Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA “PERTANDINGAN KALIGRAFI” ANJURAN UNIT PENGAJIAN

CINA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2018

TARIKH : 18 OGOS 2018

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SERI TANJUNG

Kaligrafi merupakan salah satu seni budaya kaum Cina dan ia bermula pada abad
ke-19. Tradisi kaum Cina adalah melekatkan kertas merah yang mempunyai tulisan
kaligrafi di hadapan rumah sempena Tahun Baru Cina bagi membawa tuah dan
menghalaukan keburukan. Pertandingan Kaligrafi ini ialah satu program untuk
memperkenalkan dan memperkembangkan seni kaligrafi dalam tradisi kaum Cina.
Seni ini merupakan nadi masyarakat bangsa Cina.

2.0 Matlamat dan Objektif Pertandingan

2.1 Matlamat

Melahirkan generasi muda Cina yang mencintai serta memahami budaya


seni kaligrafi dan memperkenalkan seni kaligrafi kepada para pelajar bukan Cina.

2.2 Objektif

2.2.1 Memperkenalkan tradisi menulis kaligrafi sempena Tahun Baru


Cina kaum Cina.

2.2.2 Menggalakkan murid-murid mengenali, menghayati dan mencintai


budaya tradisonal Cina.

2.2.3 Mewujudkan kemesraan dan menerapkan perpaduan di kalangan


warga sekolah.

3.0 Faedah pertandingan

3.1 Mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

3.2 Melahirkan pelajar yang mencintai budaya tradisonal senian kaligraf


Cina.
3.3 Mendedahkan dan memperkenalkan budaya sambutan Tahun Baru Cina
kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada warga bukan Cina.

4.0 Alatan

Kertas kaligrafi (merah) akan disediakan oleh pihak anjuran.

Peserta diminta membawa surat khabar lama, pen kaligrafi (pen bulu/ “mao
bi”), dawat hitam (“mo zhi”) dan pinggan kecil.

1.0 Peserta
Terbuka kepada semua warga SJK (C) XIU QI. Bilangan peserta terhad
kepada 100 orang.

2.0 Pembentukan Jawatankuasa


Ahli Jawatankuasa Induk (empat orang guru penasihat: Guru Besar,
Pengerusi PIBG, Penolong Kanan Kokurikulum, Kaunselor), Pengarah program
(seorang guru), Setiausaha (seorang pelajar), Bendahari (seorang pelajar), Ahli
Jawatankuasa Kecil (seorang guru dan sepuluh orang pelajar).

Bil AJK Nama Tugas


1. Dokumentasi (Nama pelajar - Menyediakan dokumentasi lengkap
yang berkenaan)
2. Buku program/ (Nama pelajar - Menyediakan buku program dan
Kad jemputan yang berkenaan) kad jemputan
3. Fotografi (Nama pelajar - Mengambil gambar sewaktu
yang berkenaan) pertandingan berlangsung dan
sewaktu sesi penyampaian
hadiah.
4. Persiapan (Nama guru yang - Persiapan dewan (mengosongkan
dewan berkenaan dan dewan).
pelajar)
5. Penyampaian (Nama pelajar - Urusan penempatan dan
hadiah yang berkenaan) penyampaian hadiah
6. Sistem Siaraya/ (Nama pelajar - Mengendalikan sistem muzik,
Pengerusi yang berkenaan) menyediakan muzik
Acara/ - Penyediaan Teks Acara
Persembahan - Penyediaan Acara Persembahan
7. Penyediaan (Nama guru yang - Menyediakan tajuk pertandingan
tajuk kaligrafi berkenaan) kaligrafi
- Menguruskan pertandingan
kaligrafi

3.0 Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan sebanyak RM120 dipohon menerusi wang SUWA (kokurikulum)


dan RM255.00 menerusi Kerajaan (BPL-Kokurikulum).

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah Harga


(RM) (RM)
1. Kertas kaligrafi 2 gulung 67.50 135.00 (Kerajaan)
2. Hadiah kaligrafi:
a. Alat tulis 20 6.00 120.00 (Kerajaan)
b. Hamper 6 20.00 120.00 (SUWA)

Jumlah Perbelanjaan (RM): 375.00

4.0 Peraturan
8.1 Kertas untuk pertandingan akan diberikan oleh pihak anjuran dan terhad
kepada dua keping untuk setiap peserta.

8.2 Pihak anjuran berhak untuk menangguhkan atau membatalkan


pertandingan sekiranya terdapat keadaan yang tidak dapat dijangka.

8.3 Pihak anjuran berhak untuk mengubahsuaikan syarat-syarat


pertandingan.

8.4 Setiap peserta pelajar akan menerima sijil penyertaan daripada pihak
anjuran.

8.5 Setiap peserta pelajar hanya boleh menghantar sekeping lukisan kaligrafi
sahaja.
8.6 Selepas meninggalkan tempat pertandingan, peserta pelajar perlu
memastikan kebersihan kawasan sekitar dan tidak meninggalkan sebarang
harta benda atau sampah-sarap.

8.7 Penilaian keputusan akan dijalankan secara langsung di tempat


pertandingan. Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan guru yang
berkemahiran.

8.8 Penilaian keputusan akan dijalankan dengan cara menyingkirkan lukisan


kaligrafi yang rosak seperti kesalahan ejaan atau perkataan dahulu daripada
100 keping, sehingga tinggal dua puluh keping yang baik dan pilih lagi
sepuluh keping yang lebih baik daripada dua puluh keping itu.

8.9 Pemenang yang berada di tempat pertama hingga keenam akan


menerima hadiah hamper. Pemenang yang berada di tempat pertama hingga
kedua puluh akan menerima hadiah alat tulis.

9.0 Jadual Tentatif Pengelolaan

Tarikh : 31 Januari 2018

Hari : Rabu

Masa Aktiviti
7.15 pagi Berkumpul di dewan.
7.45 pagi Guru memberikan taklimat.
8.00 pagi Pertandingan bermula.
9.30 pagi Pertandingan tamat.
10.00 pagi Sesi penyampaian hadiah dan menangkap gambar.
11.00 pagi Peserta mengemaskan barang dan bersurai.
* Perancangan tertakluk kepada perubahan.

Anda mungkin juga menyukai