Anda di halaman 1dari 6

SKRIP DRAMA LAKONAN

Syair
Mereka berjuang kerana bangsa
Semangat tak luntur jiwa perkasa
Jasa pejuang diingat sentiasa
Kita hargai sepanjang masa.

Tidak sedikit pejuang yang gugur


Berani mereka di medan tempur
Rela berkorban bakti nan luhur
Tersebut namamu terkenal masyhur.

Perjuangan seorang pemuda yang digelar Rahman ditentang hebat oleh


ibunya Mak Temah. Kerjayanya sebagai seorang askar tidak direstui
oleh ibunya. Selain itu, kepulangannya ke kampung halaman tidak
disambut oleh ibunya dengan hati yang terbuka walaupun telah lama
berjauhan dengan keluarga tercinta.
BABAK 1
(Ruang tamu) (Pentas diterangkan) (Bunyi kicauan burung dan
ayam)
MAN: Assalamualaikum, mak! Abah! Man dah balik ni.
ADIK-ADIK MAIN BATU SEREMBAN
MAK TEMAH: (duduk atas kerusi sambal menjahit baju)
Waalaikumsalam. Haa Man, baru nak ingat keluarga ke? Bahagia
sangat ke bertempur, tembak sana tembak sini sampai tak ingat
keluarga anak bini?
MAN: Mak… kenapa cakap macam tu? Abah mana mak? (mencari-cari
di belakang pentas)
PAK LATIF: (KELUAR DARI BELAKANG PENTAS) Ye man, abah ada
kat belakang ini. (batuk-batuk). Haih man. Lama kamu kali ini ke sana?
(duduk di atas kerusi sambil keletihan)
MAN: Ye bah, kali ni ada operasi berat dekat bahagian barat. Komunis
serang belah sana pula bah. Ini pun sekejap saja ni. Hujung minggu dah
diarahkan balik ke kubu.
MAK TEMAH: Sudahlah tu Man. Berhentilah daripada kerja-kerja yang
membahayakan kamu. Bukannya orang sanjung kau pun dengan kerja
tu. Makin orang memaki lagi adalah. Orang kampung mati
disalahkannya kamu.
MAN: Takpelah mak. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan jasa. Biarlah tak dikenang asalkan jasa Man untuk negara
tu ada mak.
PAK LATIF: Temah, biarlah dia. (batuk-batuk) Dah tanggungjawabnya
ke situ. Kita sebagai ibu bapa kirimkan doa sahajalah. Biar dia sentiasa
dalam jagaan Allah. Doa kau tu tiada hijab untuk dia Mah.
MAK TEMAH: Tak delah bang. Tanggungjawab kerja dia laksana,
tanggungjawab pada kita ni? Kau tak kasihan ke pada kami, Man. Kamu
sibuk bekerja. Mak ni nak tengok kau kahwin ada anak. Tapi kalau kerja
kau hari-hari begini bila mak nak menimang cucu. Yasmin tu berapa
lama kau nak biar dia. Nanti dikebas orang kau juga yang merana.
MAN: Yasmin tak kesah pun mak. Dia rela saya pergi berjuang untuk
negara.
MAK TEMAH: Mulutnya memang lah tidak dalam hatinya siapa yang
tahu. Sudahlah Man. Mak nasihat kau membantah. Jangan sampai nasi
jadi bubur nanti baru kamu tahu menyesal. (LAGU SEDIH) Mak dengan
abah ni bukannya lama Man. Sudah sakit-sakit badannya. Adik kamu
berdua ni. Siapa yang nak jaga kalau kamu terkorban juga (SEDIH).
Kalau kamu tak kasihan pada mak dan abah. Kasihankanlah adik-adik
kamu. Apalah nasib mereka.
MAN: Kenapa mak kata macamtu? Hmm. Mak, abah Man balik dulu ye.
Nak pergi jumpa si Yasmin. Assalamualaikum. (Keluar Pentas)

Lampu digelapkan
Dengan tidak membuang masa, dia pergi bertemu mata dengan kekasih
hatinya Yasmin di rumahnya. Hatinya berasa terharu dengan sikap
Yasmin yang terlalu bersabar dengan kerjayanya. Percintaannya telah
sekian lama dengan Yasmin membuatkannya dia berasa bersalah
dengan pujaan hatinya kerana membiarkan hubungan mereka
tergantung dalam jangka masa yang lama.

BABAK 2
(Lampu diterangkan)(bunyi kicauan burung dan ayam)
MAN: Min, oh Min. Saya balik ni Min. (keluar dari belakang pentas)
YASMIN: (menyapu halaman)Abang Man! Ya Allah bang.
Alhamdulillah. Macam mana keadaan abang?
MAN: Alhamdulillah sihat. Min sihat?
YASMIN: Sihat Alhamdulillah. Macam mana abang di sana?
MAN: Baik sahaja di sana. Abang minta maaf ye Yasmin. Dah lima
tahun Yasmin dengan abang tapi kita masih macam ini.
YASMIN: Tak mengapa abang. Min faham kerja abang.
MAN: Hmm. Abang tahu orang kampung mengata pasal kita. Mak pun
sudah bising. (Menggosok-gosok rambutnya)
YASMIN: Abang, janganlah fikir sangat tentang kata orang. Min tahu
abang berkorban untuk negara.
MAN: Bukan setakat orang mengata, mak pun berkata hal yang sama.
Abang tak mahu lah Min rasa terabai.
YASMIN: Abang, jangan risau. (senyum) Min tidak apa-apa. Mulut
tempayan boleh ditutup tapi mulut orang. Asalkan doa abang sentiasa
mengiringi langkah Min, Min akan sentiasa rasa abang di sisi.
MAN: Terima kasih kerana memahami abang Min.
YASMIN: Dah sudah. Min nak masak dulu makanan tengahari. Nanti
mak dan ayah balik tiada makanan pula.
MAN: Baik, masak sedap-sedap tau. Nanti abang datang jenguk Min
lagi ya. (keluar dari pentas)
LAMPU DIGELAPKAN
Setelah bercuti panjang, sekali lagi Rahman dipanggil oleh skuadnya
untuk kembali ke medan pertempuran. Serangan daripada pihak musuh
telah tiba ke Tanah Melayu. Berat hati seorang ibu ingin melepaskan
anaknya yang telah ditatang penuh daripada kecil dan meletakkan
nyawanya di hujung tanduk. Ayahnya dan teman wanitanya turut
merelakan perjalanan Rahman berjuang untuk negara.
BABAK 3
LAMPU DITERANGKAN BUNYI HELIKOPTER
MAN: Mak abah, Man pergi dulu. Doakan kesejahteraan Man di sana ye
mak, abah.
MAK TEMAH: Jangan risau. Walaupun mak kurang bersetuju dengan
kerjaya kamu, mak tetap mendoakan kamu.
PAK LATIF: Ye Man. Kamu jangan risau. Yang penting jaga
keselamatan dan kesihatan kamu. Kerja-kerja juga. Diri sendiri pun kena
jaga.
MAN: Baik mak abah. Min abang pergi dulu. Jaga diri awak. Doakan
abang ya.
YASMIN: Ye bang, Abang juga. Ingat kami di sini. Jaga diri abang juga.
Jangan lupa makan.
(lagu sedih)
MAN: Saya gerak dulu ye semua. Assalamualaikum. (Salam semua)
(Keluar pentas)
Pahlawanku siti

Sajak:
Azam
Pengorbananmu
terlalu tinggi buat pertiwi
pada setiap sempadan negeri
kau kawali setiap waktu

intan
tanpa ada rasa letih dan jemu
kerana kau tahu itu tugasmu.
Pada setiap tempat yang kau jagai

shida
Nyawamu belum tentu
kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang
biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu

sha
semangat perwira pembela pertiwi
kuat , kukuh, teguh dalam semangat juangmu.
Perjuanganmu bukan kerana nama,

biha
bukan kerana pangkat,
juga bukan kerana mengejar darjat
namun, namamu akan tersemat kuat melekat

hanafi
pada setiap jiwa umat,
yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu.
Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami.

Lagu:
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Anda mungkin juga menyukai