Anda di halaman 1dari 7

LARI BERGANTI-GANTI

LARI BERGANTI-GANTI

SEJARAH
-          Berasal dari Amerika Syarikat
-          Punca-punca lahirnya acara ini :
 Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita
disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
 Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada
pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
 Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas
& menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
-          Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari
berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang  peserta secepat
mungkin.
-     Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :
 4 x 100 meter
 4 x 200 meter
 4 x 400 meter
 4 x 1600 meter
-          Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.
-          Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari  dalam pasukan.

PEMILIHAN PELARI
Pelari Pertama
-          Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik
-          3 aspek penting :
  Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton
  Berkeupayaan berlari di selekoh
  Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua
-          mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton
pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
-          Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga
-          Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di
selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan
tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari Akhir
-          pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak
di atas bahunya.
-          Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi
kepantasan & kelajuan ia amat penting.

MEMEGANG BATON
Cara memegang baton
Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON


Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah
-          cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
-          pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat
penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
-          Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah)
untuk menerima baton.
-          Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah.
Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari
ketiga.
-          Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada
tangan kiri.
Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton


1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton
2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton


1. Penerima dalam keadaan yang sedia
2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya
tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang
membawa baton.
5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang


-          Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
-          Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat
membawa dengan tangan kanan.
-          Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
-          Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan
tangan ke belakang untuk menerima baton.
-          Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
-          Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan
tangan dan jangan menggoyangkannya.
-          Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil
menghulur ke depan.
-          Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang
membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
-          Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan
sendiri untuk berhenti.
Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(tanpa pandang)

Gaya Selang-seli Cara Pandang


-          Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan
memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak
kedua-dua mereka akan memandang baton.
-          Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
-          Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
-          Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan
kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
-          Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
-          Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
-          Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima,
tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
-          Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan
lariannya.
-          Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(dengan memandang)

ZON PERTUKARAN BATON


-                      Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
-                      Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon
penukaran baton.
-                      Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting
1.             Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2.             Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.
3.             Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan
dibatalkan.
Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

PERATURAN LARIAN

Aturan Umum
-          Lari ikut lorong yang ditetapkan
-          Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
-          Buat pertukaran baton yang bersih
-          Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama


-          Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan
-          Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan
kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.
-          Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan
dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
-          Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan &
keselesaan kaki.
-          Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar
pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.
-          Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
-          Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua
-          Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
-          Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.
-          Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)

Pelari Ketiga
-          Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
-          Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
-          Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
-          Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat
-          Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
-          Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
-          Tamatkan larian di garisan penamat.
-          Pelari yang penuh keazaman & tenang.

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat

Anda mungkin juga menyukai