Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Nama : Nursyazwani bt Adang No. IC : 910413-11-5256 No.

Matrik : 124008

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, tugasan projek bagi subjek Bumi dan Angkasa Lepas (SCE 3110) dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Encik Wan Mazlan bin Wan Muda dan rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menjayakan tugasan ini. Dalam tugasan projek ini, ia melibatkan tiga komponen ; 1-Pembikinan dan perbentangan slideshow powerpoint, 2-Penulisan laporan amali, 3-Penghasilan bahan projek. Kumpulan saya terdiri empat orang iaitu Mohammad Farhan, Muhamad Naimullah, Nur Syazwani Khamis dan saya sendiri, Nursyazwani Adang. Bagi tugasan pertama, kami diminta mengumpul maklumat berkaitan topik 11 yang merangkumi beberapa subtopik iaitu Galaksi, Nebula, Lohong hitam, Kerdil putih, Raksasa merah, Bintang, dan Buruj. Dalam pembikinan slideshow kami telah mengagihkan tugasan mengikut subtopic. Rasionalnya adalah kami dapat mencari bahan yang lebih jitu kerana kami mempunyai fokus masing-masing. Lebih-lebih lagi ia akan menjimatkan masa kami. Bagi tugasan ini, saya telah mencari maklumat berkenaan subjek ini dari pelbagai sumber. Saya telah pergi ke perpustakaan awam dan juga pusat sumber IPGKDRI. Saya berjaya mengumpul maklumat berkenaan topik ini dari pelbagai sumber iaitu, buku, jurnal, majalah online, surat khabar online, dan lain-lain lagi. Dari sumbersumber ini, saya dapat mencari maklumat yang tepat dan jitu. Meskipun menghadapi kesulitan ketika mencari maklumat, saya tetap berikhtiar agar saya memperoleh maklumat bagi melengkapkan tugasan ini.

Dalam tugasan laporan amali, kami dikehendaki menyiapkan tiga laporan amali 1-Awan dan Cuaca, 2-Batuan, dan 3-Terbitnya matahari. Dalam amali 1, kami telah bersepakat untuk memilih lokasi di sekitar Bukit Payong, Marang. Hal ini disebabkan keadaan lokasi ini amat sesuai dan strategik. Sebelum menjalankan amali ini, kami mencari maklumat yang berkaitan dengan awan dan cuaca.Setelah hasil kajian yang mendalam, barula saya sedar bahawa jenis-jenis awan yang terdapat pada langit mempengaruhi cuaca yang akan berlaku. Jenis-jenis awan ini akan membolehkan saya meramal cuaca pada hari berkenaan. Amali kedua, batuan, kami telah menjalankan ujikaji ini di makmal fizik di IPGKDRI. Kami dikehendaki mengumpul pelbagai jenis batuan yang ada di sekitar kawasan ini. Setelah itu, kami menjalankan ujikaji untuk mengelaskan batu-batuan mengikut jenis yang sepatutnya. Eksperimen ini

mendedahkan saya tentang jenis-jenis batuan yang ada di muka bumi ini. Seperti yang dirujuk, terdapat tiga jenis batuan iaitu igneus, sendimen dan metamorf. Batuan-batuan ini terbentuk akibat persekitaran, tekanan, cuaca dan lain-lain lagi. Laporan terakhir adalah berkenaan terbitnya matahari. Disini saya dikehendaki mengambil gambar matahari terbit selama 14 hari. Saya telah mengambil gambar matahari di kawasan rumah saya semasa menjalankan praktikum. Waktu saya mengambil gambar-gambar ini adalah jam 7.18-7.30 pagi. Dengan eksperimen sebegini, saya boleh memerhatikan corak atau pattern pergerakan matahari selama 14 hari tersebut. Tugasan yang terakhir, iaitu penghasilan bahan projek, kami bersepakat untuk membuat Kit Buruj yang merangkumi model 3D buruj dan flashcard. Dalam pembikinan Model 3D ini, kami menghadapi kesulitan dalam merangka model ini, namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari pensyarah, kami dapat merekacipta model ini dengan jayanya. Kami turut sertakan kad imbasan buruj. Pada kad imbasan ini, ia mempunyai info-info dan gambar buruj-buruj yang berkaitan dengan jelas bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Tugasan ini mencabar tahap kreativiti kami dalam merangka dan membina model ini. Secara keseluruhannya, tugasan ini membantu saya dalam menjadi guru yang serba boleh dan aktif. Pelbagai input yang baru diperoleh yang membantu saya dalam melaksanakan aktiviti sebegini kelak. Masalah yang dihadapi dalam menyiapkan kerja

kursus ini dapat diselesaikan dengan baik. Masalah yang dihadapi bukanlah satu bebanan tetapi ia adalah satu pembakar semangat kepada saya dalam menjadi orang yang lebih baik dan penyabar. Masalah-masalah yang dihadapi dapat kami tangani dengan baik dan berjaya hadapi secara professional. Bagi saya, masalah-masalah yang dihadapi mematangkan saya dan membantu saya untuk lebih bersabar Ia amat membantu kepada saya dalam menjadi guru yang cemerlang kelak. Selain itu, kelemahan-kelemahan yang berlaku akan diperbaiki pada masa akan datang. Masalahmasalah ini juga mematangkan pemikiran saya dan menjadikan diri saya lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah. Dengan itu, tugasan projek ini amat memberikan kebaikan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial seorang individu.

Anda mungkin juga menyukai