Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya akhirnya dapat
menyiapkan tugasan ini. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja
kursus ini supaya dapat menilai kefahaman dan juga kemampuan saya dalam kursus yang saya
pelajari ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Jihadi Abu Samah kerana
memberi tunjuk ajar kepada saya dalam mencurahkan ilmu pengetahuan dalam kursus BMMB1134
Keterampilan Berbahasa pada kali ini. Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh Encik Ahmad Jihadi
Abu Samah menjadi asbab kejayaan kami dalam tugasan pada kali ini, Insha-Allah

Turut saya ucapkan penghargaan kepada ibu bapa saya yang memberi sokongan kepada saya
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan A1 yang sentiasa ada di sisi,
membantu, memberi sokongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka,
sudah tentu tugasan ini tidak akan disiapkan dengan sempurna. Semoga dengan usaha kita pada kali
ini menjadikan kita seorang guru yang berjaya pada masa akan datang.

Harapan saya terhadap tugasan pada kali ini adalah segala usaha yang telah saya dan rakanrakan
membuahkan hasil dan mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menjadi pembakar semangat
dalam menghadapi tugasan yang seterusnya. Oleh itu, saya berharap dengan tugasan ini akan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya serta menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja ingin
mengajar tetapi ingin mendidik anak bangsa supaya mereka juga dapat mencapai cita -cita serta
menjadi insan yang berjaya.

1
ISI KANDUNGAN

1. Asas Keterampilan Berbahasa ............................................................................3-4

1.1 Definisi Keterampilan Berbahasa

1.2 Fungsi Keterampilan Berbahasa

1.3 Prinsip Keterampilan Berbahasa

2. Kepentingan Keterampilan Bahasa......................................................................4

2.1 Bidang Pentadbiran dan Pekerjaan

2.2 Bidang Sosial

3. Teori Keterampilan Berbahasa……………………………………...........................5

3.1 Teori Behaviorisme

3.2 Teori Biologis

3.3 Teori Mentalis

4. Bentuk Keterampilan Berbahasa .........................................................................6-7

4.1 Penyampaian Bentuk Mendidik

4.2 Penyampaian Bentuk Memujuk

4.3 Penyampaian Bentuk Perbincangan

4.4 Penyampaian Bentuk Syarahan Umum

4.5 Penyampaian Bentuk Menghibur

5. Kesimpulan……………………………………………………………………………...7

Sumber Rujukan ......................................................................................................8

2
1.0 ASAS KETERAMPILAN BERBAHASA

Komunikasi merupakan salah satu perkara yang penting dan perlu diasah oleh setiap
manusia kerana komunikasi yang baik dapat memberi impak yang positif kepada kehidupan
mereka. Menurut Wisman (2017), komunikasi bukan sekadar untuk menyampaikan
maklumat tetapi komunikasi juga berfungsi untuk menyalurkan buah fikiran, perasaan serta
hasrat yang terpendam dalam diri seseorang dalam bentuk lisan atau tulisan.

Dalam berkomunikasi kita menggunakan keterampilan berbahasa tanpa mengira seberapa


pun tingkat atau kualiti keterampilan itu. Ada orang yang memiliki keterampilan berbahasa
secara optima sehingga setiap tujuan komunikasinya mudah tercapai. Namun, ada pula
orang yang sangat lemah tingkat keterampilan berbahasanya sehingga menimbulkan salah
pengertian dalam berkomunikasi.

1.1 DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, keterampilan bermaksud kecekapan atau kemampuan
yang tinggi. Bahasa pula bermaksud memounyai, memakai, menggunakan bahasa serta
bertutur dalam sesuatu bahasa tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (1984), beliau
mengatakan bahawa kemahiran atau kecekapan berbahasa sebenarnya adalah darjat yang
tinggi dalam penggunaan bahasa yang dilihat dari dua sudut: pertama, peraturan nahu dan
penggunaan sistem dengan baik, dan kedua konteks wacana dan konteks sosiolinguistik.
Penggunaan Bahasa seperti di atas diberi nama sebagai penguasaan bahasa dalam
berkomunikasi. Oleh hal demikian, pelajar yang kurang mahir dalam bidang bahasa, mereka
memerlukan latihan nahu-nahu bahasa yang berkenaan. Dengan mempunyai keterampilan
berbahasa ini, seseorang individu mampu mempunyai tahap kemahiran komunikasi yang
tinggi dan berkesan serta penting bagi setiap individu dalam menghadapi cabaran
globalisasi.

1.2 FUNGSI KETERAMPILAN BERBAHASA

Fungsi yang pertama ialah keterampilan berbahasa membantu dalam memperoleh


maklumat dengan memahami dan mengingat supaya mesej yang diperoleh memenuhi
hasrat penyampai. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman dalam komunikasi dua hala iaitu
dari pemyampai dan pendengar. Selain itu, keterampilan berbahasa membantu dalam
menguasai maklumat dengan kemampuan untuk mengaplikasi, menganalisis, menilai,
mentaksir dan merefleksi sesuatu maklumat. Keterampilan berbahasa seseorang mula
terserlah apabila berfungsi untuk mengoperasikan maklumat tersebut dengan disepadukan
keterampilan berbahasa.

3
1.3 PRINSIP KETERAMPILAN BERBAHASA

Keterampilan berbahasa mempunyai beberapa prinsip. Prinsip yang pertama adalah


dimulakan dengan kemahiran bertutur dan mendengar, kemudian membaca dan menulis.
Sentiasa ada latihan dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Bertujuan dan ada
matlamat. Mempunyai tatacara yang betul dan sistematik. Penguasaan aspek tatabahasa
yang tinggi. Belajar daripada kesilapan. Inisiatif yang tinggi dalam meningkatkan kecekapan

berbahasa. Sentiasa merefleksi diri tentang keberkesanan sistem penyampaian.

2.0 KEPENTINGAN KETERAMPILAN BERBAHASA

Keterampilan berbahasa memiliki kepentingan yang sangat besar dalam berbagai aspek
kehidupan. Keterampilan berbahasa tidak hanya berdampak pada keberhasilan individu
dalam berbagai konteks, tetapi juga memiliki dampak yang signifikan pada kemajuan sosial
dan budaya suatu masyarakat.

1.1 BIDANG PENTADBIRAN DAN PEKERJAAN

Hampir semua pekerjaan memerlukan keterampilan berbahasa yang baik. Baik itu dalam
menulis laporan, bertutur dalam mesyuarat, atau berkomunikasi dengan rakan sekerja dan
pelanggan. Keterampilan berbahasa yang baik dapat meningkatkan peluang kejayaan
dalam karier. Di dalam bidang pentadbiran, keterampilan berbahasa ini sangat penting
kerana seorang pentadbir mestilah mempunyai kebolehan menyampaikan maklumat atau
arahan dengan baik.

1.1 BIDANG SOSIAL

Keterampilan berbahasa yang baik dapat membantu dalam membangun dan memelihara
hubungan sosial yang sihat. Kemampuan untuk bertutur dan mendengar yang baik dapat
meningkatkan kualiti interaksi sosial dan hubungan personal. Tanpa ada kecekapan
berbahasa, seseorang itu pasti sukar untuk bergaul dalam masyarakat. Dengan memahami
dan mengembangkan keterampilan berbahasa, individu dapat membentuk lingkungan sosial
yang berdaya saing.

4
3.0 TEORI KETERAMPILAN BERBAHASA

Terdapat berbagai teori yang membahas tentang keterampilan berbahasa. Setiap teori ini
memberikan pandangan yang berbeza tentang bagaimana keterampilan berbahasa
dikembangkan, dipahami, dan digunakan oleh individu.

1.1 TEORI BEHAVIORISME

Teori behaviorisme ialah teori yang menekankan kepada aspek pengaruh persekitaran dan
pengukuhan dalam pembentukan bahasa. Teori ini dipelopori oleh tokoh linguistik yang
terkenal iaitu B.F Skinner. Teori ini menggangap satu pembelajaran bahasa dapat diperoleh
melalui pengulangan sehingga perkara tersebut menjadi kebiasaan. Behaviorisme memberi
penekanan kepada perubahan tindak balas yang disandarkan apabila berlakunya
perbezaan ransangan dengan menggunakan prinsip stimulus dan tindak balas.

1.1 TEORI BIOLOGIS

Teori biologis dalam pemerolehan bahasa menekankan peranan faktor genetik dalam
proses pembelajaran bahasa. Pendekatan ini sering dikaitkan dengan hipotesis bahawa
kemampuan untuk belajar bahasa adalah bawaan dan spesifik untuk manusia. Teori ini turut
menekankan kemampuan berbahasa sebagai hasil evolusi manusia. Bahasa dianggap
sebagai keuntungan adaptif. Teori ini juga mempercayai kepada tempoh sensitif terhadap
pemerolehan bahasa. Pada tempoh sensitif ini, ianya boleh mempengaruhi kemampuan
bahasa jika tidak diberi pendedahan.

1.1 TEORI MENTALIS

Teori yang menekankan fungsi mental seseorang. Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky.
Teori ini menekankan Kemahiran membaca dan menulis serta proses pemikiran. Menurut
Chomsky (1972), manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Languange
Acquisation Device) atau LAD yang menyatakan bahawa manusia mempunyai kebolehan
semulajadi untuk menguasai bahasa. Oleh itu, pembelajaran bahasa akan diajar secara
berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. pembelajaran mengikut
kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran
berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Tamsilnya, teori ini
merumuskan bahawa proses penguasaan Bahasa bergantung kepada kematangan individu
mengikut tahap-tahap yang tertentu.

5
4.0 BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA

Penyampaian keterampilan berbahasa memiliki beberapa tujuan dan bentuk yang


merangkumi aspek pengembangan bahasa secara holistik.

1.1 PENYAMPAIAN BENTUK MENDIDIK

Mendidik berkait rapat dengan interaksi antara guru dengan murid semasa proses
pembelajaran di bilik darjah. Pembelajaran bilik darjah merupakan keterampilan yang boleh
kita lihat dari segi penyampaian guru tersebut serta respon yang diberikan oleh pelajar. Bagi
seseorang guru, mereka haruslah menggunakan istilah yang tepat dan jelas serta
memberikan ganjaran atau hadiah kepada pelajar yang memberi respon dengan tepat.
Tuntasnya, keterampilan dalam bentuk mendidik perlu diterap dalam diri setiap pendidik
bagi menjadikan proses pembelajaran lebih lancar dan teratur.

1.1 PENYAMPAIAN BENTUK MEMUJUK

Memujuk dalam konteks keterampilan berbahasa bermaksud kemampuan untuk


mempengaruhi dan mengubah sikap, pandangan atau tingkah laku seseorang. Pendekatan
yang efektif akan sangat tergantung pada kemampuan keterampilan berbahasa seseorang
penyampai. Seseorang penyampai perlu menyesuaikan strategi atau kaedah penyampaian
dengan audiens yang dituju dan berdasarkan konteks situasional.

1.1 PENYAMPAIAN BENTUK PERBINCANGAN

Menurut Haroon et al., (2020), beliau menyatakan bahawa mesyuarat merupakan medium
untuk penutur mencadang, membangkang dan pada akhirnya mempunyai keputusan
terhadap sesuatu yang dibincangkan. Perbincangan boleh ditakrifkan sebagai perbualan
antara dua belah pihak bagi mengemukakan pendapat atau ingin membantah serta
menyelesaikan sesuatu masalah. Keterampilan berbahasa dalam perbincangan amat
penting bagi mengelakkan kesalahfahaman antara dua pihak atau masalah tidak dapat
diselesaikan dengan cara yang efektif.

1.1 PENYAMPAIAN BENTUK SYARAHAN UMUM

Penyampaian bentuk syarahan umum melibatkan kemampuan untuk mempengaruhi,


meyakinkan, atau menggerakkan orang lain dengan menggunakan bahasa dan retorik yang
kuat. Penyampaian syarahan umum perlu melibatkan kombinasi keterampilan berbahasa,

6
dan pemahaman mendalam tentang isu yang dibahas. Dengan menggabungkan strategi-
strategi ini, seorang pembicara dapat membangun hujah yang meyakinkan dan memotivasi
pendengar untuk bertindak atau mengambil pandangan tertentu.

1.1 PENYAMPAIAN BENTUK MENGHIBUR

Hiburan diperlukan dalam kehidupan untuk menghiburkan hati. Oleh itu, mereka yang bijak
dalam menggunakan penyampaian berbentuk hiburan akan disenangi oleh pelbagai
lingkungan masyarakat kerana mereka dapat menaikkan suasana menjadi ceria.
Penyampaian bentuk menghibur memerlukan kreativiti kerana ianya lebih dari sekadar
menyampaikan informasi apabila penyampai harus mampu membuat pengalaman yang
menyenangkan bagi pendengar.

5.0 KESIMPULAN

Penggunaan keterampilan berbahasa yang baik dapat memudahkan atur cara kehidupan
untuk berkomunikasi. Oleh itu, keterampilan berbahasa haruslah ditekankan dalam
pertuturan seharian agar pengasahan terhadap keterampilan berbahasa yang baik dapat
dikekalkan. Keterampilan berbahasa berfungsi dalam pelbagai bentuk seperti memujuk,
memberi jenaka dan mengajar. Keterampilan bahasa yang baik juga merupakan faktor
keberkesanan dalam komunikasi. Akhir sekali, keterampilan berbahasa berkait rapat dengan
teori-teori pemerolehan bahasa yang membolehkan kemahiran berbahasa kita sentiasa
berkembang. Sebagai seorang guru pelatih, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk
mengaplikasikan keterampilan bahasa ini dalam komunikasi seharian agar generasi baharu
yang cemerlang dapat dilahirkan.

(1208 patah perkataan)

7
SUMBER RUJUKAN

Amir Anis. (2016). Komunikasi berkesan. Siri Latihan Pembangunan Staff. UTM

Asfar, A., Asfar, A., & Halamury, M. F. (2019). Teori Behaviorisme. Makasar: Program
Doktoral Ilmu Pendidikan. Universitas Negeri Makassar

Asmah Omar, (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka

Chomsky, Noam. (1972). Languange and Mind. Harcourt Brace Jovanovich.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan
Pustaka

Haroon, H. A., Rahim, N. A. A., Basir, N., & Zubir, Z. (2020). Illocutionary acts in zahid
hamidi’s pau 2017 and 2018 speeches. GEMA Online Journal of Language Studies,20
(2), 96 –114.https://doi.org/10.17576/gema-2020-2002-06

Haslina Halim. (2018). Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hassan, A. F. M., Alimi, K. F., Isam, H., & Mutalib, M. A. (2020). Amalan kesantunan
berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar
universiti. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication,36 (4), 410–427.

Ilham, M., & Wijiati, I. A. (2020). Keterampilan Berbicara: Pengantar Keterampilan


Berbahasa. Lembaga Academic & Research Institute.

Wisman, Y. (2017). Komunikasi efektif dalam dunia pendidikan.Jurnal Nomosleca,3(2).

Pengetahuan yang Mendalam tentang Topik:

Pembicara perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang topik yang akan diucapkan.
Membaca memungkinkan mereka untuk meraih informasi terbaru, data, atau riset yang
dapat memperkuat dan mendukung argumen mereka

Anda mungkin juga menyukai