Anda di halaman 1dari 17

Bahasa Melayu Komunikasi

untuk Kerjaya

BAB 3
PROTOKOL PANGGILAN HORMAT
DAN
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN
Pendahuluan
Rujukan Kehormat atau Protokol Panggilan Hormat ialah kata-kata
rujukan yang dihadapkan kepada audiens menurut taraf sosial masingmasing. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam sapaan atau
panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan
bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan di
sampul surat.
Sistem Panggilan
Ada beberapa unsur yang membina kesantunan berbahasa dari segi
sistem panggilan, iaitu dilihat dari segi pemilihan kata yang sesuai dan
berkesan. Unsur-unsur yang tersebut ialah penggunaan kata ganti
nama,
penggunaan nama gelaran, penggunaan ungkapan rujukan
kehormat dan /atau ungkapan rujukan biasa, dan penggunaan
sistem atau aturan sapaan.
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu ialah salah satu unsur
bahasa yang utama dalam kesantunan berbahasa. Sistem panggilan
merujuk aturan dan pemilihan kata atau ungkapan sapaan atau
bahasa sapaan yang sesuai untuk berucap, menyapa, menyebut atau
memanggil nama seseorang mengikut kebiasaan dalam sistem sosial
dan adat istiadat yang diwarisi dalam masyarakat Melayu secara turuntemurun.
Si penyapa dan pesapa: Ada dua komponen utama dalam
sistem panggilan, iaitu orang yang terlibat dalam interaksi, dan sapaan
yang digunakan untuk panggilan. Orang yang terlibat sebagai si
penyapa menggunakan ganti nama diri. Orang yang disapa atau
pesapa dilihat dari segi kedudukannya dalam tatatingkat sosial
masyarakat. Sapaan pula merujuk kata atau ungkapan yang
digunakan oleh si penyapa kepada pesapa secara khusus atau secara
am, sama ada dalam bentuk ganti nama diri atau kata gelaran warisan
atau gelaran kurniaan, atau seumpamanya.
Cara penyapaan: Cara penyapaan, iaitu dari segi pemilihan kata
sapaan, dilakukan berdasarkan kedudukan dan status si penyapa
berbanding dengan orang yang disapa. Dalam hal ini, ada beberapa
pendekatan yang dilakukan, iaitu berlandaskan prinsip bahawa orang
yang lebih tinggi kedudukannya dalam masyarakat disapa dengan
bahasa sapaan yang lebih halus dan hormat.
34

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa


menggunakan sapaan umum untuk menyapa orang yang
tergolong sama taraf dengannya.
Contoh: aku dengan engkau.
Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa
menggunakan sapaan yang lebih hormat apabila menyapa
orang yang tergolong kelompok sosial yang lebih tinggi
daripadanya.
Contoh : saya dengan tuan.
Si penyapa dalam mana-mana golongan orang biasa atau rakyat
jelata menggunakan sapaan menurut laras bahasa istana
apabila menyapa sultan, raja atau keluarga diraja. Contoh:
patik atau hamba dengan tuanku atau tengku.

Senarai sapaan: Isi kandungan rangkai kata sapaan dan


panggilan dalam urusan rasmi dapat dilihat dalam dua kategori, iaitu
(i) cara sapaan bagi peringkat raja dan raja perempuan, dan (ii) cara
sapaan bagi peringkat bukan raja, iaitu golongan orang-orang besar
dan orang kebanyakan. (Amat Juhari Moain, 1989:107-109):
Contoh bagi peringkat raja (laras bahasa diraja )
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah.
Analisis:
1. Kata pembuka rujukan kehormat (Kebawah),
2. Rujukan kehormat (Duli Yang Maha Mulia),
3. Rujukan kehormat tambahan (Seri Paduka Baginda),
4. Gelaran jawatan (Yang di-Pertuan Agong),
5. Gelaran raja (Sultan),
6. Gelaran keagamaan (Haji),
7. Nama atau isim (Ahmad Shah),
8. Gelaran bahasa Arab laqab (Al-Musta`in Billah),
9. Nama dan gelaran bahasa Arab bagi bapa ( Ibni Al-Marhum Sultan
Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah).
Sapaan dan panggilan kepada golongan bukan raja (laras bahasa
umum halus) mengandungi maklumat-maklumat tersusun yang
berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Rujukan kehormat,
Gelaran warisan,
Gelaran kurniaan,
Pangkat atau jawatan,
nama peribadi yang lengkap, dan
Gelaran dalam bahasa Arab atau laqab nya.
35

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Sistem Penggelaran
Dalam sistem penggelaran, kita boleh menggolongkan jenis-jenis
gelaran ke dalam lima kelompok besar yang berikut:
(i) Gelaran warisan atau keturunan. Contoh: Tengku.
(ii) Gelaran anugerah atau kurniaan. Contoh: Tan Sri.
(iii) Gelaran dalam sistem kekeluargaan. Contoh: Pak Long.
(iv) Gelaran pergaulan biasa. Contoh: Cik.
(v) Gelaran pergaulan formal. Contoh: Tuan.
PERHATIAN
Anda perlu mengetahui kesemua gelaran tersebut kerana nama gelaran
yang berbagai-bagai itu memerlukan cara sapaan yang berbezabeza pula, iaitu cara menggunakan rujukan kehormat atau rujukan
sapaan biasa yang sesuai dengannya dalam konteks kesantunan
berbahasa.
Gelaran Warisan
Gelaran Warisan atau Keturunan: Ada empat kategori gelaran
warisan atau keturunan, iaitu yang berikut:
Gelaran
Gelaran
Gelaran
Gelaran

warisan diraja.
keturunan pembesar.
keturunan nabi.
warisan luar.

Gelaran warisan diraja merujuk kepada gelaran-gelaran yang


dimiliki dan diwarisi oleh raja yang memerintah atau kerabat diraja
tersebut. Antaranya termasuklah Raja, Tengku, Tunku, Pangeran,
Engku/Ungku , dan Cik Wan. Perhatikan:
[1] Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
[2] Tengku Wok Abdullah bin Tengku Din.
[3] Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Gelaran keturunan pembesar merujuk kepada gelaran-gelaran
yang dimiliki dan diwarisi oleh orang yang berketurunan orang-orang
besar atau orang bangsawan. Antaranya: Megat, Puteri, Meor dan Ma,
Nik, Wan, Abang, Datu, Awangku, Pangeran, Dayangku, Tuan, Tan dan
Tun. Perhatikan:
[4]
[5]
[6]
[7]
[8]

Pangeran Badaruddin bin Matusin.


Engku Muhsein bin Abdul Kadir.
Ungku Abdul Aziz.
Megat Ahmad Supian bin Megat Uda.
Puteri Haslina binti Megat Hassan.
36

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

[9] Meor Hashim bin Meor Hassan.


[10] Nik Mohd. Akbar bin Nik Mat.
[11] Dayangku Intan Mastura binti Pangeran Hasbullah.
[12] Tuan Fatimah binti Tuan Kamaruzzaman.
Gelaran keturunan nabi merujuk kepada gelaran-gelaran bagi orang
yang dipercayai berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Antaranya : Syed atau Sayid, Syarifah, dan Syarif. Selain itu, terdapat
gelaran Syekh (Sheikh) dan Siti. Perhatikan:
[13]
[14]
[15]
[16]

Syekh Othman bin Syekh Salim.


Sayid Muharram bin Sayid Barakhbah.
Syarifah Mastura binti Syed Yahya.
Siti Halimah binti Syekh Zahir.

Gelaran warisan luar merujuk kepada gelaran-gelaran yang berasal


dari luar Malaysia. Antaranya termasuklah Raden (Jawa, Palembang),
Daeng (Bugis), Sidi dan Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku
(Aceh). Perhatikan:
[17]
[18]
[19]
[20]

Teuku Iskandar.
Raden Mas Ayu.
Sidi Abdul Salam Sidi Abdul Salim.
Daeng Abdullah Daeng Ali.

Catatan: Setiap satu nama gelaran warisan perlu disapa dengan


menggunakan ungkapan rujukan kehormat tertentu.
Protokol Panggilan Hormat (Rujukan Kehormat)
Protokol ialah peraturan-peraturan yang telah diterima umum dan
diamalkan dalam upacara-upacara rasmi di peringkat negara serta dalam
hubungan antarabangsa. Protokol adalah penting untuk mengendalikan
majlis-majlis rasmi bagi memastikan urusan berkaitan dengan status
sosial masyarakat dikendalikan dengan betul.
Dalam berkomunikasi, antara protokol yang perlu diamalkan dalam
kehidupan harian ialah berkaitan dengan bahasa sapaan, bahasa istana,
adab berbual, susunan keutamaan dan yang paling penting ialah
panggilan hormat atau rujukan kehormat.
Panggilan hormat atau rujukan kehormat ialah kata-kata rujukan
yang dihadapkan kepada orang-orang tertentu menurut taraf sosial
masing-masing. Panggilan hormat biasanya digunakan dalam sapaan atau
panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan
bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, dalam surat dan di
sampul surat.
Ini bermakna, panggilan hormat bukan sahaja perlu digunakan
dalam upacara rasmi negara dan dalam hubungan antarabangsa, malah
37

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

perlu juga digunakan ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi rasmi di


peringkat jabatan atau organisasi.
Panduan penggunaan protokol panggilan hormat adalah berasaskan
beberapa gelaran seperti berikut :
i. Gelaran Diraja
ii.
Gelaran Turun-temurun/Warisan
iii.
Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran
iv.
Gelaran Kurniaan Ikhtisas/Akademik
v.
Gelaran Keagamaan
vi.
Yang Dipertua Negeri/Perwakilan Negara-negara Asing
Gelaran Diraja
Bil
1

2
3

Pangkat/Gelaran
Yang di-Pertuan
Agong

Cara Mengalamatkan
i. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
ii. Tuanku

Raja
Agong

i. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka


Baginda Raja Permaisuri Agong
ii. Tuanku

Permaisuri

Raja Negeri Perlis


Indera Kayangan
Sultan Negeri Kedah
Darul Aman

Sultan Negeri
Selangor Darul Ehsan

Yang Dipertuan Besar


Negeri Sembilan
Darul Khusus

Sultan Negeri Perak


Darul Ridzuan
Al-Sultan Negeri
Kelantan Darul Naim

7
8
9
10

Sultan Negeri
Terengganu Darul
Iman
Sultan Negeri Johor
Darul Takzim
Sultan Negeri Pahang
Darul Makmur

Duli Yang Maha Mulia Tuanku


(nama)
Duli Yang Maha Mulia Tuanku
(nama)

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri


Sultan..(nama)
i. Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku(nama)
ii. Tuanku
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan(nama)
Duli Yang Maha Mulia AlMutawakkil
Alallah(nama)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan..(nama)

38

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Gelaran Diraja bagi Raja Muda Negeri, Raja Di-Hilir dan Undang
Pangkat / Gelaran
Raja Muda Negeri Perlis, Kedah,
Selangor, Perak, dan Johor.
Raja Muda Negeri Pahang dan
Kelantan, Terengganu
Raja Di-Hilir Perak
Undang Negeri Sembilan

Cara Mengalamatkan
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku
Duli Yang Amat Mulia Tuanku
Yang Amat Mulia Undang

Gelaran Turun-temurun / Warisan


Gelaran
Anak-anak raja atau kerabat diraja
paling kanan
Individu lain yang bergelar
Tengku, Tunku, Raja
Syed, Engku, Raden, Daeng, Datu,
Nik, Wan, Megat, Puteri, Meor.

Cara Mengalamatkan
Yang Amat Mulia
(Y.A.M)
Yang Mulia
(Y.M)
Yang Berbahagia
(Y. Bhg)

Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran


Pangkat / Gelaran
Tun dan Toh Puan (tidak menjadi
Wakil Rakyat/ tidak menjadi
Senator)

Cara Mengalamatkan
Rakyat Biasa:
Yang Amat Berbahagia
(Y.A. Bhg.)
ii.
Kerabat Diraja:
Yang Amat Mulia
(Y.A.M)
i.
Rakyat Biasa:
Yang Berbahagia (Y.Bhg.)
ii.
Kerabat Diraja:
Yang Mulia (Y.M)
i.

Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin


Seri, Datuk Patinggi, Datin
Patinggi, Datuk, Datuk Amar,
Datin, Datin Paduka.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas


Terdapat tiga kategori gelaran kurniaan ikhtisas:
1. Gelaran kepada mereka yang dipilih oleh rakyat melalui sistem
demokrasi pilihanraya seperti Perdana Menteri, Menteri dan Wakil
Rakyat.
2. Gelaran kepada mereka yang dilantik ke jawatan awam dalam
perkhidmatan kerajaan Malaysia seperti Pengarah, Pengurus,
Pegawai Daerah dan lain-lain.
3. Gelaran kepada mereka berdasarkan pencapaian akademik seperti
Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, Profesor Madya,
Insinyur dan Doktor.

39

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam


Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas) melalui Sistem
Pilihanraya / Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri
No
.
1

Pangkat/Gelaran
Perdana Menteri Malaysia,
Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Besar / Ketua
Menteri
Menteri-menteri dan
Timbalan-timbalan
Menteri,
Wakil Rakyat atau ahli/
anggota Parlimen ,
ahli/anggota Dewan
Rakyat dan ahli/anggota
Dewan Undangan Negeri

Panggilan Hormat
Rakyat Biasa :
Yang Amat Berhormat (Y.A.B)
Kerabat Diraja :
Yang Amat Berhormat Mulia (Y.A.B.M)
Rakyat Biasa :
Yang Berhormat (Y.B)
Kerabat Diraja :
Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

Ahli/ Anggota Dewan


Negara/Senator

Yang Dipertua Dewan


Rakyat/
Yang Dipertua Dewan
Negara/
Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri

Rakyat Biasa :
(Dalam sidang) : Tuan Yang Dipertua
(Luar sidang)
: Yang Berhormat

Pegawai-pegawai Tinggi
Kerajaan Negeri :
a) Setiausaha Kerajaan
Negeri
b) Pegawai Kewangan
Negeri
c) Penasihat Undangundang Negeri

Rakyat Biasa :
Yang Berhormat (Y.B)

Kerabat Diraja :
Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

Kerabat Diraja :
Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

40

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam


Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas)
No
.
1

Pangkat / Gelaran
Ketua Hakim Negara

Rakyat Biasa :
Yang Amat Arif (Y.A.A)
Kerabat Diraja :
i. Yang Amat Arif Mulia Tengku/
Tunku/ Engku/ Ungku/ Raden/
Datu..
ii. Yang Amat Arif Duli Yang Teramat
Mulia (Y.M) Tuanku .(gelaran
khas untuk Tun Raja Azlan
Shah)

Hakim/Hakim Besar

Rakyat Biasa :
Yang Arif (Y.A)
Kerabat Diraja :
Yang Arif Mulia Tengku/ Tunku/
Engku/ Ungku/ Raden/ Dato

Ketua Turus Angkatan


Bersenjata Malaysia
i. Ketua Turus Angkatan
Darat

Yang Amat Setia (Y.A.S)


i. Yang Amat Setia Jeneral/ Leftenan
Jeneral/ Mejar Jeneral
(gelaran, nama) Ketua Turus
Angkatan Darat
ii. Yang Amat Setia Laksamana Laut/
Laksamana Madya Laut .

ii.

Panggilan Hormat

Ketua Turus
Angkatan
Laut
iii. Ketua Turus Angkatan iii. Yang Amat Setia Komodor Udara/
Udara
Komodor Muda Udara

4
5
6

Ketua Polis Negara


Pegawai Kanan Polis dan
Tentera
Ketua Setiausaha Negara,
Peguam Negara, Ketua
Pengarah, Pengarah,
Setiausaha, Pengurus
Besar, Pengurus, Pegawai
Daerah, Penghulu, Orang
Kaya-kaya, Sidang,
Pengetua, Guru Besar dan
lain-lain.

