Anda di halaman 1dari 2

PERISTIWA 13 MEI

 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah
daripadanya dalam pilihanraya.
 UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari
Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri
besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam
perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan rasmi Majlis
Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang
apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam
perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling
botol kaca dan batu ke arah mereka.
 Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan
Raja Muda. Dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru
dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar
rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina yang
terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8 orang
Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.
 Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin
pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton
Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina. Kesan
daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung
dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam
tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan
yang sangat mengerikan.
 Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar
perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula,
penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut
dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.
 Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan
kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon
terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan
Antonio Isasi-Isasmendi.
 Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
 Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur
turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada
13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas
jalan.
 Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada
sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa
kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka.
Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
 Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211
kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Anda mungkin juga menyukai