Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM REKREASI DAN APRESIASI DIRI PPKI

1.0 Tajuk Program


Program Rekreasi Dan Apresiasi Diri

2.0 Latar belakang/ Pengenalan/ Pendahuluan


Kanak-kanak OKU sering kali didiskriminasi oleh masyarakat. Mereka juga sering diabaikan dalam
aktiviti-aktiviti rekreasi oleh kerana masalah tingkah laku yang mereka alami apabila menjalani aktiviti di luar
bersama dengan masyarakat luar. Tanggapan masyarakat yang negatif tentang golongan OKU perlu diubah
supaya mereka boleh diterima dan keupayaan mereka tidak dinafikan. Kanak-kanak OKU juga perlu dihargai
dan disayangi kerana mereka tidak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang sering kali mempunyai daya
tumpuan yang singkat di samping kemahiran psikomotor kasar dan halus yang lemah. Dengan itu,
penglibatan murid dalam aktiviti permainan atau sukan di luar bilik darjah dapat serba sedikit membantu
dalam mengurangkan ketidakupayaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Permainan bowling
merupakan permainan yang sesuai oleh kerana konsep permainannya yang mudah. Selain itu, sukan bowling
yang dijalankan secara indoor tersebut sesuai dengan keadaan kanak-kanak OKU yang mempunyai daya
ketahanan terhadap haba yang rendah terutamanya bagi mereka yang menghidap sawan. Permainan
bowling juga satu permainan yang memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sosial
bersama rakan lain dalam setting yang kurang formal berbanding dalam bilik darjah. Maka dengan itu,
permainan bowling adalah wajar diadakan sebagai program luar bilik darjah yang boleh meningkatkan
keyakinan diri serta kemahiran berdikari dan psikomotor murid.

3.0 Tarikh dan masa pelaksanaan


Tarikh: 10 Mac 2018 (Sabtu)
Masa: 0730 – 1230

4.0 Tempat
Program ini dijalankan di Megalanes, Emart Batu Kawa, Kuching

5.0 Objektif
5.1 Memberikan peluang kepada murid pendidikan khas untuk mengembangkan bakat dan
potensi dalam sukan bowling.
5.2 Memberi peluang kepada murid untuk mengeksplorasi dunia luar.
5.3 Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk bersosial dan berinteraksi dengan
masyarakat sekeliling.
5.4 Memberi peluang kepada murid pendidikan khas mengaplikasikan kemahiran dan
pengetahuan yang telah dipelajari dalam kelas ke dunia sebenar.
5.4 Menanam sikap tolong menolong, bertolak ansur dan berdikari di kalangan murid.
5.5 Memupuk sikap menghagai diri di kalangan murid PPKI

6.0 Kumpulan Sasaran


Program ini akan melibatkan 30 orang murid PPKI yang terpilih. 6 orang guru Pendidikan Khas dan 3
orang PPM.
7.0 Jawatankuasa Program

Penasihat :En. Joseph Ng Shan Tsing


Pengerusi program :Pn. Drusilla Allyn anak Lunyut
Setiausaha :Pn. Saliah Barahim
AJK Hadiah dan Sijil :Pn. Christina Anthony
AJK Pengangkutan :En. Johil James Marop
AJK Keselamatan :Pn. Tan Chun Hiey
AJK Makanan :Pn. Cynthia Philip
Jurugambar :En. Krisman Bujang
Penyelia Murid :Pn. Tan Chun Hiey (Kumpulan 1)
:Pn. Jenifer Parai (Kumpulan 2)
:Pn. Stephanie Clare (Kumpulan 3)
:En. Johil James Marop (Kumpulan 4)
:Pn. Christina Anthony (Kumpulan 5)

Senarai Huraian Tugas AJK


Pengerusi program Pn. Drusilla Allyn anak Lunyut  Merancang pengisian
program
 Berhubung dan berbincang
dengan pihak Megalanes
 Memastikan program
berjalan dengan lancar
Setiausaha Pn. Saliah Barahim  Menguruskan surat
kebenaran ibubapa
 Memfailkan segala dokumen
yang berkaitan dengan
program Menyediakan sijil
penyertaan kepada peserta
lawatan
AJK Hadiah dan Pn. Christina Anthony  Membuat pesanan hadiah
Sijil daripada pembekal dan
mengambil hadiah apabila
tempahan siap
 Membuat dan mencetak sijil
penyertaan program peserta
program
AJK Pengangkutan En. Johil James Marop  Menguruskan pengangkutan
murid dan guru
 Memastikan murid tiba dan
balik dengan selamat
AJK Keselamatan Pn. Tan Chun Hiey  Membuat taklimat
keselamatan kepada murid
 Menyediakan peti kecemasan
dan memastikan ubat-ubatan
dalam peti mencukupi
 Menguruskan murid yang
cedera sekiranya ada
AJK Makanan Pn. Cynthia Philip  Mencari tempat untuk murid
makan
 Merancang makanan murid
 Menguruskan murid semasa
makan
Jurugambar En. Krisman Bujang  Mengambil gambar sepanjang
program
 Menyerahkan gambar kepada
Penyelaras untuk
dokumentasi
Penyelia Murid Pn. Tan Chun Hiey (Kump. 1)  Menyelia murid sepanjang
Pn. Jenifer Parai (Kump. 2) program
Pn. Stephanie Clare (Kump. 3)  Mencatat skor setiap murid
En. Johil James Marop (Kump. 4) dalam kumpulan yang diselia
Pn. Christina Anthony (Kump. 5) untuk permainan bowling
 Membimbing murid yang ada
dalam kumpulan jika perlu
dalam permainan bowling

8.0 Perbelanjaan Sebenar


Harga Jumlah Catatan
Perkara Bilangan
(seunit) anggaran
Makanan 30 pax 7.00 210.00 PCG
Hadiah Medal (Emas, perak, gangsa) 2 set 6.50 39.00 PCG
Hadiah (Individu) 1 set 58.00 58.00 PCG
Bayaran permainan bowling dan sewa Dibiayai oleh
29 pax 8.50 246.50
kasut tabung PPKI
Jumlah 553.50

9.0 Pengisian Program


12.1 Pertandingan Bowling peringkat sekolah
- 2 kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan secara individu
12.2 Sambutan hari jadi murid dan guru yang lahir pada bulan Januari – Mac
- menyanyikan lagu hari jadi
- meniup lilin dan memotong kek
- pemberian hadiah kepada mereka yang menyambut hari jadi

10.0 Jadual Sebenar


Masa Aktiviti
0730 Sarapan pagi
0800 Taklimat keselamatan kepada murid
0830 Bertolak ke Megalanes
0900 Pendaftaran peserta dan pengagihan lorong bowling
Mengambil dan menukar kasut di kaunter
Sesi pemanasan badan
Pertandingan Bowling
Sesi bergambar
1100 Sambutan Hari Jadi
1115 Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan dan Hari Jadi
1130 Makan tengah hari
12.00 Bertolak balik ke sekolah
11.0 Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
11.1 Output
29 orang murid mengikuti Program ini.
11.2 Outcome
28 orang murid dapat menamatan permainan bowling.
12.0 Masalah / Kekangan Pelaksanaan
12.1 Terdapat kumpulan yang muridnya terdiri daripada semua murid yang keupayaan fizikalnya
rendah menyebabkan kumpulan tersebut lambat tamat permainan bowling.
12.2 Ada sorang murid tidak dapat menghabiskan kesemua permainan (game) kerana keletihan.

13.0 Cadangan Penambahbaikan


13.1 Bilangan ahli kumpulan perlu dikurangkan bagi kumpulan keupayaan fizikal yang rendah
supaya mereka dapat tamatkan permainan sama masa dengan kumpulan yang lain.
13.2 Lebih ramai PPM/guru perlu ditugaskan untuk membantu mereka yang keupayaan fizikalnya
rendah. Dicadangkan nisbah 1 guru/PPM: 1 murid.

14.0 Penutup
Program ini dapat memberi impak positif terhadap minat murid PPKI dalam permainan bowling. Di
samping itu, emosi positif murid OKU dapat dilihat setelah dapat menyambut Hari Jadi bersama rakan
sekaligus meningkatkan sikap harga diri dalam diri murid masing-masing. Program ini perlu
diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan emosi dan sosial murid-murid PPKI.

Disediakan oleh

____________________________
(DRUSILLA ALLYN ANAK LUNYUT)
Pengerusi Program
Tarikh:
LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai