Anda di halaman 1dari 28

Aspek kesopanan dalam surat rasmi: 1) Nama dan alamat penerima Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan

hormat yang perlu disesuaikan dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia 2) Sapaan dan rujukan kehormat Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam alamat penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato 3) Pembukaan surat Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang tajuk. Contohnya,

Dengan hormatnya, Izinkanlah

4) Isi surat Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus seperti harap ataumengharapkan. 5) Penutup Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima. Ulasan: Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam surat rasmi amat penting kerana surat merupakan cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang elok kepada penulis dan penerima. Definisi

Untuk mendefinisikan kesantunan bahasa, kita perlu melihat peranan bahasa itu sendiri dalam konteks kehidupan seharian. Bahasa boleh dikatakan sebagai satu alat komunikasi di antara si penyampai maklumat dan si penerima maklumat atau si pendengar. Kepentingan bahasa juga dapat dilihat dalam hubungan dan pergaulan harian masyarakat. Dalam erti kata lain, bahasa berfungsi memaparkan dan menggambarkan kehidupan harian kita. Tidak keterlaluan kiranya jika bahasa itu dikatakan sebagai cermin yang menunjukkan keperibadian si penutur.Penggunaan bahasa yang betul, dari perkataan hinggalah ke aspek nada dan faktor seperti tempat dan keadaan suasana akan menentukan samada si penutur itu mempunyai budi pekerti atau sebaliknya. Kesantunan bahasa adalah berkaitan dengan kehalusan budi bahasa, keadaban dan kesopanan. Ia berperanan untuk menjaga perasaan si pendengar atau si penerima maklumat. Tidak hairanlah kenapa berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan disebabkan isu yang berkaitan dengan kebiadapan. Seperti kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dapat dirumuskan bahawa kesantunan bahasa berkaitan dengan tatacara dan peraturan dalam berbahasa. Ini dilihat dari aspek cara dan bentuk bahasa yang digunakan seperti pemilihan kata, nada, gerak laku atau bahasa badan yang digunakan semasa berkomunikasi.

Kesantunan Berbahasa Definisi Kehalusan budi bahasa dalam pemakaian atau penggunaan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Contohnya ialah seperti panggilan , Pak, Mak, abang, Tok, dan sebagainya lagi. Semua panggilan tersebut dikenali sebagai jenama kekeluargaan. Jenama kekeluargaan

Terbagi kepada; i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. Gelaran Pergaulan Biasa Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. Gelaran Pergaulan (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang

seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.) Gelaran Warisan Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

Gelaran Kurniaan Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Gelaran Ikhtisas Gelaran bagi individu yang diperoleh melalui pencapaian atau kejayaan akademk atau kemahiran dalam bidang tertentu seperti Profesor,Doktor,Ustaz dan Ustazah.

Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

Rujukan Hormat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ,Sultan, Raja, Sultanah Duli Yang Maha Mulia Balu Raja Yang Maha Mulia Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia Bergelar warisan Yang Mulia Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia Tun, Toh Puan

Yang Amat Berbahagia Yang mempunyai gelaran kurniaan atau gelaran iktisas yang formal Yang Berbahagia Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Hakim, Kadi Yang Arif Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Urusan rasmi merujuk kepada sesuatu majlis atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa dan institusi, termasuk swasta dan pertubuhan.

Suasana rasmi merujuk kepada apa-apa sahaja bentuk majlis yang diadakan oleh atau berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut di atas. Antara majlis rasmi yang lazim termasuklah: 1. Majlis perasmian (pembukaan dan

penutupan) 2. Majlis pelancaran 3. Majlis sambutan / keraian 4. Majlis santapan diraja 5. Majlis jamuan 6. Majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong / Raja / Sultan 7. Majlis pengurniaan dan bintang kehormat 8. Majlis mendatangani perjanjian 9. Majlis pengisytiharan 10. Majlis konvokesyen

Urusan rasmi pula lazimnya berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu tugas yang berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut tadi. Antara urusan rasmi yang lazim ialah:

1. Surat-menyurat rasmi 2. Pemakluman 3. Mesyuarat (menyuarat agung, mesyuarat berkala, mesyuarat khas) 4. Seminar dan persidangan 5. Ceramah 6. Dialog 7. Pengiklanan pentadbiran / pengurusan 8. Kuliah / pengajaran 9. Taklimat 10. Forum.

Dalam semua suasana dan urusan rasmi seperti yang dinyatakan di atas, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, Penutur sosiolinguistik atau penulis mahupun untuk bahasa pragmatiknya. majlis yang rasmi baik

perlu menggunakan

susunannya serta mematuhi sistem bahasa.

Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Sebagai contoh, penggunaan panggilan hormat kata serta ganti dankata pangkathendaklah

menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusanyang berkenaan. Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agartujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
BBM110- KESANTUNAN BAHASA

Pengenalan

Kata santun menurut Kamus Dewanialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu kata kesantunanberkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.

Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan

penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang bertamadun.

Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadibahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.

Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan

panggilan kehormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk-bentukpanggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Ameritus Dato Dr. Asmah Haji Omar merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu:

1. peraturan linguistik

2. peraturan sosiolinguistik

3. peraturan pragmatik

Kepatuhan kepada ketiga-tiga pertaturan itu secara bersepadu menjadi asas

Kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.

BAHAGIAN I I. Maksud Kesantunan Bahasa Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan bahasa, secara umum, merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.

Bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah wujud sejak sekurangkurangnya dua alaf atau dua ribu tahun lalu telah mempunyai tradisi perbahasaan yang halus dan memancarkan adab bangsa Melayu. Asasnya menjadi lebih teguh dan jelas apabila agama Islam disebarkan di Kepuluan Melayu dan menjadi mercu tanda kebangkitan tamadun baharu yang bersendikan tauhid dan syariat sempurna Din al-Islam. Akhlak Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.a sebagai akhlak al-Quran menjadi asas akhlak dan kesantunan umat Melayu Islam, termasuk dalam aspek kesantunan bahasa. Dalam zaman Kesultanan Melayu di pelbagai kawasan di alam Melayu, muncul pusat-pusat tamadun Melayu yang menghasilkan beberapa banyak ulama, pemikir dan pujangga dan karya-karya dalam pelbagai bentuk (prosa dan puisi) dan bidang (akidah, fekah, tasawuf, ketatanegaraan, historiografi, undang-undang, dokumen diplomatik dan susastera). Di dalamnya terpancar kesantunan atau adab bangsa yang disampaikan melalui bahasa Melayu yang santun. Gurindam 12 karya Raja Ali Haji yang penuh dengan panduan dan nasihat, umpamnya, cukup jelas memancarkan kesantunan bahasa dan sekali gus adab bangsa. Apabila kemudian bahasa Melayu menjadi bahasa negara (sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura) dan menjadi bahasa bahasa rasmi (Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan salah satu bahasa rasmi Singapura), maka keperluan untuk memberikan perhatian kepada kesantunan bahasa Melayu menjadi lebih penting kerana kedudukan dan peranannya sebagai salah satu teras jati diri dan citra negara. Tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun sejak sekian lama itu perlu

dipertahankan dan ditingkatkan, lebih-lebih lagi dalam zaman globalisasi yang menuntut kewaspadaan yang lebih dalam rangka melestarikan sifat dan ciri kebangsaan kita, di sisi memanfaatkan unsur-unsur positif tamadun lain. Dalam usaha kerajaan membentuk warganegara yang berjati diri, memelihara adab dan kesopanan serta bertamadun tinggi, kesantunan bahasa sewajarnya menjadi amalan seluruh warganegara, daripada kalangan pemimpin hingga rakyat biasa. Dengan demikian, rakyat dan negara bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi, sains dan teknologi, tetapi akan dihormati sebagai bangsa yang mempunyai maruah dan keperibadian yang tinggi. Di Malaysia, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan pada awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk kesedaran dan penghayatan seluruh warganegara terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bahkan dalam hubungan manusia sejagat. Kesantunan bahasa merupakan salah satu aspek penting kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni itu. Lama sebelum itu, iaitu pada tahun 1987, secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memasukkan nilai-nilai murni sebagai salah satu teras dasar dan sistem pendidikan, khususnya melalui program penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan, iaitu Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum. II. Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa

sesuatu masyarakat. Daripada satu sisi, kepatuhan kepada sistem bahasa merujuk kepada sistem bahasa yang terdapat dalam bahasa masyarakatnya sendiri. Daripada sisi yang lain, kepatuhan kepada peraturan atau sistem bahasa berkaitan juga dengan kepatuhan kepada sistem bahasa lain apabila kita berhubung dengan menggunakan bahasa asing tersebut, terutama kepada anggota masyarkat bahasa itu. Oleh itu, di samping menegaskan peraturan atau sistem bahasa kepada pelajar penutur jati bahasa yang kita ajarkan, amat penting dititikberatkan peraturan atau sistem bahasa kita kepada pelajar asing yang mungkin tidak memahami latar budaya bahasa kita atau disebabkan kelainan sisi-sisi tertentu yang terdapat dalam budaya mereka berbanding dengan budaya kita. Sebahagian peraturan bahasa bersifat sejagat, seperti penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan hormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan. Misalnya, walaupun bangsa Melayu dan bangsa Inggeris sama-sama mempunyai sistem protokol pentadbiran dan adat istiadat masing-masing, bentuk khusus kata panggilan hormatnya tidaklah sama disebabkan kelainan latar belakang kebudayaan. Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa, iaitu:

1. peraturan linguistik, 2. peraturan sosiolinguistik, dan 3. peraturan pragmatik. Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu. Peraturan Linguistik Peraturan lingusitik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi. Sekurang-kurangnya ada dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu diberi perhatian dalam urusan dan majlis rasmi. Yang pertama ialah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Yang kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat saling memahami pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak. Dalam urusan dan majlis yang tidak rasmi, lazimnya anggota

kelompok terdiri daripada individu-individu yang akrab dan telah saling kenal. Dalam konteks sedemikian, keperluan kepada peraturan linguistik yang formal agak minimum. Misalnya komunikasi boleh berlangsung dalam dialek yang sama-sama difahami atau dalam ragam bahasa basahan yang tidak begitu tertakluk kepada peraturan bahasa yang formal, seperti banyaknya ayat penggalan (ayat yang tidak lengkap subjek dan predikatnya) atau kata-kata yang tidak lengkap imbuhannya atau kata yang lain sama sekali daripada kata dalam penggunaan yang rasmi (antara contoh yang paling ketara termasuklah penggunaan kata dekat bagi kepada dan di). Peraturan Sosiolinguistik Peraturan bahasa yang kedua, iaitu peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat. Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengar khalayak, faktor suasana (misalnya antara rasmi dengan tidak rasmi), faktor bidang yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan). Dalam pelaksanaannya, kedua-dua suasana berbahasa, iaitu rasmi dan tidak rasmi memerlukan kepatuhan kepada peraturan

sosiolinguistik. Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi di Malaysia, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul. Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato, Dato Seri dan yang lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa. Dalam suasana tidak rasmi, masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelar tetap perlu disapa dengan gelar yang dimilikinya. Menjadi tanggungjawab pembicara menyapanya dengan gelar itu walaupun ia mungkin tidak mengharapkannya. Demikian juga, kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat. Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya, misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya. Sikap tidak peka atau kurang peka akan hal itu menyebabkan wujud kecenderungan sesetengah orang memanggil semua orang yang agak berumur dengan panggilanpak cik atau mak cik, hatta kepada profesor atau pensyarahnya, atau abang kepada semua pelanggan lelaki yang berurus niaga dengannya. Gadis pula sering menjadi mangsa dengan panggilan kak long walaupun ia

mungkin bukan semestinya anak sulung. Dalam hal ini, perlu dibedakan panggilan yang berasaskan kekerabatan dan kemesraan daripada panggilan yang berasaskan hubungan neutral dan rasmi. Peraturan Pragmatik Yang ketiga, iaitu peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan. Maka itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, pengajaran, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan kita tidak menyakiti perasaan orang lain. Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan peraturan pragmatik disebut retorik. Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara, latar belakang khalayak, bidang dan suasana. Dalam wacana, misalnya, dapat dipilih wacana jenis penceritaan, pemaparan, penghujahan dan pembujukan. Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas (seperti majlis perasmian, majlis perpisahan dan yang lain) atau hiburan. Latar belakang khalayak berkaitan dengan ciri-ciri demografi seperti bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi. Bidang pula berkaitan dengan kekhususan topik yang dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan yang lain. Suasana berkaitan dengan pelbagai

keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak. III. Kesantunan Bahasa daripada Sudut Agama Bahasa, menurut huraian ulama Islam dan juga ahli bahasa aliran mentalisme, berkaitan rapat dengan akal. Manusia disebut haiwan natiq atau rational animaldisebabkan adanya dua unsur itu, iaitu akal dan bahasa pada dirinya. Sifat natiq dan rasional dikaitkan dengan ciri manusia sebagai haiwan yang berakal dan berbahasa. Kedua-dua sifat itu menjadikan manusia makhluk yang paling istimewa dan sempurna kejadiannya di dunia ini (al-Alaq: 4). Sebagai makhluk yang istimewa dan mulia, manusia wajib menjaga kemuliaan akhlak dan salah satu tanda kemuliaan akhlak manusia ialah kesantunan bahasanya. Bahasa merupakan wahana atau saluran akal sebagai alat berfikir dalam bentuk dua fungsi. Pertama, bahasa menjadi wahana atau saluran akal melahirkan idea, fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan kepada pihak lain. Kedua, bahasa menjadi wahana yang menerima dan menafsirkan idea, fikiran atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau perasaan itu faham dan mungkin perlu memberikan gerak balas atau respons. Peranan bahasa sebagai penzahir dan penerima mesej itulah yang memungkinkan manusia dapat berkomunikasi untuk mewujudkan kesalingfahaman, persefahaman, perpaduan dan kerjasama ke arah kebaikan. Dengan berlangsungnya semua

keadaan itu, manusia dapat membentuk cara hidup yang dikenal sebagai kebudayaan dan pada tingkat yang tinggi disebut tamadun atau peradaban. Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia dapat diringkaskan seperti yang berikut: 1. Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu Dalam Surah al-Baqarah, ayat 31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama sekalian ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti bahawa pemerolehan dan pengembangan ilmu memerlukan bahasa sebagai alatnya. 2. Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) Pembentukan sahsiah yang bermula dengan institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat berlangsung dengan menggunakan bahasa sebagai alat penyaluran sistem kepercayaan, sistem nilai, adat dan kebudayaan keseluruhannya. 3. Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan Baik dalam kalangan sesama bangsa, kaum atau suku mahupun dalam kalangan antara bangsa, kaum dan suku yang berlainan, bahasa menjadi alat yang membentuk persefahaman dan perpaduan manusia (al-Hujurat: 13). Oleh sebab demikian besarnya peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia, maka kesantunan bahasa menjadi perkara yang amat penting difahami dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.

Prinsip utama agama Islam dalam kaitannya dengan kesantunan bahasa berhubungan secara langsung dengan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu: 1. Menyerukan kebaikan (amar ma`ruf) 2. Mencegah kemungkaran (nahi mungkar) Dalam melaksanakan kedua-dua peranan itu, kesantunan bahasa diperlukan agar mesej (ajaran, nasihat, teguran dan sebagainya) yang disampaikan dapat diterima dengan baik dan meninggalkan kesan yang diharapkan serta tidak menyebabkan kemarahan, kebencian atau permusuhan. Antara asas prinsip itu ialah ayat alQuran yang berbunyi Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat. (Taha: 44) dan Allah tidak suka akan perkataanperkataan jahat yang keluar daripada mulut seseorang. (al-Nisa: 148). Dalam konteks yang lebih rinci, agama Islam menekankan kesantunan bahasa dalam hubungan antara kita dengan ibu bapa, jiran tetangga dan manusia keseluruhannya tanpa mengira usia dan taraf sosial. Penekanan ini berkaitan dengan keperluan manusia memelihara hubungan sesama manusia (hablum minannnas) di samping hubungannya dengan Tuhan (hablum minallah). Orang yang baik ialah orang yang bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Tuhan bahkan menjaga hubungannya dengan sesama manusia. Dalam konteks inilah kesantunan bahasa amat penting diberi perhatian dalam kehidupan bermasyarakat.

IV. Kesantunan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu, iaitu masyarakat yang menjadi teras penghuni di Kepulauan Melayu sejak dua alaf lalu, merupakan salah satu warisan yang penting dalam pembentukan keperibadian bangsa hingga kini. Di Malaysia, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1971 meletakkan kebudayaan asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu sebagai asas yang pertama. Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan negara ini ialah kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi, pemikiran, falsafah, sistem nilai, sistem masyarakat dan seluruh aspek kebudayaan itu sendiri. Sekian banyak unsur yang menggambarkan wujudnya kesantunan bahasa dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan (seperti hikayat, syair, pantun, gurindam dan seloka) dan tradisi lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan menora). Salah satu bentuk bahasa yang banyak mengungkapkan kesantunan bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenal sebagai simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, perbilangan mahupun kata hikmat. Kewujudan ribuan karya dalam pelbagai bidang (agama, ketatenegaraan, undang-undang, pensejarahan, seni sastera, warkah, perjanjian dan sebagainya) sejak ratusan tahun dalam persuratan Melayu menjadi bukti wujudnya kesantunan bahasa sejak lama dahulu. Jika dinilai dengan berasaskan tiga jenis

peraturan bahasa yang telah disebut dalam bahagian Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa, semua karya itu disusun dalam bahasa yang berperaturan, baik daripada sudut peraturan lingusitik, peraturan sosiolinguistik mahupun peraturan pragmatiknya. Demikian juga, telah wujud adat istiadat dan pelbagai bentuk majlis dan upacara dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman sebagaimana yang digambarkan dalam karyakarya persuratan seperti dalam Sejarah Melayu. Pelbagai adat istiadat, majlis dan upacara itu telah berlangsung dengan berasaskan tatacara dan peraturan tertentu, termasuk tatacara dan peraturan yang berkaitan dengan kesantunan bahasa. Huraian dan dialog yang terdapat dalam pelbagai karya persuratan Melayu lama itu dengan jelas menggambarkan penggunaan bahasa yang santun dan beradab. Sebahagian bentuk kesantunan bahasa itu kita warisi hingga kini dan masih digunakan sebagai sebahagian unsur tatacara dalam majlis, upacara dan urusan. Antara unsur kesantunan bahasa yang kita warisi termasuklah penggunaan kata ganti nama diri, gelar, panggilan hormat dan bentuk bahasa yang rasmi dalam pentadbiran, undang-undang, pendidikan dan majlis serta upacara rasmi. Perkara ini saya huraikan dalam Bab 4 buku Santun Berbahasa (2007). Gambaran tentang pentingnya kesantunan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat, seperti yang telah disebut sebelum ini, terdapat pada peribahasa yang diungkapkan sejak zamanberzaman. Antara peribahasa yang menekankan pentingnya setiap orang menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi

termasuklah: 1. Bahasa jiwa bangsa. 2. Bahasa menunjukkan bangsa. 3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli). 4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa. 5. Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa. 6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengardengar. 7. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya. 8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya. 9. Kata dikota 10. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa. Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut: 1.Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. 2. Baik-baik api diberi, Kalau padam tidak berjelak; Jaga-jaga memelihara diri, Lazimkan budi bahasa yang baik. 3. Anak Cina menimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat,

Bahasa tidak berjual beli. 4. Pohon pandan pohon berduri, Dipandang amat sedap; Hidup di dunia bahasa dan budi, Serta juga tertib beradab. 5. Saya tidak menanam nanas, Tanam kepaya di dalam padi; Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. 6. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak menumpang mandi; Emas merah ada berharga, Budi bahasa bernilai abadi. 7.Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada dari Melaka; Makan sirih mengenyang tidak, Sebab budi dengan bahasa. 8.Pucuk pauh sedang terjela, Penjolok bunga gelundi; Agar jauh silang sengketa, Perhalus bahasa dan budi. 9. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang canti budi, Yang indah bahasa.

10. Dari Silaing ke Sijudah, Japa melilit Tanjung Jati, Buah jerami bergantungan; Baju digunting kalau tak sudah, Kata termulai kalau tak jadi, Seksalah alam menanggungkan.

Anda mungkin juga menyukai