Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK SENTANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID(APDM)


BIL 1/2020

Tarikh : 12.3.2020

Masa : 1.30 Hingga 3.00 tgh

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : En. MOHD JASMIN BIN JAMALUDDIN

Kehadiran(Bilangan) : 13 orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat APDM Kali Pertama ini
dan memohon agar semua ahli dapat bekerjasama dan memberi pandangan untuk
kebaikan bersama.

1.2 Pengerusi berharap, agar AJK dapat mengemaskini data murid dan ibu bapa/penjaga dan
membuat penambahbaikan agar pelaksanaan APDM berjalan lancar.

1.3 Pengerusi juga mengingatkan semua guru kelas supaya mengemaskini kehadiran setiap
hari sebelum pukul 8.30 pagi.

Tindakan : Guru Kelas

2.0 LAPORAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

2.1 Setiausaha memohon semua guru kelas mengemaskini jumlah murid kelas masing-
masing. Data yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu ialah data maklumat murid dan
ibubapa.Maklumat warganegara, pekerjaan dan jumlah pendapatan perlu diisi dengan
lengkap dan betul.

2.2 Setiausaha APDM juga memohon agar guru-guru kelas Tahun1 mengutip borang SMM
dari murid-murid kelas masing-masing.

2.3 Guru kelas juga diminta menyemak semua borang dan memastikan borang
yang dihantar adalah lengkap. Borang yang tidak lengkap diminta kembalikan
semula kepada murid tersebut untuk dilengkapkan.

2.4 Borang yang lengkap mesti disertakan dengan salinan sijil surat beranak,salinan kad
pengenalan ibu bapa dan salinan slip gaji ibu bapa.

Tindakan : Setiausaha APDM


3.0 PERANCANGAN PENGURUSAN DATA SMM

3.1 Pengerusi memaklumkan semua salinan surat beranak murid - murid minta semua guru
kelas failkan untuk rujukan pada masa hadapan.

3.2 Borang-borang APDM juga perlu disimpan oleh guru kelas dan difailkan.

3.3 Semua borang APDM akan dikemaskini dua kali setahun. Ini untuk memastikan pihak
sekolah akan menerima maklumat murid,ibu bapa dan penjaga yang terkini.

Tindakan : Guru Kelas

4.0 HAL-HAL LAIN.

4.1 Guru kelas perlu memaklumkan segera kepada S/U APDM jika ada murid yang
berpindah atau murid baru masuk ke sekolah ini.

4.2 S/U APDM menyatakan data murid perlu dikemaskini setiap bulan dan
disahkan datanya secara online dalam pangkalan data.

4.3 Pengerusi meminta data yang diisi lengkap dan betul untuk memudahkan
bahagian KWAPM, RMT dan bantuan-bantuan lain membuar rujukan di APDM.

4.4 S/U APDM menyatakan bahagian Ko-Kurikulum dan kad 001, semua guru
kelas boleh mula mengisi dan mengemaskini di dalam APDM.

Tindakan : SU APDM

5.0 PENUTUP

5.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 tgh.

Disediakan oleh,

________________
Sazali Bin Patahir
SU APDM
SK Telok Sentang

Anda mungkin juga menyukai