Anda di halaman 1dari 3

Kertas Cadangan Untuk Mengadakan Kuiz Sejarah ( Tingkatan 5 )

1. PENDAHULUAN

Kuiz Sejarah ini akan diadakan di antara kelas tingkatan lima. Setiap kelas
akan diwajibkan menghantar dua pelajar untuk mengambil kuiz sejarah ini.
Kuiz Sejarah ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada
pelajar tentang kepentingan Sejarah dalam hidupan seharian. Kuiz Sejarah ini
juga diadakan untuk memupuk minat para pelajar terhadap mata
pelajaran Sejarah.

2. OBJEKTIF

2.1 Memupuk minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

2.2 Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan Sejarah dalam hidupan


seharian.

2.3 Memupuk sikap berdikari di kalangan pelajar.

2.4 Mengaplikasikan pengetahuan Sejarah dalam hidupan seharian.

3. PELAKSANAAN

Tarikh : 7/3/11
Hari : Isnin
Masa : 1.30 petang – 2.30 petang
Tempat : 5 Dahlia

4. PENGLIBATAN

4.1 AJK PELAKSANA

Jawatan Nama
Guru Penasihat Mazianna binti Yusof
Pengerusi Chin Wai Kitt David
Naib Pengerusi Thiagarajah A/L Thyagarajan Ravi
Setiausaha Niew Hoon Woon
Bendahari Ong Yee Sen
AJK Disiplin Leong Li Hui
AJK Pengambaran Chai Zi Yang
4.2 PENYERTAAN PELAJAR

Bil Kelas Jumlah


1. 5 Angsana 2
2. 5 Bunga Raya 2
3. 5 Cempaka 2
4. 5 Dahlia 2
5. 5 Ixora 2
6. 5 Jasmin 2
7. 5 Kemboja 2
8. 5 Lili 2
9. 5 Mawar 2
Jumlah 18

5. BELANJAWAN

Sumber Kewangan RM
1. Peruntukan Kokurikulum
2. Hadiah 50.00
Jumlah 50.00

Perbelanjaan RM
1. Hadiah (RM10.00 x 5 ) 50.00
Jumlah 50.00

6. PENUTUP

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Sejarah dan Geografi berharap kuiz
Sejarah ini akan dijalankan dalam keadaan yang menyeronokan dan juga berharap
pelajar akan menyedari kepentingan Sejarah dalam hidupan
seharian. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Sejarah dan Geografi
juga berharap kuiz Sejarah ini akan berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh,

………………………
( Niew Hoon Woon )
Setiausaha Kelab Sejarah

Anda mungkin juga menyukai