Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2021

“MALAYSIA PRIHATIN”

ANJURAN:

PUSAT SUMBER SK PADANG MANDOL

BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN


(NORMA BAHARU)
(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0)
2021
1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun


bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan. Hari
Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-
besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai
kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut
ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 64. Oleh itu, sambutan
kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat
patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara
serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai
pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan
Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa


pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan
dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan
semangat kemerdekaan.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya
mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti
mereka semasa menjalankan kempen ini.

4.0 Anjuran

Pusat Sumber SK Padang Mandol

5.0 Sasaran

Semua murid SK Padang Mandol

6.0 Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 30 Ogos 2021 hingga 20 September 2021

Hari : Sepanjang tempoh di atas.

Tempat : Rumah masing-masing (Kuiz Kemerdekaan Maya)

Rumah masing-masing (Pertandingan karangan “Saya

Bangga menjadi Anak Malaysia”)


Rumah masing-masing (Pertandingan gambar patriotik)

7.0 Aktiviti Sambutan Kemerdekaan Norma Baharu

a. Pertandingan Bulan Kemerdekaan

i. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan secara atas talian melalui Quizziz.com. .


ii. Pertandingan Gambar patriotik melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram
iii. Pertandingan menulis karangan bertajuk “Saya Bangga Menjadi Anak
Malaysia”

8.0 Anggaran Perbelanjaan

a. Pertandingan menulis karangan bertajuk “Saya Bangga Menjadi Anak


Malaysia” (Tahap 2)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


Pertandingan Menulis Karangan
Pertama 6 x 10 60
Kedua 6X8 48
Ketiga 6X6 36
Saguhati 24 X 4 96
JUMLAH 240

b. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan atas talian (Tahap 1)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Pertama 6 x 10 60
Kedua 6X8 48
Ketiga 6X6 36
Saguhati 24 X 4 96

JUMLAH 240

c. Pertandingan Gambar Patriotik (Tahap 1 dan Tahap 2)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Pertandingan Gambar Patriotik
Pertama 2 x 20 40
Kedua 2 X 15 30
Ketiga 2 X10 20
Saguhati 10 X 5 50

JUMLAH 140
ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN : RM 620.00

9.0 Jawatankuasa Induk

Penaung : En Md Zaid Bin Darsin

Pengerusi : En Shamsuddin Bin Mohammed

Setiausaha : Pn Siti Norbani Binti Ibrahim

Penyelaras : Pn Rahimah Binti Kassim

AJK Promosi : Pn Nurhaniza Binti Che Mat

AJK Pertandingan Karangan : En Azhar Bin Zakaria

Juri : Semua guru Bahasa Melayu Tahap 2

AJK Pertandingan Kuiz Kemerdekaan : Pn Siti Norbani Binti Ibrahim

Juri : Pn Siti Eshah Binti Loman

AJK Pertandingan Gambar Patriotik : Pn Che Salwana Binti Ismail

Juri : Pn Zainab Binti Yusuf

AJK Video : Pn Siti Norbani binti Ibrahim

Dokumentasi : Pn Rahimah Binti Kassim

AJK Hadiah : Pn Rahimah Binti Kassim

: Pn Che Merzina Bt Ab Rasid


9.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah


ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti
kemerdekaan. Selain itu, melalui aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat
memupuk pelajar supaya berjiwa patriotic yang sayangkan serta cinta akan negara,
bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………… …………………………………

SITI NORBANI BINTI IBRAHIM MD ZAID BIN DARSIN

Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar

SK Padang Mandol SK Padang Mandol

Anda mungkin juga menyukai