Anda di halaman 1dari 6

[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

CADANGAN KERTAS KERJA


PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017
SK KUALA NYALAU

ANJURAN : UNIT AKADEMIK & PUSAT SUMBER SEKOLAH,


SK KUALA NYALAU, BINTULU

1.0 NAMA PROGRAM

Pelancaran Program NILAM 2017

2.0 ANJURAN

Unit Akademik & Pusat Sumber Sekolah, SK Kuala Nyalau, Bintulu

3.0 PENDAHULUAN

Program NILAM merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk


tabiat membaca di peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau
mempunyai perancangan yang tersendiri untuk menjulang Program NILAM di peringkat
sekolah. Budaya membaca yang cemerlang dijadikan alas an utama untuk memajukan
Program NILAM. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi
dan pencapaian murid-murid dalam Program NILAM sekaligus menampakkan impak
yang mendalam terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. Program ini melibatkan semua
murid dari prasekolah, Tahun 1 sehingga Tahun 6. Program ini juga diharap dapat
meningkatkan semangat membaca di kalangan murid-murid untuk menimba ilmu
pengetahuan dan seterusnya mencapai tahap anugerah gangsa, perak, emas dan NILAM.
Selain itu, program ini juga diharap dapat memperluas perbendaharaan kata para murid
dan mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Secara tidak
langsung dapat meningkatkan pretasi akademik murid-murid di sekolah ini.

4.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup
dikalangan murid-murid dan semua warga sekolah. Selain itu, membina tabiat membaca
yang cemerlang dikalangan murid-murid bagi meningkatkan dan memperluas ilmu
pengetahuan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk amalan membaca dikalangan murid-murid.


5.2 Mengiktiraf dan menghargai pembacaan murid-murid melalui Program NILAM.

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 1


[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

5.3 Menambahkan pengetahuan murid melalui amalan membaca.


5.4 Melatih para pengawas pusat sumber dan rakan pembaca untuk menganjur dan
mengendalikan program.
5.5 Melahirkan lebih ramai murid yang cintakan bahan bacaan, seterusnya dijadikan
role model kepada rakan-rakan yang lain.
5.6 Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat
kepimpinan, berani berhadapan

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 16 Januari 2017


6.2 Hari : Isnin
6.3 Masa : 7.20 – 7.50 pagi
6.4 Tempat : Tapak Perhimpunan, SK Kuala Nyalau

7.0 SASARAN PENYERTAAN

Guru : 13 orang
Murid Tahun 1-6 : 70
Murid Prasekolah : 19 orang

8.0 TEMA
MEMBACA ITU SANTAPAN MINDA.

9.0 PELAN TINDAKAN

Bil Perkara Tarikh Catatan


pelaksanaan
1 Kertas kerja dibuat 11.01.2017
2 Mesyuarat Pengelolaan 11.01.2017
3 Taklimat Pelancaran Bulan NILAM 12.01.2017
4 Pelancaran Bulan NILAM 2017 16.01.2017

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Cikgu Yusuf Bin Piee (Guru Besar)


Pengerusi : Cikgu Afendi Bin Soon (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Matamit Bin Lelek (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Daini Bin Che Dom (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Cikgu Siti Nur’Ain Binti Md Noor (Guru Perpustakaan &
Media)
Setiausaha : Cikgu Nurfarahin Binti Abang Munir
AJK : Semua guru dan staff SK Kuala Nyalau

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 2


[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

11.0 JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawatankuasa Tindakan


1 Urus setia / Pendaftaran Semua guru kelas
2 Juruacara / Buku Program Cikgu Siti Nur’Ain binti Md Noor
3 Alat Siaraya / Juruteknik Cikgu Nurfarahin binti Abang Munir
4 Jurufoto & Dokumentasi Ustazah Siti Wahida binti Ismail
5 Banner Cikgu Calis Anak Bayan

12.0 SENARAI TUGAS – TUGAS

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas Utama


1 Urus setia / Mengambil kehadiran murid sebelum perhimpunan
Pendaftaran mingguan.
2 Juruacara / Buku Mengendalikan majlis pelancaran NILAM 2017
Program Menyediakan buku program
3 Alat Siaraya / Menyediakan alat siaraya dan menyelia alatan tersebut
Juruteknik sepanjang pertandingan diadakan
4 Jurufoto & Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti
Dokumentasi Membuat laporan
5 Banner Menempah banting mengikut kesesuaian.

13.0 SENARAI AKTIVITI – AKTIVITI BULAN NILAM 2017

Bil Aktiviti Sasaran Catatan


1 5 minit bersama Rakan Pembaca Rakan Pembaca Semasa perhimpunan
2 Bengkel Rakan Pembaca Rakan Pembaca
3 Bacaan NILAM Semua murid Waktu NILAM
4 Pengiktirafan NILAM Semua murid Majlis MAPC
5 Pencalonan Tokoh NILAM Tahun 5 PKG & BTP Bintulu
peringkat PPD 2018
6 Pencarian Tokoh NILAM Tahun 5 & 6 Program NILAM
peringkat sekolah
7 Bengkel program NILAM untuk Semua guru Pegawai BTP Bintulu
guru En Safwan/ Pn Liza
Man
8 Program galakkan membaca Prasekolah Waktu BM & BI
prasekolah

14.0 TENTATIF PROGRAM


- Rujuk Lampiran A

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 3


[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

- Rujuk Lampiran B

16.0 PENUTUP

Diharap semua murid dapat bergiat aktif dan cerdas dalam menuntut ilmu walau dimana
sahaja berada. Besarlah harapan pihak penganjur agar Program NILAM 2017 SK Kuala
Nyalau ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.
Semoga program ini dapat memberikan suntikan semangat kepada murid-murid lain
untuk terus mengamalkan budaya membaca.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(SITI NUR’AIN BINTI MD NOOR) (AFENDI BIN SOON)


Guru Perpustakaan & Media, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau, Bintulu. Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau.

Disemak dan diperakukan sah oleh :

(YUSUF BIN PIEE)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau, Bintulu

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 4


[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan.


7.25 pagi : Ketibaan guru besar
7.30 pagi : Ucapan alu-aluan Guru Perpustakaan & Media
: Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah
: Nyanyian lagu NILAM, lagu Membaca
: Penyampaian sijil Rakan Pembaca
: Penyampaian Buku Log Rakan Pembaca
: Penyampaian Fail Program NILAM kepada guru BM & BI
: Program Membaca selama 5 minit

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 5


[Pelancaran Bulan NILAM SK Kuala Nyalau, Bintulu] [2017]

LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT / KUANTITI JUMLAH Catatan


ITEM PEMBELIAN HARGA

1. BANNER RM 50.00 1 PC RM50.00 PCG PSS

[ Guru Perpustakaan & Media , SK Kuala Nyalau, Bintulu] Page 6

Anda mungkin juga menyukai