Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Tanda Putera atau juga yang dikenali sebagai Mark of prince, merupakan sebuah filem sejarah yang
menjadi interpretasi sejarah Malaysia. Filem ini adalah filem kedua yang diarahkan oleh pengarah
profesional terunggul Malaysia iaitu Datin Paduka Suhaimi Baba. Filem sejarah pertama yang beliau
arahkan yang berjaya memaparkan unsur patriotisme adalah filem 1957: Hati Malaya yang ditayangkan
pada tahun 2007. Berbalik kepada filem Tanda Putera, filem ini mula ditayangkan pada tahun 2013 dan
tertangguh seketika akibat berlakunya beberapa kontroversi filem tersebut. Walaubagaimanapun, ianya
berjaya mendapatkan kelulusan dan akhirnya dapat ditayangkan kepada semua rakyat Malaysia.
Berdasarkan pengarah Suhaimi Baba, filem ini mengisahkan tentang persahabatan akrab diantara
Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail. Mereka sebagai
pemimpin negara terpaksa mengetepikan masalah kesihatan masing-masing demi tanggungjawab
mereka terhadap negara. Mereka berusaha mengembalikan dan memulihkan keamanan dan perpaduan
negara.

Secara ringkasnya, Malaysia pada ketika itu sangat dikejutkan dengan rusuhan kaum yang berlaku.
Perkara ini menjadi peristiwa berdarah yang paling dahsyat di Malaysia. Peristiwa ini digelar sebagai
Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 kerana telah meragut banyak nyawa melalui rusuhan yang berlaku.
Peristiwa ini tercetus ekoran daripada Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969. Pada awal tayangan filem ini,
interpretasi suasana peristiwa tersebut diperlihatkan dengan pelbagai babak yang mendebarkan dan
kurang menyenangkan. Suasana-suasana tersebut memaparkan runtuhnya perpaduan diantara kaum di
negara ini. Hal ini memberi impak dan tekanan yang tinggi kepada para pemimpin pada waktu itu.

Seterusnya dalam filem ini, setelah beberapa lama daripada peristiwa tersebut, Tun Abdul Razak
mendapati bahawa dia telah menghidap advanced leukemia. Oleh itu, dia terpaksa menerima hakikat
bahawa penyakitnya akan membawa maut. Pada masa yang sama dia juga terpaksa menahan kesedihan
kerana orang yang paling dipercayainya, Tun Dr. Ismail meninggal dunia sejurus selepas dia
memberitahu Tun Dr. Ismail mengenai kesihatannya dan ingin meminta bantuan menjaga ahli
keluarganya. Dan dari situlah, Tun Abdul Razak mula risau dan ingin mempercepatkan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru dan berbagai-bagai perancangan lain demi menjamin kestabilan serta masa depan
negara.

Akhir sekali, Tun Abdul Razak mengambil langkah membina hubungan diplomatik dengan Republik China
kerana Tun melihat bahawa ianya salah satu cara bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan.
Walaubagaimanapun, perjuangan Tun berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di
Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir.

Anda mungkin juga menyukai