana kata yang

satu lagi perlu digugurkan kerana wujud pertindanan makna.

Segelintir penutur pula cenderung menggunakan dua perkataan yang kedua-

duanya membawa makna atau fungsi yang sama dalam satu ayat. Contoh yang biasa

ditemukan ialah penggunaan dua perkataan yang sama erti yang digabungkan dengan kata

hubung “dan”, seperti “yakin dan percaya”, dan “waktu dan ketika ini”. Penggunaan yang

tepat ialah “yakin” atau “percaya”, dan “waktu ini” atau “ketika ini”. Selain itu, ditemukan

juga penggunaan rangkai kata “kos perbelanjaan” dan “demi untuk”. Oleh sebab kedua-dua

perkataan pada setiap contoh itu telah mempunyai fungsi dan makna yang sama, penggunaan

mana-mana satu daripadanya sudah memadai, iaitu sama ada “yakin” atau “percaya”, “kos”

atau “perbelanjaan”, dan “demi” atau “untuk”.


Contohnya lewah dalam penggunaan perkataan dan ayat.

1. “Kebanyakan kes-kes Covid yang dimaklumkan dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor

, dan Pahang,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Dipetik dari surat khabar Sinar Harian.

(Kes Baharu Covid Meningkat, Kata Pengarah Kesihatan, 17 Ogos 2021)

2. Antara barang-barang yang hilang termasuk barang kemas, jam tangan, telefon

bimbit dan wang tunai yang tidak dapat diketahui nilainya.

Dipetik dari surat khabar Sinar Harian.

(Guru Kerugian RM10000 Rumah Dipecah Masuk, 10 Oktober 2021).

3. “Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa”.

Dipetik dari surat khabar Sinar harian.

KELEWAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN

1. Apitan memper-…-i

Terdapat pelbagai kesalahan kelewahan dalam penggunaan ayat yang melibatkan kata

apitan memper…i. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan

Abdul Hamid Mahmood (2011), apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang

dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Penggunaan apitan ini adalah untuk

menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, misalnya memperingati.
Bentuk-bentuk yang lazim digunakan seperti memperolehi, dan memperbaiki seperti;

memperdalami, memperkuasai dan memperhalusi dianggap melewah dalam konteks

penulisan formal.

Penggunaan imbuhan yang tepat bagi kata-kata dalam contoh ayat di bawah ialah

apitan men-…-i untuk membaiki dan awalan memper-, untuk memperoleh. Manakala apitan

meN-…-i dan awalan memper- dapat digunakan untuk memperhalus. Contoh di bawah

merupakan kesalahan penggunaan unsur kelewahan.

1. Pengurusan sistem logistik bawah syarikat kontraktor diharap akan

memperbaiki sistem sedia ada dengan menyediakan perkhidmatan yang

efektif. (Surat Khabar Sinar Harian )

2. “Semakin membesar anak itu kelak, semakin sukar untuk dia berdepan dengan

situasi yang seolah-olah 'melayan’ dia seperti warga asing, tanpa

memperolehi sebarang kemudahan dan faedah daripada kerajaan kerana tidak

memiliki sijil kelahiran atau kad pengenalan,” katanya. (Jangan Abaikan Hak

Anak, )

3. Menteri Pendidikan berkata, pengarah JPN perlu memperhalusi sebab dan

tujuan kutipan derma itu sebelum memberikan kelulusan. (Kutipan dana PIBG

10 Ogos 2019).

Selain itu, kelewahan ini juga kerap digunakan dengan menggandingkan memper-

…-i dan diper-…-i dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Rajah 1

di bawah menunjukkan bentuk kelewahan dan penggunaan ayat yang betul bagi

membetulkan kesalahan penggunaan ayat lewah.


Jadual 1

Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Aktif Pasif Aktif Pasif

memperkuasai diperkuasai menguasai dikuasai

memperakui diperakui memperakukan diperakukan

mempersetujui dipersetujui menyetujui disetujui

memperdalami diperdalami mendalami didalami

memperolehi diperolehi memperoleh diperoleh

Sumber (Alin, 2010)

Apitan memper-…-kan

Kelewahan ini terjadi apabila pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggandingkan

kedua-dua imbuhan ini dengan kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif, seperti

memperkemaskan,memperlebarkan dan mempertinggikan.Berdasarkan Nik Safiah Karim et

al. (2011), apitan memper-…-kan dapat digunakan dengan dua golongan kata, iaitu kata

nama dan kata kerja. Apabila apitan ini digunakan dengan kata kerja, pengertian yang

wujud ialah menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud

kata kerja, misalnya ”memperdengarkan”; menyebabkan orang mendengar. Manakala apitan

memper…-kan yang digunakan dengan kata nama membawa maksud kausatif, iaitu

menjadikan atau menyebabkan, misalnya ”mempersaudarakan”; menjadikan seperti saudara.

Dalam contoh-contoh di bawah, penggunaan apitan ini didapati tidak gramatis dan

melewah. Hal ini demikian kerana, imbuhan yang tepat ialah memperkerana diikuti oleh

bentuk kata adjektif. Imbuhan awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk
membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah (Nik Safiah Karim et al., 2011). Dalam

hal ini, kata adjektif seperti luas dan besar hanya menerima imbuhan memper-, bukannya

apitan memper-kan seperti berikut;

1. Negara ASEAN harus berkerjasama untuk terus membina hubungan

diplomatik dalam memperkukuhkan serta memperluaskan hubungan dengan

negara lain.

(Sinar Harian 2019).

2. Majlis Agama Islam Johor bercadang memperbesarkan program khatam Al

Quran melibatkan golongan muda bagi melahirkan generasi celik Al Quran.

(Kosmo 2019).

3. “Emak bercadang untuk memperbesarkan bilik kamu”.

(Marisha, 2009))

Kelewahan berlaku dalam imbuhan memper-…- kan dan diper-…-kan. Contoh kesalahan

penggunaan kata lewah seperti Jadual 2 di bawah.

Jadual 2

Bentuk lewah aktif Bentuk sepatutnya Bentuk pilihan

memperkemaskan memperkemas mengemaskan

memperlebarkan memperlebar melebarkan

mempertinggikan mempertinggi meninggikan

diperkemaskan diperkemas dikemaskan

diperlebarkan diperlebar dilebarkan

dipertinggikan dipertinggi ditinggikan


(Alin, 2010)

Imbuhan diper-

Imbuhan ini digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud dijadikan lebih atau

dijadikan bertambah, dan dalam sesetengah konteks terdapat sebilangan kecil kata nama yang

hanya menerima imbuhan diper- untuk membentuk kata kerja, misalnya diperalat, diperdaya

dan diperkacang (Nik Safiah Karim, 2011).Walau bagaimanapun, wujud penggunaan

imbuhan ini dalam konteks ayat di bawah yang menyebabkan kelewahan. Hal ini sejajar

dengan pernyataan (Nik Safiah Karim, 2011), iaitu awalan diper- yang bergabung dengan

kata kerja buat akan menjadi diperbuat dan bentuk ini dianggap lewah bagi kata dibuat.

Contoh ayat lewah dalam imbuhan diper- :

1. Penduduk rumah panjang di Miri menarik nafas lega apabila kerajaan memasang

bekalan air bersih dan elektrik walaupun pada ketika itu rumah itu masih dalam

diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun nipah.

(Ahmad Zaki,2012).

2. Manfaat utama termasuk nilai maksimum data sejarah yang diperkemaskan alat

pemasaran dan sokongan yang berterusan untuk kakitangan Birkie.

(Varta Malaysia, 2015)

3. Tempat itu dipertinggikan oleh pemerintah daerah.

(Daud, 2015).

Apitan diper-…-i
Berdasarkan (Nik Safiah Karim, 2011) apitan diper-…-i sama seperti apitan memper-…-i,

iaitu tidak begitu produktif. Bentuk-bentuk yang lazim digunakan seperti diperolehi,

diperbaiki, diperkuasai, diperakui, diperhalusi, dan dipersetujui dinyatakan sebagai bentuk

terbitan yang lewah. Bentuk-bentuk ini seharusnya menerima awalan tertentu, misalnya

awalan diper- untuk diperoleh, apitan di-…-i untuk dikuasai, dibaiki atau dihalusi, dan apitan

di-…-i atau diper-…-kan untuk diakui atau diperakukan. Seperti dalam penerangan ini,

bentuk kelewahan juga ditemui dalam data kajian, iaitu seperti berikut;

1. Beliau turut menambah, kelulusan terhadap kerja membaik pulih tersebut turut

diperakui oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

(Mazidur,2012)

2. Lembaga Pengarah 1MDB diperdaya wang perolehan diperolehi kembali.

(Bernama 2022)

3. Bagaimanapun, seni tari kebudayaan di negeri ini harus diperhalusi dengan kajian

tambahan yang lebih terperinci dan optimis. (Sani,2012)

Imbuhan diper-kan

Berdasarkan (Nik Safiah Karim, 2011), kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper-…-

kan ini wujud dalam ayat pasif, iaitu ayat yang menjudulkan objek asal, dan aspek makna

apitan ini membawa pengertian terjadi atau disebabkan, misalnya perkataan dipertemukan

membawa maksud “dijadikan” atau “disebabkan bertemu”. Manakala aspek makna yang

kedua membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud

kata kerja dilakukan orang lain, misalnya perkataan diperdengarkan; menyebabkan sesuatu

didengar oleh orang lain. Bentuk diper- adalah berbeza dengan diper-…-kan kerana awalan

diperdigunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud dijadikan lebih atau dijadikan
bertambah, misalnya diperindah; dijadikan lebih indah atau bertambah indah. Dalam konteks

ayat di bawah, kata-kata yang digaris sewajarnya menggunakan awalan diper- lantaran wujud

kata adjektif seperti hebat, kukuh, luas dan kemas.Contoh yang kita dapat lihat ayat yang

mengandungi unsur lewah bagi imbuhan diper-kan :

1. Menurut beliau, kaedah ini perlu diperkemaskan semula seiring dengan peredaran masa.

(Hamzah,2021)

2. Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) serta Program Jualan Malaysia (PJM) dan

akan diperhebatkan pada tahun hadapan.

(Mutakhir,2021)

3.  Hubungan dua hala antara Malaysia dan Kingdom of Cambodia

terus diperkukuhkan dengan pelaksanaan Lawatan Rasmi Panglima Tentera Darat.

(Kementerian Pertahanan Malaysia, 2022).

LEWAH DALAM GANDAAN SEPARA

Lewah dalam bentuk menyaling juga kerap berlaku,lazimnya wujud apabila perkataan saling

digunakan bersama-sama kata kerja yang berupa gandaan yang membawa maksud “perbuatan

yang saling berbalas”.Kata ganda yang menunjukkan saling berbalas biasanya terdiri

daripada kata ganda separa yang bergandingan dengan imbuhan, antaranya kejar -

mengejar,tolong-menolong,pukul-memukul,bersalam-salaman dan sebagainya.( (Lee, 2007).

Kelewahan juga berlaku pada perkataan saling yang digunakan bersama-sama dengan

gandaan separa. Oleh sebab perkataan saling dan gandaan separa ini telah menunjukkan

perbuatan balas-membalas oleh dua pihak terhadap satu sama lain, maka salah satu unsurnya

wajar digugurkan. Sebagai contoh kita boleh di Rajah 3 di bawah:


Jadual 3

Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Mengekalkan saling Menggugurkan saling

saling kejar-mengejar saling mengejar kejar-mengejar

saling tolongmenolong saling menolong tolong-menolong

saling pukul-memukul saling memukul pukul-memukul

saling bersalamsalaman saling bersalam bersalam-salaman

Sumber (Alin, 2010)

Kelewahan ini turut berlaku dalam penggunaan kata penguat bagi kata adjektif darjah

penghabisan.Kelewahan terjadi apabila bentuk penguat paling atau ter- diikuti oleh kata

sekali.Contoh seperti di bawah:

Jadual 5

Bentuk lewah Bentuk sepatutnya

Tanpa sekali Menggunakan

sekali

paling besar sekali paling besar besar sekali

terkuat sekali terkuat kuat sekali

Sumber (Alin, 2010)


KELEWAHAN DALAM MEDIA MASSA DAN ANALISA KESALAHAN.

1. UNSUR LEWAH DALAM NOVEL, AKHBAR DAN MEDIA SOSIAL.

1. Nur azwani mendongakkan kepalanya ke atas sebaik-baik sahaja namanya

dipanggil oleh kawannya dari kamar loteng. (Marisha, 2009)

Alasan kesalahan: Mendongakkan bermaksud mengangkatkan muka/kepala (bahagian

hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas,mencongakkan. Jadi tidak perlu perkataan ke

atas.

Jawapan yang betul :

 Nur Azwani mendongakkan kepalanya sebaik-baik sahaja namanya

dipanggil oleh kawannya dari kamar loteng.

 Nur Azwani mendongakkan mukanya sebaik-baik sahaja namanya

dipanggil oleh kawannya dari kamar loteng.

