Anda di halaman 1dari 3

HARI KEMERDEKAAN KE 62

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN


MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

PERMOHONAN PERUNTUKAN PENGANJURAN PROGRAM SEMPENA


MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2019 KE - 62.

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk peruntukan menganjurkan program
sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2019, Universiti Malaysia
Pahang.

2.0 LATAR BELAKANG

Detik rasmi negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada
cengkaman penjajah British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Oleh itu, setiap
tahun pelbagai aktiviti dianjurkan untuk menyambut kemerdekaan bagi
memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaaha
membebaskan Malaysia darpada cengkaman penjajah.

Generasi muda (pelajar) masih tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti
kemerdekaan. Pada mereka hari kemerdekaan adalah hari cuti umum untuk
mereka beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.Oleh itu perlu banyak
usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan
menghargai serta menghayati erti kemerdekaan.

Bagi memeriah sambutan hari kemerdekaan 2019 ke-62 dengan bertemakan


Sayangi Malaysia ku: Malaysia Bersih pihak JHEPA akan menganjurkan
beberapa aktiviti bersama pelajar UMP.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat sayangkan negara sendiri di kalangan para


mahasiswa
ii. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, perpaduan,
berdisiplin dan berkerjasama yang mempunyai semangat patrioktik.

1
HARI KEMERDEKAAN KE 62

iii. Memperingati dan mengenang jasa para pejuang negara.

3.0 PROGRAM, TARIKH DAN TEMPAT

Bil Program Tarikh Lokasi

1 Inspirasi Kemerdekaan (Poster 7 September 2019


UMP
Grafik)

2 Video War Cry 7 September 2019 UMP

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Item Kuantiti RM

1 Makanan & Minuman RM10.00 x 10 penilai 100.00

Hadiah
Pertama: RM200 x 1 200.00
Kedua: RM150 x 1 150.00
Inspirasi Kemerdekaan
Ketiga : RM100 x 1 100.00
(Poster Grafik) – Individu
3 Saguhati: RM50 x 3 150.00
2

Pertama : RM500 x 1 500.00


Video War Cry
Kedua : RM300 x 1 300.00
Kemerdekaan – Kumpulan
Ketiga : RM200 x 1 200.00
3 Saguhati :RM100 x3 300.00
Jumlah Keseluruhan 2,000.00

6.0 SYOR

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan hormatnya
dipohon menimbang dan meluluskan kertas kerja ini dengan jumlah peruntukan
RM2,000.00 sebagaimana dipohon menggunakan peruntukan Tabung Amanah
Aktiviti Pelajar (Sumber Yuran).

2
HARI KEMERDEKAAN KE 62

Anda mungkin juga menyukai