Anda di halaman 1dari 5

No. Ruj.: SJKSM.

600-3/3/35

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
ANJURAN KELAB PENCINTA ALAM
TAHUN SESI 2023/2024

Guru Besar,
SJK St. Martin (M),
Sungai Jakar,
96100 Sarikei.

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHUN SESI 2023/2024


____________________________________________________________________________________________________________________

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Program Kelab Pencinta Alam dijalankan dengan tujuan untuk menyampaikan
maklumat berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar masa kini dan masa hadapan
melalui seni lukis.

2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Mempertingkat kefahaman dan pengetahuan murid sekolah menengah
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
2.2 Memberi kemahiran untuk menyatupadukan pemikiran dan kefahaman
tentang alam sekitar melalui seni lukis.
2.3 Menggalakkan murid untuk mencari dan menyebarkan maklumat alam
sekitar melalui pelbagai media.

3. KUMPULAN SASARAN
Semua ahli Kelab Pencinta Alam
4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Tarikh program : 20 Oktober 2023
4.2 Tempoh dan Masa Pelaksanaan : 1 jam
4.3 Tempat : Kelas Tahun 5
4.4 Syarat Pertandingan
4.4.1 Semua ahli wajib menyertai pertandingan ini.
4.4.2 Pertandingan dijalankan secara langsung.
4.4.3 Ahli kelab bebas memilih media mewarna.
4.4.4 Hasil lukisan perlu dihantar kepada guru selepas tamat 1 jam.
4.5 Aspek Penilaian
4.5.1 Aspek penilaian Pertandingan Mewarna Poster adalah seperti berikut:
Aspek Markah

Kekemasan Keseluruhan 25

Ton Warna 25

Kreativiti 25

Latar Belakang 25

Jumlah 100

4.6 Sistem Penjurian


4.6.1 Hakim/Juri akan dilantik oleh AJK Pengelola.
4.6.2 Hakim/Juri mesti mematuhi peraturan Pertandingan Mewarna Poster
Peringkat Sekolah Tahun 2023/2024.
4.6.3 Keputusan hakim/juri adalah MUKTAMAD.
4.7 Kategori Pemenang
Kategori Pemenang Tahap 2

Bilangan

Johan 1

Naib Johan 1

Tempat Ketiga 1

Sagu Hati 2

4.8 Penyampaian Hadiah :


Hadiah Pertandingan Mewarna Poster akan disampaikan kepada para
pemenang pada Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah sesi 2023/2024.
5. JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
Pengerusi : En. Yii Ming Tiew (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Wong Ling Kiong
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Ng Siong Miang
(Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam)
Bendahari : Pn. Tang Siew Yee
(Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam)
Urusetia : Pn. Lau Mee Hsia
Pendaftaran : Hairy Fenendes Beraing
Hadiah & Laporan : Christopher Anggie, Radcliff Ryan
Penilaian & Pengadilan : Guru Penasihat, PKKK

6. IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Sumber Kewangan: BKK = RM 20.00
6.2 Anggaran perbelanjaan untuk hadiah-hadiah pemenang pertandingan adalah
seperti berikut:
Harga Seunit Jumlah
Bil Perkara Kuantiti (RM) (RM)
1 Hadiah tempat pertama:
Stabilo 288BL6S1 Stationery Set 1 6.80 6.80
A4 Exam Sheet 50's 70gsm 1 4.50 4.50
F4 Document Case 55MM 1 13.50 13.50
2 Hadiah tempat kedua:
Stabilo 288BL6S1 Stationery Set 1 6.80 6.80
A4 Exam Sheet 30's 70gsm 1 3.20 3.20
A4 Document Case 55MM 1 11.50 11.50
3 Hadiah tempat ketiga:
Stabilo 288BL6S1 Stationery Set 1 6.80 6.80
A4 Document Case 35MM 1 7.90 7.90
4 Hadiah saguhati:
Stabilo 288BL6S1 Stationery Set 2 6.80 13.60
A4 Document Case 20MM 2 5.90 11.80
JUMLAH BESAR RM 86.40
7. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat menerapkan kepentingan mencintai alam sekitar dalam
diri murid di samping dapat mencungkil bakat murid dalam bidang seni visual.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………….. ………………………
( NG SIONG MIANG ) ( WONG LING KIONG )
Setiausaha Kelab Pencinta Alam Penolong Kanan Kokurikulum
SJK St. Martin. SJK St. Martin.
Tarikh : Tarikh :
No. Ruj.: SJKSM.600-3/3/35

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
ANJURAN KELAB PENCINTA ALAM
TAHUN SESI 2023/2024
___________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Mewarna Poster 2023/24

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Mewarna Poster 2023/24

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

………………………
(YII MING TIEW)
Guru Besar,
SJK St. Martin (M),
Sarikei.
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai