Anda di halaman 1dari 5

KemBEST 2017

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT PRASEKOLAH 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN SANDAU KINABATANGAN, SABAH

PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Tanpa
solat seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang sejati yang sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah S.W.T. Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya solat maka pihak j-QAF
S.K.Sandau Kinabatangan merancang menganjurkan KEM BESTARI SOLAT PRASEKOLAH
2017 (KemBEST 17’) Program ini adalah program rangkaian yang terdapat dalam program j-
(KemBEST 17’)
QAF yang dilaksanakan di seluruh negara. Secara umumnya program ini memberi perhatian
khusus bagi memastikan murid berjaya menguasai kaifiyat wuduk dan solat dengan sempurna
dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara
intensif di sekolah. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada
pelaksanaan program ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah S.W.T. Aamin..

OBJEKTIF

 Dapat menguasai cara berwuduk dan solat dengan betul dan sempurna
 Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna
 Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
 Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik.

TEMA
“Solat Pembentuk Insan Dinamik”

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Sandau Kinabatangan, Sabah

1
KemBEST 2017

TARIKH DAN MASA


05 OKTOBER 2017 ( KHAMIS ) SESI 1 : 7.30 pg – 09.30 tgh
SESI 2 : 9.30 pg – 11.30 tgh

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF
Rujuk Lampiran 2

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
Kesemua Murid Prasekolah yang beragama Islam di S.K. Sandau Kinabatangan.

PENUTUP
Program peningkatan kemahiran solat yang akan dijalankan ini amat memerlukan
komitmen dari semua pihak kerana misi yang dibawa adalah amat besar iaitu membentuk
generasi seimbang dan harmonis dalam segenap aspek. Generasi inilah yang akan meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara di masa hadapan. Semoga dengan kerjasama dari semua
pihak akan menjayakan program ini seterusnya melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin dan
mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia, insyaAllah. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat bantuan, keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Disediakan oleh :

...................................................
( NOOR AZMIN BINTI ADLI)
Setiausaha,
Kem Bestari Solat Prasekolah 2017,
Unit j-QAF, Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Sandau Kinabatangan.

2
KemBEST 2017

LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI
JAWATAN KUASA KemBEST PRASEKOLAH 2017
S.K. SANDAU KINABATANGAN

PENAUNG
Pn. Salmah bt Mohd Yunus (Guru Besar)

PENASIHAT
En. Zulkifli Ag Piut ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Pn Sabariah Salimin (Penolong Kanan 1)
Pn Fatimah binti Baharun ( Penolong Kanan HEM )
Ustzh Zawiah Md Khatib (Ketua Panitia P.Islam)

PENYELARAS
Siti Maimunah binti Yunus

AHLI JAWATANKUASA

UNIT PERANGKAAN DAN REKOD


Siti Maimunah bt Yunus

UNIT DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


Noor Azmin binti Adli

UNIT DOKUMENTASI
Noor Farhana bt Mohd Musai

UNIT KESELAMATAN
Pn. Sabturiah Md Taha
Pn Jovena AK Timba

UNIT FASILITATOR
Siti Maimunah bt Yunus (K)
Siti Syahra Othman
En. Abd Halim Mat Nawi
Pn. Zawiah Md Khatib
En. Syeh Hafiz Syed Edin

3
KemBEST 2017

MODUS OPERANDI

LATIH TUBI BACAAN DAN


PERMAINAN
- Dikendali 2 orang fasilitator
- Latih tubi bacaan
- Permainan / Pertandingan antara kumpulan
- Hadiah untuk pemenang
- Tayangan Slide

MURID
MURID
- Murid bergerak ke Stesyen 2
- Selesai bimbingan dan penilaian secara berkumpulan
murid kembali ke Stesyen 1 semula. - Saiz kumpulan bergantung jumlah
fasilitator

BIMBINGAN DAN PENILAIAN

- Fasilitator membimbing murid lemah


secara individu
- Penilaian kemahiran murid-isi borang
pencapaian

4
KemBEST 2017

LAMPIRAN 2

TENTATIF
05 OKTOBER 2017 (KHAMIS)
SESI 1 :
8.00 Pg : Pendaftaran
8.30 Pg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Asas Solat dan Wudhuk
SESI 2 :9.30 Pg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam wudhuk dan Solat
10.00 Pg :REHAT
10.30 Pg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat
12.30 Tgh : Bersurai

LAMPIRAN 3

SUMBER KEWANGAN

 Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERBELANJAAN
a) Minuman Pagi / Tengahari 50 orang X RM 10.00 = RM 500.00
b) Hadiah Kuiz Bestari Solat = RM 250.00
c) Dokumentasi = RM 50.00

JUMLAH = RM 800.00

Anda mungkin juga menyukai