Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN CERAMAH KESIHATAN

SK SANDAU KINABATANGAN

Tarikh : 13 Mac 2018 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan SK Sandau Kinabatangan
Penglibatan : Semua Murid dan Guru
Anjuran : Unit 3K SK Sandau Kinabatangan
Penceramah : 1) Mohd Azizan Asroh
2) Gary Lo
3) Mohd Hairie Shahril B Abd Huna
4) Al Afiq B Awas
5) Mohammad Norfitri B Hassan
6) Muhammad B Saifuddin
Tajuk ceramah : Demam Denggi
HFMD
Tifoid/Demam Kepialu
Leptospirosis/kencing tikus

1. PENGENALAN

Persekitaran Hidup Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran yang bersih,
sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu dijaga dan
dilindungi dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa kini
dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang. Hal ini
adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama lain.
Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan menghadapi
pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan makanan dan air,
penyakit-penyakit bawaan vektor, pencemaran udara dan lain-lain keadaan yang
membahayakan.
Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja
dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Bersempana dengan
pembelajaran tematik yang bertemakan kesihatan, program ini diadakan untuk memberikan
kesedaran kepada murid-murid terhadap kepentingan menjaga kebersihan supaya dapat
mengelakkan penyakit dan dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera.
2. OBJEKTIF
a. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murd-murid terhadap amalan cara hidup
sihat dan mesra alam dalam kalangan murid-murid
b. Menerapkan kepentingan persekitaran yang bersih dan sihat.
c. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah
dan ceria.

3. KELEBIHAN PROGRAM
 Penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam kesihatan.
 Isi ceramah yang mudah difahami.
 Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan daripada isi yang disampaikan.
 Penceramah menggunakan slide powerpoint dan multimedia yang dapat menarik minat
murid.

4. KEKURANGAN PROGRAM
 Majlis lambat dimulakan
 Masa ceramah yang singkat dan banyak aktiviti yang tidak dapat dijalankan.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
 Memanjangkan masa ceramah kerana isu kesihatan adalah sangat penting
 Menyelitkan juga aktiviti yang sesuai.

6. GAMBAR SEMASA PROGRAM


7. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini mancapai objektif dan amat bermanfaat untuk semua
murid SK Sandau kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai pentingnya
menjaga kesihatan dan cara pencegahannya. Oleh yang demikian, diharap ceramah ini
dapat dilaksanakan setiap tahun supaya setiap tahun supaya murid akan sentiasa
mendapat info demi kehidupan yang lebih sihat.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(NOOR AZMIN BINTI ADLI) (FATIMAH BT BAHARUN) (SALMAH BT MOHD YUNUS)


Setiausaha 3K - Kesihatan Penolong Kanan HEM Guru Besar SK Sandau
LAPORAN
CERAMAH KESIHATAN
SK SANDAU KINABATANGAN
2018

Anda mungkin juga menyukai