Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA

POSTER PATRIOTIK – TEMA: "MALAYSIA MADANI: TEKAD


PERPADUAN, PENUHI HARAPAN" SEMPENA KARNIVAL
HARI KOPERASI & KOKURIKULUM SMK NASIRUDDIN SHAH
TAHUN 2023

1.0 Pengenalan
Pertandingan melukis dan mewarna merupakan salah satu aktiviti sekolah
yang senantiasa diadakan saban tahun bagi mencungkil bakat serta
membangkitkan minat murid dalam aktiviti kreatif dan kritis. Pertandingan
ini adalah kesinambungan daripada aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan
yang telah pun berakhir pada 6hb September 2023.

2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid.
2.2 Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat melukis
dan mewarna.
2.3 Memupuk semangat muhibbah, setiakawan, bekerjasama dan
bertolak ansur antara sesame murid dan juga guru.
2.4 Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti berbentuk
pertandingan.
2.5 Memupuk murid menghayati dan menghargai pengorbanan pejuang-
pejuang kemerdekaan tanah air.

3.0 Pelaksanaan Program


Tarikh : 31hb Oktober (Rabu)
Masa : 08:00 pagi – 12:30 tengahari
Tempat : Dewan Besar SMK Nasiruddin Shah
4.0 Syarat Pertandingan
4.1 Tema - "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN,
PENUHI HARAPAN"
4.2 Penyertaan
4.2.1 Terbuka kepada murid Tahap 1 dan Tahap 2 (Sekolah
Rendah) & Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Sekolah
Menengah).
4.2.2 Penyertaan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah:-
a. Tahap 1 : Murid Tahun 1 hingga 3
b. Tahap 2 : Murid Tahun 4 hingga 6
Sekolah Menengah:-
a. Menengah Rendah: Murid Tingkatan 1 hingga 3
b. Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 & 5, dan
Pelajar Tingkatan 6
4.2.3 Setiap sekolah yang bertanding HANYA dibenarkan
menghantar seorang peserta Sahaja SETIAP
KATEGORI samada murid lelaki atau murid perempuan.
4.3 Peruntukan masa
4.3.1 Dua jam (2 jam).
4.3.2 Tiada masa tambahan dibenarkan.
4.4 Ciptaan dan Hak Milik Ciptaan
4.4.1 Ciptaan sendiri atau asli
4.4.2 Poster menggunakan bahan atau media seperti berikut:-
4.4.2.1 Poster menggunakan pensil warna, warna air,
atau media campuran.
4.4.3 Poster yang dipertandingkan adalah hak milik pihak
pengajur untuk digunakan dalam publisiti.

5.0 Peralatan / Bahan


5.1 Saiz dan ukuran poster
5.1.1 Saiz ½ Imperial (4 x 4A) atau drawing block besar (Kertas
lukisan disediakan oleh pihak penganjur)
5.2 Lain-lain bahan keperluan dibawa / disediakan sendiri oleh peserta.
6.0 Penghakiman
6.1 Kriteria penghakiman akan ditentukan oleh panel hakim yang akan
dilantik.
6.2 Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.
6.3 Skima pemarkahan:-
6.3.1 Tema - 15 markah
6.3.2 Ilustrasi - 25 markah
6.3.3 Gubahan/Komposisi/Olahan - 30 markah
6.3.4 Warna Bebas - 20 markah
6.3.5 Kekemasan - 10 markah
***Setiap hakim membuat penghakiman secara keseluruhan ( 100 % )

7.0 Hadiah
7.1 Hadiah dibahagikan mengikut 4 kategori.
7.2 Hadiah utama (N0.1 – 3 setiap kategori): Wang tunai, Sijil Penyertaan
dan Hamper.
7.3 Hadiah saguhati (NO. 4 & 5): Sijil Penyertaan dan Hamper.

8.0 Jadual Pertandingan


8.00 Pagi - Pendaftaran peserta di Dewan Besar SEMNASH
8.30 Pagi - Peserta mengambil tempat
- Guru mengedarkan kertas lukisan
- Taklimat ringkas pertandingan oleh Ketua Hakim
9.00 Pagi - Peserta mula melukis dan mewarna
11.00 Pagi - Pengumpulan kertas lukisan
- Persegaran
- Pernilaian oleh Hakim bermula
12.00 Pagi - Pemakluman pemenang
- Majlis Penyampaian Hadiah
12.30 Tgh - Bersurai
9.0 Penutup
Diharapkan pertandingan ini akan berjaya dilaksanakan dengan
lancarnya. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-
alukan bagi memastikan perancangan yang telah diatur berjalan lancar.
Segala usahasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai