Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN AKTIVITI

MINGGU KEUSAHAWANAN
PPKI 2018

di
BILIK UTAMA, PPKI SMK BATU
KAWA
3 – 7 SEPTEMBER 2018
1.0 Tajuk Program
PROGRAM MINGGU KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS
SMK BATU KAWA 2018.

2.0 Latar belakang/ Pengenalan/ Pendahuluan


Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu
melahirkan kendiri murid yang berkualiti. Kendiri murid sangatlah penting untuk
menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

Program ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh PPKI SMK Batu Kawa.
Program ini bertujuan untuk menarik minat murid berkeperluan khas (MBK) terhadap
bidang Keusahawanan. Aktiviti yang telah dirancang mampu memberi pendedahan
kepada MBK supaya minat terhadap bidang keusahawanan dapat dipupuk dan mereka
dapat mengasah bakat dalam bidang tersebut.

3.0 Tarikh dan Masa Pelaksanaan


3 – 7 SEPTEMBER 2018 . 7.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI

4.0 Tempat
Bilik Kelas Utama, PPKI, BLOK A

5.0 Objektif
5.1 Menarik minat para pelajar terhadap bidang Keusahawanan serta melahirkan
pelajar yang mempunyai keyakinan diri dan keupayaan untuk berdikari.
5.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
5.3 Untuk memupuk sikap berkerjasama di antara MBK melalui aktiviti penyediaan
makanan, penjualan dan pembersihan secara berkumpulan.

6.0 Kumpulan Sasaran


6.1 47 orang murid PPKI SMK Batu Kawa.
6.2 6 orang guru PPKI
6.3 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
7.0 Jawatankuasa Program
Penasihat : En. Mohd Noor bin Lamat
Penyelaras Aktiviti : Pn. Christina Anthony
Penolong Penyelaras: Pn. Drusilla Allyn
: En. Johil James Marop
: En. Abdul Amir Bin Abdul Rikah
: Pn. Tan Chun Hiey
: Pn. Stephanie Clare
Bendahari : Pn. Cynthia Philip
Peralatan : En. Krisman Bujang
Kebersihan : Pn. Saliah Bt Barahim
: Pn. Flora

AJK (Murid PPKI)


Jurujual Charles Leo , Clive Paul Christina Anthony
Penyediaan Barangan Emenuel Jusan, Chong Jyu Wah, Muhd Johil James Marop
Jualan (Memasak) Iqbal, Priscilla Kuki, Nor Suhaibah, Abdul Amir
Muhd Izzwan Saliah
Penyediaan Barangan Ashraf, Priscilla Kuki, Azrilllia, Stephanie Clare
Jualan (Mengepek) Victoria, Teckman, Edmund Jong, (Guru Ganti)
Angie Liew, Chiew Guek Siah Drusilla
Cynthia
Penyediaan Tempat Zaha, Aaron Chai, Fairul, Goh Jin Xian Krisman Bujang
Pembersihan Joshua, Bong Chai Yao Leong, Goh Tan Chun Hiey
Tian Hang, Then Sheng Hin, Michelle Flora
Lai, Tiffany Lai

8.0 Pengisian Program

Bil Aktiviti Harian


1 Taklimat Aktiviti Minggu Keusahawanan / Taklimat Keselamatan

2 Menyediakan Bahan Masakan

3 Mengepek Hasil Masakan

4 Jualan

5 Pengiraan Hasil Jualan


6 Persiapan Tempat dan Pembersihan
9.0 Jadual

Aktiviti
Penyediaan Barang Jualan
o Setiap hari sepanjang minggu tersebut.
o Masa 0710 – 0910 : Menyediakan ayam goreng, menyediakan burger, kentang goreng
o Masa 1030 – 1200 : Membersihkan ayam, Menyediakan bahan perapan, Memerap
ayam dan disimpan di dalam peti sejuk.

Jualan Makanan
o Masa 0930-1000 (Waktu Rehat)
Pembersihan
o Masa 1030 – 1200 – Membersihkan ruang kerja dan peralatan memasak. Menyimpan
peralatan.

10.0 Petunjuk Prestasi Utama ( KPI )


10.1 Output
Seramai 47 orang murid PPKI dapat menyertai aktiviti sepanjang Minggu
Keusahawanan ini.
10.2 Outcome
Murid dapat memahami kepentingan aktiviti keusahawanan dan menyedari
potensi mereka dalam bidang ini di masa hadapan terutamanya dalam bidang
Industri Kecil dan Sederhana.

11.0 Laporan Kewangan


Tarikh Perbelanjaan (Modal) Jualan
RM RM
3 Sept 2018 289.00 90.00
4 Sept 2018 225.12 238.00
5 Sept 2018 214.73 307.00
6 Sept 2018 243.40 352.00
7 Sept 2018 5.20 367.50
JUMLAH 977.45 1354.50

Jumlah Wang dalam Tangan = RM 408.65


12.0 Masalah / Kekangan Pelaksanaan
Beberapa murid yang aras kefungsian rendah tidak dapat mengikut aktiviti dan
diberikan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap mereka. Ruang penyimpanan yang
terhad menyebabkan kuantiti agak terhad. Sistem jualan secara tempahan dari guru-
guru menyebabkan kuantiti yang dapat dijual kepada murid agak terhad. Kos yang
agak tinggi bagi item ayam goring (terutamanya apabila saiz ayam yang dipilih
adalah besar) memberi kesan kepada margin keuntungan.

13.0 Cadangan Penambahbaikan


Sistem tempahan guru memudahkan proses anggaran kuantiti dan boleh
ditambahbaik pelaksanaannya bagi aktiviti sama pada tahun hadapan. Disyorkan
juga untuk menjual kaki ayam goreng kerana kos yang lebih rendah dan juga
permintaan tinggi dari guru dan murid.

14.0 Penutup
Adalah diharapkan agar aktiviti ini akan membawa manfaat kepada murid-murid
Pendidikan Khas dari segi dan memupuk minat mereka dalam bidang
Keusahawanan.

Disediakan oleh

…………………………

CHRISTINA ANTHONY
Penyelaras Aktiviti
Lampiran
GAMBAR SEMASA AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai