Anda di halaman 1dari 3

MPU3071 Olahraga

LARI BERGANTI-GANTI

SEJARAH

- Berasal dari Amerika Syarikat

- Punca-punca lahirnya acara ini :

 Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-
berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

 Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan


kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania,
Amerika Syarikat).

 Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari
dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain
dalam pasukan untuk bersedia.

- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan
setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN

Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4
orang peserta secepat mungkin.

- Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :

 4 x 100 meter

 4 x 200 meter

 4 x 400 meter

 4 x 1600 meter

- Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.

- Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

PEMILIHAN PELARI

Pelari Pertama

- Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari


dengan baik

- 3 aspek penting :

§ Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton

§ Berkeupayaan berlari di selekoh

§ Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan


MPU3071 Olahraga

Pelari Kedua

- mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari
pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton
pada tangan kiri).

- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga

- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan &


berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari
kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari Akhir

- pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah
pasukan terletak di atas bahunya.

- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun
daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

MEMEGANG BATON

Cara memegang baton

Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.

Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON

Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah

- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh


MPU3071 Olahraga

- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja
ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.

- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya
terbuka (menadah) untuk menerima baton.

- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari
atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya
pada tangan kanan pelari ketiga.

- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada
pelari keempat pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton

1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton

2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima

3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus

4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton

1. Penerima dalam keadaan yang sedia

2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton

3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di


tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.

4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang
sedang membawa baton.

5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Anda mungkin juga menyukai