Anda di halaman 1dari 5

Lampiran 1

SOALAN PEPERIKSAAN TAHUN 4

SSEKOLAH KEBANGSAAN DUMPAR, MUAR

BAHASA MELAYU

(30 MINIT)

NAMA: ____________________________

KELAS: ____________________
1) Ayah pergi ke Ipoh semalam. Dia ada urusan di __________. (aras mengaplikasi KGN)
a) itu
b) sini
c) sana
d) mana

2) Guru meminta semua murid mencipta _________ pantun. (aras mengaplikasi KNA)
a) sebilah
b) serangkap
c) sepasang
d) sebiji

3) Rumainah bersorak terlalu kuat ________ suaranya serak. (aras mengaplikasi KHPK)
a) apabila
b) supaya
c) sehingga
d) sementara

4) “________ pihak tuan dan puan dapat pertimbangkan keputusan kami untuk meminang
anak tuan dan puan.” (aras mengaplikasi KT)
a) Usah
b) Tolong
c) Jemput
d) Harap

5) Tulisan Amir ________ kemas dan cantik (aras mengaplikasi KA)


a) betul
b) sekali
c) sungguh
d) benar

6) Ibu negara Malaysia ialah _________ (aras memahami KNK)


a) Kuala Lumpur
b) kuala lumpur
c) Pulau Pinang
d) pulau pinang
7) Nama kucing saya _______ Bubu. (aras memahami KT)
a) adalah
b) ialah
c) sebagai
d) siapa

8) Tentukan ayat yang menggunakan kata nama khas dengan betul. (aras menilai KNK)
i) Ayah Amin bekerja sebagai Polis.
ii) Perempuan yang memakai baju merah itu ialah Aminah.
iii) Subjek bahasa Melayu wajib diambil oleh murid di Malaysia.
iv) Sang Kancil berjaya menipu buaya untuk melintasi sungai tersebut.
a) i dan ii
b) ii dan iii
c) ii dan iv
d) i dan iv

9) Pilih ayat yang betul (aras menilai KA)


i) Indah nian pantai ini.
ii) Air tasik itu dalam betul.
iii) Gadis itu baik cukup.
iv) “Benar cantik dia itu, seperti bidadari.”
a) i dan ii
b) i dan iii
c) ii dan iii
d) ii dan iv

10) Pilih ayat yang betul (aras menilai KT)


i) Hamidah pernah berjumpa dengan suaminya seminggu lalu sebelum
kemalangan ini berlaku.
ii) Hariz belum berlari mengejar pencuri yang meragut dompetnya.
iii) Semua ini belum terlambat lagi untuk berubah.
iv) Amirah pernah makan sekarang kerana perutnya lapar.
a) i dan dan ii
b) i dan iii
c) ii dan iii
d) iii dan iv
11)
“Mesin basuh yang baru tiba itu mana?” tanya Fatin
kepada adiknya.

Berdasarkan ayat di atas, cari kata ganti nama tunjuk. (aras memahami KGNT)
a) Kepada
b) Yang
c) Baru
d) Mana

12) Sila lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang disediakan. (aras mencipta KKP
& I)
a) Pendaki yang hilang seminggu lalu telah ______(jumpa) oleh Encik Yusof ketika
mereka sekeluarga sedang berkhemah di hutan tersebut.
b) _________ (tekun) Mei Wan menjadi contoh kepada murid-murid lain.

13) Kategorikan ayat di bawah. Tanda (X) pada ayat yang salah dan tandakan (/) pada ayat
yang betul.

a) Ahmad telah mematahkan sekaki tongkat ketika mengemas dapur petang semalam.

b) Ummu sedang bermain telefon sementara menunggu rakan karibnya tiba di stesen
bas.
Lampiran 2
SKEMA JAWAPAN

1. C
2. B
3. C
4. D
5. C
6. A
7. B
8. C
9. A
10. B
11. D
12. a. dijumpai
b. ketekunan
13. a. /
b. X

Anda mungkin juga menyukai