Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG,

21400 MARANG, TERENGGANU.

KURSUS KEPIMPINAN
TAHUN 2020

KUMPULAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER,

KETUA DAN PENOLONG KELAS

TARIKH

11 FEBRUARI 2020

TEMPAT

DEWAN GEMILANG
1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Gondang akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar khusus untuk
melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat
dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Kursus Kepimpinan Pelajar adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Program ini perlu diadakan
sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan
memberikan penekanan khusus terhadap tugas harian, yakin kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, pemimpin cilik akan didedahkan
dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian
dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Pada tahun ini, Unit Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Haji Hussain sekali lagi
mengelolakan Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pelajar yang melibatkan pemimpin cilik
iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas bertempat di Resort
D’Puncak Beris, Tasik Beris, Sik Kedah. Pemimpin cilik ini terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan tahun 6.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.
Adalah sangat diharapkan agar Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pelajar ini akan dapat
memberikan peluang kepada pemimpin cilik menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping
menimba pengalaman, program ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama
pemimpin cilik dan juga guru – guru.

Ketrampilan pemimpin cilik mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-


murid SK Haji Hussain yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas
dengan jujur, amanah dan dedikasi.
2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid lain.
2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi
dan visi organisasi.

3.0 NAMA PROGRAM


“Program Motivasi dan Kursus Kepimpinann Pelajar Tahun 2013”

4.0 MOTTO
“Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol”

5.0 ANJURAN
Unit Pengawas Dan Displin SK. Haji Hussain.

6.0 PENCERAMAH
Encik Norizan bin Isa

7.0 TEMPAT
Resort D’Puncak Beris, Tasik Beris, Sik Kedah.

8.0 TARIKH
17 dan 18 Mei 2013

9.0 SASARAN
9.1 Pengawas Sekolah : 36 orang
9.2 Pengawas Pusat Sumber : 30 orang
9.3 Ketua Kelas : 8 orang
9.4 Penolong Ketua Kelas : 8 orang
JUMLAH : 82 orang

10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA


Pengerusi : Puan Rusni binti Man
Timbalan Pengerusi : Puan Hasnah binti Che Hussin
Naib Pengerusi 1 : Puan Norazizah binti Umar
Naib Pengerusi 2 : Puan Ernie Masliza binti Zolkeply
Setiausaha : Puan Nurul Izzati binti Ismail
Naib Setiausaha : Encik Muhammad Amin bin Tayib @ Taib
Bendahari : Puan Sharinah binti Khalid

Ahli Jawatankuasa Kerja

Persiapan & Teknikal : Encik Muhd. Faizal bin Abdul Rani


: Puan Hamidah binti Abdullah
: Puan Azura binti Mohamad
Kerohanian : Encik Marzuki bin Mat Rejab
Disiplin & Protokol : Puan Nor Hayati binti Ali
: Puan Norashikin binti Mohamad
: Puan Azma binti Ismail
Brosur : Puan Nurul Izzati Binti Ismail
Tugas Khas, Cenderamata : Puan Hanisa binti Saad
& Sijil : Puan Rokiyah binti Mohamad
Pengacara Majlis : Encik Azizan bin Mohamad Yusuf
: Encik Muhammad Amin bin Tayib @ Taib
Makanan VIP,Guru & Murid : Puan Wan Shafiharina binti Wan Ismail
: Puan Faridatul Akma binti Hassan
: Puan Siti Fatimah binti Din
: Encik Zulkifli bin Mahmud
Kebersihan & Keselamatan : Encik Hasnul Hadi bin Hassan
: Encik Ahmad bin Hashim
: Puan Izatulnisa binti Izham
Pendaftaran : Puan Sabariah binti Shafie
: Puan Siti Najihah binti Bedun
: Cik Nurul Shahida binti Md. Daud
Penggambaran : Puan Nor Badrul Ashikin binti Abd. Rani
: Puan Noorlie binti Mat Dali
Dokumentasi : Puan Nurulhusna binti Md. Yazid @ Ayob
Fasilitator : Semua Guru Disiplin

11.0 MANUAL JAWATANKUASA


Setiausaha
 Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
 Menguruskan surat menyurat
 Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat

Naib Setiausaha
 Membantu tugas-tugas setiausaha

Bendahari
 Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
 Mengawal aliran wang masuk dan keluar
 Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
 Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK Disiplin & Protokol


 Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal
 Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol yang
betul
AJK Persiapan & Teknikal
 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk
kegunaan sepanjang program
 Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan yang baik sebelum digunakan

AJK Tugas-Tugas Khas, Cenderamata Dan Sijil


 Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
 Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan
pertandingan yang diadakan
 Menyediakan cenderamata untuk penceramah dan sijil pemimpin muda.
 Menguruskan penempatan pelajar dan fasilitator

Pengacara Majlis
 Menjadi juru acara semasa slot dan majlis perasmian/ penutup berlangsung.

AJK Kerohanian
 Membaca doa majlis
 Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat secara berjemaah.
 Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
 Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
 Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

Makanan Vip, Guru & Murid


 Menguruskan persiapan tempat jamuan
 Memastikan VIP, guru dan murid mendapat makanan
 Menjaga kebersihan di tempat jamuan

Kebersihan & Keselamatan


 Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
 Memantau keselamatan murid sepanjang program
Pendaftaran
 Menyediakan borang kehadiran
 Mencatat/ mengambil kehadiran murid
 Melaporkan kehadiran murid kepada setiausaha

Penggambaran
 Merakam aktivti sepanjang program
 Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi untuk laporan

Dokumentasi
 Mengumpul bahan
 Membuat laporan lengkap

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM

Hari Jumaat (17 Mei 2013)


2.30 petang : Berkumpul di Tapak Perhimpunan SKHH
3.00 petang : Bertolak ke Resort D’Puncak Beris
4.00 petang : Tiba di Resort D’Puncak Beris
4.30 petang : Solat Asar dan Minum Petang
5.00 petang : SLOT 1 – Taklimat / Peraturan
6.00 petang : SLOT 2 – Mencari Harta Karun
7.00 petang : Makan Malam, Pengurusan Diri, Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan
Solat Isya’
9.00 malam : SLOT 3 – “Ice Breaking” dan “Team Building”
10.45 malam : Minum Malam
11.00 malam : Bantal Peluk
Hari Sabtu (18 Mei 2013)
5.30 pagi : Pengurusan Diri, Solat Subuh dan Kuliah Subuh
7.00 pagi : Senaman Pagi
7.30 pagi : Sarapan
8.00 pagi : SLOT 4 – Tugas dan Peranan Pemimpin
a) Unit Pengawas Sekolah
b) Unit Pengawas Pusat Sumber
c) Ketua dan Penolong Kelas
10.00 pagi : Minum Pagi
10.30 pagi : SLOT 5 – Komitmen, Tanggungjawab, Penampilan dan Etika
Berkomunikasi Pemimpin
12.30 pagi : Penutup
1.15 tengahari : Makan Tengah Hari, Pengurusan Diri dan Solat Zuhur
2.00 petang : Bertolak Balik ke SKHH

14.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah


1 Pakej Sewa, Makan dan Minum 82 RM35 x 1 hari x 90 orang RM 3,150.00
Peserta dan 8 orang guru
2 Barangan Runcit (peralatan , fotostat RM 230.00
dan bahan LDK )
3 Makan dan Minum Fasilitator RM20x 1 hari x 15 orang RM 300.00
4 Cenderamata Penceramah RM120 x 1 RM 120.00
Jumlah RM 3800.00

Sumber Kewangan : Bantuan Bimbingan dan Kaunseling = RM 900.00


: Kokurikulum – Sahsiah = RM 500.00
JUMLAH = RM 1400.00
15.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan
mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan
dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di
dalam kehidupan pemimpin cilik. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
program ini.

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(NURUL IZZATI BT ISMAIL)


Setiausaha,
Program Motivasi dan
Kursus Kepimpinan,
SK. HJ. HUSSAIN

Anda mungkin juga menyukai