Yang Amat Setia Ketua Polis Negara..


Yang Setia (Y.S)

Pengerusi Majlis

Yang Mulia Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia (Y.Bhg)

41

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Panggilan bagi Mereka yang Mempunyai Gelaran Berdasarkan


Pencapaian Akademik
No
.
1

Gelaran/Pangkat
Profesor Diraja, Profesor
Emeritus, Profesor,
Profesor Madya, Insinyur,
Doktor.

Cara Mengalamatkan
Yang Berbahagia (Y.Bhg)

Gelaran Keagamaan
Gelaran keagamaan diberi kepada tokoh-tokoh di dalam bidang agama
seperti Mufti, Kadi, Imam, Ustaz, Ustazah, Haji dan Hajah.
No
.
1

Pangkat/Gelaran

Cara Mengalamatkan

Mufti

Rakyat Biasa :
i. Yang Berbahagia (Y.Bhg)
ii. Sahibul Samahah atau
Sahibul Al-Samahah (S.A.S)
Kerabat Diraja :
Yang Mulia

Kadi

Haji/ Hajah/ Imam/ Ustaz/


Ustazah/ Alim Ulama

i. Yang Arif (Y.A)


ii. Sahibul Fadhilah (S.F)
Rakyat Biasa :
Yang Berbahagia (Y.Bhg)
Kerabat Diraja :
Yang Mulia (Y.M)

Yang Dipertua Negeri/ Perwakilan Negara-negara Asing


No
.
1
2

Pangkat/Gelaran
Yang Dipertua Negeri
Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak
Duta Besar, Duta,
Pesuruhjaya Tinggi,
Konsul, dan pemimpinpemimpin asing lain yang
bukan raja.

Cara Mengalamatkan
Tuan Yang Terutama (T.Y.T)
Tuan Yang Terutama (T.Y.T)

42

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Peraturan Sapaan
Panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri
bersama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan,
seseorang pengucap mesti menyapa Kebawah Duli Tuanku terlebih
dahulu. Selepas itu barulah orang lain mengikut urutan protokol dan
Susunan Keutamaan Persekutuan.
Pada awal ucapan atau semasa bertukar daripada satu tajuk kepada
satu tajuk ucapan, sapaan yang lengkap terhadap Kebawah Duli Sultan
perlulah dilafazkan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Walau bagaimanapun, pada bahagian yang lain, cukup dengan ucapan
Tuanku atau Ampun Tuanku atau Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun
sahaja.
Jika seseorang itu berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh
orang ramai dan Kebawah Duli Tuanku turut berangkat hadir
menyaksikan majlis tersebut, maka hendaklah disapa Kebawah Duli
Tuanku terlebih dahulu dengan menyebut perkara-perkara penting dan
bersesuaian kepada baginda. Kemudian, hendaklah memohon sembah
izin daripada baginda untuk berucap kepada hadirin yang lain.
Ini
bermakna Tuanku seolah-olah menjadi pemerhati sahaja.
Apabila
pengucap mahu menamatkan ucapannya, beliau mesti memohon sembah
sekali lagi kepada Kebawah Duli Tuanku dengan menyapa baginda
untuk memohon ampun dan izin untuk menamatkan ucapannya.
Dalam majlis yang tidak dihadiri oleh raja atau wakil raja, pada
permulaan setiap ucapan, pengucap mesti menyapa terlebih dahulu
kepada orang yang paling kanan dalam majlis tersebut, iaitu pengerusi
majlis dan tetamu khas yang diundang ke majlis itu. Selepas itu baru
disapa orang lain mengikut urutan protokol.

Kaedah Sapaan atau Panggilan


Orang yang Mempunyai Satu Gelaran (Warisan atau
Kurniaan).
*1 Mulakan dengan rujukan kehormat diikuti dengan
gelaran dan nama peribadi.
*2 Contoh:
1. Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Saleh Sulong (Pengerusi
DRB Hicom).
2. Yang Berhormat Datuk Jamaluddin Jarjis (Menteri
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia).
3. Yang Arif Datuk Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur).
43

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

4. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Ibni


Sultan Hj Ahmad Shah (Tengku Mahkota Pahang).
5. Yang Berbahagia Datuk Ahmad Zaki Husin (Ketua
Pengarah BPR).

Rumusan:
Rujukan Kehormat (+) gelaran(warisan atau kurniaan) (+) nama
Orang yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran.
a) Sekiranya gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti
Raja atau Tengku, maka gelaran itu hendaklah didahulukan
daripada gelaran kurniaan.
Contoh:
a. Yang Mulia Tengku Datuk Mahaleel Tengku Arif (Bekas
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Bhd.)
b. Yang Mulia Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman.
c. Yang Amat Arif Raja Tun Azlan Shah (sewaktu menjadi
Ketua Hakim Negara.)
Rumusan:
Rujukan Kehormat (+) gelaran warisan kanan (+) gelaran kurniaan (+)
nama
b) Sekiranya gelaran itu bukan yang kanan seperti Syed,
Meor, Megat, gelaran itu hendaklah dikemudiankan
daripada gelaran kurniaan.
Contoh:
a. Tuan Yang Terutama Tun Sheikh Hamdan b. Sheikh
Tahir (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang).
b. Yang Amat Berhormat Dato' Nik Aziz Nik Mat (Menteri
Besar Kelantan).
c. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar
(Menteri Luar Malaysia).
Rumusan:
Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (+) gelaran warisan biasa (+)
nama
c) Sekiranya kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran
kurniaan, dahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.
Contoh:
44

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

a. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Azizan Zainal


Abidin (Pengerusi Petronas).
b. Yang Berbahagia Datuk Dr. Fadzillah Kamsah (Pakar
motivasi).
c. Yang Berbahagia Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman
Yaakub (Bekas Ketua Menteri Sarawak).
d. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Amar Wan Mokhtar
Ahmad(Bekas Menteri Besar Terengganu).
Rumusan:
Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (kanan) (+) gelaran kurniaan
(biasa atau akademik) (+) nama
d) Sekiranya seseorang itu mendapat gelaran yang banyak,
sebutkan dan deretkan gelaran-gelarannya.
Contoh:
a. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Haji
Awang Had Salleh.
b. Yang Berbahagia Profesor Puan Sri Dato' Dr. Fatimah
Hamidon.
c. Yang Berbahagia Profesor Dato' Ir. Ahmad Zaidee Laidin
(Naib Canselor UiTM).
d. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah
Karim

Rumusan:
Rujukan Kehormat (+) gelaran ikhtisas (+) gelaran kurniaan (kanan) (+)
gelaran kurniaan (biasa) (+) gelaran kurniaan akademik) (+) gelaran
keagamaan (+) nama
SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN
MENGIKUT WARTA KERAJAAN
JIL: 29 BIL: 20 BERTARIKH 3HB OKTOBER, 1985
(P.U.(B) 456)
____________________________________________
Susunan Keutamaan Persekutuan dalam Jadual Pertama telah diluluskan
oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
disiarkan untuk makluman umum.
2. Susunan tersebut hendaklah tertakluk kepada catatan dalam Jadual
Kedua.
JADUAL PERTAMA
(Perenggan 1)
1.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
45

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

3.
4.
5.

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.


Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.
Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Di Raja
daripada Kerajaan Persekutuan.
6.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kehormat - 6A. Bakal-bakal Raja (Y.T.M. Tengku Mahkota/ Raja
Muda)
7.
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
8.
Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N).
9.
Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M).
Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat serta Tengku
Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara
12. Yang Dipertua Dewan Negara
13. Yang Dipertua Dewan Rakyat
14. Ahli-ahli Jemaah Menteri
15. Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (High Commissioners),
Duta-duta Besar (Ambassadors),
Menteri-menteri yang Mutlak (Minister Envoys),
Pemangku Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (Acting High
Commissioners) dan Kuasa-kuasa Usaha (Charge dAffaires).
16. Hakim-hakim Besar.
17. Ketua Pembangkang dalam Parlimen.
Kehormat - 17A.
Y.A.B Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua
Menteri.
18. Setiausaha Jemaah Menteri/ Ketua Setiausaha Negara.
19. Hakim-hakim Mahkamah Agong.
20. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dan Timbalan-timbalan Menteri.
21. Setiausaha-setiausaha Parlimen.
22. Peguam Negara.
23. Panglima Angkatan Tentera.
24. Ketua Polis Negara.
25. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
26. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Kehormat - 26A. Penasihat Khas kepada Y.A.B. Perdana Menteri
27. Pegawai-pegawai Turus II, III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.
28. Gabenor Bank Negara.
29. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
30. Mufti Wilayah Persekutuan.
31. Penyimpan Mohor-mohor Besar.
32. Datuk Paduka Maharaja Lela
33. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N)
34. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
35. Profesor-profesor Di Raja dan Ahli-ahli Panglima Setia Di Raja (P.S.D)
36. Pengerusi, Jawatankuasa Majlis-majlis Rasmi Kerajaan.
37. Ahli-ahli Dewan Negara.
38. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Kehormat - 38A Speaker Dewan-dewan Undang Negeri.
46

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

39.
40.
41.

42.
43.
44.
45.

46.
47.

48.
49.
50.
51.
52.
53.

Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan di


bawah Perlembagaan.
Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi A dan Pegawai-pegawai
Tentera dan Polis yang setaraf dengannnya.
Panglima-panglima Tentera :
(a) Panglima Tentera Darat
(b) Panglima Tentera Laut
(c) Panglima Tentera Udara
Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi B dan Pegawai-pegawai
Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu (Local Representative of
the United Nations).
Naib-naib Canselor Universiti-universiti, Pengerusi-pengerusi Badanbadan Berkanun Persekutuan dan Ketua-ketua Pengarah Badanbadan Berkanun Persekutuan setaraf dengan pegawai-pegawai
Tingkatan Tertinggi B.
Kehormat - 45A Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan-kerajaan
Negeri dan Menteri-menteri Negeri di Sabah/ Sarawak.
Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi C dan Pegawai-pegawai
Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi D dan Pegawai-pegawai
Tentera dan Polis yang setaraf dengannya dan Pengurus-pengurus
Besar Badan-badan Berkanun Persekutuan.
Kehormat - 47A Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli-ahli Johor Mangku Negara (J.M.N)
Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M)
Ahli-ahli Johan Setia Di Raja (J.S.D)
Setiausaha-setiausaha Politik.
Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi E, F dan G dan Pegawaipegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
Konsul-konsul Jeneral Negeri-negeri yang tiada Perwakilan
Diplomatik di Malaysia (Consuls-General of Countries not having
Diplomatic Representation in Malaysia).
JADUAL KEDUA
(Perenggan 2)

CATATAN

Butiran 3 & 4

Butiran 9, 10,
33, 34, 35, 48,
49 & 50

1. Susunan dalam Jadual Pertama hendaklah


dipatuhi dalam semua majlis Rasmi
Persekutuan.
2. Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang diPertua Negeri mengambil keutamaan
antara mereka sendiri mengikut Perkara
70 Perlembagaan.
3. Orang-orang yang dikurniakan Bintang
Darjah Pangkuan Negara, Darjah Setia
Mahkota atau Darjah Setia Di Raja
47

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Butiran 15, 44 &


53

Butiran 16 & 19

Butiran 17A

Butiran 21 & 51

Butiran 27, 40,


42, 43, 46, 47 &
52

Butiran 37 & 38

Butiran 39

Butiran 45 & 47

mengambil keutamaan dalam tingkatan


mereka masing-mereka mengikut tarikh
pengurniaan. Ahli-ahli Kehormat
mengambil keutamaan selepas semua
ahli-ahli penuh.
4. Ahli-ahli Kumpulan Diplomatik mengambil
keutamaan mengikut tingkatan mereka
masing-masing menurut kelaziman
diplomatik.
5. Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo
dan Hakim-hakim Mahkamah Agung
mengambil keutamaan antara mereka
sendiri mengikut Seksyen 8, Akta
Mahkamah Kehakiman 1964.
6. Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua
Menteri mengambil keutamaan antara
mereka sendiri mengikut keutamaan Rajaraja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertua
Negeri.
7. Setiausaha-setiausaha Parlimen dan
Setiausaha-setiausaha Politik mengambil
keutamaan antara mereka sendiri
mengikut keutamaan Menteri-menteri
mereka.
8. Pegawai-pegawai Turus II dan III dan
Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
mengambil keutamaan di antara mereka
mengikut tarikh perlantikannya. Pegawaipegawai Perkhidmatan Awam, Tentera
dan Polis mengambil keutamaan dalam
tingkatan mereka masing-masing
mengikut tarikh mereka dalam tingkatan
itu. Dengan syarat bahawa penyandangpenyandang jawatan Pemangku
mengambil keutamaan selepas semua
penyandang jawatan hakiki yang sama
peringkatnya.
9. Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli
Dewan Rakyat mengambil keutamaan
antara mereka sendiri mengikut susunan
yang diuntukkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
10. Pengerusi-pengerusi Suruhanjayasuruhanjaya mengambil keutamaan
antara mereka mengikut tarikh
perlantikan mereka.
11. Naib-naib Canselor Universiti-universiti,
Pengerusi-pengerusi Badan-badan
48

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

Berkanun Persekutuan, Ketua-ketua


Pengarah Badan-badan Berkanun
Persekutuan dan Pengurus-pengurus
Besar Badan-badan Berkanun
Persekutuan mengambil keutamaan
antara mereka sendiri mengikut tarikh
perlantikan mereka.
12. Seseorang yang berhak kepada lebih
daripada satu tempat dalam Jadual ini
mengambil keutamaan mengikut tempat
yang tertinggi, misalnya seorang
Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan
adalah Ahli Panglima Mangku Negara,
keutamaannya ialah Butiran 33 dan
bukannya di Butiran 45.
13. Tertakluk kepada catatan 12, isteriisteri mengambil keutamaan sama seperti
suami-suami mereka dan suami-suami
pula mengambil keutamaan sama seperti
isteri-isteri mereka.
14. Orang-orang yang tidak tersebut dalam
Jadual Pertama akan mengambil
keutamaan mengikut kelaziman yang
tertentu tertakluk kepada apa-apa
panduan khas yang diberi oleh Jabatan
Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
15. Sekiranya timbul apa-apa keraguan
tentang pemakaian Jadual Pertama,
rujukan hendaklah dibuat kepada Jabatan
Perdana Menteri sementara keraguan
mengenai Butiran 15, 44 dan 53
hendaklah dirujuk ke Kementerian Luar
Negeri.

Aktiviti Pengukuhan
A. Tuliskan kata Panggilan Hormat yang sesuai bagi individu
berikut:
1. Yang Dipertua Dewan Rakyat bergelar Tengku
a. dalam sidang:
b. di luar sidang:
49

Bahasa Melayu Komunikasi


untuk Kerjaya

2. Isteri Ketua Setiausaha Negara kerabat diraja:


3. Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang bergelar Sir:
4. Permaisuri Sultan Terengganu:
5. Menteri Pendidikan bergelar Raja:
6. Ketua Polis Negara bergelar Tun:

B. Susunkan Rujukan Kehormat bagi individu berikut:


Bil

Nama

Ct
h

Halimah

Gelara
n
Warisa
n
-

1.

Ismail

Raja

2.

Ali

Nik

3.

Hasan

Tengku

4.

Yusuf

Nik

Gelara
n
Kurnia
an
Datin

Jawatan/Pangk
at

Dato
Seri

Ketua
Negara

Rujukan
Kehormat

Pengarah
Yang
Urusan
berbahagia
Syarikat
Datin Halimah
Dato
Pegawai Daerah
Seri, Tan Manjung Perak
Sri
Tun
Panglima Tentera
Darat
Dato
Pengarah Urusan
Syarikat

50

Hakim

Anda mungkin juga menyukai