2. Jersi-jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau Panjang cantik-cantik belaka.

(Marisha, 2009)

Alasan kesalahan: Jersi-jersi bermaksud banyak jersi (jamak).Manakala cantik-

cantik bermaksud banyak (jamak).Jadi hanya pilih satu perkataan sahaja yang

perlu dijadikan sama ada jersi atau cantik.


Jawapan yang betul:

 Jersi-jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau

Panjang cantik.

 Jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau

Panjang cantik-cantik.

3. Kebanyakan peserta -peserta yang menyertai kursus itu berasal dari pantai timur.

(Kosmo,2019).

Jawapan yang betul :

 Kebanyakan peserta yang menyertai kursus itu

berasal dari pantai timur.

4. Semua kerja-kerja pembinaan jalan di kampung itu dilakukan sejak seminggu

minggu yang lalu. (Marisha, 2009)

Jawapan yang betul :

 Semua kerja pembinaan jalan di kampung itu

dilakukan sejak minggu yang lalu.

5. Tiga orang daripada penjenayah-penjenayah itu telah diberkas oleh pihak polis.

(Kosmo, 2022).

Jawapan yang betul :

 Tiga orang daripada penjenayah itu telah

diberkas oleh pihak polis.


6. Keseluruhan pemain-pemain telah memberikan persembahan yang baik dalam

perlawanan itu.(kosmo, 2018)

Jawapan yang betul :

 Keseluruhan pemain telah memberikan

persembahan yang baik dalam perlawanan itu.

7. Sekawan burung-burung keihatan terbang di kawasan pantai itu. (Aminolah,

2011).

Jawapan yang betul :

 Sekawan burung kelihatan terbang di kawasan

pantai itu.

8. Serangkai manik-manik menghiasi baju baharu yang dipakainya. (Aminolah,

2011).

Jawapan yang betul:

 Serangkai manik menghiasi baju baharu yang

dipakainya.

9. Aku rasa pening kepala hari ini kerana duit RM1,000 yang suami aku bagi

semalam sudah habis aku labur belanja sakan.(Facebook Ain, 2022).


Analisa ayat : Dikatakan lewah kerana pening memang di kepala sahaja. Tidak perlu

bazirkan perkataan kepala.

10. Syoknya aku minum kopi panas sambil tengok hujan turun. Redup, tenang saja

suasana. (Instagram Marisa ,2022).

Analisa Ayat : Dikatakan lewah kerana hujan tidak naik. Hujan memang turun.

11. Undilah YB Mek. Saya akan pastikan kampung ini makin maju ke depan dengan

infrastruktur yang terkini! (Facebook Suara Rakyat, 2022).

Analisa Ayat : Ayat ini lewah kerana maju memang sifatnya ke depan bukan ke belakang.

KESIMPULAN

Penjelasan ringkas tentang gejala lewah di atas dapat dirumuskan bahawa unsur lewah ini

terdiri daripada pelbagai bentuk antaranya lewah dalam bentuk imbuhan dan apitan,lewah

dalam perkataan dan makna dan juga lewah dalam penggandaan separa.Jelas menunjukkan

bahawa bahasa Melayu tidak menggunakan bentuk yang berlimpah-limpah, malahan

memperlihatkan kaedah yang unik untuk membina perkataan, rangkai kata, dan ayatnya.

Itulah satu daripada beberapa keistimewaan yang ada pada bahasa kebangsaan kita ini.

Namun menyedari keadaan ini, kelewahan dapatlah ditanggapi sebagai sesuatu yang

lumrah akan wujud dalam budaya berbahasa memandangkan khazanah kata bahasa Melayu

yang sememangnya kaya dan indah. Dari satu segi ,kelewahan dalam berbahasa perlulah

diamati dengan saksama bahawa sebarang kelewahan akan menyebabkan kesalahan dan
pencemaran dalam bahasa kita dan menyalahi hukum tatabahasa yang membuatkan ayat

menjadi tidak gramatis.Marilah kita berganding bahu dalam memartabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa utama dengan menulis dan menggunakan ayat yang menepati hukum

tatabahasa. Sayangilah bahasa Melayu kita.

RUJUKAN

Alin. (2010). lewah. Retrieved from scribd.

Aminolah, S. (2011). Renungan Bertukar Rasa. kuala lumpur: Fajar Pakeer.

Lee, L. F. (2007). Petunjuk Bahasa .

Marisha, A. (2009). Sandaran hati . Selangor: Alaf 21.

Asmah Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai