Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM APRESIASI SENI VISUAL

1.0 Tajuk Program


Program Apresiasi Seni Visual di The Borneo House Meseum.

2.0 Latar belakang/ Pengenalan/ Pendahuluan


Ramai artis/pelukis terkenal adalah mereka yang tergolong dalam kategori OKU yang
mempunyai masalah pembelajaran. Contohnya Pablo Picasso yang mempunyai disleksia dan
Michelangelo yang mempunyai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Mereka yang
mempunyai masalah pembemlejaran terbukti mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan
meihat dunia dari sudut pandangan yang berbeza dari orang-orang normal. Oleh itu, murid-
murid OKU juga tidak mustahil mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni. Bakat
mereka perlu dicungkil dan dikembangkan mengikut keupayaan mereka. Pendidikan Seni
Visual juga terdapat dalam silibus Program Pendidikan Khas Integrasi. Oleh yang
demikian,program lawatan ke The Borneo House (3D) Museum adalah sesuai dan bertepatan
dengan kehendak silibus Pendidikan Seni Visual (PPKI) bagi mendedahkan murid tentang seni
visual 3D dan menggalakkan mereka untuk menghayati seni lukisan.

3.0 Tarikh dan masa pelaksanaan


Tarikh: 21 Ogos 2017
Masa: 0800 1300

4.0 Tempat
Program ini dijalankan di The Borneo Museum House, Kuching

5.0 Objektif
5.1 Mendedahkan murid tentang seni 3D
5.2 Menggalakkan murid untuk menghayati dan membuat apresiasi terhadap seni
seperti yang terdapat dalam silibus Pendidikan Seni Visual PPKI
5.3 Menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah dan kebudayaan masyarakat
tempatan di Sarawak
5.4 Mengeratkan silaturahim antara guru dan murid PPKI melalui perbincangan
tentang seni 3D secara tidak langsung

6.0 Kumpulan Sasaran


Program lawatan ini akan melibatkan semua murid-murid PPKI.

7.0 Jawatankuasa Program

Penasihat :En. Joseph Ng Shan Tsing


Pengerusi program :Pn. Drusilla Allyn anak Lunyut
Setiausaha / AJK Dokumentasi / Sijil :Pn. Christina Anthony
AJK Pengangkutan :En. Johil James Marop
AJK Makanan :Pn. Saliah Barahim (Ketua)
:Pn. Cynthia Philip
Jurugambar :En. Mahathir Mohamad
Penyelia Murid :Pn. Tan Chun Hiey (Kumpulan 1)
:En. Abdul Amir bin Abdul Rikah (Kumpulan 2)

8.0 Senarai Huraian Tugas AJK


Pengerusi program Pn. Drusilla Allyn anak Lunyut Merancang pengisian
program
Berhubung dan berbincang
dengan pihak hotel
Memastikan program
berjalan dengan lancar
Setiausaha / AJK Pn. Christina Anthony Memfailkan segala dokumen
Dokumentasi / Sijil yang berkaitan dengan
program
Menguruskan surat
kebenaran ibubapa
Menyediakan sijil penyertaan
kepada peserta lawatan
Bendahari Pn. Drusilla Allyn anak Lunyut Menguruskan kewangan
program
AJK Pengangkutan En. Johil James Marop Mencari syarikat
pengangkutan dan seterusnya
membuat tempahan bas
Berurusan dengan pemandu
bas tentang masa dan
perjalanan program pada hari
tersebut
AJK Makanan Pn. Saliah Barahim (Ketua) Mencari tempat untuk murid
Pn. Cynthia Philip makan
Merancang makanan murid
Menguruskan murid semasa
makan
Jurugambar En. Mahathir Mohamad Mengambil gambar sepanjang
program
Penyelia Murid Pn. Tan Chun Hiey (Kumpulan 1) Menyelia murid sepanjang
program
En. Johil ak James Marop Menyelia murid sepanjang
(Kumpulan 2) program

9.0 Petunjuk Prestasi Utama ( KPI )


9.1 Output
20-25 murid mengikuti Program Apresiasi Seni.
9.2 Outcome
10 orang murid menunjukkan minat dalam bidang senu visual semasa sesi
PdPc.
10.0 Implikasi kewangan/Anggaran Perbelanjaan/Sumber Kewangan
10.1 Anggaran perbelanjaan
Jumlah
Perkara Bilangan Harga (seunit)
anggaran
Pengangkutan (Bas) 1 buah 400.00 400.00
Makanan 30 pax 7.00 210.00
Drawing pad 30 pcs 13.00 390.00
Pensel 2B 5 boxes 9.00 45.00
Pemadam 1 box 24.00 24.00
Pengasah pensel 30 pcs 3.00 90.00
Jumlah 1159.00

10.2 Sumber kewangan


Sumber kewangan untuk program adalah dari peruntukan PCG Pendidikan
Khas (Wajib).

11.0 Strategi pelaksanaan


Program ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh 2 orang
guru/ PPM.

12.0 Pengisian Program


12.1 Lawatan sekitar The Borneo House Museum
12.2 Mengambil foto sekitar galeri seni 3D The Borneo House Museum
12.3 Melakar / melukis seni mural 3D yang pada dinding The Borneo House
Museum

13.0 Jadual

Masa Aktiviti
0745 Taklimat keselamatan kepada murid
0800 Bertolak ke The Borneo House Museum
0900 Lawatan sekitar The Borneo House Museum
Melakar / melukis mural 3D
1200 Makan tengahari
1300 Bertolak balik ke sekolah

14.0 Kaedah Pemantauan


14.1 Pemantauan secara pemerhatian oleh pengerusi program
14.2 Respon secara lisan murid-murid PPKI

15.0 Pelan Pengurusan Risiko


Bil. Risiko Tindakan Pencegahan
1 Bas rosak Meminta syarikat bas stand-by bas
tambahan
2 Jalan sesak ke destinasi Meminta nasihat pihak pengangkutan
tentang keadaan trafik pada masa
bertolak / meminta pemandu bas
menggunakan jalan alternatif yang
kurang sesak

16.0 Penutup
Diharapkan program ini dapat memberi impak positif terhadap minat murid PPKI
dalam bidang seni visual 3D. Seterusnya meningkatkan daya kreativiti murid dalam
seni lukis.

Disediakan oleh Diluluskan oleh

____________________________ ____________________________
(DRUSILLA ALLYN ANAK LUNYUT) (JOSEPH NG SHAN TSING)
Pengerusi Program Pengetua
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai