Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2016
SMK SELAYANG BHARU

1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKI), Sekolah Menengah
Kebangsaan Selayang Bharu adalah merupakan di antara sekolah-sekolah di negeri Selangor
yang menjalankan program kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Murid-murid yang di
tempatkan di sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mengalami pelbagai
masalah seperti Down Sindrom, Autisma, Hiperaktif, Slow Learner, Kecatatan Anggota dan
Kecacatan Akal Minima. Seramai 64 orang murid yang berdaftar dan sedang mengikuti
program ini sepanjang tahun manakala guru PPKI terdiri dan 15 orang guru yang mengajar
dalam program tersebut serta 3 Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Dalam usaha memartabatkan Pendidikan Khas di Malaysia, PPKI SMK Selayang
Bharu telah merancang lawatan sambil belajar ”Menggapai Impian”. Ianya bertujuan untuk
memberi peluang kepada murid-murid ini mempertingkatkan keupayaan diri melalui
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, terdapat juga keperluan
kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid
PPKI.
Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bagaimana
pembuatan roti, kek, coklat dan minuman kesihatan dihasilkan. Selain itu, murid-murid dapat
melihat dengan lebih dekat produk-produk yang dihasilkan melalui roti dan coklat. Melalui
program ini juga, murid-murid dapat melihat proses pengeluaran dan pembungkusan sesuatu
produk.
Program ini diharap dapat memberikan satu pengalaman yang menarik mengenai
proses pembuatan coklat dan minuman kesihatan dan disamping itu, program ini juga
memberikan kepada murid-murid merasai pengalaman itu sendiri.
Walaupun baru memasuki tahun ke enam ditubuhkan pada 2011, PPKI SMK Selayang
Bharu tetap merancang pelbagai aktiviti untuk memastikan murid-murid mencapai
pembelajaran yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan mereka. Secara ringkasnya, program
ini sedikit sebanyak dapat memantapkan perkembangan fizikal dan dapat meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka disamping dapat melatih membina keyakinan diri
murid-murid ini. Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan
pengetahuan sama ada yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Jauh perjalanan
menjadikan pengetahuan murid luas dan berkembang.

1
2.0 RASIONAL
Bagi memenuhi sebahagian keperluan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Khas dan menyokong seruan pihak KPM yang hendak melahirkan murid-
murid yang bukan sahaja tinggi intelektual malah juga merangkumi dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tambahan itu program ini memberi pendedahan
kepada murid-murid membina hubungan sosial dengan masyarakat luar.

3.0 MATLAMAT
Program ini dilaksanakan sebagai salah satu program riadah pendidikan kepada murid
PPK bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada murid berkaitan mata pelajaran kemahiran
hidup dan dunia sains. Di samping itu, dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan
interaksi dengan komuniti luar.

4.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan tentang proses pembuatan dan pengeluaran roti dan coklat
kesihatan yang merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
2.2 Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan masyarakat luar.
2.3 Mendedahkan tatacara sebenar menaiki kenderaan awam.
2.4 Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
2.5 Membentuk sahsiah yang baik dan disiplin yang tinggi di kalangan murid
pendidikan khas.

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Murid : 35 orang
Guru : 7 orang
Pembantu Murid : 1 orang

6.0 PELAKSANAAN LAWATAN


6.1 Tarikh : 9 November 2016 (Rabu)
6.2 Masa : 7.30 pagi – 2.30 petang
6.3 Tempat : Kilang Roti Gardenia di Shah Alam, Selangor

2
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hanishah Binti Mohd (Pengetua)


Timbalan Pengerusi I : En. Mohamed Azhar b. Mohd Hasbi
Naib Pengerusi I : Pn. Meriam Bi bt. Sulaiman
Naib Pengerusi II : Pn. Rohani bt. Jaafar
Naib Pengerusi III : En. Mohd Kassim bin Mohd Noor
Naib Pengerusi IV : Pn. Sharifah bt. Shaik Mohamed
Penyelaras : Pn. Wan Marjan bt Wan Abdullah
Setiausaha : Pn. Nurul Akma bt. Hamizat
Bendahari : Pn. Nurul Syuhada bt. Muda
AJK Pendaftaran : En. Mohd Fadzil Bin Othman

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN PENGAGIHAN TUGAS

Jawatan Tugas
 Menghubungi agensi pelancongan untuk
Penyelaras mendapatkan jadual lawatan
 Menyediakan kertas konsep dan mendapatkan
kelulusan daripada pengetua.
Pn. Wan Marjan Bt Wan Abdullah
 Membuat pengumuman tentang aktiviti ini
(lawatan sambil belajar).
 Mengedarkan surat makluman lawatan dan surat
kebenaran ibu bapa/penjaga.
 Membuat permohonan lawatan ke PPD Gombak.
 Membuat permohonan nota minta untuk bayaran
pengangkutan.
 Mengadakan perjumpaan dengan murid-murid
rombongan untuk memberi taklimat sebelum
hari lawatan.
Setiausaha  Membantu mengedarkan surat makluman
1. Pn. Nurul Akma Bt Hamizat lawatan dan surat kebenaran ibu bapa kepada
peserta.
 Membantu menyediakan senarai nama murid
yang mengikuti rombongan.
 Membuat laporan aktiviti yang dijalankan.

3
Bendahari  Membantu mengedarkan surat makluman
lawatan dan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga.
1. Pn. Nurul Syuhada Bt Muda
 Mengutip surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan
menerima bayaran lawatan dari peserta.
 Membuat pembayaran kepada pengangkutan bas
 Membuat akaun penerimaan dan pembayaran
untuk aktiviti ini (beserta dengan resit).
Pendaftaran  Menyediakan senarai nama murid yang
1. Mohd Fadzil Bin Othman mengikuti program lawatan
 Memastikan bilangan murid yang mengikuti
mencukupi pada hari lawatan sehingga lawatan
tamat.
Pengangkutan  Menyediakan dan menguruskan pengangkutan
1. Arifin Bin Jolis yang mencukupi dan jadual pergerakan bas
 Mengenal pasti bilangan peserta serta jumlah bas
yang diperlukan
Dokumentasi  Bertanggungjawab merakam dan merekodkan
1. Pn. Noorfarishayusnida bt segala aktiviti yang berlangsung sepanjang
Yusoff program

2. Mohd Azizul Bin Mohd Noor  Membuat laporan dokumentasi yang lengkap
dan dihantar kepada setiausaha

Cenderahati  Menyediakan hadiah cenderahati dan goodies


1. Pn. Noor Azah Bt. Abd Aziz bag

2. Pn. Nurul Syuhada Bt Muda

9.0 JADUAL LAWATAN/ TENTATIF PROGRAM

MASA TEMPAT TUJUAN/ AKTIVITI


7.00 pagi - 7.30 pagi Murid berkumpul dan mendaftar di SMK Selayang Bharu
7.30 pagi - 8.30 pagi Bertolak ke Kilang Roti Gardenia, Shah Alam dengan Bas
8.30 pagi - 10.30 pagi Lawatan di Kilang Roti Gardenia, Shah Alam
11.30 pagi - 1.30 tengahari Bertolak ke Kilang Food Network, Shah Alam
1.30 tgh – 2.30 petang Makan tengahari / solat di Shah Alam
2.30 petang Bertolak balik ke SMK Selayang Bharu

4
5

Anda mungkin juga menyukai