Anda di halaman 1dari 65

1

1.0 PENDAHULUAN
Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk
dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada satu kata akhir tertutup.
Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat iaitu keselarasan di antara dua huruf
vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup dan bagi kata yang
lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata
yang terakhir sahaja.
Pada masa kini, kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan semakin meluas
dipraktikkan di seluruh negara. Kemahiran komunikasi ini sangat berkesan untuk menyampaikan
maklumat dan pesanan kepada orang lain. Namun, kemahiran komunikasi dalam bentuk
penulisan ini juga mendorong berlakunya kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Melayu
yang sama ada secara ia berlaku secara sengaja ataupun tidak. Ramai pihak yang tidak
mengambil berat akan masalah ini dan bersikap lepas tangan sahaja jika isu ini dibangkitkan.
Masalah kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam penulisan ini tidak harus dipandang
enteng sahaja kerana masalah ini akan mencemarkan bahasa kebangsaan kita seterusnya
menghilangkan keindahan bahasa ibunda kita. Kesalahan ejaan dan tatabahasa ini akan
mengundang banyak masalah sekirannya tidak diatasi dan ditangani dengan segera. Masalah ini
nanti akan menyebabkan anak bangsa kita akan datang sukar mempelajari bahasa Melayu yang
sebenar dengan ejaan dan tatabahasa yang tepat dan betul.
Selain itu, masalah kesalahan ejaan dan tatabahasa ini juga akan memberi imej yang buruk
terhadap bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu dan diri kita sendiri. Hal ini demikian
kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan kita. Maka, tidak wajarlah jika kita sendiri
tidak menguasai bahasa kita dan melakukan kesalahan dari segi ejaan dan tatabahasa. Malah,
keindahan bahasa kita juga akan hilang dan tercemar jika kesalahan ejaan dan tatabahasa kita
semakin teruk berlaku.
Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mengembleng tenaga untuk menangani
masalah kesalahan ejaan dan tatabahasa ini. Pihak kerajaan haruslah peka akan masalah ini dan
menitikberatkan kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam semua artikel ataupun rencana yang
dikeluarkan dan disiarkan pada media eletronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana
terdapat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa yang berlaku dalam artikel yang disiarkan dan
dipaparkan di laman web rasmi kementerian-kementerian yang ada di negara kita, Malaysia.
2

Kerajaan haruslah mengambil inisiatif yang progresif bagi menangani masalah kesalahan
ejaan dan tatabahasa ini agar kementerian di Malaysia khususnya tidak lagi menghasilkan dan
memaparkan artikel yang mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam laman web rasmi
mereka yang berkemungkinan besar akan dilayari oleh orang ramai. Langkah ini haruslah diambil
dengan kadar yang segera kerana masalah ini ibarat api dalam sekam yang akan menimbulkan
pelbagai impak negatif pada masa akan datang.
Masyarakat juga haruslah peka dengan masalah ini dan mengenal pasti kesalahan ejaan
dan tatabahasa yang terdapat dalam sesebuah artikel yang dibaca. Oleh itu, tugas menganalisis
kesalahan ejaan dan tatabahasa ini telah dijalankan denagn mencari artikel yang terdapat di
laman web rasmi kementerian yang ada di Malaysia untuk diperbetulkan dan dibaiki.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan kerja kursus pendek ini diberikan kepada para pelatih Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) agar para pelatih dapat menjalankan kajian mengenai bidang
bahasa Melayu di samping menambah pengetahuan mengenai bidang ini. Objektif kajian kerja
kursus pendek ini dijalankan ialah :
(a) mengetahui dan mengaplikasikan sistem keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa
Melayu.
(b) dapat menggunakan golongan kata yang betul dan tepat.
(c) mengenal pasti kesilapan umum yang biasa dilakukan dalam bahasa Melayu.
(d) menganalisis kesilapan sistem ejaan yang terdapat dalam artikel dengan ejaan yang betul.

3

2.0 PENGENALAN

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak
penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa.
Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan(ahli bahasa) berkata: "Daripada
pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal
ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada
tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang
lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis."
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang sangat indah dan istimewa kerana ianya mudah
dipelajari, dan difahami. Menurut sejarah asal usul Bahasa Melayu, mengatakan bahawa Bahasa
Melayu menerima banyak pengaruh dari bahasa luar dan sebahagiannya telah diterima pakai
sebagai perkataan dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, masih banyak lagi kesalahan dalam
penulisan bahasa melayu sama ada penulisan dalam akhbar mahupun penulisan dalam majalah.
Kesalahan yang acap kali dilakukan oleh penulis antaranya adalah kesalahan dari segi
ejaan,tatabaha,penggunaan ayat,frasa,penggolongan kata dan banyak lagi. Hal ini, semakin
bertambah kritikal jika tidak di bendung kerana Bahasa Melayu yang betul perlulah diterapkan
agar tidak mengelirukan mana-mana pihak. Melalui kajian ini, terdapat 5 artikel yang telah di
sediakan bagi mengupas dengan lebih mendalam kesalahan-kesalahan bahasa melayu dalam
artikel yang telah dihasilkan oleh media cetak. Hal ini bertujuan untuk mengesan kesalahan
sakaligus memperbetulkan kesalahan yang terdapat dalam artikel ini.

3.0 ANALISIS KESALAHAN EJAAN DAN TATABAHASA
Analisis kesalahan ejaan dan tatabahasa ini telah dilakukan dengan mengakses lima artikel
daripada laman web rasmi yang terdapat di Malaysia. Artikel tersebut hendaklah mengandungi
kesalahan ejaan dan tatabahasa yang dilakukan dan artikel tersebut juga dipaparkan pada laman
web tersebut. Analisis ini dilakukan dengan mengenal pasti kesalahan yang berlaku dan
membetulkan kesalahan tersebut dengan memberi bukti kesahihannya. Berikut merupakan
analisis yang telah saya lakukan dengan menggunakan 5 buah artikel dan telah saya warnakan
menggunakan warna kuning bagi memudahkan penyemakkan.

4

3.1 Artikel pertama

Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi J ayakan RMKe-10
Nor Hartini Bt. Saari
Pegawai Penyelidik
09/07/2010 | Utusan Malaysia

Sepuluh idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),
untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea
tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang.
Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada
pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi akhlak, etika,
perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai tenaga penggerak
organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, pelaburan dalam
modal insan perlu diberi keutamaan organisasi dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai
yang boleh diteladani. Melalui kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat
awal lagi kerana di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan
perancangan dilaksanakan. Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan
penekanannya lebih utama berbanding pembangunan dari aspek fizikal. Alasan ini begitu jelas,
bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan membina pembangunan fizikal yang
menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan sahsiah insan tersebut dibangunkan
mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya tidak sesekali melanggar akan perintah
Allah SWT. Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan
tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan amanah seringkali
dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai akal fikiran yang sempurna
(ulul al-Bab); iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan dan memeliharanya dengan
sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.Begitu juga dengan
pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa pembinaan sesebuah tamadun amat
bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting kerana mereka mempunyai kemampuan
berfikir, menentu, memilih dan mempelajari sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun. Justeru,
menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama organisasi maka mereka perlu
menggalas amanah serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat
5

dan kesungguhan, mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan
kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai
matlamat yang disasarkan dengan jayanya. Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja,
cuai dan juga sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap sebegini
akan menyebabkan sesebuah organisasi gagal dan mundur. Oleh itu, beberapa langkah dalam
memberi nilai tambah dari segi peningkatan ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat
contoh dan teladan yang baik di samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu
dijadikan misi dalam menjayakan modal insan terbaik dalam RMKe-10 kali ini. Memandangkan
kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam pembangunan insan dalam diri
pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk memupuk, memberi semangat dan
dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu bagi melahirkan individu yang berjaya. Di
samping dapat bertindak sebagai pekerja yang beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-
masing. Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007 hanya 80
peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja untuk terus meningkatkan
kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui pelbagai program dan latihan
kemahiran. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan
pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF tumpuan
latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus meningkatkan
pengetahuan dan juga kemahiran. Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan
dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa
rasa gentar. Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk
latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan, mengenal pasti
masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana. Tanpa pengayaan ilmu, proses
untuk pembangunan insan dan kemajuan Negara amat sukar untuk dicapai malahan akan
memberi kesan terhadap perancangan pembangunan negara yang telah disusun. Sesuai dengan
firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud; "... Allah meninggikan
darjat orangorang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam
pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan". Menyedari hal itu dalam meningkatkan modal
insan di kalangan pekerja maka inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja. Namun, perlu dingat apabila
pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian
Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji
perlu diselaraskan dengan baik agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi
6

organisasi. Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi moga-moga dapat
mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan dikalangan
pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain). Justeru,
adalah menjadi harapan organisasi agar pengurusanpembangunan modal insan dapat digilap
kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus berdaya saing
dan dapat mentransformasikan negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Sumber:-
Institut Kefahaman Islam Malaysia

3.1.1 ANALISIS KESALAHAN ARTIKEL PERTAMA
Tajuk : Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi J ayakan RMKe-10
Sumber : utusan Malaysia

Kesalahan pertama
"... Allah meninggikan darjat orangorang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Orangorang orang-orang Perkataan orangorang ditulis dengan
menggunakan simbol- kerana perkataan ini
merupakan kata ganda penuh.

Membina ayat gramatis:
"... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.

7

Kesalahan kedua
Justeru, adalah menjadi harapan organisasi agar pengurusanpembangunan modal insan dapat
digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus
berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status negara berpendapatan
tinggi.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Pengurusanpembangunan Pengurusan
pembangunan
Perkataan Pengurusanpembangunan ditulis
dengan jarak kerana perkataan ini bukan
perkataan kata majmuk yang
membolehkannya dirapatkan. Selain itu,
perkataan pengurusanpembangunan tidak
mempunyai makna sebaliknya makna yang
berlainan bagi perkataan pengurusan dan
pembangunan.
Membina ayat gramatis:
Justeru, adalah menjadi harapan organisasi agar pengurusan pembangunan modal insan dapat
digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus
berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status negara berpendapatan
tinggi.

Kesalahan ketiga
Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi moga-moga dapat mengilap
kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan dikalangan pekerja dan
dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain).
Kesalahan Pembetulan Bukti
Mengilap
kepakaran
Menggilap
kepakaran
Perkataan mengilap kepakaran ditulis
dengan menggunakan imbuhan meng dan
bukan imbuhan men hasil daripada kata asal
gilap.

8

Membina ayat gramatis
Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi moga-moga dapat menggilap
kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan dikalangan pekerja dan
dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain).

3.2 ARTIKEL KEDUA
BILA HUJ AN RAHMAT BERTUKAR BENCANA
Pandangan IKIM
PASTINYA rata-rata kita sering mendengar ungkapan hujan itu merupakan satu rahmat. Namun
demikian, sejauh manakah kita menyedari hakikat ini? Lebih-lebih lagi pada hari ini, ungkapan itu
seolah-olah sudah tidak relevan terutamanya bagi warga kota seperti di Kuala Lumpur.
Malah, setiap kali kedatangan rahmat tuhan ini ia menimbulkan kerisauan kepada penduduk kota.
Ini kerana, kadang-kala rahmat itu boleh bertukar bencana apabila kerap berlakunya banjir kilat
yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Apabila berlakunya bencana akibat hujan, kita mungkin terlupa akan rahmat sebenar daripada
hujan yang diturunkan oleh Allah SWT . Sedangkan kita sering diingatkan bahawa alam ini wujud
sebagai satu sistem yang lengkap yang terdiri daripada bahagian-bahagian tertentu yang saling
berhubung dan berkait antara satu sama lain.
Misalnya, dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dan
membantu menyuburkan muka bumi untuk bercucuk tanam. Seterusnya hasil pertanian akan
memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan. Selain itu, hujan yang diturunkan dari langit
juga menyerap jauh ke dalam tanah lalu keluar sebagai mata air dan mengalir ke sungai-sungai
untuk kegunaan seharian manusia.
Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT (Surah an-Nahl, ayat 10-11) yang
bermaksud: Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman
kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk
kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu
dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan
juga daripada segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
9

Daripada penjelasan ayat di atas, ia memberi gambaran jelas apakah yang dikatakan hujan itu
sebagai rahmat. Memang tidak dinafikan hujan turut mengundang bencana, bukan sahaja
berlakunya banjir kilat tetapi banjir besar seperti di Thailand dan Myanmar baru-baru ini. Namun,
jika dilihat dari sudut positif ia sebenarnya membawa mesej seribu makna kepada kita semua.
Malah, lebih tepat lagi sebagai peringatan kepada kita agar berfikir mengapakah ia berlaku dan
mencari penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.
Dengan kejadian bencana yang berlaku, kita seharusnya membuka mata dan membaca apakah
mesej di sebalik semua kejadian itu. Jika berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan, pasti ia
menunjukkan terdapatnya masalah di kawasan berkenaan. Justeru, sewajarnyalah apabila hujan
yang pada asalnya merupakan satu rahmat kepada kita tidak semena-mena bertukar menjadi
bencana lantaran kepincangan yang dilakukan oleh kita sendiri.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya banjir kilat.
Antaranya, ia berkait rapat dengan aktiviti penebus gunaan kawasan tanah hutan (kawasan telap
air) secara berleluasa kepada permukaan tidak telap air seperti konkrit, simen dan sebagainya
untuk keperluan pembangunan.
Jika diimbas kembali, negara kita telah mengalami proses pembangunan yang pesat bermula
sejak awal 1960-an lagi dan berterusan sehingga ke hari ini. Dalam tempoh tersebut banyak
kawasan hutan ditebang untuk tujuan perindustrian, pertanian dan perbandaran.
Situasi berkenaan secara tidak langsung menyebabkan peningkatan jumlah aliran air permukaan
sewaktu hujan. Ketiadaan kawasan hutan tadahan menyebabkan proses penyerapan air secara
semulajadi oleh akar-akar pokok tidak lagi berlaku bagi melambatkan proses aliran air.
Apabila proses ini hilang, maka air akan mengalir banyak ke dalam sungai sehinggakan ia tidak
mampu ditampung oleh sungai sekali gus mengakibatkan berlakunya fenomena banjir kilat yang
lebih ketara.
Bagi menampung aliran air permukaan, banyak saluran dan longkang konkrit telah dibina. Walau
bagaimanapun ia tidak banyak membantu, sebaliknya ia menimbulkan lebih banyak masalah.
Lebih-lebih lagi apabila sungai dan sistem saliran yang ada dijadikan tong sampah oleh segelintir
daripada kita yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan ini akan menyebabkan sungai dan sistem saliran menjadi cetek yang seterusnya
menyebabkan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat, sungai yang menjadi cetek tidak dapat
10

menampung atau mengalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai melimpah ke tebing dan
banjir kilat akan menjadi perkara lazim.
Selain itu, proses perbandaran yang tidak terancang dan mengikut garis panduan yang
sewajarnya juga menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat. Misalnya, melalui proses
perbandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Lebih memburukkan keadaan
apabila kawasan tanah rendah ditebusguna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit.
Pembukaan tanah bukit untuk pembangunan akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah
secara berleluasa dan mempercepatkan lagi kadar aliran air permukaan apabila berlakunya hujan
lebat.
Ini akan menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah runtuh seterusnya akan mencetekkan
dasar sungai akibat daripada pemendapan kelodak. Malah, lebih memburukkan keadaan apabila
ada juga di antara anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak pembangunan. Aktiviti-
aktiviti seumpama ini akan menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat secara berleluasa dek
kerana berkurangnya sistem saliran yang boleh menampung kuantiti air yang banyak.
Sampai bilakah kita hanya ingin menjadi penonton kepada bencana alam yang berlaku tanpa
mengambil sebarang inisiatif untuk menanganinya? Sedangkan apa yang berlaku adalah rentetan
daripada sikap rakus kita sendiri yang memandang mudah kepada peringatan-peringatan Allah
SWT yang banyak dinukilkan di dalam al-Quran.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

3.2.1 Analisis kesalahan artikel kedua
Tajuk :bila hujan rahmat bertukar bencana
Sumber : utusan Malaysia.

11

Kesalahan pertama
PASTINYA rata-rata kita sering mendengar ungkapan hujan itu merupakan satu rahmat.
Kesalahan Pembetulan Bukti
rata-rata Rata-rata diantara Perkataan rata-rata dalam ayat di atas tidak
boleh digunakan tanpa menambah perkataan
diantara untuk menyempurnakan lagi
maksud ayat.
Membina ayat gramatis :
PASTINYA rata-rata diantara kita sering mendengar ungkapan hujan itu merupakan satu rahmat.

Kesalahan kedua
Ini kerana, kadang-kala rahmat itu boleh bertukar bencana apabila kerap berlakunya banjir kilat
yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Bertukar
bencana
Bertukar menjadi
bencana
Perkataan bertukar bencana dalam ayat di
atas tidak boleh digunakan tanpa menambah
perkataan menjadi kerana ayat ini
merupakan kata kerja tak transitif
berpelengkap yang perlu diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat.
Membina ayat gramatis :
Ini kerana, kadang-kala rahmat itu boleh bertukar menjadi bencana apabila kerap berlakunya
banjir kilat yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa.

12

Kesalahan ketiga
Misalnya, dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dan
membantu menyuburkan muka bumi untuk bercucuk tanam.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Dan untuk dan tidak sesuai digunakan dalam ayat
tersebut kerana dan merupakan kata
hubung. Maka, perkataan untuk lebih sesuai
digunakan kerana ia merupakan kata sendi
nama.
Membina ayat gramatis :
Misalnya, dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit untuk
membantu menyuburkan muka bumi untuk bercucuk tanam.

Kesalahan keempat
Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan
sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu
melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.
Kesalahan Pembetulan Bukti
ternak ternakan Perkataan ternak pada ayat ini perlu di
tambahkan imbuan an hasil daripada kata
asal ternak.
Membina ayat gramatis :
Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan
sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu
melepaskan binatang-binatang ternakan: makan padanya.
13

Kesalahan kelima
Ini akan menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah runtuh seterusnya akan mencetekkan
dasar sungai akibat daripada pemendapan kelodak.
Kesalahan Pembetulan Bukti
ini Hal ini Perkataan ini tidak boleh digunakan pada
permulaan .
Membina ayat gramatis :
Hal Ini, akan menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah runtuh seterusnya akan
mencetekkan dasar sungai akibat daripada pemendapan kelodak.
Kesalahan keenam
. Justeru, sewajarnyalah apabila hujan yang pada asalnya merupakan satu rahmat kepada kita
tidak semena-mena bertukar menjadi bencana lantaran kepincangan yang dilakukan oleh kita
sendiri.
Kesalahan Pembetulan Bukti
sewajarnyalah sewajarnya Perkataan sewajarnyalah tidak seseuai
digunakan kerana mengabungkan dua kata
tugas iaitu kata penekan sewajarnya dan
kata penegas lah.
Membina ayat gramatis :
Justeru, sewajarnya apabila hujan yang pada asalnya merupakan satu rahmat kepada kita tidak
semena-mena bertukar menjadi bencana lantaran kepincangan yang dilakukan oleh kita sendiri.

14

3.3 Artikel ketiga
Hancurnya hati nurani umat islam
Oleh Aziz J amaludin Mhd Tahir
PENDIRIAN Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel sebagaimana dilaporkan oleh akhbar
Asian Wall Straits Journal pada akhir Januari lalu sebenarnya menyusahkan dirinya sendiri
sehingga rakan-rakan dari Indonesia menganggap beliau sudah melampau daripada batasan
Islam.
Hampir keseluruhan pertubuhan Islam Indonesia membantah kenyataan itu yang keterlaluan dan
menghancurkan hati nurani umat Islam seluruh dunia. Anwar sebagai seorang intelektual Islam
perlu memahami bahawa keamana di Asia Barat boleh dicapai seandainya semua masyarakat
antarabangsa tidak memberikan pelbagai bentuk sokongan kepada Israel.
Israel yang bijak memainkan peranan sebagai pencatur politik negara-negara Islam memperoleh
sokongan dan naungan yang tidak berbelah bahagi daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah
setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Dengan kepintaran helah Kesatuan Yahudi Antarabangsa, mereka membina harapan dan
propaganda bahawa keturunan Yahudi merupakan kumpulan etnik yang teraniaya, cuba
dilenyapkan oleh kepimpinan Hitler menerusi pelbagai tekanan dan paling membangkitkan simpati
siri genosid dan holocaust, suatu istilah yang cuba menggambarkan berlakunya pembersihan
etnik.
Kemuncak konflik keganasan Yahudi ke atas penduduk Palestin boleh kesan setelah
termeterainya Deklarasi Balfour pada 2 November 1918 yang dibuat oleh Arthur James Balfour,
Menteri Luar Britain kepada Walter Rothchild, tokoh perbankan ternama dan pemimpin Yahudi
Britain. Dalam deklarasi itu, James Balfour menyokong hasrat Yahudi membina sebuah negara
Yahudi di Palestin dan keputusan tersebut dipersetujui oleh anggota Kabinet pada 31 Oktober
1917.
Ketika itu, wilayah Palestin berada dalam tampuk pemerintahan Dinasti Umayyah dan
sebelumnya diperakukan kedudukan negara Yahudi melalui satu perjanjian yang ditandatangani
oleh Britain dan Perancis.Asas perjanjian itu kemudiannya digabungkan ke dalam perjanjian
15

damai Serves, yang memberikan had kuasa kepada pemerintah Turki Uthmaniah dan mandat
untuk Palestin.
Penglibatan aktif AS dalam Perang Dunia II mempercepatkan proses pembentukan sebuah
negara Yahudi setelah tentera bersekutu berjaya melumpuhkan penguasaan pihak berikat
(Jerman, Jepun dan Itali) dengan memberikan imej teramat kejam ke atas Adolf Hitler (Jerman)
dan Benito Mussolini (Itali) manakala Jepun terus dicengkam dengan kehancuran dua bandar
utama, Nagasaki dan Hiroshima dengan ledakan dua butir bom hidrojan setelah negara itu
membiarkan Jepun menyerang Pearl Harbor.
AS sengaja membiarkan kemusnahan itu meskipun sudah mengetahui dengan jelas rancangan itu
menerusi maklumat risikan (Lihat John E Dover, Cultures of Wars: Pearl Harbor, Hiroshima, 911,
Cultures of War: Pearl Harbor / Hiroshima / 9-11 / Iraq , 2011). Keadaan sebeginilah turut dinanti-
nantikan oleh George Walker Bush bagi melakukan serangan ke atas Iraq dan Afghanistan dan
kemudiannya bakal dilanjutkan oleh Barrack Obama ke atas Iran dengan mengaburi bahawa
negara itu sedang membangun teknologi persenjataan nuklear.
Keghairahan Obama menyerang Iran sebenarnya berpunca daripada doktrin pengeksportan
komoditi demokrasi dan hak asasi dalam konteks baru selepas George Walker melakukan
pembohongan ke atas Iraq yang menyimpan senjata pemusnah massa. Apa yang hendak
disembunyikan oleh penerus doktrin Wilsonisme itu adalah menguasai geopolitik dan simpanan
minyak yang terdapat di kebanyakan negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.
Dengan menguasai telaga minyak, AS percaya kedudukannya sebagai polis dunia dan ekonomi
terbesar akan kekal untuk tempoh lebih panjang. Atas matlamat itulah AS sedang melobi
sekutunya di Eropah akan melakukan sekatan ekonomi ke atas Rusia dan China yang enggan
bersetuju keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melakukan tindakan
menamatkan sengketa di Syria sebagaimana dilaksanakan ke atas Libya pada suku ketiga tahun
lalu sehingga berjaya mengorbankan Muammar Gadafi.
Sebenarnya yang mengemukakan maklumat bahawa Iran sedang membangunkan senjata
nuklear adalah Israel kerana bimbangkan kemunculan Iran sebagai penghalang strategi politiknya
untuk menguasai lebih luas tanah milik penduduk Islam sehingga melangkaui sempadan Palestin.
Israel juga bimbang dengan kemungkinan Iran berupaya menyatukan seluruh penduduk Islam
yang tidak sebulu dengan peranan Amerika Syarikat, maka tekanan terus diberikan oleh
Washington dengan berusaha melobi resolusi menamatkan konflik di negara-negara Islam,
terutama dalam kalangan pemimpin yang tidak mendokong Wilsonisme.
16

Ketua pembangkang ini semakin tersepit dengan gerakan Neo-Wilsonisme kerana jika tidak
memberikan sokongan kuat terhadap keselamatan Israel, sokongan dari sekumpulan pelobi
Yahudi AS yang banyak membantunya membina reputasi menentang kepimpinan politik, akan
menyebabkan pengaruhnya akan terus terancam.
Buat masa ini, semakin ramai rakan ketua pembangkang di AS mula sangsi keupayaan beliau
untuk merebut mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dalam keadaan terdesak itulah beliau
sanggup menyokong Israel yang tidak pernah lekang dengan kezaliman sehingga tidak
bersungguh-sungguh menamatkan sengketa dengan Palestin.
Israel terus menjarah bumi Palestin dan kini bersiap sedia melancarkan perang ke atas Iran
setelah gertakan AS semakin lunak kesan daripada kebencian sebahagian besar pengundinya
terhadap budaya perang setelah kemunculan pertama Barrack Obama sebagai Presiden AS ke-
44 dan pertama dari keturunan Amerika-Afrika, dengan janji akan segera mengundurkan tentera
di Iraq dan Afghanistan serta menutup kem tahanan di Telok Guantanamo. Obama terpaksa
melakukan perkara itu kerana beliau amat mengharapkan sokongan pengundi Islam bagi
meneruskan harapannya menjadi Presiden AS dalam tempoh empat tahun lagi.
Empat tahun yang bakal tamat pada November 2012 (atau Februari 2013), Obama dilihat begitu
lemah melaksanakan pembaharuan ekonomi sehingga kedudukannya semakin terancam dengan
kebangkitan China setelah berjaya mengambil alih peranan Jepun pada tahun lepas.
Perimbangan kuasa China selaku pemain ekonomi baru dunia telah menyebabkan AS terpaksa
mengikat perut rakyatnya kerana lebih ramai usahawan negara itu tidak lagi berminat
menubuhkan kilang-kilang baru dalam negara disebabkan kos menjadi semakin mahal, manakala
China mampu mengeluarkan barangan yang sama dengan kos berkali ganda lebih murah.
Keadaan yang hampir sama pernah berlaku pada 1980-an apabila harga produk Jepun bukan
sahaja semakin bermutu bahkan semakin murah menyebabkan timbul keadaan firma-firma AS
terpaksa dijual kepada firma Jepun. AS turut memberikan tekanan agar Jepun dan China
menaikkan nilai matawang masing-masing, tetapi China enggan menurut telunjuk Washington.
Dengan mengemukakan perancangan baru, AS berhasrat menekan China memandangkan
kedudukannya semakin berpengaruh. Bagaimanapun, disebabkan keperluan China terhadap
minyak semakin besar, maka helah baru dicari dengan bantuan Israel, mengumpul maklumat
risikan dengan meletakkan agenda membangunkan senjata nuklear bagi menandingi kekuatan
Israel. Bagaimanapun, AS tidak pernah melahirkan rasa marah ke atas sebarang tindakan Israel,
17

kerana sebahagian besar dana kempen pilihan raya presiden datangnya daripada usahawan
Yahudi yang kaya-raya.
Siapakah sebenarnya lebih hina dari sudut Islam apabila sanggup membiarkan saudara seagama
disembelih, diperkosa sesuka hati manakala rumah digeledah ketika sedang nyenyak tidur
manakala seharian hidup bertemankan kelaparan? Maka malang sekali kalau Malaysia terus
mempunyai pemimpin seperti Anwar. Bolehkah rakyat Malaysia sandarkan harapan kepada
pemimpin sedemikian?
Maka, fikirkan semasak-masaknya sebelum memberikan harapan kepada seseorang yang telah
menggugat kesepaduan matlamat menyokong Palestin, atas dasar kemanusiaan, kebebasan dan
persaudaraan sesama Islam.
PENULIS ialah Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

3.3.1 Analisis kesalahan artikel ketiga
Tajuk : hancurnya hati nurani islam
Sumber : utusan Malaysia
Kesalahan pertama
PENDIRIAN Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel sebagaimana dilaporkan oleh akhbar
Asian Wall Straits Journal pada akhir Januari lalu sebenarnya menyusahkan dirinya sendiri
sehingga rakan-rakan dari Indonesia menganggap beliau sudah melampau daripada batasan
Islam.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Melampau
daripada
batasan
Melampaui
batasan
Perkataan melampau daripada batasan
dalam ayat di atas tidak boleh digunakan
kerana perkataan tersebut adalah kata sendi
nama iaitu daripada tidak sesuai di
digunakan. Imbuhan apitan me-i
18

sepatutunya digunakan untuk mengapit
perkataan asal lampau.
Membina ayat gramatis :
PENDIRIAN Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel sebagaimana dilaporkan oleh akhbar
Asian Wall Straits Journal pada akhir Januari lalu sebenarnya menyusahkan dirinya sendiri
sehingga rakan-rakan dari Indonesia menganggap beliau sudah melampaui batasan Islam.

Kesalahan kedua
Hampir keseluruhan pertubuhan Islam Indonesia membantah kenyataan itu yang keterlaluan dan
menghancurkan hati nurani umat Islam seluruh dunia.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Kenyataan Itu
yang keterlaluan
Kenyataan yang
keterlaluan itu
Ayat tersebut merupakan ayat penerangan,
maka, kedudukan perkataan itu sepatutnya di
letakkan selepas perkataan keterlaluan untuk
menunjukkan penerangan yang jelas.
Membina ayat gramatis :
Hampir keseluruhan pertubuhan Islam Indonesia membantah kenyataan yang keterlaluan itu dan
menghancurkan hati nurani umat Islam seluruh dunia.

Kesalahan ketiga
.Anwar sebagai seorang intelektual Islam perlu memahami bahawa keamana di Asia Barat boleh
dicapai seandainya semua masyarakat antarabangsa tidak memberikan pelbagai bentuk
sokongan kepada Israel.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Keamana Keamanan Perkataan keamana dalam ayat di atas tidak
19

boleh digunakan kerana perkataan tersebut
salah dari segi ejaan dan tidak membawa
apa-apa maksud.
Membina ayat gramatis :
Anwar sebagai seorang intelektual Islam perlu memahami bahawa keamanan di Asia Barat boleh
dicapai seandainya semua masyarakat antarabangsa tidak memberikan pelbagai bentuk
sokongan kepada Israel.

Kesalahan keempat
Kemuncak konflik keganasan Yahudi ke atas penduduk Palestin boleh kesan setelah
termeterainya Deklarasi Balfour pada 2 November 1918 yang dibuat oleh Arthur James Balfour,
Menteri Luar Britain kepada Walter Rothchild, tokoh perbankan ternama dan pemimpin Yahudi
Britain.
Kesalahan Pembetulan Bukti
boleh kesan boleh di kesan Perkataan boleh kesan dalam ayat diatas
salah penggunaannya kerana tidak
menggunakan kata tugas jenis kata sendi
nama di.

Membina ayat gramatis :
Kemuncak konflik keganasan Yahudi ke atas penduduk Palestin boleh di kesan setelah
termeterainya Deklarasi Balfour pada 2 November 1918 yang dibuat oleh Arthur James Balfour,
Menteri Luar Britain kepada Walter Rothchild, tokoh perbankan ternama dan pemimpin Yahudi
Britain.

Kesalahan kelima
20

Ketika itu, wilayah Palestin berada dalam tampuk pemerintahan Dinasti Umayyah dan
sebelumnya diperakukan kedudukan negara Yahudi melalui satu perjanjian yang ditandatangani
oleh Britain dan Perancis.
Kesalahan Pembetulan Bukti
diperakukan diperakui Perkataan diperakukan dalam ayat diatas
tidak sesuai digunakan dalam ayat kerana
kesalahan imbuhan diper-kan yang
sepatutnya digunakan ialah diper.i.
Membina ayat gramatis :
Ketika itu, wilayah Palestin berada dalam tampuk pemerintahan Dinasti Umayyah dan
sebelumnya diperakui kedudukan negara Yahudi melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh
Britain dan Perancis.

3.4 Artikel keempat
RTC tingkat ekonomi Malaysia
Oleh ROHANA MUSTAFFA
SEMASA Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan Program Transformasi Luar
Bandar (RTP) dalam Belanjawan 2012, ia dilihat sebagai pelengkap kepada program transformasi
menyeluruh negara yang diperkenalkan Perdana Menteri di bawah Dasar Transformasi Nasional.
Matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar tumpuan baharu pelbagai kegiatan.
Kawasan luar bandar akan mengalami proses perubahan yang mampu menarik pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiat pelbagai aktiviti ekonomi untuk disertai
masyarakat, terutama generasi muda.
Kawasan luar bandar dibayangkan akan mengalami perubahan fizikal. Pembaikan landskap ini
diharapkan akan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar, yang majoritinya
penduduk Melayu.
21

Matlamat segala perancangan di bawah RTP ialah supaya luar bandar tidak lagi ketinggalan,
jurang kemajuan, kemudahan dan kemakmuran antara bandar dan luar bandar akan dikecilkan,
agar kehidupan rakyat lebih seimbang dalam semua aspek.
RTP merupakan program bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National
Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) yang memperkenal lapan inisiatif di bawah tanggungjawab
beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi membangunkan
kawasan luar bandar.
Lapan inisiatif itu ialah latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, penubuhan kios
informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan
rantaian bekalan hasil pertanian, kerjasama universiti, perkhidmatan keselamatan makanan dan
farmaseutikal serta kemudahan pembiayaan kewangan kepada penduduk luar bandar.
PENUBUHAN PUSAT TRANSFOMASI LUAR BANDAR USAHA awal pelaksanaan RTP ialah
penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah serta Kementerian Pertanian adalah peneraju pelaksana program di bawah RTC yang
melibatkan beberapa kementerian lain.
Hari ini, RTC pertama akan dirasmikan Perdana Menteri di Gopeng, Perak. Pusat ini beroperasi
sejak Jun 2011, menggunakan bangunan sedia ada, iaitu Terminal Agribisnes Negara (Teman).
RTC Gopeng akan memberi faedah kepada ribuan penduduk luar bandar dalam lingkungan
100km dari Gopeng kerana mereka tidak perlu lagi ke bandar-bandar utama untuk berurusan
dengan pelbagai agensi kerajaan atau untuk mencari peluang pekerjaan, menimba ilmu
keusahawanan, mempercekap kemahiran dan meningkatkan pendapatan.
RTC yang menggunakan slogan "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" menyediakan kemudahan
di bawah satu bumbung untuk penduduk luar bandar. Ia menjadi pusat integrasi perkhidmatan
meliputi sektor penting seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, pusat
pengumpulan dan pemprosesan, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga.
RTC juga adalah untuk kegunaan keluarga kerana pelbagai khidmat dan kemudahan untuk
keluarga luar bandar disediakan di situ. RTC Gopeng disasarkan menjadi perintis kepada RTC
lain di seluruh negara RTC Kota Baharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala
Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor) yang
bakal dibuka kemudian.
22

Setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Ia bergantung kepada lokasi dan
kesesuaiannya.
RTC GOPENG
DI RTC Gopeng dan kawasan berhampiran, 15 program latihan telah dilaksanakan pada tahun
2011 dan beberapa lagi awal tahun ini untuk penduduk sekitar, termasuk latihan dan motivasi
keusahawanan, persembahan produk seperti pembungkusan dan penjenamaan, teknik fertigasi
dan pengurusan makanan ternakan, kemahiran membaikpulih pendingin hawa dan kemahiran
teknologi kimpalan.
RTC Gopeng menyediakan semua kemudahan ini di kawasan seluas lapan hektar dengan
bangunan utama menempatkan pasar raya agro, pasar raya Mydin, agro bazar dan ruang pejabat,
pasar basah, blok pentadbiran, medan selera, pasar sayuran dan buah-buahan, pusat ikan hiasan
dan blok pemprosesan bahan berasaskan agro.
FAMA sebagai agensi penggerak utama sektor pertanian di bawah RTC, mahu memperkenalkan
inisiatif pertanian bernilai tinggi di kawasan RTC dan sekitarnya seperti yang dilaksanakan di
Lojing, Kelantan yang popular dengan tanaman sayur-sayurannya.
Ia bertujuan memastikan hasil industri pertanian mencukupi untuk kegunaan penduduk sekitar,
meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat terutama pengusaha pertanian luar bandar,
meningkatkan pengeluaran pertanian dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu.
FAMA juga memberi fokus kepada projek pengeluaran produk tenusu dan projek ternakan
Arowana yang semakin mendapat perhatian pasaran tempatan dan antarabangsa.
Di bawah inisiatif pemprosesan produk agro makanan, pengusaha produk industri asas tani
dibantu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; dalam pembangunan produk mereka
melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan.
Di RTC Gopeng, ia melibatkan kuih tradisional negeri Perak seperti putu Perak, minyak kelapa
dara, jeruk buah-buahan, telur asin, jus kordial, kerepek ubi dan pisang, makanan sejuk beku dan
herba.
Para peserta MyAgrosis (program menggalakkan golongan belia dan siswazah universiti
menceburi bidang pertanian) akan menjalankan latihan praktikal di projek pertanian RTC bagi
menimba ilmu sebagai petani.
23

Penduduk luar bandar di sekitar Gopeng boleh mendapatkan pelbagai maklumat di kios-kios
informasi 1Malaysia yang telah dibuka di RTC Gopeng iaitu: - Kios KKLW yang menyediakan
maklumat mengenai desa dan kemudahan yang ditawarkan agensi di bawah kementerian itu; -
Kios Jobs Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepada pencari kerja dan majikan; - Kios
pusat pembangunan perniagaan dan agro makanan yang memberi maklumat mengenai
pembangunan komuniti perniagaan agro makanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani;.
- Kios Portal 1Malaysia dan Pengguna Bijak yang diuruskan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan - Kios MyEG yang menyediakan pelbagai maklumat
dan perkhidmatan agensi awam.
KAWALAN UBAT KEMENTERIAN Kesihatan turut terlibat di bawah NBOS4, maka itu di RTC
Gopeng ia membawa masuk Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mulai Julai 2011 untuk
membantu usahawan kecil-kecilan yang terlibat dengan penjualan produk ubat tradisional atau
kosmestik yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah.
Biro itu mengadakan dialog dengan para pengusaha ini, dan mengenal pasti masalah utama
mereka ialah, tidak mampu untuk mendirikan kilang yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan
Baik).
Biro itu membantu mereka mendapatkan syarikat pengilang kontrak yang sesuai untuk
memastikan syarat pendaftaran produk dapat dipenuhi dan kemudian melayakkan mereka
membuat permohonan pendaftaran produk.
Bagi mereka yang berminat mendirikan kilang pula, mereka diberi khidmat nasihat tentang pelan
aliran kilang GMP, tatacara pendaftaran ubat dan sebagainya.
Matlamat bantuan ini ialah bagi menolong usahawan menghasilkan produk berdaftar, berkualiti
dan selamat digunakan orang ramai, dan pada masa yang sama mereka boleh memasarkan
produk tanpa sekatan lagi.
BANTUAN KEMUDAHAN DAN KEWANGAN MODAL dan wang adalah halangan utama
penduduk luar bandar untuk menceburi atau aktif dalam bidang keusahawanan. Oleh itu RTC
cuba membantu dengan membawa kemudahan kepada mereka melalui Kementerian Kewangan.
24

Ia mengambi inisiatif menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kredit kepada peminjam di
kawasan sekitar RTC. Skim pembiayaan itu menawarkan kadar faedah yang rendah bertujuan
membantu para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan jayanya.
Antara kemudahan pembiayaan yang disediakan di RTC ialah skim pembiayaan ekonomi desa
(SPED) oleh KKLW, Bank Simpanan Nasional (pembiayaan mikro), Agro Bank (pembiayaan mikro
pertanian), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (pembiayaan kepada usahawan secara pakej
dalam bidang peruncitan, perusahaan kecil dan sederhana), TEKUN Nasional (pembiayaan mikro
dan perkhidmatan sokongan pembangunan keusahawanan), SME Bank (pembiayaan PKS), Skim
Jaminan Usahawan MARA (MARA menjadi penjamin usahawan Bumiputera untuk pembiayaan
bank komersial), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (skim pinjaman Ar-Rahnu bersandarkan
emas sebagai cagaran) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (kemudahan mikro kredit dan bimbingan
latihan kepada isi rumah miskin).
Akhir sekali, sebagai pelengkap bantuan untuk penduduk luar Bandar, RTC membawa masuk
kerjasama universiti dengan Kementerian Pengajian Tinggi dipertanggugjawabkan menerajui
inisiatif mengadakan kerjasama dengan universiti dalam program sukarelawan pelajar dan
program pemindahan ilmu.
Program dengan universiti ini, yang melantik duta luar bandar dan sebagainya, bertujuan
mewujudkan kesedaran pelajar luar bandar untuk menjadi masyarakat berilmu bagi mencapai
objektif mempertingkat taraf sosio ekonomi mereka.
Dengan pelbagai kemudahan yang tersedia di RTC, maka ayuh penduduk luar bandar, gunakan
sepenuhnya apa yang tersedia, yang dahulunya cuma ada di bandar, tetapi kini dibawa dekat
kepada anda.
RTC menterjemah harapan kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan
berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk keluaran mereka.
Dengan bantuan kemudahan, termasuk latihan, bimbingan dan pemasaran, akan membolehkan
produk penduduk luar bandar dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya menembusi pasaran
antarabangsa.
Secara tidak langsung pendapatan penduduk luar bandar akan ditingkatkan dan kemiskinan tegar
dihapuskan dan kadar kemiskinan keseluruhannya dikurangkan.
25

Memetik kata-kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, program
transformasi luar bandar ini dipacu menerusi sistem penyampaian bersepadu oleh seluruh agensi
kerajaan yang berkaitan, bertujuan untuk mengubah landskap sosio-ekonomi luar bandar sekali
gus membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. BERNAMA

3.4.1 Analisis kesalahan artikel keempat
Tajuk : RTC TINGKAT EKONOMI MALAYSIA
Sumber : utusan Malaysia
Kesalahan pertama
ia dilihat sebagai pelengkap kepada program transformasi menyeluruh negara yang diperkenalkan
Perdana Menteri di bawah Dasar Transformasi Nasional
Kesalahan Pembetulan Bukti
diperkenalkan
Perdana Menteri
Diperkenalkan
oleh Perdana
Menteri
Perkataan diperkenalkan Perdana Menteri
dalam ayat di atas tidak boleh digunakan
kerana ayat tersebut merupakan ayat pasif
dengan imbuhan kata kerja pasif, perkataan
tersebut perlulah di tambah dengan kata
tugas jenis kata nama iaitu oleh untuk
mengiringi frasa nama.
Membina ayat gramatis :
ia dilihat sebagai pelengkap kepada program transformasi menyeluruh negara yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri di bawah Dasar Transformasi Nasional.

kesalahan kedua
Matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar tumpuan baharu pelbagai kegiatan.
26

Kesalahan Pembetulan Bukti
baharu pelbagai
kegiatan
baharu dengan
pelbagai kegiatan
Penambahan kata tugas jenis kata sendi
nama iaitu dengan perlu digunakan untuk
memantapkan lagi sintaksis ayat agar lebih
jelas maksud yang hendak disampaikan.

Membina ayat gramatis :
Matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar tumpuan baharu dengan pelbagai kegiatan.

Kesalahan ketiga
Kawasan luar bandar akan mengalami proses perubahan yang mampu menarik pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiat pelbagai aktiviti ekonomi untuk disertai
masyarakat, terutama generasi muda.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Terutama Terutamanya Perlu meletakkan perkataan nya kerana
perkataan ini tergolong dalam kata pascakata
jenis kata penekan untuk menunjukkan
penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya.
Membina ayat gramatis :
Kawasan luar bandar akan mengalami proses perubahan yang mampu menarik pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiat pelbagai aktiviti ekonomi untuk disertai
masyarakat, terutamanya generasi muda.

27

Kesalahan keempat
RTP merupakan program bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National
Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) yang memperkenal lapan inisiatif di bawah tanggungjawab
beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi membangunkan
kawasan luar bandar.

Kesalahan Pembetulan Bukti
memperkenal Memperkenalkan Perlu penambahan imbuhan -kan kerana
ayat ini perlu menggunakan imbuhan apitan
memper-kan hasil daripada kata asal
kenal.
Membina ayat gramatis :
RTP merupakan program bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National
Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) yang memperkenalkan lapan inisiatif di bawah tanggungjawab
beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi membangunkan
kawasan luar bandar.

3.5 Artikel kelima
AHLI SUNAH DITUDUH LITERALIS
Oleh Fathul Bari Mat J ahya
LABEL dan gelaran buruk merupakan satu dari senjata ampuh yang digunakan oleh Barat dan
medianya kepada ajaran Islam. Justeru saban waktu, saban zaman muncul bermacam-macam
sandaran buruk dilekatkan kepada ajaran Islam yang murni.
Ada yang disebutkan sebagai militan ekstremis, konservatif, radikal dan sebagainya.
Jika sesebuah tindakan itu dilihat sebagai memihak kepada pihak Barat, maka disandang istilah
yang sedikit lunak seperti progresif (Greg Barton), pragmatik, dan sederhana. Namun belum
28

pernah sekalipun kita terdengar media khususnya dari Barat menyebutkan bahawa inilah ajaran
Islam yang sebenar!
Selain menjadi senjata yang paling ampuh, label juga adalah sebuah pertahanan yang amat
mapan. Selalunya dek kerana sudah kering hujah atau mati akal, maka dengan gegabah mereka
memetik sandaran itu dan ini, lalu memberikan label-label buruk kepada pihak yang tidak
bersetuju dengan pandangannya.
Hal ini tidak sahaja berlaku di kalangan media, sebaliknya juga wujud di kalangan segelintir
golongan yang menyandang gelar ahli akademik mahupun ilmuwan agama. Mutakhir ini seperti
muncul konfrontasi dingin di kalangan agamawan baik yang bergelar ustaz hinggalah kepada
mereka yang menyarung jubah doktor dan professor.
Ada yang menuduh si polan sesat, ada yang didakwa Islam liberal, juga ada yang ditohmah
membawa ajaran plural (persamaan agama).
Tuduhan Literalis
Salah satu dari tuduhan yang sering di dengungkan kepada golongan yang mahu berpegang
teguh hadis Nabi, khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan sebagai
literalis. Atau dalam istilah klasiknya disebut sebagai zahiri, merujuk kepada golongan yang
memahami nas al-Quran dan sunah secara zahir.
Situasi sulit yang timbul ialah apabila ada kelompok-kelompok manusia yang mendahulukan akal
dan rasional lebih dari dalil ketika berhujah. Mereka menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai
sokongan, manakala akal dan rasional dijadikan dasar.
Ini sikap yang bertentangan dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah, yang menjadikan al-Quran
dan sunah sebagai dasar, manakala akal dan rasional sebagai sokongan. Kita perlu melarikan
diri, sehingga aku melihat kaum wanita mereka melarikan diri dan meninggalkan bukit sambil
mengangkat betis sehingga ternampak gelang-gelang kaki mereka.
Dalam keadaan itu, tentera Islam terus mengejar musuh yang lari lintang pukang yang
meninggalkan begitu banyak harta perang. Menyaksikan musuh mula meninggalkan medan
perang dan tiada lagi ancaman serangan terhadap tentera Islam telah mengubah keadaan.
Pasukan memanah di Bukit Uhud yang diamanahkan oleh Rasulullah supaya tetap di situ sama
ada dalam keadaan menang atau kalah, mula lupa arahan itu. Mereka mula bangun dan
meninggalkan kedudukan masing-masing sebagai pemanah tepat. Kesan dari meninggalkan
29

perintah Nabi kerana melihat konteksnya sudah berubah, akhirnya Allah memberi peringatan dan
pengajaran memberi kekalahan kepada tentera Islam ketika itu.
Demikian halnya juga ada kelompok yang cuba menafikan dalil atau membenamkan kefahaman
asal terhadap sesuatu dalil atas alasan mencari kemudahan, kelapangan dan juga mengelakkan
dikatakan sebagai sulit, sempit dan jumud.
Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, seorang ulama senior lagi disegani di Tanah Arab ketika
mengomentari hadis perselisihan umat menjelaskan, maka tidak boleh bagi kita untuk mengambil
pendapat-pendapat yang kita inginkan atau sesuai dengan keinginan dan nafsu kita. Atau
mengatakan, Ini lebih lapang dan lebih mudah bagi manusia, dan sikap lunak adalah
diperintahkan.
Ini adalah perkataan batil, seperti diucapkan oleh para penulis pada waktu sekarang ini dan
pengikut hawa nafsu.
Jelas beliau lagi, sekarang semua tulisan bersuara untuk mengambil pendapat-pendapat dan
sikap yang lunak terhadap manusia. Jika mereka dikembalikan kepada dalil, mereka akan
mengatakan ia sulit, sempit dan jumud.
Perkataan ini adalah kufur; kerana orang yang mengucapkannya berpandangan bahawa
mengambil dalil adalah sulit! Orang yang berkata seperti ini adalah kafir. Mengambil dalil adalah
suatu kelapangan bukan kesempitan. Dan itu adalah jalan mudah yang diberikan oleh Allah. (lihat:
Syarah Manzhumah Haiah fi Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, oleh Syaikh Dr Soleh bin Fauzan
al-Fauzan, ms. 263, Pustaka Salafiyah, Jakarta, (2008)
Mereka menjolok ahlul hadith dengan gelaran tersebut hanya kerana ahlul hadith berpegang
teguh kepada hadis-hadis Rasulullah.
Mereka mengira bahawa hadis-hadis itu terpisah daripada ilmu dan ilmu itu adalah apa yang
dijelmakan oleh syaitan kepadanya berupa hasil-hasil pemikiran mereka yang rosak, was-was
daripada dada-dada mereka yang gelap, bisikan-bisikan hati mereka yang kosong daripada
kebaikan. Sebenarnya ucapan-ucapan, hujah-hujah, dan syubhat-syubhat mereka semuanya
kosong, tidak ilmiah, dan batil.

30

3.5.1 Analisis kesalahan artikel kelima
TAJ UK : AHLI SUNAH DITUDUH LITERAL
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Kesalahan pertama
Jika sesebuah tindakan itu dilihat sebagai memihak kepada pihak Barat, maka disandang istilah
yang sedikit lunak seperti progresif (Greg Barton), pragmatik, dan sederhana.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Sesebuah Sesuatu Perkataan sesebuah tidak boleh digunakan
kerana kesalahan penjodoh bilangan yang
digunakan.
Membina ayat gramatis :
Jika sesuatu tindakan itu dilihat sebagai memihak kepada pihak Barat, maka disandang istilah
yang sedikit lunak seperti progresif (Greg Barton), pragmatik, dan sederhana.

Kesalahan kedua
Hal ini tidak sahaja berlaku di kalangan media, sebaliknya juga wujud di kalangan segelintir
golongan yang menyandang gelar ahli akademik mahupun ilmuwan agama.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Tidak Bukan Perkataan tidak tidak sesuai digunakan
dalam ayat walaupun kedua-dua perkataan
bukan dan tidak adalah kata tugas jenis kata
nafi, namun penggunaannya harus
bersesuaian dengan ayat.
Gelar Gelaran Perkataan gelar tidak sesuai digunakan
dalam ayat kerana perkataan ini merupakan
31

satu akhiran kata nama asli iaitu an dan
imbuhan ini boleh bergabung dengan semua
kata dasar.
Membina ayat gramatis :
Hal ini tidak sahaja berlaku di kalangan media, sebaliknya juga wujud di kalangan segelintir
golongan yang menyandang gelar ahli akademik mahupun ilmuwan agama.

Kesalahan ketiga
Salah satu dari tuduhan yang sering di dengungkan kepada golongan yang mahu berpegang
teguh hadis Nabi, khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan sebagai
literalis.
Kesalahan Pembetulan Bukti
teguh hadis Nabi teguh dengan
hadis Nabi
Perkataan teguh hadis Nabi tidak sesuai
digunakan tanpa menambahkan kata sendi
nama dengan kerana terdapat frasa nama di
hadapan ayat.
Membina ayat gramatis :
Salah satu dari tuduhan yang sering di dengungkan kepada golongan yang mahu berpegang
teguh dengan hadis Nabi, khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan
sebagai literalis.

Kesalahan keempat
khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan sebagai literalis. Atau dalam
istilah klasiknya disebut sebagai zahiri, merujuk kepada golongan yang memahami nas al-Quran
dan sunah secara zahir.
32

Kesalahan Pembetulan Bukti
Literalis. Atau Literalis atau Perkataan atau tidak boleh digunakan
sebagai permulaan ayat kerana atau
merupakan kata hubung.
Membina ayat gramatis :
khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan sebagai literalis atau dalam
istilah klasiknya disebut sebagai zahiri, merujuk kepada golongan yang memahami nas al-Quran
dan sunah secara zahir.

Kesalahan kelima
Dalam keadaan itu, tentera Islam terus mengejar musuh yang lari lintang pukang yang
meninggalkan begitu banyak harta perang.
Kesalahan Pembetulan Bukti
Lintang pukang Lintang-pukang Perkataan lintang pukang perlulah
ditambahkan dengan symbol - di tengah
ayat kerana perkataan tersebut merupakan
kata ganda.
Membina ayat gramatis :
Dalam keadaan itu, tentera Islam terus mengejar musuh yang lari lintang-pukang yang
meninggalkan begitu banyak harta perang.

33

4.0 Analisis penggolongan kata
Analisis penggolongan kata berdasarkan 5 buah artikel di atas merupakan salah satu tugasan
dalam kerja kursus ini. Perkara yang perlu dianalisis dalam artikel-artikel tersebut ialah jenis-jenis
golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Tidak
semua jenis-jenis golongan kata ini digunakan dalam artikel yang saya pilih. Terdapat sebilangan
jenis golongan kata saja yagg digunakan bergantung kepada isi artikel tersebut. Semua artikel
yang saya pilih adalah berdasarkan dari keratan akhbar yang telah saya akses daripada internet.
4.1 Kata nama

KATA
NAMA AM
KATA NAMA
KHAS
KATA GANTI
NAMA
HIDUP
TIDAK
HIDUP
MANUSIA
BUKAN MANUSIA
INSTITUSI
BUKAN
INSTITUSI
KONKRIT
ABSTRAK
TAK
HIDUP
HIDUP
MANUSIA
BUKAN
MANUSIA
KATA GANTI
NAMA
TUNJUK
KATA
GANTI
NAMA
DIRI
TANYA ORANG
KATA NAMA
34

Golongan kata yang pertama saya analisis ialah golongan kata nama. Terdapat banyak
penggunaan kata nama di dalam 5 buah artikel yang saya kaji. Golongan kata nama terbahagi lagi
kepada beberapa kumpulah kecil seperti :
Golongan kata Perkataan yang terdapat di dalam teks pilihan
Kata Nama Khas Malaysia, Allah s.w.t, Ibnu Khaldun, Kuala Lumpur, Thailand,
Myanmar, Indonesia, Adolf Hilter, Benito Mussolini, George
Walker Bush, Barrack Obama, Datuk Seri Najib Tun Razak,
Khalifah Umar Al-Khattab, melayu.
Kata Nama Am Pekerja, Negara, tamadun, ilmu pengetahuan, rahmat,
masyarakat, media, usahawan, ilmuwan.
Kata Ganti Nama Kamu, kita, hujan itu merupakan rahmat, rahmat tuhan ini, beliau,
syariat-Nya.
*sila rujuk perkataan yang diterangkan menggunakan warna biru dalam 5 buah artikel di atas.

Teks artikel ini menggunakan banyak golongan kata jenis kata nama seperti kebanyakkan
teks lain. Kata nama merupakan unsur penting dalam struktur ayat yang lengkap. Oleh itu, maka
tidak hairanlah jika kata nama jenis ini banyak digunakan dalam artikel atau teks yang panjang.
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya
perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Golongan kata ini
terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu Kata Nama Khas, Kata Nama Am dan Kata Ganti
Nama.
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan iaitu institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Terdapat banyak kata
nama khas yang telah digunakan dalam teks pilihan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual diatas. Kata nama khas ini terbahagi lagi kepada kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup. Kata nama khas hidup ini pula terbahagi lagi kepada kata nama khas hidup
manusia dan katan nama khas hidup bukan manusia.
Kata nama khas hidup manusia ini ialah perkataan yang merujuk manusia. Perkataan
golongan kata jenis ini yang terdapat dalam teks pilihan ialah Adolf Hilter, Benito Mussolini,
35

George Walker Bush, Barrack Obama, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Khalifah Umar Al-
Khattab. Manakala, kata nama khas hidup bukan manusia pula terdiri daripada perkataan yang
merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti ALLAH S.A.W dan
seumpamanya. Seterusnya, kata nama khas tak hidup yang terdiri daripada perkataan yang
merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara,
tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya. Kata nama jenis ini juga
turut digunakan dalam teks pilihan iaitu Kuala Lumpur, Thailand, Myanmar, Indonesia
Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum
sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri
makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau
bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Kata nama am hidup manusia
ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Perkataan golongan kata nama ini yang terdapat dalam teks pilihan ialah masyarakat, pekerja,
ilmuan,dan usahawan. Kata nama am hidup bukan manusia pula ialah perkataan yang merujuk
benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna am. Kata nama jenis ini yang
terdapat dalam teks pilihan ialah media, dan rahmat.
Selain itu, kata nama am juga terbahagi kepada kata nama am tak hidup institusi yang
terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tak hidup tetapi
mendukung makna nama am. Perkataan golongan kata nama jenis ini yang terdapat dalam teks
pilihan ialah tamadun. Seterusnya, kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit yang merujuk
benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakkan kata nama dalam golongan
ini merujuk tempat. Perkataan golongan kata jenis ini yang tidak terdapat dalam teks pilihan.
Manakala, kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang pula ialah perkataan yang
merujuk kepada perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh
dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Golongan kata ini tidak terdapat dalam teks
pilihan. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang pula merujuk benda atau
perkataan yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.
Golongan kata ini tidak ditemui dalam teks pilihan.
Kata ganti nama juga terdiri daripada kata nama. Kata ganti nama ialah perkataan yang
menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am . kata ganti naa boleh dibahagikan lagi
kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama
tunjuk boleh dibahagikan lagi kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk
tempat. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata
36

ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama orang
pertama, kata ganti nama orang kedua dan kata ganti nama orang ketiga.
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata ganti nama yang
menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum contohnya ini yang
menunjuk pada yang dekat dan itu yang menunjuk pada yang jauh, manakala yang menunjuk
pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat contohnya sini yang menunjuk pada arah
dekat, situ yang menunjuk pada arah agak jauh dan sana yang menunjuk pada arah jauh.
Terdapat dua kata ganti tunjuk umum yang digunakan dalam teks pilihan iaitu perkataan ini dan
itu. Bagi kata ganti nama tunjuk tempat pula tidak terdapat dalam teks pilihan.
Kata ganti nama diri tanya pula ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam
bentuk tanya. Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu apa, yang merujuk benda atau
perkara, siapa yang merujuk orang, dan mana yang merujuk orang atau benda. Kata ganti nama
diri tanya boleh juga mengalami proses penggandaan yang membawa maksud rujukan tidak tentu
atau penegasan. Hanya terdapat satu sahaja perkataan golongan kata jenis ini yang terdapat
dalam teks pilihan iaitu perkataan apa-apa.
Kata ganti nama diri orang pula mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu,
iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Contoh bagi kata nama ganti diri
orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, kami dan kita. Manakala, contoh bagi kata ganti
nama diri orang kedua pula ialah anda, saudara, engkau, awak dan kamu. Seterusnya, contoh
bagi kata ganti nama orang ketiga iaitu ia, dia, beliau, mereka dan nya. Dalam teks pilihan
hanya terdapat tiga golongan kata ini yang dapat dikesan iaitu kamu, kita dan beliau.

4.2 Menganalisis kata kerja

KATA
KERJA
KATA KERJA
TAK
TRANSITIF
KATA KERJA
TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
BERPELENGKAP
AKTIF
PASIF
37

Golongan kata yang seterusnya ialah golongan kata kerja. Golongan kata kerja ini juga banyak
digunakan dalam mana-mana artikel atau teks kerana kata kerja juga merupakan unsur penting
dalam menghasilkan ayat yang lengkap dan gramatis. Penggunaan kata kerja dalam teks pilihan
ialah
Golongan kata Perkataan yang terdapat di dalam teks pilihan
Kata Kerja Aktif.

Membentuk, menggalas, mendengar, menarik,
mengikat, mengundurkan, menubuhkan, menaikkan,
meletakkan, membangunkan, mengumpul, melarikan,
menjalankan, menerajui, melantik,
mempertingkatkan, menuduh, mengangkat,
memanah, membenamkan, mengambil, berfikir,
bergantung.
Kata Kerja Pasif Dirangka, diteldani, ditawarkan, dinafikan,
disembunyikan, disembelih, diperkosa, diuruskan,
dibawa, ditingkatkan, dihapuskan, digunakan,
diletakkan, disebutkan, dilihat, disandang.
*sila rujuk perkataan yang diterangkan menggunakan warna ungu dalam 5 buah artikel di atas.

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa
kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Kata kerja sebagai satu golongan kata dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja
aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau yang diterangkan. Kata kerja aktif terbahagi lagi kepada kata kerja aktif tak
transitif dan kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Kata kerja aktif transitif dapat dibahagikan lagi kepada dua subgolongan iaitu kata
kerja aktif tak transitif tanpa pelangkap dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. Kata kerja
aktif tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau
penyambut. Perkataan golongan kata ini yang terdapat dalam teks pilihan ialah berfikir dan
bergantung.
38

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap pula ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini mestilah dibezakan
daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja
transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata
kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif
yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Perkataan golongan kata jenis ini yang
terdapat dalam teks pilihan ialah menerajui, melantik, mempertingkatkan,dan menuduh.
Kata kerja aktif transitif pula ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja jenis ini banyak digunakan dalam ayat
ataupun teks biasa kerana penggunaannya yang sangat meluas dan sesuai untuk semua aspek
atau isu yang dibincangkan. Perkataan yang terdapat dalam teks pilihan yang tergolong dalam
kata nama ini ialah mendengar, dan mengambil.
Manakala, kata kerja pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses tranformasi atau
perubahahn ayat aktif menjadi pasif. Bentuk perubahan ini diperoleh dengan menukarkan ayat
berbentuk aktif menjadi ayat berbentuk pasif. Bahkan, salah satu ukuran yang dapat digunakan
untuk menentukan sama ada sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah dengan melihat
sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif atau tidak. Kata kerja pasif juga boleh
mengandungi awalan ter-. Perkataan yang terdapat dalam teks pilihan dan tergolong dalam
golongan kata kerja jenis ini ialah Dirangka, diteldani, ditawarkan, dinafikan, disembunyikan,
disembelih, diperkosa, diuruskan, dibawa, ditingkatkan, dihapuskan, digunakan,
diletakkan, disebutkan, dilihat, dan disandang.

4.3 Analisis Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF
BENTUK
SIFAT
WARNA
PERASAAN WAKTU
PANCAINDERA
CARA JARAK
UKURAN
39

Selain itu, kata adjektif juga tergolong dalam golongan jenis kata yang perlu dianalisis
penggunaannya dalam teks pilihan. Kata keadjektif ini tebahagi kepada beberapa subgolongan
yang lain namun tidak semua subgolongan tersebut digunakan dalam teks pilihan. Oleh itu,
terdapat sebahagian sahaja yang terkandung dalam teks pilihan iaitu :
Golongan kata Perkataan yang terdapat di dalam teks pilihan
Kata Adjektif Sifatan atau
Keadaan
Tegar, progresif, amanah, bijaksana, simpati, lemah
Kata Adjektif Warna -tidak terdapat golongan kata ini dalam artikel pilihan
Kata Adjektif Ukuran -kecil, panjang, besar, tinggi, rendah
Kata Adjektif Bentuk - tidak terdapat golongan kata ini dalam artikel pilihan
Kata Adjektif Waktu -Segera, baru, awal, kelak, lalu
Kata Adjektif Jarak -hampir
Kata Adjektif Cara -rakus
Kata Adjektif Perasaan - marah
Kata Adjektif Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh

- tidak terdapat golongan kata ini dalam artikel pilihan
-buruk

*sila rujuk perkataan yang diterangkan menggunakan warna hijau dalam 5 buah artikel di atas.

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur initi
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain
40

seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada
kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara namun
berdasarkan kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya
Sembilan jenis iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran,
kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif
perasaan dan kata adjektif pancaindera.
Kata adjektif sifatan atau keadaan merupakan kata adjektif yang paling kerap sekali
digunakan dan terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai
unsur keterangan nama. Perkataan yang terdapat dalam teks pilihan yang tergolong dalam kata
jenis ini ialah tegar, progresif, amanah, bijaksana, simpati, dan lemah. Selain itu, jenis kata
adjektif yang lain ialah kata adjektif cara iaitu jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Perkataan yang terdapat dalam teks pilihan
dan tergolong dalam golongan kata adjektif jenis ini ialah rakus.
Kata adjektif perasaan pula terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep
perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. Golongan kata adjektif
jenis ini terdapat dalam teks pilihan iaitu perkataan marah.
Manakala, kata adjektif jarak pula ialah jenis perkataan yang membawa pengertian
konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama sebagai contoh
dalam teks pilihan ialah perkataan hampir. Seterusnya, kata adjektif warna yang terdiri daripada
perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Manakala, kata adjektif
ukuran pula ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan,
contoh yang terdapat dalam teks pilihan ialah kecil, panjang, besar, tinggi, dan rendah.
Seterusnya, kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa pengertian rupa
bentuk sebagai unsur keterangan dan kata adjektif waktu yang merupakan perkataan yang
membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan contohnya dalam teks pilihan ialah
segera, baru, awal, kelak, dan lalu. Selain itu, jenis kata adjektif yang lain ialah kata adjektif cara
iaitu jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang
kata nama.
Kata adjektif perasaan pula terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep
perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. Akhir sekali, kata adjektif
pancaindera yang terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang,
dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima pancaindera sebagai penerang kata nama.
41

4.4 Analisis Kata Tugas

Analisis golongan jenis kata yang terakhir ialah golongan kata tugas. Golongan kata tugas ini juga
penting dalam membina ayat yang lengkap dan gramatis kerana kata tugas ini akan
menyambungkan frasa dalam ayat dan menunjukkan maksud ayat. Kata tugas ini terbahagi
kepada beberapa kumpulan kecil dan tidak semua kumpulan kecil ini terdapat dalam teks pilihan.
Kata tugas ini telah dianalisis seperti berikut :
KATA PENYAMBUNG
AYAT
KATA
HUBUNG
GABUNGAN
KATA
HUBUNG
PANCANGAN
KATA PRAKLAUSA
KATA SERU
KATA TANYA
KATA
PERINTAH
KATA
PEMBENAR
KATA
PANGKAL
AYAT
KATA
PRAFRASA
KATA
BANTU
KATA
PENGUAT
KATA
PENEGAS
KATA NAFI
KATA
PEMERI
KATA
ARAH
KATA
BILANGAN
KATA SENDI
NAMA
KATA TUGAS
42

Golongan kata Perkataan yang terdapat di dalam teks pilihan
Kata Hubung - dan, atau, tetapi, serta, lalu, malah, kemudian,
yang, sebab, hingga, untuk, apabila, ketika,
kerana, sementara, walaupun, agar, setelah,
supaya, meskipun, bahawa
Kata Seru -
Kata Tanya -siapakah
Kata Perintah -
Kata Pangkal Ayat - selain itu, walaubagaimanapun.
Kata Bantu - telah, baru, pernah, belum, sedang, akan,
masih, mula, hendak, patut, sudah
Kata Penguat - cukup, kurang, sangat, amat.
Kata Penegas - begitulah, juga, pun, lagi, memang, hanya,
sabarlah, mujurlah,sangatlah.
Kata Nafi - bukan, tidak
Kata Pemeri - ialah, adalah.
Kata Sendi Nama .- di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi,
tentang, sejak, akan, oleh, hingga, antara, untuk,
seperti, dengan, hingga, sampai.
Kata Pembenar -
Kata Arah -bawah, atas, dalam, luar, antara.
Kata Bilangan - satu, dua, empat, lapan, semua, beberapa,
Kata Adverba - selalu,
Kata Penekan - sewajarnya.
Kata Pembenda -jiwanya.
*sila rujuk perkataan yang diterangkan menggunakan warna kelabu dalam 5 buah artikel di atas.

43

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai
jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik iaitu frasa
nama, fraasa kerja dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalma ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penafi,
pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.
Kata hubung ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya. Kata hubung terbahagi lagi kepada beberapa subgolongan kecil yang mempunyai
maksud dan tugas tersendiri dalam sesebuah ayat yang lengkap. Kata tugas jenis ini banyak
terdapat dalam teks pilihan iaitu perkataan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malah, kemudian,
yang, sebab, jika, hingga, untuk, apabila, ketika, kerana, sementara dan walaupun.
Kata seru pula ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan
digunakan dalam ayat seruan. Namun, dalam teks pilihan kata tugas jenis ini tidak digunakan
sama sekali kerana teks pilihan ini tidak mengandungi dialog dalam pelbagai perasaan. Kata
tanya pula ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya hadir dalam
ayat sebagai predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk
tulisan hendaklah disertai partikel kah. Dalam teks pilihan kata tugas jenis ini hanya sedikit
sahaja penggunaannya iaitu siapakah. Seterusnya, kata perintah ialah perkataan yang bertujuan
menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Kata tugas jenis ini juga tidak terkandung dalam teks pilihan. Kata pangkal ayat pula ialah
perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat
dalam wacana. Kata tugas jenis ini terdapat dalam teks pilihan melalui perkataan selain itu,
malah, dan walaubagaimanapun.
Kata bantu pula ialah kata yang hadir sebelum frasa dan jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna
tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata tugas jenis ini terdapat dalam
teks pilihan melalui perkataan telah, baru, pernah, belum, sedang, akan, masih, mula, hendak
dan patut.
Selain itu, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata
adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata
penguat bebas. Perkataan yang tergolong dalam kata tugas jenis ini dan terdapat dalam teks
pilihan ialah cukup, kurang, sangat dan amat.
44

Kata penegas pula ialah kata yang disebut juga pertikel atau penyerta dan sejumlah
perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat
dua jenis kata penegas iaitu kata penegas yang menegaskan hanya frasa predikat atau
bahagiannya dan kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama
sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau frasa predikat atau bahagiannya. Kata
tugas jenis ini terdapat dalam teks pilihan iaitu perkataan begitulah, juga, pun, lagi, memang,
hanya, sabarlah, mujurlah,sangatlah. Manakala, kata nafi ialah kata yang hadir sebelum frasa
dan perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak. Kedua-dua kata
nafi ini terdapat dalam teks pilihan. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat
dilakukan melalui dua cara iaitu secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan
penggunaan kata pemeri ialah dan secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan
penggunaan kata pemeri adalah, kedua-dua kata pemeri ini juga terdapat dalam teks pilihan.
Kemudian, kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap
satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaanya ditentukan oleh peraturan
yang khusus. Tambahan lagi, antara kata sendi nama ini terdapat juga beberapa bentuk yang
menganggotai golongan kata yang lain. Kata sendi nama yang terdapat dalam teks pilihan yang
telah dianalisis ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, tentang, sejak, akan, oleh,
hingga, antara dan untuk.
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Perkataan yang
tergolong dalam kaya tugas jenis ini dan tidak terdapat dalam teks pilihan. Seterusnya, kata arah
ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama
untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan yang tergolong dalam kata tugas jenis ini tidak
terdapat dalam teks pilihan.
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama
dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
mengikut ciri maknanya. Golongan kata tugas jenis ini terdapat dalam teks pilihan melalui
perkataan satu, dua, empat, lapan, semua, dan beberapa. Kata adverba pula ialah perkataan
yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara,
masa dan tempat. Perkataan yang terdapat dalam teks pilihan dan tergolong dalam kata tugas
jenis ini ialah selalu.
45

Kata penekan pula ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Kata tugas jenis ini hanya ada satu sahaja iaitu nya melalui perkataan
sewajarnya dan kata ini terdapat dalam teks pilihan. Akhir sekali, kata pembenda ialah bentuk
yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Namun,
kata tugas jenis ini hanya satu perkataan sahaja yang dapat dikesan dalam teks pilihan iaitu
perkataan jiwanya.

5.0 Kesimpulan

Setiap sesuatu ayat atau frasa tidak boleh menjadi gramatis tanpa bantuan jenis-jenis kata yang
lain. Kata-kata yang menbantu untuk menjadikannya gramatis perlu mematuhi pelbagai hukum
tatabahasa agar mudah difahami.
Banyak masalah timbul apabila mempelajari kata penggolongan kata terutamanya kata
tugas kerana terdapat banyak kepelbagaian. Terdapat banyak jumlah dalam sesuatu golongan
kata dan kita perlu mengetahui maksud agar mudah untuk kita mengelompokkannya mengikut
kumpulan.
Setiap kata dalam bahasa Melayu penting kerana mempunyai fungsi dan tugas sintaksis.
Ini bermakna setiap kat dalam Bahasa melayu mempunyai makna yang tersendiri bergantung
kepada ayat. Kehadiran atau ketiadaan kata-kata tersebut penting kerana menentukan sama ada
ayat tersebut lengkap atau tidak.

46

6.0 REFLEKSI DIRI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi, akhirnya selesai juga tugasan Bahasa Melayu
Kontekstual ini. Sepanjang proses penyiapkan tugasan ini, terdapat banyak kekangan yang
terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini, terutamanya kekangan masa kerana aktiviti
seharian sebagai seorang pelatih guru sangat padat, saya harus memastikan saya menghadirkan
diri ke kuliah setiap hari, menglibatkan diri dalam aktiviti di kolej kediaman selepas kuliah, dan
memastikan semua kerja kursus yang diberikan kepada saya siap pada masa yang telah
ditetapkan. Saya mengambil alternatif untuk mengurus masa saya dengan baik dan membuat
jadual kerja agar saya dapat membahagikan masa saya untuk melakukan semua tugasan dengan
dengan baik.
Pada masa yang sama juga, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam
mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya maklumat daripada buku. Kami
terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber institut, ekoran masalah kekurangan
sumber rujukan yang berteraskan buku di pusat sumber. Oleh yang demikian, saya telah
mengambil jalan penyelesaian dengan membeli buku-buku dan meminjam buku daripada senior
agar saya dapat memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan semaksimum mungkin.
Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan
prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Disebalik kekurangan itu, rakan-rakan juga tidak
terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan
ini agar kualiti tugasan saya lebih efektif.
Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat
penting mengenai topik yang telah diberikan kepada saya. Semua maklumat yang diperoleh, telah
dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan
kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain. Walaupun institut telah mengehadkan
penggunaan internet dan membataskan pengaksesan, namun saya berusaha untuk membeli
broadband kerana semangat yang jitu untuk membuat tugasan ini dengan baik agar saya dapat
mencari lebih banyak maklumat untuk tugasan yang diberikan supaya lebih jelas dan matlamat
saya dalam tugasan ini dapat di sampaikan dengan mudah.
47

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini saya mendapat pengalaman baru yang amat berguna
dalam pembelajaran saya kerana saya dapat mempelajari dan mendalami ilmu bahasa secara
meluas. Melalui pengalaman inilah saya dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang
bahasa dan segala persoalan yang menyelubungi fikiran saya selama ini dapat dirungkaikan
berdasarkan kajian yang saya jalankan dalam pelaksanaan tugasan ini.
Saya berasa amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat melaksanakan tugasan ini.
Secara tidak langsung, saya dapat mendalami mengenai sistem keselarasan vokal dalam sistem
ejaan bahasa Melayu serta dapat mengenal pasti kesalahan-kesalahan tatabahasa Bahasa
Melayu yang sering di lakukan oleh kita semua
Bahasa merupakan lambang bangsa. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang betul
dapat menunjukkan keadaan masyarakat Melayu yang sebenar yang kaya dengan kesopanan,
kehormatan dan adab-adab serta pekerti mulia. Seharusnya kesalahan tatabahasa tidak boleh
ada dalam media cetak kerana ianya dijual untuk tatapan masyarakat dan secara tidak langsung
ianya mempengaruhi pembaca menggunakan ayat yang tidak betul seterusnya merosakkan
bahasa ibunda sendiri. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil bahasa Melayu boleh hilang di
muka bumi ini. Oleh itu, sama-samalah kita memlihara keindahan bahasa yang kita diwarisi
zaman berzaman ini.
Justifikasinya, saya dapat mempelajari banyak perkara sepanjang menyiapkan tugasan ini
antaranya saya dapat bekerja secara individu. Hal ini telah melatih diri saya untuk bersikap rajin,
tekun, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dengan amanah tugas yang diberikan kepada
saya. Selain itu, saya juga dapat kesedaran bahawa kita tidak seharusnya malu bertanya jika kita
tidak faham atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu perkara, Maka dengan itu saya telah
bertanya kepada orang-orang yang lebih banyak pengalaman dan lebih arif,saya telah berjumpa
dengan senior-senior dan pensyarah pembimbing saya untuk bertanyakan tentang perkara yang
saya tidak faham. Walaupun saya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk berjumpa mereka
kerana masa mereka juga sangat padat. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara
mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita
dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi
pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian, kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi
akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai. Banyak perkara yang saya
dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan dan saya berharap usaha saya untuk menyiapkan
tugasan ini dimanfaatkan agar dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan dapat memberi
manfaat kepada generasi pelapis yang akan datang. Sekian terima kasih. Waulahualam.

48

7.0 Bibiliografi

Asmah Hj. Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Habibah Bt Mohd Samin dan Hasnah Bt Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk
PPISMP. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdullah Hamid Mahmood. (1997).
Tatabahasa Dewan. Terengganu : Dewan Bahasa Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu 1. Ipoh : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Aziz Jamaludin Mhd Tahir. 2012. Hancurnya Hati Nurani Umat Islam. Diakses pada 5 Februarui
2012, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_01.htm.

Fathul Bari Mat Jahya. (2012). Ahli Sunnah Dituduh Literalis. Diakses pada 5 Februari 2012,
daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_03.htm.

Nor Hartini Bt. Saari. (2010). Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi Jayakan RM
Ke-10. Diakses pada 4 februari 2012, daripada
http://www.lppkn.gov.my/pdf/Membangun_Modal_Insan_Cemerlang_dalam_Organisasi.
pdf.

Pegawai penyelidik IKIM. (2012). Bila Hujan Rahmat Bertukar Bencana. Diakses pada 4 februari
2012, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm.
Rohana Mustaffa. (2012). RTC Tingkat Ekonomi Malaysia. Diakses pada 5 Februari 2012,
daripada
49

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re 01.htm.

Tiada nama pengarang. (2010). Frasa Kerja. Diakses pada 2 Februari 2012, daripada
http://www.tutor.com.my.

Tiada nama pengarang. (2010). Kata Sifat. Diakses pada 2 Februari 2012, daripada
http://www.wikipedia.org.com.

50

8.0 lampiran

Lampiran pertama : Artikel pertama

Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi J ayakan RMKe-10
Nor Hartini Bt. Saari
Pegawai Penyelidik
09/07/2010 | Utusan Malaysia

Sepuluh idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),
untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea
tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang.
Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada
pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi akhlak, etika,
perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai tenaga penggerak
organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, pelaburan dalam
modal insan perlu diberi keutamaan organisasi dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai
yang boleh diteladani. Melalui kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat
awal lagi kerana di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan
perancangan dilaksanakan. Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan
penekanannya lebih utama berbanding pembangunan dari aspek fizikal. Alasan ini begitu jelas,
bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan membina pembangunan fizikal yang
menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan sahsiah insan tersebut dibangunkan
mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya tidak sesekali melanggar akan perintah
Allah SWT. Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan
tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan amanah seringkali
dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai akal fikiran yang sempurna
(ulul al-Bab); iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan dan memeliharanya dengan
sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.Begitu juga dengan
pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa pembinaan sesebuah tamadun amat
bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting kerana mereka mempunyai kemampuan
51

berfikir, menentu, memilih dan mempelajari sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun. Justeru,
menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama organisasi maka mereka perlu
menggalas amanah serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat
dan kesungguhan, mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan
kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai
matlamat yang disasarkan dengan jayanya. Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja,
cuai dan juga sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap sebegini
akan menyebabkan sesebuah organisasi gagal dan mundur. Oleh itu, beberapa langkah dalam
memberi nilai tambah dari segi peningkatan ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat
contoh dan teladan yang baik di samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu
dijadikan misi dalam menjayakan modal insan terbaik dalam RMKe-10 kali ini. Memandangkan
kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam pembangunan insan dalam diri
pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk memupuk, memberi semangat dan
dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu bagi melahirkan individu yang berjaya. Di
samping dapat bertindak sebagai pekerja yang beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-
masing. Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007 hanya 80
peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja untuk terus meningkatkan
kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui pelbagai program dan latihan
kemahiran. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan
pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF tumpuan
latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus meningkatkan
pengetahuan dan juga kemahiran. Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan
dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa
rasa gentar. Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk
latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan, mengenal pasti
masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana. Tanpa pengayaan ilmu, proses
untuk pembangunan insan dan kemajuan Negara amat sukar untuk dicapai malahan akan
memberi kesan terhadap perancangan pembangunan negara yang telah disusun. Sesuai dengan
firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud; "... Allah meninggikan
darjat orangorang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam
pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan". Menyedari hal itu dalam meningkatkan modal
insan di kalangan pekerja maka inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja. Namun, perlu dingat apabila
52

pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian
Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji
perlu diselaraskan dengan baik agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi
organisasi. Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi moga-moga dapat
mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan dikalangan
pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain). Justeru,
adalah menjadi harapan organisasi agar pengurusanpembangunan modal insan dapat digilap
kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus berdaya saing
dan dapat mentransformasikan negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Sumber:-
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Lampiran kedua: ARTIKEL KEDUA
BILA HUJ AN RAHMAT BERTUKAR BENCANA
Pandangan IKIM
PASTINYA rata-rata kita sering mendengar ungkapan hujan itu merupakan satu rahmat. Namun
demikian, sejauh manakah kita menyedari hakikat ini? Lebih-lebih lagi pada hari ini, ungkapan itu
seolah-olah sudah tidak relevan terutamanya bagi warga kota seperti di Kuala Lumpur.
Malah, setiap kali kedatangan rahmat tuhan ini ia menimbulkan kerisauan kepada penduduk kota.
Ini kerana, kadang-kala rahmat itu boleh bertukar bencana apabila kerap berlakunya banjir kilat
yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Apabila berlakunya bencana akibat hujan, kita mungkin terlupa akan rahmat sebenar daripada
hujan yang diturunkan oleh Allah SWT . Sedangkan kita sering diingatkan bahawa alam ini wujud
sebagai satu sistem yang lengkap yang terdiri daripada bahagian-bahagian tertentu yang saling
berhubung dan berkait antara satu sama lain.
Misalnya, dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dan
membantu menyuburkan muka bumi untuk bercucuk tanam. Seterusnya hasil pertanian akan
memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan. Selain itu, hujan yang diturunkan dari langit
53

juga menyerap jauh ke dalam tanah lalu keluar sebagai mata air dan mengalir ke sungai-sungai
untuk kegunaan seharian manusia.
Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT (Surah an-Nahl, ayat 10-11) yang
bermaksud: Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman
kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk
kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu
dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan
juga daripada segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
Daripada penjelasan ayat di atas, ia memberi gambaran jelas apakah yang dikatakan hujan itu
sebagai rahmat. Memang tidak dinafikan hujan turut mengundang bencana, bukan sahaja
berlakunya banjir kilat tetapi banjir besar seperti di Thailand dan Myanmar baru-baru ini. Namun,
jika dilihat dari sudut positif ia sebenarnya membawa mesej seribu makna kepada kita semua.
Malah, lebih tepat lagi sebagai peringatan kepada kita agar berfikir mengapakah ia berlaku dan
mencari penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.
Dengan kejadian bencana yang berlaku, kita seharusnya membuka mata dan membaca apakah
mesej di sebalik semua kejadian itu. Jika berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan, pasti ia
menunjukkan terdapatnya masalah di kawasan berkenaan. Justeru, sewajarnyalah apabila hujan
yang pada asalnya merupakan satu rahmat kepada kita tidak semena-mena bertukar menjadi
bencana lantaran kepincangan yang dilakukan oleh kita sendiri.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya banjir kilat.
Antaranya, ia berkait rapat dengan aktiviti penebus gunaan kawasan tanah hutan (kawasan telap
air) secara berleluasa kepada permukaan tidak telap air seperti konkrit, simen dan sebagainya
untuk keperluan pembangunan.
Jika diimbas kembali, negara kita telah mengalami proses pembangunan yang pesat bermula
sejak awal 1960-an lagi dan berterusan sehingga ke hari ini. Dalam tempoh tersebut banyak
kawasan hutan ditebang untuk tujuan perindustrian, pertanian dan perbandaran.
Situasi berkenaan secara tidak langsung menyebabkan peningkatan jumlah aliran air permukaan
sewaktu hujan. Ketiadaan kawasan hutan tadahan menyebabkan proses penyerapan air secara
semulajadi oleh akar-akar pokok tidak lagi berlaku bagi melambatkan proses aliran air.
54

Apabila proses ini hilang, maka air akan mengalir banyak ke dalam sungai sehinggakan ia tidak
mampu ditampung oleh sungai sekali gus mengakibatkan berlakunya fenomena banjir kilat yang
lebih ketara.
Bagi menampung aliran air permukaan, banyak saluran dan longkang konkrit telah dibina. Walau
bagaimanapun ia tidak banyak membantu, sebaliknya ia menimbulkan lebih banyak masalah.
Lebih-lebih lagi apabila sungai dan sistem saliran yang ada dijadikan tong sampah oleh segelintir
daripada kita yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan ini akan menyebabkan sungai dan sistem saliran menjadi cetek yang seterusnya
menyebabkan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat, sungai yang menjadi cetek tidak dapat
menampung atau mengalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai melimpah ke tebing dan
banjir kilat akan menjadi perkara lazim.
Selain itu, proses perbandaran yang tidak terancang dan mengikut garis panduan yang
sewajarnya juga menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat. Misalnya, melalui proses
perbandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Lebih memburukkan keadaan
apabila kawasan tanah rendah ditebusguna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit.
Pembukaan tanah bukit untuk pembangunan akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah
secara berleluasa dan mempercepatkan lagi kadar aliran air permukaan apabila berlakunya hujan
lebat.
Ini akan menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah runtuh seterusnya akan mencetekkan
dasar sungai akibat daripada pemendapan kelodak. Malah, lebih memburukkan keadaan apabila
ada juga di antara anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak pembangunan. Aktiviti-
aktiviti seumpama ini akan menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat secara berleluasa dek
kerana berkurangnya sistem saliran yang boleh menampung kuantiti air yang banyak.
Sampai bilakah kita hanya ingin menjadi penonton kepada bencana alam yang berlaku tanpa
mengambil sebarang inisiatif untuk menanganinya? Sedangkan apa yang berlaku adalah rentetan
daripada sikap rakus kita sendiri yang memandang mudah kepada peringatan-peringatan Allah
SWT yang banyak dinukilkan di dalam al-Quran.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
55

Lampiran ketiga : Artikel ketiga
Hancurnya hati nurani umat islam
Oleh Aziz J amaludin Mhd Tahir
PENDIRIAN Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel sebagaimana dilaporkan oleh akhbar
Asian Wall Straits Journal pada akhir Januari lalu sebenarnya menyusahkan dirinya sendiri
sehingga rakan-rakan dari Indonesia menganggap beliau sudah melampau daripada batasan
Islam.
Hampir keseluruhan pertubuhan Islam Indonesia membantah kenyataan itu yang keterlaluan dan
menghancurkan hati nurani umat Islam seluruh dunia. Anwar sebagai seorang intelektual Islam
perlu memahami bahawa keamana di Asia Barat boleh dicapai seandainya semua masyarakat
antarabangsa tidak memberikan pelbagai bentuk sokongan kepada Israel.
Israel yang bijak memainkan peranan sebagai pencatur politik negara-negara Islam memperoleh
sokongan dan naungan yang tidak berbelah bahagi daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah
setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Dengan kepintaran helah Kesatuan Yahudi Antarabangsa, mereka membina harapan dan
propaganda bahawa keturunan Yahudi merupakan kumpulan etnik yang teraniaya, cuba
dilenyapkan oleh kepimpinan Hitler menerusi pelbagai tekanan dan paling membangkitkan simpati
siri genosid dan holocaust, suatu istilah yang cuba menggambarkan berlakunya pembersihan
etnik.
Kemuncak konflik keganasan Yahudi ke atas penduduk Palestin boleh kesan setelah
termeterainya Deklarasi Balfour pada 2 November 1918 yang dibuat oleh Arthur James Balfour,
Menteri Luar Britain kepada Walter Rothchild, tokoh perbankan ternama dan pemimpin Yahudi
Britain. Dalam deklarasi itu, James Balfour menyokong hasrat Yahudi membina sebuah negara
Yahudi di Palestin dan keputusan tersebut dipersetujui oleh anggota Kabinet pada 31 Oktober
1917.
Ketika itu, wilayah Palestin berada dalam tampuk pemerintahan Dinasti Umayyah dan
sebelumnya diperakukan kedudukan negara Yahudi melalui satu perjanjian yang ditandatangani
oleh Britain dan Perancis.Asas perjanjian itu kemudiannya digabungkan ke dalam perjanjian
damai Serves, yang memberikan had kuasa kepada pemerintah Turki Uthmaniah dan mandat
untuk Palestin.
56

Penglibatan aktif AS dalam Perang Dunia II mempercepatkan proses pembentukan sebuah
negara Yahudi setelah tentera bersekutu berjaya melumpuhkan penguasaan pihak berikat
(Jerman, Jepun dan Itali) dengan memberikan imej teramat kejam ke atas Adolf Hitler (Jerman)
dan Benito Mussolini (Itali) manakala Jepun terus dicengkam dengan kehancuran dua bandar
utama, Nagasaki dan Hiroshima dengan ledakan dua butir bom hidrojan setelah negara itu
membiarkan Jepun menyerang Pearl Harbor.
AS sengaja membiarkan kemusnahan itu meskipun sudah mengetahui dengan jelas rancangan itu
menerusi maklumat risikan (Lihat John E Dover, Cultures of Wars: Pearl Harbor, Hiroshima, 911,
Cultures of War: Pearl Harbor / Hiroshima / 9-11 / Iraq , 2011). Keadaan sebeginilah turut dinanti-
nantikan oleh George Walker Bush bagi melakukan serangan ke atas Iraq dan Afghanistan dan
kemudiannya bakal dilanjutkan oleh Barrack Obama ke atas Iran dengan mengaburi bahawa
negara itu sedang membangun teknologi persenjataan nuklear.
Keghairahan Obama menyerang Iran sebenarnya berpunca daripada doktrin pengeksportan
komoditi demokrasi dan hak asasi dalam konteks baru selepas George Walker melakukan
pembohongan ke atas Iraq yang menyimpan senjata pemusnah massa. Apa yang hendak
disembunyikan oleh penerus doktrin Wilsonisme itu adalah menguasai geopolitik dan simpanan
minyak yang terdapat di kebanyakan negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.
Dengan menguasai telaga minyak, AS percaya kedudukannya sebagai polis dunia dan ekonomi
terbesar akan kekal untuk tempoh lebih panjang. Atas matlamat itulah AS sedang melobi
sekutunya di Eropah akan melakukan sekatan ekonomi ke atas Rusia dan China yang enggan
bersetuju keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melakukan tindakan
menamatkan sengketa di Syria sebagaimana dilaksanakan ke atas Libya pada suku ketiga tahun
lalu sehingga berjaya mengorbankan Muammar Gadafi.
Sebenarnya yang mengemukakan maklumat bahawa Iran sedang membangunkan senjata
nuklear adalah Israel kerana bimbangkan kemunculan Iran sebagai penghalang strategi politiknya
untuk menguasai lebih luas tanah milik penduduk Islam sehingga melangkaui sempadan Palestin.
Israel juga bimbang dengan kemungkinan Iran berupaya menyatukan seluruh penduduk Islam
yang tidak sebulu dengan peranan Amerika Syarikat, maka tekanan terus diberikan oleh
Washington dengan berusaha melobi resolusi menamatkan konflik di negara-negara Islam,
terutama dalam kalangan pemimpin yang tidak mendokong Wilsonisme.
Ketua pembangkang ini semakin tersepit dengan gerakan Neo-Wilsonisme kerana jika tidak
memberikan sokongan kuat terhadap keselamatan Israel, sokongan dari sekumpulan pelobi
57

Yahudi AS yang banyak membantunya membina reputasi menentang kepimpinan politik, akan
menyebabkan pengaruhnya akan terus terancam.
Buat masa ini, semakin ramai rakan ketua pembangkang di AS mula sangsi keupayaan beliau
untuk merebut mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dalam keadaan terdesak itulah beliau
sanggup menyokong Israel yang tidak pernah lekang dengan kezaliman sehingga tidak
bersungguh-sungguh menamatkan sengketa dengan Palestin.
Israel terus menjarah bumi Palestin dan kini bersiap sedia melancarkan perang ke atas Iran
setelah gertakan AS semakin lunak kesan daripada kebencian sebahagian besar pengundinya
terhadap budaya perang setelah kemunculan pertama Barrack Obama sebagai Presiden AS ke-
44 dan pertama dari keturunan Amerika-Afrika, dengan janji akan segera mengundurkan tentera
di Iraq dan Afghanistan serta menutup kem tahanan di Telok Guantanamo. Obama terpaksa
melakukan perkara itu kerana beliau amat mengharapkan sokongan pengundi Islam bagi
meneruskan harapannya menjadi Presiden AS dalam tempoh empat tahun lagi.
Empat tahun yang bakal tamat pada November 2012 (atau Februari 2013), Obama dilihat begitu
lemah melaksanakan pembaharuan ekonomi sehingga kedudukannya semakin terancam dengan
kebangkitan China setelah berjaya mengambil alih peranan Jepun pada tahun lepas.
Perimbangan kuasa China selaku pemain ekonomi baru dunia telah menyebabkan AS terpaksa
mengikat perut rakyatnya kerana lebih ramai usahawan negara itu tidak lagi berminat
menubuhkan kilang-kilang baru dalam negara disebabkan kos menjadi semakin mahal, manakala
China mampu mengeluarkan barangan yang sama dengan kos berkali ganda lebih murah.
Keadaan yang hampir sama pernah berlaku pada 1980-an apabila harga produk Jepun bukan
sahaja semakin bermutu bahkan semakin murah menyebabkan timbul keadaan firma-firma AS
terpaksa dijual kepada firma Jepun. AS turut memberikan tekanan agar Jepun dan China
menaikkan nilai matawang masing-masing, tetapi China enggan menurut telunjuk Washington.
Dengan mengemukakan perancangan baru, AS berhasrat menekan China memandangkan
kedudukannya semakin berpengaruh. Bagaimanapun, disebabkan keperluan China terhadap
minyak semakin besar, maka helah baru dicari dengan bantuan Israel, mengumpul maklumat
risikan dengan meletakkan agenda membangunkan senjata nuklear bagi menandingi kekuatan
Israel. Bagaimanapun, AS tidak pernah melahirkan rasa marah ke atas sebarang tindakan Israel,
kerana sebahagian besar dana kempen pilihan raya presiden datangnya daripada usahawan
Yahudi yang kaya-raya.
58

Siapakah sebenarnya lebih hina dari sudut Islam apabila sanggup membiarkan saudara seagama
disembelih, diperkosa sesuka hati manakala rumah digeledah ketika sedang nyenyak tidur
manakala seharian hidup bertemankan kelaparan? Maka malang sekali kalau Malaysia terus
mempunyai pemimpin seperti Anwar. Bolehkah rakyat Malaysia sandarkan harapan kepada
pemimpin sedemikian?
Maka, fikirkan semasak-masaknya sebelum memberikan harapan kepada seseorang yang telah
menggugat kesepaduan matlamat menyokong Palestin, atas dasar kemanusiaan, kebebasan dan
persaudaraan sesama Islam.
PENULIS ialah Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Lampiran keempat : Artikel keempat
RTC tingkat ekonomi Malaysia
Oleh ROHANA MUSTAFFA
SEMASA Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan Program Transformasi Luar
Bandar (RTP) dalam Belanjawan 2012, ia dilihat sebagai pelengkap kepada program transformasi
menyeluruh negara yang diperkenalkan Perdana Menteri di bawah Dasar Transformasi Nasional.
Matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar tumpuan baharu pelbagai kegiatan.
Kawasan luar bandar akan mengalami proses perubahan yang mampu menarik pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiat pelbagai aktiviti ekonomi untuk disertai
masyarakat, terutama generasi muda.
Kawasan luar bandar dibayangkan akan mengalami perubahan fizikal. Pembaikan landskap ini
diharapkan akan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar, yang majoritinya
penduduk Melayu.
59

Matlamat segala perancangan di bawah RTP ialah supaya luar bandar tidak lagi ketinggalan,
jurang kemajuan, kemudahan dan kemakmuran antara bandar dan luar bandar akan dikecilkan,
agar kehidupan rakyat lebih seimbang dalam semua aspek.
RTP merupakan program bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National
Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) yang memperkenal lapan inisiatif di bawah tanggungjawab
beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi membangunkan
kawasan luar bandar.
Lapan inisiatif itu ialah latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, penubuhan kios
informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan
rantaian bekalan hasil pertanian, kerjasama universiti, perkhidmatan keselamatan makanan dan
farmaseutikal serta kemudahan pembiayaan kewangan kepada penduduk luar bandar.
PENUBUHAN PUSAT TRANSFOMASI LUAR BANDAR USAHA awal pelaksanaan RTP ialah
penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah serta Kementerian Pertanian adalah peneraju pelaksana program di bawah RTC yang
melibatkan beberapa kementerian lain.
Hari ini, RTC pertama akan dirasmikan Perdana Menteri di Gopeng, Perak. Pusat ini beroperasi
sejak Jun 2011, menggunakan bangunan sedia ada, iaitu Terminal Agribisnes Negara (Teman).
RTC Gopeng akan memberi faedah kepada ribuan penduduk luar bandar dalam lingkungan
100km dari Gopeng kerana mereka tidak perlu lagi ke bandar-bandar utama untuk berurusan
dengan pelbagai agensi kerajaan atau untuk mencari peluang pekerjaan, menimba ilmu
keusahawanan, mempercekap kemahiran dan meningkatkan pendapatan.
RTC yang menggunakan slogan "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" menyediakan kemudahan
di bawah satu bumbung untuk penduduk luar bandar. Ia menjadi pusat integrasi perkhidmatan
meliputi sektor penting seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, pusat
pengumpulan dan pemprosesan, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga.
RTC juga adalah untuk kegunaan keluarga kerana pelbagai khidmat dan kemudahan untuk
keluarga luar bandar disediakan di situ. RTC Gopeng disasarkan menjadi perintis kepada RTC
lain di seluruh negara RTC Kota Baharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala
Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor) yang
bakal dibuka kemudian.
60

Setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Ia bergantung kepada lokasi dan
kesesuaiannya.
RTC GOPENG
DI RTC Gopeng dan kawasan berhampiran, 15 program latihan telah dilaksanakan pada tahun
2011 dan beberapa lagi awal tahun ini untuk penduduk sekitar, termasuk latihan dan motivasi
keusahawanan, persembahan produk seperti pembungkusan dan penjenamaan, teknik fertigasi
dan pengurusan makanan ternakan, kemahiran membaikpulih pendingin hawa dan kemahiran
teknologi kimpalan.
RTC Gopeng menyediakan semua kemudahan ini di kawasan seluas lapan hektar dengan
bangunan utama menempatkan pasar raya agro, pasar raya Mydin, agro bazar dan ruang pejabat,
pasar basah, blok pentadbiran, medan selera, pasar sayuran dan buah-buahan, pusat ikan hiasan
dan blok pemprosesan bahan berasaskan agro.
FAMA sebagai agensi penggerak utama sektor pertanian di bawah RTC, mahu memperkenalkan
inisiatif pertanian bernilai tinggi di kawasan RTC dan sekitarnya seperti yang dilaksanakan di
Lojing, Kelantan yang popular dengan tanaman sayur-sayurannya.
Ia bertujuan memastikan hasil industri pertanian mencukupi untuk kegunaan penduduk sekitar,
meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat terutama pengusaha pertanian luar bandar,
meningkatkan pengeluaran pertanian dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu.
FAMA juga memberi fokus kepada projek pengeluaran produk tenusu dan projek ternakan
Arowana yang semakin mendapat perhatian pasaran tempatan dan antarabangsa.
Di bawah inisiatif pemprosesan produk agro makanan, pengusaha produk industri asas tani
dibantu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; dalam pembangunan produk mereka
melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan.
Di RTC Gopeng, ia melibatkan kuih tradisional negeri Perak seperti putu Perak, minyak kelapa
dara, jeruk buah-buahan, telur asin, jus kordial, kerepek ubi dan pisang, makanan sejuk beku dan
herba.
Para peserta MyAgrosis (program menggalakkan golongan belia dan siswazah universiti
menceburi bidang pertanian) akan menjalankan latihan praktikal di projek pertanian RTC bagi
menimba ilmu sebagai petani.
61

Penduduk luar bandar di sekitar Gopeng boleh mendapatkan pelbagai maklumat di kios-kios
informasi 1Malaysia yang telah dibuka di RTC Gopeng iaitu: - Kios KKLW yang menyediakan
maklumat mengenai desa dan kemudahan yang ditawarkan agensi di bawah kementerian itu; -
Kios Jobs Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepada pencari kerja dan majikan; - Kios
pusat pembangunan perniagaan dan agro makanan yang memberi maklumat mengenai
pembangunan komuniti perniagaan agro makanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani;.
- Kios Portal 1Malaysia dan Pengguna Bijak yang diuruskan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan - Kios MyEG yang menyediakan pelbagai maklumat
dan perkhidmatan agensi awam.
KAWALAN UBAT KEMENTERIAN Kesihatan turut terlibat di bawah NBOS4, maka itu di RTC
Gopeng ia membawa masuk Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mulai Julai 2011 untuk
membantu usahawan kecil-kecilan yang terlibat dengan penjualan produk ubat tradisional atau
kosmestik yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah.
Biro itu mengadakan dialog dengan para pengusaha ini, dan mengenal pasti masalah utama
mereka ialah, tidak mampu untuk mendirikan kilang yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan
Baik).
Biro itu membantu mereka mendapatkan syarikat pengilang kontrak yang sesuai untuk
memastikan syarat pendaftaran produk dapat dipenuhi dan kemudian melayakkan mereka
membuat permohonan pendaftaran produk.
Bagi mereka yang berminat mendirikan kilang pula, mereka diberi khidmat nasihat tentang pelan
aliran kilang GMP, tatacara pendaftaran ubat dan sebagainya.
Matlamat bantuan ini ialah bagi menolong usahawan menghasilkan produk berdaftar, berkualiti
dan selamat digunakan orang ramai, dan pada masa yang sama mereka boleh memasarkan
produk tanpa sekatan lagi.
BANTUAN KEMUDAHAN DAN KEWANGAN MODAL dan wang adalah halangan utama
penduduk luar bandar untuk menceburi atau aktif dalam bidang keusahawanan. Oleh itu RTC
cuba membantu dengan membawa kemudahan kepada mereka melalui Kementerian Kewangan.
62

Ia mengambi inisiatif menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kredit kepada peminjam di
kawasan sekitar RTC. Skim pembiayaan itu menawarkan kadar faedah yang rendah bertujuan
membantu para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan jayanya.
Antara kemudahan pembiayaan yang disediakan di RTC ialah skim pembiayaan ekonomi desa
(SPED) oleh KKLW, Bank Simpanan Nasional (pembiayaan mikro), Agro Bank (pembiayaan mikro
pertanian), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (pembiayaan kepada usahawan secara pakej
dalam bidang peruncitan, perusahaan kecil dan sederhana), TEKUN Nasional (pembiayaan mikro
dan perkhidmatan sokongan pembangunan keusahawanan), SME Bank (pembiayaan PKS), Skim
Jaminan Usahawan MARA (MARA menjadi penjamin usahawan Bumiputera untuk pembiayaan
bank komersial), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (skim pinjaman Ar-Rahnu bersandarkan
emas sebagai cagaran) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (kemudahan mikro kredit dan bimbingan
latihan kepada isi rumah miskin).
Akhir sekali, sebagai pelengkap bantuan untuk penduduk luar Bandar, RTC membawa masuk
kerjasama universiti dengan Kementerian Pengajian Tinggi dipertanggugjawabkan menerajui
inisiatif mengadakan kerjasama dengan universiti dalam program sukarelawan pelajar dan
program pemindahan ilmu.
Program dengan universiti ini, yang melantik duta luar bandar dan sebagainya, bertujuan
mewujudkan kesedaran pelajar luar bandar untuk menjadi masyarakat berilmu bagi mencapai
objektif mempertingkat taraf sosio ekonomi mereka.
Dengan pelbagai kemudahan yang tersedia di RTC, maka ayuh penduduk luar bandar, gunakan
sepenuhnya apa yang tersedia, yang dahulunya cuma ada di bandar, tetapi kini dibawa dekat
kepada anda.
RTC menterjemah harapan kerajaan agar masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan
berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk keluaran mereka.
Dengan bantuan kemudahan, termasuk latihan, bimbingan dan pemasaran, akan membolehkan
produk penduduk luar bandar dipasarkan di seluruh negara dan akhirnya menembusi pasaran
antarabangsa.
Secara tidak langsung pendapatan penduduk luar bandar akan ditingkatkan dan kemiskinan tegar
dihapuskan dan kadar kemiskinan keseluruhannya dikurangkan.
63

Memetik kata-kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, program
transformasi luar bandar ini dipacu menerusi sistem penyampaian bersepadu oleh seluruh agensi
kerajaan yang berkaitan, bertujuan untuk mengubah landskap sosio-ekonomi luar bandar sekali
gus membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. BERNAMA

Lampiran 5 : Artikel kelima

AHLI SUNAH DITUDUH LITERALIS
Oleh Fathul Bari Mat J ahya
LABEL dan gelaran buruk merupakan satu dari senjata ampuh yang digunakan oleh Barat dan
medianya kepada ajaran Islam. Justeru saban waktu, saban zaman muncul bermacam-macam
sandaran buruk dilekatkan kepada ajaran Islam yang murni.
Ada yang disebutkan sebagai militan ekstremis, konservatif, radikal dan sebagainya.
Jika sesebuah tindakan itu dilihat sebagai memihak kepada pihak Barat, maka disandang istilah
yang sedikit lunak seperti progresif (Greg Barton), pragmatik, dan sederhana. Namun belum
pernah sekalipun kita terdengar media khususnya dari Barat menyebutkan bahawa inilah ajaran
Islam yang sebenar!
Selain menjadi senjata yang paling ampuh, label juga adalah sebuah pertahanan yang amat
mapan. Selalunya dek kerana sudah kering hujah atau mati akal, maka dengan gegabah mereka
memetik sandaran itu dan ini, lalu memberikan label-label buruk kepada pihak yang tidak
bersetuju dengan pandangannya.
Hal ini tidak sahaja berlaku di kalangan media, sebaliknya juga wujud di kalangan segelintir
golongan yang menyandang gelar ahli akademik mahupun ilmuwan agama. Mutakhir ini seperti
muncul konfrontasi dingin di kalangan agamawan baik yang bergelar ustaz hinggalah kepada
mereka yang menyarung jubah doktor dan professor.
Ada yang menuduh si polan sesat, ada yang didakwa Islam liberal, juga ada yang ditohmah
membawa ajaran plural (persamaan agama).
Tuduhan Literalis
64

Salah satu dari tuduhan yang sering di dengungkan kepada golongan yang mahu berpegang
teguh hadis Nabi, khususnya dalam bab interaksi dengan pemerintah ialah tuduhan sebagai
literalis. Atau dalam istilah klasiknya disebut sebagai zahiri, merujuk kepada golongan yang
memahami nas al-Quran dan sunah secara zahir.
Situasi sulit yang timbul ialah apabila ada kelompok-kelompok manusia yang mendahulukan akal
dan rasional lebih dari dalil ketika berhujah. Mereka menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai
sokongan, manakala akal dan rasional dijadikan dasar.
Ini sikap yang bertentangan dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah, yang menjadikan al-Quran
dan sunah sebagai dasar, manakala akal dan rasional sebagai sokongan. Kita perlu melarikan
diri, sehingga aku melihat kaum wanita mereka melarikan diri dan meninggalkan bukit sambil
mengangkat betis sehingga ternampak gelang-gelang kaki mereka.
Dalam keadaan itu, tentera Islam terus mengejar musuh yang lari lintang pukang yang
meninggalkan begitu banyak harta perang. Menyaksikan musuh mula meninggalkan medan
perang dan tiada lagi ancaman serangan terhadap tentera Islam telah mengubah keadaan.
Pasukan memanah di Bukit Uhud yang diamanahkan oleh Rasulullah supaya tetap di situ sama
ada dalam keadaan menang atau kalah, mula lupa arahan itu. Mereka mula bangun dan
meninggalkan kedudukan masing-masing sebagai pemanah tepat. Kesan dari meninggalkan
perintah Nabi kerana melihat konteksnya sudah berubah, akhirnya Allah memberi peringatan dan
pengajaran memberi kekalahan kepada tentera Islam ketika itu.
Demikian halnya juga ada kelompok yang cuba menafikan dalil atau membenamkan kefahaman
asal terhadap sesuatu dalil atas alasan mencari kemudahan, kelapangan dan juga mengelakkan
dikatakan sebagai sulit, sempit dan jumud.
Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan, seorang ulama senior lagi disegani di Tanah Arab ketika
mengomentari hadis perselisihan umat menjelaskan, maka tidak boleh bagi kita untuk mengambil
pendapat-pendapat yang kita inginkan atau sesuai dengan keinginan dan nafsu kita. Atau
mengatakan, Ini lebih lapang dan lebih mudah bagi manusia, dan sikap lunak adalah
diperintahkan.
Ini adalah perkataan batil, seperti diucapkan oleh para penulis pada waktu sekarang ini dan
pengikut hawa nafsu.
65

Jelas beliau lagi, sekarang semua tulisan bersuara untuk mengambil pendapat-pendapat dan
sikap yang lunak terhadap manusia. Jika mereka dikembalikan kepada dalil, mereka akan
mengatakan ia sulit, sempit dan jumud.
Perkataan ini adalah kufur; kerana orang yang mengucapkannya berpandangan bahawa
mengambil dalil adalah sulit! Orang yang berkata seperti ini adalah kafir. Mengambil dalil adalah
suatu kelapangan bukan kesempitan. Dan itu adalah jalan mudah yang diberikan oleh Allah. (lihat:
Syarah Manzhumah Haiah fi Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, oleh Syaikh Dr Soleh bin Fauzan
al-Fauzan, ms. 263, Pustaka Salafiyah, Jakarta, (2008)
Mereka menjolok ahlul hadith dengan gelaran tersebut hanya kerana ahlul hadith berpegang
teguh kepada hadis-hadis Rasulullah.
Mereka mengira bahawa hadis-hadis itu terpisah daripada ilmu dan ilmu itu adalah apa yang
dijelmakan oleh syaitan kepadanya berupa hasil-hasil pemikiran mereka yang rosak, was-was
daripada dada-dada mereka yang gelap, bisikan-bisikan hati mereka yang kosong daripada
kebaikan. Sebenarnya ucapan-ucapan, hujah-hujah, dan syubhat-syubhat mereka semuanya
kosong, tidak ilmiah, dan batil.

Anda mungkin juga menyukai