Anda di halaman 1dari 6

SMK GUNUNG SEMANGGOL,

34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL

PERAK DARUL RIDZUAN

_________________________________________

KERTAS KERJA
EKPEDISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG SEMANGGOL
TAHUN 2023

_________________________________________

ANJURAN:

PPKI
SMK GUNUNG SEMANGGOL
KERTAS CADANGAN
EKPEDISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG SEMANGGOL
PPKI SMK GUNUNG SEMANGGOL 2023

1.0 NAMA PROGRAM

EKPEDISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG SEMANGGOL

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi mula diperkenalkan sejak tahun 2021 dan program ini
disediakan bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas di sekolah-sekolah aliran perdana.
Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk mewujudkan proses sosialisasi di
antara pelajar-pelajar pendidikan khas dan masyarakat sekeliling.

Bagi tujuan tersebut pelbagai program telah dilaksanakan bagi menjadikan proses
pembelajaran pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini seiring dengan aktiviti di aliran perdana.
Antaranya adalah program mobiliti dan riadah. Sehubungan dengan itu, program yang sama
telah dirangka oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Gunung Semanggol
yang mana ianya juga merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi
komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan
aktiviti yang berfaedah dan akan memperolehi pengalaman yang menarik serta sesuai untuk
diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka.

Program ini juga dijalankan sebagai salah satu wadah bagi memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara
menyeluruh baik dari segi rohani mahupun jasmani.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk:-
i) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk bersama-sama
menjalankan aktiviti kokurikum
ii) Menambah pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti perkhemahan dan
ikhtiar hidup
iii) Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar dan guru
iv) Memupuk semangat kerjasama di antara murid dalam menjalankan aktiviti
berkumpulan

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua Pelajar PPKI SMK Gunung Semanggol 2023

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 26.7.2023
Hari : Rabu
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Puncak Bukit Semanggol

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En. Kamarul Nizam Bin Masri
Pengetua SMK Gunung Semanggol

Timbalan Pengerusi : En. Azmi Bin Ahmad

PK Kokurikulum

1
Naib Pengerusi I : Pn Rogayah Binti Hassan
PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : Pn Norazilah Bt Ibrahim

PK HEM

Setiausaha : Pn. Noorhasni Binti Abdul Talib

Bendahari : Pn. Noorhasni Binti Abdul Talib

BIL TUGAS /AJK PERINCIAN TUGAS

1. FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
- Mengambil Gambar Sepanjang
1. Pn. Nazirah Binti Daraman Sah Program Berlangsung.

- Membuat Laporan Program

Pada Hari Tersebut.

2. DISIPLIN DAN KESELAMATAN

- Memastikan Pelajar Mengikut
1. En. Abdul Haleem Bin Sunyop SOP.
2. Pn. Dahlia Binti Mohammad - Mengawal Disiplin Pelajar
Sepanjang Program
Berlangsung.

3. MAKANAN DAN AKTIVITI MASAKAN

- Menguruskan Makanan pelajar
1. Pn. Noorhasni Binti Abdul Talib - Menyediakan Bahan Untuk
Aktiviti Masakan.

4. AKTIVITI
- Menyediaan Bahan Untuk
1. Pn. Nazirah Binti Daraman Sah Aktiviti

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan:

LPBT PPKI RM 60.00

RM 60.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan:

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH CATATAN

Pengangkutan 2 MPV RM 30.00(2) LPBT
1.
JUMLAH RM 60.00

8.0 ULASAN JPN/ PPD

2
Tiada

9.0 PENUTUP
Semoga Segala Ilmu Yang Berguna Dan Pelbagai Kemahiran Yang Diperolehi Dapat
Diaplikasikan Sewaktu Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Fleksibel Untuk
Memenuhi Keperluan Individu Dengan Pelbagai Tahap Keupayaan Kearah Kehidupan
Bermakna Seterusnya Mencapai Falsafah Pendidikan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

....................................................... .......................................................
(PN. NOORHASNI BINTI ABDUL TALIB) (EN. ABDUL HALEEM BIN SUNYOP)
Setiausaha Penyelaras PPKI
Ekpedisi Menawan Puncak Gunung SMK Gunung Semanggol
Semanggol
SMK Gunung Semanggol

Tarikh : Tarikh:

3
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Ekpedisi Menawan Puncak Gunung

Semanggol

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Ekpedisi Menawan Puncak Gunung

Semanggol

Ulasan :
...........................................................................................................................

Disahkan oleh :

……………………………….
(En. Kamarul Nizam bin Masri)
Pengetua
SMK Gunung Semanggol

Tarikh:

4
5

Anda mungkin juga menyukai