Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

IKHTIHAR HIDUP
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(UTM)

SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM

TARIKH : 16 MEI 2017

TEMPAT : OUTWARD BOUND, UTM SKUDAI

ANJURAN : UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)


1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti ini bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, dan
intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan
diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Melalui aktiviti yang dilaksanakan,
adalah diharapkan agar para peserta dapat memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya
mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan
organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang ang
tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan
perkembangan semasa.Aktiviti ini jugadilaksanakan untuk mempersiapkan pelajar
dengan pengalaman hidup berdikari dan membolehkan merekabelajar di luar kuliah.
Aktiviti ini juga mendedahkan para pelajar kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara tidak langsung akan memantapkan jurang dan keyakinan diri masing-masing.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuh situasi yang sama di masa depan.

2.0 OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman memasak tanpa


menggunakan peralatan moden.
Memupuk semangat bekerjasama berpasukan antara pelajar.
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan sesuatu aktiviti yang melibatkan
aktiviti luar.
Membentuk pelajar yang kreatif dalam menyelesaikanmasalah yang timbul.
Mendedahkan para pelajardengankemahiran ikhtiar hidup.

3.0 ANJURAN

Unit PengurusanKokurikulum, Pengakap

4.0 TARIKH
16 Mei 2017

5.0 TEMPAT/ LOKASI

TapakperkhemahanOutbound berdekatan PKU, UTM.

6.0 PENYERTAAN/ SASARAN

Para pesertaterdiridaripadapelajar-pelajarUniversitiTeknologi Malaysia yang


mengambilsubjekPengurusanKo-kurikulum (SPPR 2862).

7.0 PENGISIAN

Program IkhtiharHidup ini akan mengadakan aktiviti memasak yang akan


dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Kokurikulum, iaitu unit beruniform. Aktiviti
memasak ini adalah untuk melatih pelajar supaya sentiasa bersikap sedia dalam
menghadapi cabaran. Sebelum aktiviti dimulakan, penerangan serta tunjuk ajar akan
dilakukan oleh pihak penganjur terlebih dahulu. Alatan serta cara penggunaannya akan
diterangkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Cara menyalakan api juga
akan diajar bagi mengelakkan pembaziran masa pelaja rmenghidupkan api. Pelajarakan
dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan .Setiap kumpulan akan memasak
makanan yang sama. Antara makanan yang akan dimasak ialah roti lilit bakar, kentang
bakar, telur rebus serta mi segera.

Antara aktiviti yang mencabar mental dan fizikal pelajar ialah cara menghidupkan
api. Bagi pelajar yang pertama kali melakukan aktiviti ini, ianya mungkin akan
mengambil masa yang panjang. Oleh itu, mereka perlu berfikir dan bekerjasama dalam
satu pasukan bagi menyelesaikan masalah ini.

8.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM


Penasihat

Dr Asha HasnimyBintiMohdHashim

Pengarah Program

Muhammad Razzi Zulfikhan bin Abdul Hakim

014-5625058

Setiausaha

Muhammad Afiq bin Mohamed Fuzi


017-7855264

Bendahari
Nor Amirah binti Ahmad
013-2487559

Ahli Jawatankuasa

Unit Teknikal : Jon Michael Linggai

Unit TugasKhas : Muhd Ahsanul Husna bin Ruslan

Unit Aktiviti : Siti Sarah Afiqah binti Wan Jamaludin

9.0 JADUAL PROGRAM/TENTATIF


MASA AKTIVITI
8.00pagi - 8.30 pagi Pelajar berkumpul
Taklimat diberikan
Pembahagian bahan dan alatan
8.30 Pagi 9.30 pagi Bergerak ke tapak aktiviti
Aktiviti bermula
9.30pagi -10.00 pagi Aktiviti tamat
Pembersihan kawasan aktiviti
10.15pagi Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN HARGA SEUNIT ITEM HARGA


(RM) (RM)
1. Peralatan untuk aktiviti
Fire starter 5 1 kotak 5

2. Makanan memasak untuk aktiviti


i. Kentang 2 2 kilo 4
ii. Telur 0.50 10 biji 5
iii. Mi segera 5 1 pek 5
iv. Tepung Gandum
2 3 pek 6
JUMLA RM25
H

11.0PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti Iktihar Hidup iaitu memasak yang dianjurkan oleh unit
pengurusan kokurikulum pengakap ini dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Selain itu adalah menjadi harapan agar aktiviti ini dapat mencapai segala
objektif yang telah digariskan. Penganjuran aktiviti seperti ini juga diharapkan dapat memberi
manfaat kepada semua mahasiswa/i dan ini sudah tentu suatu pengalaman yang cukup berharga
sekaligus menjadi pemangkin buat mereka yang mungkin akan menempuh pengalaman seperti
ini kelak. Aktiviti memasak ini merupakan satu cabaran untuk melatih mahasiswa/i supaya hidup
secara berdikari tanpa memerlukan peralatan moden untuk hidup. Secara tidak langsung,
universiti akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran kreatif, dinamik, aktif, berdikari,
progresif serta cekap dalam segala tindakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh

...

Muhammad Afiq Bin Mohamed Fuzi Dr Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim

Setiausaha Program. Penasihat Program.

Anda mungkin juga menyukai