Anda di halaman 1dari 7

AKUKAH YANG BERSALAH???

Kayuhanku semakin laju. Perut semakin berkeroncong. Lauk bening, ikan masin, sambal belacan seakan-
akan memanggil agar cepat pulang. Panas mentari takku hirau. Terasa jauh pula perjalanan pulang. Kaki
semakin lenguh tetapi demi perut yang berkeroncong…..aku kuatkan semangat. Setiba sahaja aku di
depan rumah, aku meletakkan basikal di tepi rumah tanpa menongkatnya. Lantaklah……

‘Ayu…..Cikgu Adam telefon mak tadi”, jerkah emak. Aku terkejut. Mengapa Cikgu Adam telefon mak?

Aku terus ke dapur tanpa berkata apa-apa. Perut ku mesti diisi. Seharian di sekolah aku tak makan hanya
dapat meneguk air paip masa ke surau pagi tadi. Aku mengambil pinggan dan mengisi nasi serta lauk
yang terhidang. Baru dua suap aku memasukkan nasi ke dalam mulut, emak mengambil pingganku.

“Mak tanya ni……apa yang kau dah buat sampai Cikgu Adam marah sangat pada kau?” tanya emak?

“Ayu tak buat apa-apa la mak….cikgu tu…”, balasku.

“Dia buat apa? Cuba cerita dengan mak”, emak memujuk.

Terberhenti tanganku menyuap makanan. Entah bila air mataku mengalir. Emak mengangkat muka ku
dan menyapu air mata.

“Ceritakan pada mak. Emak nak tahu perkara sebenar,” emak berkata dengan nada sayu.

“Apa yang Cikgu Adam cakap dengan mak tadi?’ aku bertanya.

“Cikgu Adam cakap….kau anak murid yang kurang ajar. Tak nak dengar cakap dia. Tak nak buat kerja. Tak
nak belajar. Dia cakap lagi, kau dah malukan keluarga kau. Kakak-kakak yang lain pun tak berperangai
macam kau. Apa sebenarnya yang berlaku?” emak membuka cerita.

“Sebenarnya emak……..”, berat hatiku nak menceritakan pada emak.

Baru sahaja aku nak buka mulut….telefon berdering. Emak ke depan mengangkat telefon.

“Ayu… Kak Uda nak cakap dengan kau ni”, emak memanggil.

Nape lak Uda telefon ni. Jarang sekali dia nak cakap dengan aku.

“Hello Uda…assalamualaikum Uda”, aku memberi salam.

“Kau dah mula kurang ajar eh…..sampai hati kau. Kau nak emak menangis ya? Kalau kau tak
sekolah..berhenti je..tak payah nak malukan keluarga. Dah besor sangat ke kedudukan kau tu kat
sekolah….”, jerkah Uda.

“Apa yang saya dah buat Uda”, aku terkesima apa yang Uda cakapkan.

“Buat apa kau cakap. Tadi Cikgu Adam telefon Uda. Macam-macam dia cakap pasal kau. Eh…malulah
Uda. Cikgu Adam tu ..kalau tak ada apa-apa…dia tak pernah cakap dengan Uda”, balas Uda.
Aku hanya terdiam. Hanya maki hamun yang ku dengar di telinga ku. Putus selera aku nak makan. Emak
mengambil telefon dari genggamanku. Emak bercakap dengan Uda. Aku tak dengar apa butir-butirnya.
Air mataku laju mengalir.

Rasa nak putus jantungku………

#CERITAKU1

#CERITAKU2

Aku masuk bilik dan menukar baju. Aku mengambil wuduk dan bersedia untuk solat.

“Kau tak habiskan nasi ni, Ayu?” tanya emak.

“Dah kenyang mak”, jawabku. Padahal …perut masih meminta makanan.

Selepas usai solat, emak duduk di depanku. Aku memeluk dan meminta maaf. Air mata berjurai-jurai
membasahi telekung.

“Mak…Ayu minta maaf. Aku tak buat-apa-apa. Ayu tak nak emak risau”, aku merayu pada emak.

“Ceritakanlah pada mak…apa sebenarnya yang berlaku antara Ayu dengan Cikgu Adam,” tanya emak.

“Sebenarnya…hari kelmarin, Cikgu Adam minta saya masuk dalam satu kumpulan kaunseling kelompok.
Ayu tak nak…. Laila kena juga. Laila minta Ayu pergi bersama tetapi Ayu tak nak,” jelasku.

“Untuk apa kumpulan tu?’ tanya emak lagi.

“Cikgu Adam cakap….kumpulan tu untuk belajar dan kaunseling. Hari kelmarin kan mak sakit…tu yang
Ayu tak nak ikut kumpulan tu,” jelasku.

“Kau tak cakap dengan cikgu yang mak sakit?” tanya mak.

“Dah cakap tapi cikgu kata…dia tak percaya. Dia kata lagi kakak yang lain boleh jaga. Saya cakap lagi, Kak
Ema kan sekolah di bandar, balik lewat. Adik pula sekolah sebelah petang…siapa yang ada di rumah?
Abah kerja. Jadi saya yang kena jaga mak,” jelasku.

“Habis tu..apa yang cikgu cakap?’ soal mak.

“Cikgu kata …Ayu saja buat cerita. Ayu cakaplah…Ayu tak bohong. Kalau tak percaya datang rumah
tengok mak,” jelasku lagi.

“Ayu cakap macam tu!” kata mak dengan nada terperanjat.

“Yalah….sebab dia paksa Ayu ikut kumpulan tu. Dia terus kata …Ayu ni kurang ajar sebab suruh dia
datang rumah. Betul la apa yang Ayu cakap,” terangku.
“Lepas tu..apa Ayu buat?’ tanya mak seterusnya.

“Ayu terus balik la. Dia jerit-jerit macam orang kena rasuk…masa tu yang Ayu dengar dia kata…Ayu ni
murid degil, tak kenang jasa, kurang ajar..macam-macam lagi la. Semua pelajar tengok saya. Malu mak.
Cikgu-cikgu lain pun dengar sampai mereka keluar dari bilik guru,” jelasku dengan nada yang sedih.

“Tapi emak rasa…bukan pasal emakkan kau tak ikut kumpulan tu. Masa tu kan mak dah sihat sikit,” jelas
emak.

Aku hanya memandang wajah sugul mak lalu aku memegang wajahnya.

“Apa sebenarnya….jelaskan pada emak biar mak faham situasi yang kamu hadapi,” emak merayu.

“Sebenarnya……..

#CERITAKU1

#CERITAKU2

#CERITAKU3

‘Sebenarnya mak….saya tak suka dengan sikap Cikgu Adam. Dia dah melanggar etika sebagai seorang
kaunselor,” jelasku.

“Etika? Apa kebenda tu?” tanya mak terperanjat.

“Camni….sebelum ni, ada satu kumpulan pelajar dah buat kaunseling kelompok. Masing-masing
berceritalah tentang peristiwa pahit, manis yang mereka pernah alami. Salah seorang rakan ni…adalah
cerita sikit tentang diri dia yang hampir hendak diperkosa oleh bapa saudaranya. Kalau ikutkan peraturan
seorang kaunselor, cerita tu adalah rahsia. Tapi katanya, Cikgu Adam buka ceritatu pada kelas tingkatan
5B. Budak-budak tu jugs ysng cerita dengan saya. Tu yang Ayu takut. Ya la….walaupun Ayu tak ada
peristiwa pahit yang dialami, tapi Ayu tak nak jadi macam tu,” panjang lebar aku menceritakan pada
emak.

“Kenapa cikgu tu buat macam tu? Habis tu…apa yang jadi dengan rakan Ayu tu?” tanya mak lagi.

“Rakan saya tu, dah dua minggu tak ke sekolah. Malu. Cikgu-cikgu lain ada tanya pada Ayu, betul ke apa
yang Cikgu Adam cakap? Sebab mereka tahu perkara ni pun, sebab Cikgu Adam ada beritahu dalam bilik
guru. Masa tu… Ayu terdengar Cikgu Adam sedang bercerita dengan semua cikgu di bilik guru,” jelasku
lagi.

“O, sebab itulah Ayu tak nak ikut kumpulan yang Cikgu Adam buat tu,” kata mak.
“Ye lah. Ayu macam dah tak percaya dengan dia. Naik takut lak Ayu. Mula-mula Ayu tak percaya rakan
Ayu tu cerita tentang cikgu tu…tapi setelah Ayu dengar sendiri cikgu tu cakap tentang rakan tu….barulah
Ayu percaya,” jelasku.

“Barulah mak faham. Apa lagi yang Cikgu Adam buat pada kamu setelah kamu tak nak ikut kumpulan
yang dia buat?” tanya emak.

Aku membuka cerita lagi. “Tadi siang, masa subjek Rampaian Sains, cikgu beri markah ujian yang dia
buat minggu lepas. Bayangkanlah mak, 36 pelajar, dua je yang lulus. Tu pun dapat 8 dan 7. Yang lulus
Halim dan Ayu. Rakan kelas yang lain….semua gagal. Tapi yang geramnya, Ayu yang dapat 7 yang kena
marah. Dia membebel sampai setengah jam. Cikgu Adam siap cakap, lepas ni jangan masuk kelas dia. Dia
tak bagi Ayu buat latihan, tutup telinga masa dia mengajar, suruh tidur, jangan tengok orang buat
eksperimen. Tadi..masa dia mengajar, dia bagi Ayu kapas suruh sumbat dalam telinga, supaya tak dengar
apa yang dia ajar. Masa pelajar lain buat eksperimen, dia tak beri Ayu tengok. Dia suruh Ayu tidur. Nota
yang dia tulis di papan hitam, dia tak bagi Ayu tulis. Dia suruh tutup buku’.

“Jadi, Ayu ikutlah cakap dia?” tanya mak.

“Ikut jelah. Kang…kena marah lagi. Alaaaa….Halim bagi pinjam nota supaya Ayu dapat belajar juga,”
kataku sambil gelak.

“Mak nak tau…tadi malu betul Ayu dengan cikgu-cikgu dalam bilik guru,” ceritaku lagi.

“Ayu dah buat apa?” tanya mak dengan nada tinggi.

“Cikgu Adam……

#CERITAKU1

#CERITAKU2

#CERITAKU3

#CERITAKU4

“Masa tu…Ayu jumpa Ustazah Zaleha, nak bincang pasal Program Marhaban. Sebaik sahaja Cikgu Adam
nampak Ayu…dia terus saje jerit….hah …cikgu-cikgu nak tau…ni lah murid yang paling saya pernah ada.
Malas belajar, degil, tak buat latihan, peperiksaan percubaan gagal, tak nak buat eksperimen… geram
betul aku dengan dia ni….hah mak..dia cakap macam tu pada semua cikgu yang ada dalam bilik guru.
Pehhhh…malu Ayu mak,’ terangku pada emak.

“Aik..tadi Ayu kata…Sains dapat 7, mengapa dia dapat gagal,”tanya mak.


‘Itu yang Ayu marah….dia pandai pusing cerita. Dia yang tak bagi Ayu dengar dia mengajar, tak bagi buat
eksperimen…tapi..dia cakap lain pada cikgu-cikgu. Masa dia cakap tu…Ustazah Zaleha pegang tangan Ayu
sebab dia dah nampak Ayu ketap gigi,’ jelasku lagi.

“Biarlah mak…Ayu malas nak cerita lagi. Lagi cerita lagi sakit hati,” pintaku.

Aku bernekad, walaupun Cikgu Adam tak suka dengan aku tapi aku akan teruskan pelajaran. Aku tidak
membencinya. Aku akan dapatkan ilmunya. Malam tu aku tidak tidur lena….memikirkan apa yang harus
aku lakukan untuk berjaya dalam Rampaian Sains.

Pagi ini…aku pergi sekolah seperti biasa. Mengayuh basikal buruk yang mempunyai bakul di hadapan.
Berbekalkan nasi, telur goreng, ikan masin dan sambal belacan semalam, aku meneruskan perjalanan
sebagai seorang pelajar.

Perutku memulas-mulas. Pedih yang teramat. Mendengar bebelan Cikgu Adam, lagi membuatkan
perutku sakit.

"Apa yang kamu berkerut-kerut tu? Ooo....kamu memyumpah saya ye," jerkah Cikgu Adam.

Aku hanya menunduk diam.

*Kalau beginilah sikap kamu Ayu, kau tak akan lulus dalam subjek ini. Dah lah percubaan kau dapat 7. Ini
kalau spm sebenar....paling tinggi kau dapat 8 la," marah Cikgu Adam kepadaku.

Aku yang lulus dalam Rampaian Sains ni je yang kena marah.....habis tu....yang semua tak lulus, tak kena
marah macam ni pulak. Aduh....bertambah sakit perut. Kawan-kawan yang lain tersenyum menyindir.
Sakit hatiku.

Pelajar kelas 5A yang bersebelahan, semua memandangku dan mentertawakan aku. Mereka tersenyum
sinis mendengar maki hamun Cikgu Adam pada aku. Ye la....mereka tu kelas Sains. Aku pula kelas
sastera.

"Kau berdiri di situ Ayu. Jangan kau duduk. Ingat....kalau kau tunjuk muka macam tu lagi....aku
sumpah....Rampaian Sains kau akan gagal dam SPM. Kalau lulus pun kau akan dapat 8 yang paling tinggi.
Kalau kau dapat A....aku sanggup cecah kasut ini dalam air kopi...air kopi tu akan aku minum. Semua
pelajar kelas ni menjadi saksi apa yang aku cakap,” jelas Cikgu Adam lagi.

Alaaaa cikgu ni....aku bukan tak suka cikgu....aku sakit perut niiii.

"Siap kau," tengkingnya sebelum beredar keluar.

Beredar sahaja Cikgu Adam, aku terus melulu keluar kelas tanpa minta izin daripada ketua kelas. Siti dan
Laila mengikutku dan memanggil-manggil namaku.

Aku menuju ke tandas. Siti mengetuk pintu tandas.


"Dahlah Ayu....jangan menangis. Cikgu Adam tu memang macam tu. Yang aku pelik, kau yang lulus
....kena marah...kami yang gagal, tak kena marah pula", pujuk Siti.

Aku keluar dari tandas dengan hati yang lega. Laila pelik melihatku.

"Aku ingatkan kau....…

#CERITAKU1

#CERITAKU2

#CERITAKU3

#CERITAKU4

#CERITAKU5

“Aku ingatkan ku menangis, Ayu,” kata Laila kehairanan.

“Menangis? Apa barang aku menangis. Aku sakit perut la…. ni mesti pasal aku minum air oren di kantin
tadi. Mesti air tak masak punya,” jelas ku.

“Aduh…kau ni buat kami risau je,” kata Siti.

“Apa…kau ingat aku menangis sebab Cikgu Adam tu. Tolonglah….. aku dah tak kisah apa yang dia nak
cakap, dia nak marah ke, dia nak maki ke… janji aku dah buang air ni. Pehhhhh ..lega,” kataku sambil
ketawa.

“Ayu…aku minta maaf,” Laila bersuara.

“Kenapalak nak minta maaf dengan aku. Kau ni…buat suspen je,” tanya ku pada Laila.

“Betul apa kau cakapkan. Tindakan kau tak masuk kumpulan yang Cikgu Adam minta tu…. memang
betul. Cerita pasal aku tak pernah bercakap dangan abang aku….dah tersebar. Siapa lagi yang tahu pasal
aku dengan abang aku tu selain kau dan Siti. Bahar…. rakan kelas sebelah kata…Cikgu Adam ada bercerita
di kelas mereka tentang aku. Aku rasa bersalah sangat tak ikut cakap kau hari tu,” jelas Laila.

“Sudahlah…perkara tu dah berlaku. Ala..lagi pun, kau tak bercakap dengan abang kau bukannya sebab
apa….dia yang selalu buli kau kan. Apa yang penting sekarang, minggu de[an dah SPM. Kita perlu fokus
tentang tu,” terang ku.

“Betul cakap Ayu tu, Laila. Aku pun tak suka sangat dengan Cikgu Adam tu,” kata Siti pula.

“Hish….tak baik tak suka cikgu. Biar kita tak suka cikgu tu…tapi ilmu dia yang kita suka...ha ha ha,” kata
ku dengan gelak yang kuat.
“Ayu, mengapa gelak kuat macam tu,” tegur Ustazah Zaleha. “Hah..satu lagi…mengapa bersembang
depan tandas ni, tak de tempat lain nak bercakap,” tegur Ustazah lagi.

“He he…maafkan kami cikgu. Ayu ni….ingatkan menangis tadi..rupanya…dia buat hajat lak,” kata Siti
sambil kami tergelak.

“Apa yang Cikgu Adam terjerit-jerit tasi dalam kelas awak. Sampai dengar ke kelas cikgu di seberang
bangunan. Dia marah lagi pada awak ke Ayu,”tanya Ustazah Zaleha.

“Ya, cikgu. Teruk Ayu kena maki hamun dengan dia. Sampai dia kata nak cecah kasut dia dalam air kopi
lepas tu nak minum jika Ayu dapat A dalam Rampaian Sains,” terang Laila kepada Ustazah Zaleha.

“Ye ke Ayu. Dia cakap macam tu. Habis tu awak nak buat apa sekarang,” tanya Ustazah Zaleha.

“Saya akan buktikan bahawa dia akan cecah kasut dia, cikgu,” jelasku dengan bersemangat.

“Bagus, saya doakan agar impian awak tu berjaya,” kta Ustazah Zaleha.

“Terima kasih, cikgu,”ucap kami serentak.

Sebelum beredar kami bersalaman dengan ustazah dan ketika aku bersalaman dengannya, ustazah
memelukku dan membisikkan bahawa aku akan berjaya.

Aku terkesima dengan apa yang ustazah lakukan. Sememangnya dia seorang guru yang paling aku
sayangi dan hormati. Sebenarnya, aku juga menghormati Cikgu Adam. Aku rasakan, apa yang dia buat
padaku hanya untuk memberi semangat kerana aku satu-satunya anak murid yang dia rasakan akan
dapat markah yang bagus. Kerana sebelum ini, tiada sesiapa pun murid dia yang dapat A dalam
Rampaian Sains. Agaknya laaaaaaa.

“Hoi, berangan ke,” tegur Siti sambil menampar pipiku.

“Sakitlah bertuah,” marahku pada Siti.

Kami bertiga beredar ke kelas. Tanpa disedari kami bertiga diperhatikan oleh Cikgu Adam di tingkat tiga.

Peperiksaan SPM bermula.

Tibalah hari kelima, kertas Rampaian Sains hari ni. Aku bangun pagi, melihat mataku bengkak. Mata
berpinar. Badanku panas. Ya Allah…aku demam. Macam mana aku nak jawab soalan ni.

“Ayu… dah bangun?” kejut emak.

“Ya Allah, panasnya badan kamu Ayu!” kata emak. “Macam mana kamu nak periksa ni ….panas sungguh.
Mata bengkak,” kata mak lagi.

“Entahlah mak….Ayu tak larat rasa ni,” jelasku.

Aku melangkah berat ke bilik air….

Anda mungkin juga menyukai