Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2020 -2025


(TS25)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOMENTUM 01
(KEMPEN GALAKAN MEMBACA-NILAM)
TAHUN 2021

TEMPOH :
FEBRUARI HINGGA NOVEMBER 2021

HARI :
RABU

MASA :
7.40 PAGI -8.10 PAGI

“Sehati Memacu Kejayaan – Semarakkan Usahamu”


KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOMENTUM 01
(KEMPEN GALAKAN MEMBACA-NILAM TAHUN 2021)

1.0 PENDAHULUAN
Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negera
ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.
(Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015)

Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh


Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank Small &
Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan
tabiat membaca. Kadar literasi Negara mencapai 93% manakala kadar
mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut
juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun


menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%.
Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti galakan membaca yang telah sedang
dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas,
pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.

2.0 MATLAMAT
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah perlu
diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti baharu
yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Usaha ini perlulah
disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa, media sosial serta
penglibatan semua pihak.Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam
menyemai, memupuk dan melestarikan budaya membaca.

Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja


pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu
dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan. Oleh itu masa
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu dimanfaatkan untuk
memperkukuhkan kemahiran dan minat membaca. Disarankan supaya
cadangan-cadangan di bawah ini dapat dilaksanakan :

a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam proses PdP secara merentas


kurikulum;
b. Pengisian masa di luar masa PdP dan juga waktu rehat;
c. Pengisian aktiviti berkaitan pembacaan dan kemahiran selepas pembacaan
semasa perhimpunan ataupun program-program anjuran sekolah.
d. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti/kemahiran PSS sewaktu minggu
orientasi murid baharu yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca;
e. Kesinambungan minat membaca di luar waktu persekolahan. Perlunya
penglibatan dan kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat untuk terus
memupuk minat tersebut.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif Pertandingan NILAM & Kempen Galakan Membaca
ialah;
3.1 Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam
kalangan murid-murid
3.2 Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus menjana
dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat membaca
berkualiti.
3.3 Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
3.4 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
aktiviti galakan membaca
3.5 Meningkatkan penglibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan-
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat
membaca berkualiti dalam kalangan murid.

4.0 KUMPULAN SASAR


Murid SMK Sungai Udang

5.0 KETETAPAN AKTIVITI


Minggu ketiga setiap bulan (tertakluk kepada perubahan)

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN


6.1 Whatsapp kelas

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


7.1 Guru kelas akan menghantar maklumat pertandingan melalui
whatsapp kelas.
7.2 Murid akan membuat persediaan dan menghantar penyertaan
sebelum hujung bulan.
7.3 AJK Pusat Sumber akan mengumumkan pemenang pada bulan
berikutnya.
7.4 AJK Pusat Sumber akan memilih 5 pemenang berdasarkan kreativiti
dan keaslian idea.

8.0 AKTIVITI
Lampiran 1

9.0 JAWATANKUASA
Lampiran 2.
10.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS
10.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM

1. Hadiah

10 pertandingan X 5 pemenang X RM 5 RM 250

Jumlah RM 250

10.2 Sumber Kewangan


PCG PSS

11.0 PENUTUP
Semoga aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan juga aktiviti ini dapat mencapai matlamat dan objektif untuk
melestarikan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………………………. …………………………..
ZAIDATUL SUHAIDA BINTI AB. WAHAB ROSNAH BINTI ZAINAL
Guru Perpustakaan & Media Penyelaras Pusat Sumber
Sekolah

Disahkan oleh,

………………………..
AZMI BIN KASIM
Pengetua
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

TEMA AKTIVITI NILAM (KEMPEN GALAKAN MEMBACA) BULANAN

BIL BULAN TAJUK CATATAN


1. FEBRUARI IQ NILAM Murid membaca dan membuat
ulasan terbanyak dalam
system IQ NILAM
2. MAC BOOK REVIEW (HIP) Membuat ulasan ringkas
tentang buku yang dibaca
melalui voice note
3. APRIL JEJAK BAHASA Murid membaca maklumat
dan mengisi jawapan dalam
google form
4. MEI MORAL OF THE STORY Membuat ulasan nilai murni
yang diperolehi dari bacaan
murid yang dibaca dan
menghantar melalui google
form
5. JUN ‘MINI LIBRARY’ SAYA Menghantar gambar ‘Mini
Library’ murid di rumah
6. JULAI CERITALAH LAGI Murid bercerita dan
menghantar dalam bentuk
video
7.. OGOS KELUARGA MEMBACA Wefie bersama keluarga
sedang membaca
8. SEPTEMBER AKU ANAK MALAYSIA Murid membuat karangan
tentang Negeri Kelahiran
murid
9. OKTOBER CITA-CITA SAYA Murid menghantar gambar
murid dengan pakaian cita-
cita murid
10. NOVEMBER SAYA HEBAT Murid menghantar ulasan
tentang cita-cita murid
melalui google form yang
disediakan

*tertakluk kepada pindaan

Lampiran 2
AHLI JAWATANKUASA

PROGRAM MOMENTUM 01 (AKTIVITI KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2021)

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Azmi bin Kasim (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Rosni binti Daud (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Talizah binti Tahir (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norliza Binti Nasron (GPK Kokurikulum)

Penyelaras 1 : Pn. Rosnah Binti Zainal (GKMP Bahasa)

Penyelaras 2 : Pn. Zaidatul Suhaida binti Ab. Wahab (GPM)

Setiausaha : Cik Yu Kwan Tai

Jawatankuasa : Ketua Panitia

Jawatankuasa pelaksana

Penyediaan bahan : Pn. Zaidatul Suhaida binti Ab. Wahab (aktiviti PSS)

Guru di bawah panitia (aktiviti panitia)

Promosi Aktiviti : En. Mohd Jeffrie bin Mohd Rozi

Pemilihan Pemenang : Pn. Noraizan binti Ali

Cik Yu Kwan Tai

Penyediaan hadiah : Cik Hashimah binti Hassan

Hebahan Kelas : Guru Kelas

Anda mungkin juga menyukai