Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal

:5 : 23 Februari 27 Februari 2014 : Masalah Kurang Murid Untuk Melaksanakan Pembentangan Secara Sukarela

Minggu Praktikum : 5 Tarikh Tajuk Jurnal

Masalah Pada praktikum kali ini di SK Tok Jiring, saya telah mengajar di lima buah kelas yang berbeza iaitu 2 Maliki, 2 Shafie, 2 Hanafi dan 2 Bukhari. Alhamdulillah, kesemua murid di dalam kelas tersebut tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti yang telah saya rancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik dan jayanya. Namun demikian, apabila ada aktiviti yang melibatkan pembentangan di hadapan kelas, agak sukar untuk mendapatkan murid secara sukarela membuat pembentangan di hadapan kelas. Tujuan saya melibatkan mereka dalam aktiviti yang dirancang adalah supaya mereka dapat berkongsi apa yang mereka hasilkan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, tujuan saya juga adalah untuk melatih mereka untuk berkomunikasi di hadapan umum. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasil tugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan hasil kerja mereka. Apa yang berlaku biasanya adalah kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke arah muridmurid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di hadapan kelas. Analisis Masalah

Perkara yang terjadi sewaktu di dalam kelas ialah, saya telah memberi tugasan kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan. Tugasan yang diberikan sama ada tugasan secara individu atau secara berkumpulan. Setelah memberikan tugasan untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan, saya telah meminta mereka untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas secara sukarela.

Pada kebiasaannya, mereka akan mula membuat bising dan menyebut nama murid lain agar keluar dan bercakap di hadapan. Yang selebihnya ada yang hanya menunduk kepala dan bertingkah seolah-olah sibuk menyiapkan tugasan yang saya berikan. Kebanyakkan murid terdiri dalam kalangan murid yang memberi respon ketika guru mengajar. Namun, hairannya kebanyakan murid tidak mahu bercakap di hadapan kelas. Namun, sekiranya mereka keluar ke hadapan kelas, murid tersebut berdiam diri pula. Menurut Nurabadi (2007) antara sebab murid malu untuk bertanya ialah kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap di hadapan kelas. Pada pandangan saya, persamaan dua perkara ini ialah orang yang bercakap di hadapan akan menjadi tumpuan seluruh kelas. Jadi apa yang dilakukan akan menjadi tontonan umum. Kalau salah atau ada yang tidak kena, pasti akan ditertawakan. Selain itu, mereka juga mungkin tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Perkara ini akan berlaku apabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran ini dipanggil pembelajaran bercorak pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murid-murid hanya mendengar. Cadangan Memperbaiki Setelah menganalis masalah di atas, apa yang saya boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di mana murid tersebut duduk dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan kepadanya yang guru akan menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa yang sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan. Selain itu, berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang di hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya coklat atau apa sahaja juga boleh

membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan agar dapat menyuntik motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya mahu membentang dan bercakap di hadapan kelas. Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam P&P juga boleh membantu murid memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di khalayak. Apabila ia telah menjadi sesuatu yang rutin, secara tidak langsung keyakinan dalam diri murid-murid akan terbina. Tempoh Masa Masalah ini perlulah diatasi secepat mungkin bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan tiada gangguan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan secepat yang mungkin, objektif pembelajaran tidak akan tercapai sebagaimana yang telah dirancang. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama daripada pensyarah pembimbing agar dapat memberi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran saya di samping pandangan dan pendapat bernas daripada rakan-rakan. Tindakan Susulan Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi yang ingin dikongsi itu adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk diceritakan kepada orang lain. Selain itu, guru merancang aktiviti yang memerlukan murid-murid menulis beberapa ayat pendek tentang sesuatu topik. Kemudian, apabila melakukan pembentangan guru hanya perlu meminta murid-murid membaca kembali apa yang telah ditulis di hadapan kelas dengan suara yang kuat.

Disemak oleh guru pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disemak oleh pensyarah pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai