Anda di halaman 1dari 1

Unit Pelancongan Dan Lawatan Sekolah Kebangsaan Banggu , 16150 ,Kota Bharu KELANTAN Pengurus Besar , Cadbury Confectionery

Malaysia Sdn Bhd, Lot 1941 , Persiaran Raja Muda , Seksyen 16 , 40700 Shah Alam , SELANGOR Tuan , Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Coklat Cadbury Merujuk perkara di atas , saya Pn Suzana Bt Daud selaku setiausaha Unit Pelancongan Dan Lawatan Sekolah ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury kerana kilang ini terkenal di Malaysia dan kami pasti pemilihan kilang ini tidak akan menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini . 2. Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut . Tarikh : 19 September 2013 Hari : Khamis Pengangkutan : Bas Jumlah Peserta : 82 orang murid Jumlah Guru Pengiring : 10 orang

24 Julai 2013

3 . Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara pembuatan coklat dan teknologi terbaru dalam pemprosesan coklat . Di samping itu , lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan unit kami pada tahun 2013 . 4. Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada pihak tuan untuk membenarkan kami mengambil beberapa kepingan gambar untuk dijadikan laporan dokumentasi program . 5. Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan . Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan ini . 6. Saya berharap permohonan ini dapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan .Segala usaha tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih . Sekian,terima kasih Yang benar , .. ( SUZANA BT DAUD ) Setiausaha Unit Pelancongan Dan Lawatan Sekolah Sk Banggu 2013

Anda mungkin juga menyukai