Anda di halaman 1dari 18

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain

Sirah
Tahun 2

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


(JAKIM)
Unit 1 : Selepas Kelahiran Nabi Muhammad
SAW
1. Ibu Susuan
Penyusuan Nabi Muhammad SAW :

❖ Ibu Kandung – Aminah

❖ Ibu Susuan :

• Suwaibatul Aslamiyah

• Halimatus Saadiyah

Mari kita baca.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dalam suasana meriah dan gembira. Bukan
Aminah sahaja yang gembira, malah semua penduduk Mekah juga sangat gembira.

Datuk Nabi, Abdul Mutallib membawa Nabi Muhammad SAW bertawaf mengelilingi
kaabah sebagai tanda syukur atas kehadiran baginda. Keluarga Nabi Muhammad SAW adalah
dari golongan orang-orang bangsawan. Oleh yang demikian, mereka akan mencari ibu susuan
untuk menyusukan bayi mereka. Tanpa berlengah, Abdul Mutallib mencari ibu susuan.

Apakah tujuan Nabi dihantar kepada ibu susuan?

❖ Tahu cara hidup orang arab di desa.


❖ Selamat daripada penyakit berjangkit di kota Mekah.
❖ Hidup dalam suasana desa yang aman dan tenteram.
❖ Supaya fasih bertutur dalam Bahasa arab yang sebenar.

Menyusu dengan Ibu Tersayang

Sebelum dihantar kepada ibu susuan, Nabi Muhammad SAW disusukan oleh ibunya Aminah.
Baginda menyusu dengan ibunya selama beberapa hari sahaja.
Ibu Susuan Pertama

Sementara menuggu kehadiran keluarga Bani Saad, baginda diserahkan kepada Suwaibatul
Aslamiyah untuk disusui. Siapakah Suwaibatul Aslamiyah?

Beliau ialah hamba Abu Lahab. Abu Lahab telah memerdekakan Suwaibatul Aslamiyah kerana
berasa sangat gembira atas kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Suwaibatul Aslamiyah ada seorang anak kecil yang masih menyusu. Maka baginda juga
disusukan oleh Suwaibatul Aslamiyah tetapi hanya beberapa hari.

Ibu Susuan Kedua

Nama penuh beliau ialah Halimah bintu Abu Zhuaib As-Saadiyah dan terkenal dengan gelaran
Halimatus Saadiyah. Kehidupan beliau sangat sederhana dan miskin. Haiwan ternakan beliau
kurang menjadi dan amat kurang mengeluarkan susu. Anak beliau selalu kelaparan. Itulah
Halimatus Saadiyah ibu susuan Nabi Muhammad SAW yang kedua.
Semasa Halimatus Saadiyah tiba di Mekah untuk mencari bayi susuan, hanya Nabi
Muhammad SAW seorang sahaja yang tinggal. Manakala bayi-bayi lain telah diambil oleh ibu
susuan yang datang bersam-sama beliau. Mereka tidak mahu anak yatim seperti Nabi
Muhammad SAW tetapi Halimatus Saadiyah rela mengambil baginda setelah mendengar
nasihat suaminya.
Dalam tempoh penyusuan, Nabi tinggal bersama Halimatus Saadiyah di kampung Bani
Saad tidak jauh dari Taif. Baginda tinggal dan diasuh di sana selama 4 tahun. Halimatus
Saadiyah berasa seronok menjaga dan mengasuh Nabi Muhammad SAW kerana :
❖ Rezekinya melimpah ruah.
❖ Haiwan ternakan mengeluarkan susu yang banyak.
❖ Tanamannya hidup subur.

Pulang Kepangkuan Ibu

Ketika usia baginda 5 tahun, Halimatus Saadiyah membawa baginda pulang kepangkuan
Aminah.
Mengapakah Nabi pulang semula kepangkuan Aminah?
Beliau bimbang dengan keselamatan baginda ekoran peristiwa dada baginda dibelah oleh
malaikat Jibril.
Maka pulanglah baginda kepangkuan ibunya di Mekah Ketika berusia 5 tahun.
2. Menziarahi Pusara Ayahanda

Nabi Muhammad SAW mula tinggal Bersama ibunya di Mekah Ketika berusia lima tahun.
Halimatus Saadiyah menghantar baginda pulang kerana untuk menjaga keselamatan baginda.
Suatu hari Aminah membawa Nabi Muhammad SAW dengan ditemani pengasuhnya yang
Bernama Ummu Aiman pergi ke Yathrib. Ummu Aiman dahulunya ialah seorang hamba
perempuan milik ayahanda Aminah.

Perjalanan dari Mekah ke Yathrib sejauh lima ratus kilometer. Tujuan mereka ke Yathrib
adalah untuk menziarahi pusara ayahanda Nabi Muhammad SAW iaitu Abdullah.

Mereka juga menziarahi bapa-bapa saudara di sebelah ibu Nabi Muhammad SAW iaitu kabilah
Bani An-Najar. Mereka tinggal di Yathrib selama sebulan.

Nabi Muhammad SAW dididik dan diasuh menziarahi saudara-maranya semenjak kecil lagi.
Kita juga perlu menziarahi keluarga dan sanak saudara supaya hubungan silaturahim akan
menjadi lebih erat.
3. Kewafatan Bonda Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW berasa amat gembira tinggal bersama ibunya, Aminah. Mereka tinggal
di Yathrib selama sebulan. Kini tibalah waktu untuk pulang ke Mekah.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah Aminah jatuh sakit. Sakitnya semakin hari semakin berat,
tiada tanda-tanda akan sembuh.

Aminah semakin tenat. Tanpa diduga Aminah menghembuskan nafas yang terakhir.

Tinggallah Nabi bersama Ummu Aiman dalam kesedihan. Jenazah Aminah dikebumikan di
Abwa’ iaitu di suatu tempat yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda menjadi
yatim piatu ketika berusia enam tahun.

Mereka meneruskan perjalanan pulang tanpa Aminah di sisi. Apabila tiba di Mekah Ummu
Aiman menyerahkan Nabi Muhammad SAW kepada datuknya yang bernama Abdul Muttalib.
4. Di bawah Jagaan Abdul Muttalib

Ummu Aiman membawa Nabi Muhammad SAW pulang ke Mekah. Baginda kelihatan sedih
dan pilu. Ummu Aiman menyerahkan baginda kepada datuknya, Abdul Muttalib. Abdul
Muttalib berasa simpati terhadap nasib yang menimpa baginda.

Tanpa berfikir panjang Abdul Muttalib mengambil keputusan untuk menjaga Nabi Muhammad
SAW. Baginda dilayan dengan penuh kasih saying. Semua keistimewaan datuknya diberi
kepada baginda. Baginda tinggal Bersama datuknya sehingga berusia lapan tahun.

Kegembiraan Nabi hanya sementara, tidak berpanjangan. Datuk yang dikasihi pula meninggal
dunia ketika baginda berusia lapan tahun.

Sebelum menghembuskan nafanya yang terakhir beliau berpesan kepada anaknya Abu Talib.

Apakah pesannya?

Abdul Muttalib telah berpesan supaya Abu Talib menjaga Nabi Muhammad SAW seperti
anaknya sendiri.
5. Di bawah Jagaan Abu Talib

Abu Talib menjaga Nabi Muhammad SAW dengan penuh kasih sayang melebihi anak-anaknya
sendiri. Beliau sanggup bermusuhan dengan orang lain demi melindungi keselamatan Nabi
Muhammad SAW.

Suatu hari Abu Talib dan rombongan dagangannya termasuk Nabi Muhammad SAW bertolak
ke Syam. Tujuan baginda dibawa bersama adalah untuk mempelajari selok-belok berniaga di
Syam.

Walau bagaimanapun, ketika sampai dipertengahan jalan seorang rahib lelaki beragama
Nasrani yang bernama Bahira atau Buhaira memberitahu Abu Talib supaya Nabi Muhammad
SAW segera dibawa pulang. Beliau memberitahu Abu Talib lagi bahawa orang Yahudi akan
mengganggu baginda.

Sebaik sahaja tahu kisah itu, Abu Talib meminta beberapa pemuda lain dalam rombongan itu
untuk membawa Nabi Muhammad SAW berpatah balik semula ke Mekah. Ini bertujuan untuk
menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW yang mula diancam.

Mengapakah orang Yahudi ingin mengganggu Nabi Muhammad SAW?

Mereka mengancam akan membunuh Nabi Muhammad SAW kerana mereka tahu bahawa
baginda akan menjadi seorang Nabi semesta alam suatu hari nanti. Semua ini terdapat dalam
kitab At-Taurat dan Al-Injil.
Unit 2 : Keperibadian Nabi Muhammad SAW
1. Gelaran Al-Amin dan Peristiwa Peletakan Al-

Hajaru Al-Aswad

Seorang kanak-kanak lelaki sedang mendengar ibu bercerita.

Zamil : Umi, ap aitu Al-Amin?

Umi : Zamil, erti Al-Amin ialah orang yang dipercayai.

Zamil : Mengapa Nabi Muhammad SAW dipercayai umi?

Umi : Sebab baginda seorang yang jujur.

Zamil : Betulkah umi?

Umi : Betul, Zamil nak dengar cerita?

Zamil : Nak umi.

Umi : Suatu hari orang Quraisy berbincang mengenai keadaan kaabha yang semakin buruk

dan terdapat beberapa bahagian yang telah reput. Tanpa diduga hujan turun dengan

lebat sekali sehingga Mekah dilanda banjir besar. Ini menyebabkan keadaan Kaabah

semakin rosak dan Al-Hajaru Al-Aswad tertanggal dari tempat asalnya. Tanpa

berlengah, pembesar-pembesar Quraisy berpakat untuk membaiki dan membina

semula bahagian-bahagian yang rosak. Kerja membaik pulih ini diketuai oleh Baqum

yang berasal dari Rum. Apabila tiba waktu untuk meletakkan Al-Hajaru Al-Aswad

mereka bertelagah dan berebut. Ia berterusan selama empat hingga lima malam.

Zamil : Mengapakah mereka berebut umi? Perbuatan itukah tidak baik.

Umi : Pandai Zamil, perbuatan itu memang tidak baik. Mereka berebut kerana sesiapa yang

meletakkan Al-Hajaru Al-Aswad di tempat asalnya mereka akan mendapat kemuliaan

dalam kalangan orang arab dan mereka akan dipandang tinggi.

Zamil : Mereka bergaduhkah umi?

Umi : Mereka hamper bergaduh, tetapi Abu Umayyah bin Al-Mughirah mencadangkan
supaya orang yang mula-mula masuk melalui pintu Al-Masjidi Al-Haram akan

dijadikan hakim.

Zamil : Wah, hebat!

Umi : Memang hebat, Zamil tahu sebabnya?

Zamil : Mengapakah umi?

Umi : Orang yang mula-mula masuk melalui pintu itu ialah Nabi Muhammad SAW. Sebaik

sahaja baginda masuk mereka bersorak kegembiraan sambal berteriak “Al-Amin, Al-

Amin! Itulah orang yang kami percayai. Kami setuju dengan apa-apa pun

keputusannya.”

Dengan sifat bijaksana, baginda meminta sehelai kain. Baginda pun membentang kain

tersebut dan meletakkan Al-Hajaru Al-Aswad ditengah-tengahnya. Lalu baginda pun

meminta pembesar-pembesar Quraisy memegang setiap bucu kain dan berjalan ke

penjuru kaabah. Maka baginda pun meletakkan Al-Hajaru Al-Aswad di tempat

asalnya.

Zamil : Bijaknya Nabi Muhammad SAW ya umi.

Umi : Ya betul Zamil, mereka sangat kagum dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW

Menyelesaikan masalah.

Zamil : Seronoknya cerita umi ini.

Umi : Zamil, jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola kita, ya.

Zamil : Baik umi.

Begitulah betapa bijak Nabi Muhammad SAW berfikir untuk menyelesaikan perselisihan
faham ini. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan apa-apa masalah.
2. Kisah Nabi Muhammad SAW Mengembala

Kambing

Nabi Muhammad SAW berasa sangat simpati dengan kehidupan bapa saudaranya Abu Talib.
Untuk meringankan bebannya Nabi Muhammad SAW telah membuat keputusan untuk
mencari kerja.

Baginda menyatakan hasratnya untuk bekerja pengembala kambing. Abu Talib berasa sangat
terharu atas pengorbanan Nabi Muhammad SAW itu.

Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing orang Quraisy yang lain.

Baginda menjalankan tugasnya dengan penuh Amanah. Kambing yang dipeliharanya


berkembang biak malah semakin hari semakin gemuk dan sihat. Ketika bearda di padang ragut,
baginda suka melihat kejadian alam semesta dan berfikir tentang penciptanya.

Baginda sentiasa bersyukur hidup di samping bapa saudaranya yang sentiasa mengambil berat
tentang diri baginda.

Hasil kerja mengembala kambing itu baginda dibayar upah. Dengan itu, ia dapat meringankan
sedikit beban hidup Abu Talib.
3. Nabi Muhammad SAW Berniaga di Syam

Nabi Muhammad SAW berniaga di Syam

Khadijah bintu Khuwailid ialah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beliau juga
terkenal sebagai peniaga yang sangat kaya di Mekah. Suatu hari rombongan perniagaan
Khadijah akan bertolak ke Syam. Berita tersebut telah diketahui oleh Abu Talib. Abu Talib
meminta Nabi Muhammad SAW bekerja dengan Khadijah. Tanpa membantah, baginda akur
dengan cadangan bapa saudaranya. Ketika itu baginda berusia 25 tahun.

Abu Talib berunding dengan Khadijah tentang upah untuk Nabi Muhammad SAW. Pada
kebiasaannya Khadijah akan memberi upah sebanyak dua ekor unta, tetapi Abu Talib meminta
agar Nabi Muhammad SAW diberi empat ekor unta. Khadijah setuju dengan permintaan Abu
Talib.

1 2
Bermulah perjalanan baginda ke Syam. Mereka Baginda pernah melaluinya Ketika berusia 12

menempuh padang pasir yang luas dan panas tahun. Apabila tiba di Syam baginda bekerja dengan

melalui Wadi Al-Qura, Madyan dan Diyar Thamud tekun sehingga menarik perhatian Maisarah.

serta daerah-daerah yang lain.

3 4
Maisarah kagum melihat cara Nabi melayan Baginda menggunakan bahasa yang sopan serta

pelanggan semasa berniaga. Baginda sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur. Maka tidak

tersenyum dan bercakap dengan sopan dan jujur. hairanlah apabila Maisarah dapati keuntungan kali

ini berlipat kali ganda.


5
Setelah habis berjual beli, mereka pun pulang semula ke Mekah. Maisarah meminta Nabi
Muhammad SAW supaya pergi berjumpa Khadijah untuk menceritakan tentang pengalamannya
semasa berniaga di Syam serta memberi hadiah kepada beliau.

Khadijah kagum dengan Bahasa yang digunakan oleh baginda, bahasanya sangat tinggi dan
sopan. Khadijah juga tertarik dengan cerita Maisarah tentang kehalusan dan tinngginya budi
pekerti baginda. Maka tidak hairanlah keuntungannya dapat diperoleh berlipat kali ganda.

Marilah kita sama-sama mengamalkan sikap yang terpuji seperti Nabi Muhammad SAW.
Unit 3 : Sifat-Sifat Wajib Nabi Muhammad
SAW

Nabi dan Rasul mempunyai sifat wajib.

Apakah erti sifat wajib?

Sifat wajib ialah sifat yang perlu ada pada seseorang Nabi dan Rasul bagi menyempurnakan
tugasnya menyampaikan wahyu.

Jom Nyanyi

Nabi dan Rasul ada sifat wajib

Sifat wajib Nabi ada empat sifat;

Siqun benar

Amanah jujur

Tabligh menyampaikan

Fatonah bijaksana

(Melodi: Anak-anak Nabi)


1. Sidqun (Benar)

Sidqun ialah benar. Sifat mulia ini terdapat pada percakapan dan perbuatan baginda. Baginda
tidak pernah bercakap bohong. Baginda tetap bersikap benar walau apa keadaan sekalipun.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ertinya:

Wajib ke atas kamu semua berlaku benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada
kebaikan dan kebaikan membawa kepada syurga.

Lawan sifat sidqun ialah kazibun (berbohong). Marilah sama-sama kita contohi sikap Nabi
Muhammad SAW yang sentiasa sidqun dan tidak pernah berbohong.
2. Amanah (Jujur)

Apakah erti Amanah?

Erti Amanah ialah jujur. Nabi Muhammad SAW sangat bertanggungjawab atas semua Amanah
yang Allah berikan kepadanya. Baginda sentiasa bersikap jujur sehingga mendapat gelaran Al-
Amin dari kecil lagi. Orang Quraisy sangat mempercayai baginda. Baginda tidak pernah
mengkhianati sesiapapun dalam hidupnya.

Lawan sifat Amanah ialah khianatun (khianat).

Contohilah sifat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa Amanah dalam kehidupan baginda.
Jangan sekali-kali kita khianat terhadap sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita.

Lakonkan

Mama melihat skrin telefon bimbitnya.

“Caca, ada pesanan daripada guru kelas Caca ni.”

Mama baca dengan kuat.

“Assalamualaikum murid-murid. Sila jawab kuiz akidah dengan melayari google classroom
sebelum pukul 12.00 tengah hari, ya, terima kasih.”

Tanpa berlengah, Caca dengan pantas menyiapkan kerja sekolahnya. Caca teringat pesanan
ustazah supaya kita mestilah bersikap Amanah seperti Nabi Muhammad SAW.
3. Tabligh (Menyampaikan)

Sifat wajib yang ketiga ialah tabligh. Erti tabligh adalah menyampaikan. Baginda diutuskan
Allah untuk menyampaikan isi Al-Quran dan Al-Hadis kepada semua umat manusia.

Wahyu yang diturunkan berupa suruhan dan larangan. Baginda akan tetap menyeru supaya
melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Ini menyebabkan orang kafir sangat
marah kepada baginda. Namun baginda tetap taat dengan perintah Allah. Baginda terus
berdakwah walaupun dicemuh, dihina diinjak dan pernah juga dicederakan. Baginda tidak akan
berputus asa kerana baginda menjalankan tugas sebagai seorang yang menyampaikan atau
tabligh.

Apakah sifat mustahil bagi tabligh?

Sifat mustahil bagi tabligh ialah kitman (menyembunyikan). Seorang Nabi atau Rasul tidak
akan sekali-kali menyembunyikan sesuatu yang perlu disampaikan. Oleh itu, mari sama-sama
kita sampaikan islam kepada semua.
4. Fatonah (Bijaksana)

Nabi Muhammad SAW ialah seorang yang cerdik dan sangat bijaksana. Baginda cekap
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Baginda mempunyai rahsia tersendiri untuk
melemahkan musuh-musuh islam. Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW menguruskan hal-
hal ancaman terhadap islam sentiasa berjaya.

Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW bersama-sama tentera islam Madinah Menyusun
strategi untuk menyerang Mekah. Hal ini kerana kaum kafir Quraisy telah mengkhianati
Perjanjian Hudaibiyah. Maka tentera islam seramai 10,000 orang bergerak secara rahsia ke
Mekah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan tahun 8 Hijrah.

Tidak lama kemudian mereka pun tibalah di suatu tempat bernama Marru Az-Zahran kira-kira
beberapa kilometer sahaja dari Mekah. Baginda memerintahkan supaya berhenti dan
berkhemah di situ.

Setelah itu, baginda memerintahkan semua Angkatan tenteranya menghidupkan unggun api.
Unggun api itu disusun secara memanjang ditempat mereka berkhemah. Ia kelihatan seolah-
olah seangkatan tentera yang sangat ramai. Kaum kafir Quraisy berasa sangat gerun dan takut.

Kebijaksanaan Nabi menggunakan muslihat telah Berjaya memperdayakan kaum kafir


Quraisy.

Baca dan Faham

1. Apakah erti Fatonah?

Erti fatonah ialah bijaksana.

2. Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW tiada tolak bandingnya. Bijak menjalankan dakwah

yang diwahyukan Allah.

3. Malah islam Berjaya disebarkan ke serata tempat hingga ia dikenali diseluruh dunia. Nabi
Muhammad SAW dapat mengeluarkan kaum arab daripada kejahilan kepada satu bangsa

yang sangat terkenal dengan kecerdikannya. Mereka masyhur sebagai cendikiawan isalam

terulung dalam semua bidang ilmu pengetahuan.

4. Baginda bijak mengurus strategi peperangan. Walaupun bilangan tentera islam sedikit, tetapi

berjaya mengalahkan tentera kafir yang jauh lebih ramai. Baginda juga bijak mengurus

sebuah negara Madinah dan dapat mengawal orang kafir di Madinah.

5. Sifat mustahil bagi fatonah ialah baladah iaitu bodoh. Oleh itu janganlah kita malas berfikir

atau malas bertindak. Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik untuk kita

menjadi orang yang bijak dan beriman.

Anda mungkin juga menyukai