Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

HARI KANTIN & KEUSAHAWANAN


SEKOLAH KEBANGSAAN MERTING

ANJURAN :
JAWATANKUASA KANTIN
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN MERTING
1.0 Pengenalan
Hari Kantin adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi
minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan
pembelajaran (PDPC) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi
juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.

2.0 Rasional
Hari Kantin ini bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan
kesefahaman dalam sekumpulan masyarakat, berkumpul dan menjalankan aktiviti
secara bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin
eratlah hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti yang
dijalankan merupakan salah satu aktiviti yang dapat membentuk murid menjadi insan
yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. Aktiviti ini juga dapat
membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi
memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan
menghargai alam sekitar.

3.0 Objektif
Matlamat Hari Kantin pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai
beberapa sasaran :
3.1 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam
kalangan murid dan guru.
3.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
3.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan
murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.
3.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan
dan keusahawanan.
3.5 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan
berkesan.

4.0 Anjuran
Jawatankuasa kantin dengan kerjasama unit HEM.

5.0 Tarikh
28 Ogos 2019 (Rabu)

6.0 Tempat
Dataran Sekolah Kebangsaan Merting
7.0 Sasaran
Program ini mensasarkan murid-murid, guru-guru, kakitangan SK Merting di
samping penduduk setempat yang berhampiran.

8.0 Anggaran Perbelanjaan


(Rujuk Lampiran 1)

9.0 Aturcara
(Rujuk Lampiran 2)

10.0 Jawatankuasa Program


(Rujuk Lampiran 3)

11.0 Syarat-syarat Perniagaan & Penjualan Makanan


(Rujuk Lampiran 4)

12.0 Borang Pendaftaran & Tapak Jualan


(Rujuk Lampiran 5)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring
dengan Falsafah Pendidikan Khas. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan
menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti pelajar dan memberikan pengalaman
yang berguna kepada guru-guru.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................... ...............................................................
(SITI HUSNA BINTI MOHD BASIR) (ADZHAR BIN MOKHTAR)
Setiausaha, GPK Hal Ehwal Murid,
Jawatankuasa Kantin, Sekolah Kebangsaan Merting.
Sekolah Kebangsaan Merting.

Diluluskan oleh,

...............................................................
(AZMAN BIN ABDULLAH HASHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Merting.
Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)

1. Plastik sampah 6.00 2 roll 12.00

2. Banner 100.00 1 150.00

3. Hadiah ‘Gerai Terlaris’ 50.00 1 50.00

4. Modal Gerai Permainan 100.00 1 100.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 312.00

Sumber Kewangan :
1) Kutipan sewaan gerai : RM 10.00 bagi setiap gerai x 15 gerai
: RM 150.00
2) Sumbangan Unit HEM : RM 100.00
3) Pusat Sumber : RM 100.00
Jumlah Keseluruhan : RM 350.00
Lampiran 2

ATURCARA

7.45 pg : Taklimat kepada murid-murid & persiapan gerai jualan

8.15 pg : Senamrobik

9.00 pg : Gerai jualan dibuka

10.00 pg : Pertandingan ‘Pakaian Beragam’

11.30 pg : Sesi jualan ditamatkan


: Mengira hasil keuntungan

12.00 t/hari : Majlis Penutup


- Ucapan Guru Besar
- Mengumumkan ‘Gerai Terlaris’
- Penyampaian hadiah ‘Gerai Terlaris’

12.45 t/hari : Gotong-royong membersihkan kawasan jualan

1.35 ptg : Bersurai


Lampiran 3

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Azman Bin Abdullah Hashim

Naib Pengerusi : Adzahar Bin Mokhtar


: Mohamad Nor Bin Abd Kadir
: Raja Maheran Binti Raja Ramli

Bendahari : Nor Hakma Binti Abdullah Sidek

Setiausaha & Penyelaras Program : Siti Husna Binti Mohd Basir

1) Tempahan Gerai Jualan : Zainora Binti Mohd @ Man


: Siti Maimun Binti Mat Zin

2) Penyediaan & Jualan : Masturah Binti Mazlan


Kupon
: Nur Nashroh Binti Othman
: Lily Suriani Binti Sartoni

3) Publisiti & Siaraya : Nasrudin Bin Othman


: Anuar Bin Ali

4) Persiapan Tempat & : Zoni Fasli Bin Ramli


Kebersihan
: Sabrey Bin Ahmad
: Ahmad Daud Bin Abdul Latif
: Pembersihan Kawasan
: Pengawal Keselamatan

5) Permainan : Kamarul Bin Othman


: Nurzaimi Bin Mohamed
: Mohd Wazir Bin Saiti
: Mohd Mustafa Bin Mohamad Nor

6) Juruacara Majlis : Ahmad Moustafa Hafizuddin Bin Azieh

7) DJ : Mohd Nazrin Bin Ibrahim

8) Hadiah : Siti Hidayu Binti Husin

9) Jurugambar : Mohd Nazrin Bin Ibrahim

10) Kawalan Murid : Mohd Mustafa Bin Mohamad Nor


: Masturah Binti Mazlan
: Wan Khadijah Binti Wan Abdullah
: Zalila Binti Zakaria
Lampiran 4

SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN & PENJUALAN MAKANAN

1) Peniaga mestilah terdiri daripada MURID-MURID sekolah sahaja.


2) Peniaga perlu membayar sewa gerai sebanyak RM 10.00 dan sewaan ini tidak
akan dipulangkan sekiranya peniaga membatalkan penjualan 3 hari sebelum
Hari Kantin berlangsung.
3) Peniaga perlu membayar deposit pembersihan sebanyak RM 5.00 dan
memastikan kawasan gerai dalam keadaan bersih semasa dan selepas
perniagaan dijalankan. Jika kawasan gerai tidak dibersihkan, deposit tidak
akan dipulangkan.
4) Pihak sekolah akan menyediakan
- Meja : 3 buah
- Kerusi : 3 buah
- Plastik sampah : 2 helai
- Nombor gerai : (mengikut pendaftaran)
5) Alas meja perlu Disediakan Oleh Peniaga bagi mengelakkan meja yang
disediakan kotor atau rosak.
6) Jenis-jenis makanan yang Tidak Boleh Dijual
- Makanan yang diproses (sosej, nugget, bebola ayam/ udang, burger,
kentang goreng dan lain-lain yang berkaitan)
- Makanan ringan (keropok, gula-gula, coklat)
- Makanan yang telah basi @ yang telah tamat tempoh.
7) Harga makanan/ minuman perlu dilabelkan.
8) Pembelian makanan/ minuman menggunakan kupon (RM 0.50, RM 1.00, RM
2.00) yang dibeli daripada pihak sekolah. Oleh itu, dinasihatkan kepada
peniaga supaya menetapkan harga makanan yang bersesuaian kerana tiada
pemulangan baki duit kepada pembeli.
9) Borang pendaftaran, bayaran sewaan dan bayaran deposit pembersihan
hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan selewat-lewatnya 3 hari
sebelum berlangsungnya Hari Kantin.
Lampiran 5

BORANG PENDAFTARAN

No. Pendaftaran :

Nama :

No. :
K/Pengenalan

Alamat Rumah / :
Sekolah/ Agensi

No. Tel/ HP :

Jenis Jualan : Makanan / Minuman (Bulatkan yang berkenaan)


: Lain-lain : (sila nyatakan)
_____________________________________________________

Senaraikan : Makanan
Barang Jualan &
1. __________________________ (RM )
Harga
2. __________________________ (RM )
3. __________________________ (RM )
4. __________________________ (RM )
5. __________________________ (RM )
: Minuman
1. __________________________ (RM )
2. __________________________ (RM )
3. __________________________ (RM )
4. __________________________ (RM )
5. __________________________ (RM )
: Lain-lain barangan jualan
1. __________________________ (RM )
2. __________________________ (RM )
3. __________________________ (RM )
4. __________________________ (RM )
5. __________________________ (RM )

Tanda Tangan (Peniaga) Tanda Tangan (Penerima)

……………………………. ……………………………
( ) ( )
Gerai 15

KAFA
Kelas
(permainan)

Gerai 14
ASTAKA
Gerai 13

Gerai 12

Gerai 11
PPKI
Gerai 10

Gerai 9
PRA SEKOLAH J-QAF
(PA System & DJ) Gerai 8
Gerai 7

Gerai 6

Gerai 5

Gerai 4

Gerai 3

Gerai 2

Gerai 1

Anda mungkin juga menyukai